Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, January 31, 2011

Selamat Pengantin Baru Waniey!

Kredit: facebook n samizul.net
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nur Shazwanie Apandi [maaf kalau ada salah ejaan, ehe], kenalan seprogram sewaktu di UMS dahulu. Kami memanggilnya 'Waniey'.

Cik Waniey [insya-Allah bermula esok akan bergelar Puan] akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan En. Abdullah Sanie Adnan pada 01 Febuari 2011, iaitu esok hari.

Acara bermula tengah hari sehingga malam [12:30pm - 08:00pm], bertempat di Taman Rantau Mas [Blok O 170], Rantau Panjang, Kelantan.

Kredit: FB Waniey
Terima kasih atas jemputan ya Waniey dan keluarga. Maaf aku nda berpeluang datang... Sedih bila mengenangkan 'keuzuran' aku yang menyebabkan kesemua jemputan nikah atau kahwin sahabat, rakan atau kenalan [setakat ni lah] aku nda dapat datang... Sob3.. x-(

Apapun, TAHNIAH dan SELAMAT BERBAHAGIA hingga selama2nya buat Waniey dan pasangan. Selamat Pengantin Baru! d(^^,)

Nota: Giliran lawliet bila? Hie hie hie ;-> 

Pelajar Malaysia di Mesir [Terkini]

Kredit: tukartiub


Rasanya satu dunia sudah tahu apa yang berlaku di Mesir sekarang. Mesir juga akhirnya menerima 'tempias' gelombang kebangkitan rakyat secara mega yang 'menghambus' sebuah pemerintahan kerajaan yang..... Kamu boleh tanya Prof. Google kenapa, mengapa dan bagaimana. Kalau harapkan kamu tanya Prof. Kuliah kamu, jauh lampu dari tiang letrik, muahua3!

Situasi di Mesir masih bergelora. Tunisia -- Mesir -- Yaman..? - ...?

Aku baru mendapat mesej SMS ini:

"Malam ini pelajar2 Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jordan, Arab Saudi dan Libya. Doakan semua berjalan lancar. Amin..."

Kita doakan semoga bukan sahaja warganegara kita selamat dan tidak ada apa2 yang buruk menimpa, tetapi juga kepada semua warga dan marhaen yang berada di sana.

Situasi ini jadi satu peringatan kepada pemimpin atau corak pemerintahan yang.... Kalau sudah tanya Prof. Google pasti senang dapat jawap soalan ini.

HIDUP KE-TUAN-AN RAKYAT! ;D

Nota: Jika rasa tulisan ni membantu, tolong kongsikan pada yang lain untuk hebahan.. Klik ja logo bentuk LOVE di sebelah kanan atas di menu Kongsi Pada Yang Lain. Terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

Wajah Baru!



Apakah yang dimaksudkan oleh tajuk kali ini?

Ya, cuba perhatikan sesawang yang sedang kamu kunjungi ini. Bagi pembaca setia, sememangnya ini betul2 soalan nasi. Err, nasi lagi senang makan dari kacang, ehe3..

Buat pengetahuan semua, weblog samizul.net ini diperkemaskan lagi dandanannya. Kira ada siiikitlah disolek2, ehe.. Weblog ini bertukar Template untuk menambah baik kelemahan Template yang sedia ada.

Kenapa aku tiba2 ja tukar Template ni?

Sebabnya, aku naik 'tocang' bila nampak dua weblog ini telah bertambah hensem dan cun. Macho dan ayu, oho3. Weblog yang telah mencetuskan bara semangat untuk aku menyertai mereka menukar Template untuk memperindahkan lagi tatapan ialah sembangpc dan elektromitoskopic [cik ZRn Isme]. Terima kasih banyak2! Jom lawat mereka berdua lepas ni.. d(^^,)

Sempena Template baru ni, ada beberapa perubahan separa major yang aku buat. Pertama, bilangan Gadget. Kedua, sistem komen yang terpaksa-dengan-berat-hati diubah ke sistem lama. Dari Intense Debate ke Blogger. Sebab, ada masalah teknikal di situ. Lagi pun, pembaca mungkin 'segan' mahu tinggalkan komen sebab nampak leceh. Kena login lain dari yang lain, uhu.

Emm, apa lagi ya perubahan yang lain. Ohya. Aku juga telah tidak menggunakan khidmat Feedjit lagi selepas rasa berpada2 dengan prestasi Stat oleh Blogger. Aku fikir, itu sudah memadai. Boleh juga membantu meringankan loading blog, ehe.

Kalau kamu perasan, bawah tu ada satu panel bar oleh wibiya. Situ ada beberapa gadget yang kira penting dan mesra pengunjung-pembaca. Situ juga ada Live Notification dari aku. Klik ja gambar orang berdiri + macam gelombang tu, ehe

Sebab aku pilih Template ni ada tiga yang utama:-

#1. Nampak kemas [Susun atur dan warna]
#2. Ada Slide Show atas tu [bila di paparan Home atau Laman Utama]. Ada banyak jenis Slide Show bagi web tapi yang tu yang aku cinta-suka. Slide Show ni bukan Gadget ya. Ia sekali pakej dengan Template.
#3. Sistem komennya [Blogger] yang unik sedikit berbanding sistem komen Blogger yang biasa kita jumpa. Macam mana tu? Hah, cubalah mengomen sekarang..! ;D

Sekarang ni, aku masih membuat kemas kini Gadget terutamanya Bloglist. Aku bercadang juga mahu buat kumpulan Bloglist untuk memudahkan. Rasanya ni nda payah iklan lah macam "Si Polan membubar Bloglist-nya! Cepat daftar semula!". XD

Rasanya ni ja kali ni mahu sampaikan. Amacam weblog ku sekarang ni, tambah mengancam dan seksi kah..? XD

Saturday, January 29, 2011

Gardenia Food Industries ditarik cop Halal

Berikut gambar serta kenyataan yang berkaitan..

Kredit: Facebook U/Setia MGI Sabah

Kenyataan ini bertarikh 27 Januari 2010..

"Adalah dimaklumkan bahawa syarikat GARDENIA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD. yang beralamat di 10.5KM, JALAN TUARAN, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH telah memohon pembaharuan Sijil Halal kepada JAKIM dan telah diputuskan oleh Ahli Panel Mesyuarat Khas Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil. 16/2010 JAKIM pada 26 Ogos 2010 dan telah memutuskan bahawa syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Dengan itu syarikat berkenaan adalah tidak berhak menggunakan Sijil dan Logo Halal Malaysia di Produk, premis, kenderaan atau sebarang bentuk yang mengelirukan pengguna Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972."

Rujukan lanjut: FB U/SETIA MGI SABAH


MSS: Rasanya, semua produk makanan keluaran syarikat ini tidak dibenar menggunakan Logo atau Sijil Halal [pengesahan] kerana sebab yang telah dinyatakan di atas. Namun harus diingat, larangan ini bersifat sementara sahaja sehinggalah pihak yang bertanggungjawab memaklumkan status dan perkembangan terkini. Sehingga saat itu, semua pihak diminta bertenang.. ^^,

Friday, January 28, 2011

Pro-Kontra Parlimen Mahasiswa

Aku ada terima satu mesej yang membawakan berita mengenai cadangan ini; "Parlimen Mahasiswa".

Kredit: Facebook n samizul.net


Aku masih belum membuat bacaan lanjut mengenai hal ini. Jadi, beberapa cadangan spontan aku ini boleh dikira sebagai 'belum matang' dan lebih menjurus kepada situasi di UMS.


Caj Celcom Menokok

Caj? Menokok? Setahu aku, ianya bermaksud 'bertambah'. Perkataan menokok ni biasa digunakan dalam bab ekonomi khususnya saham. Caj pula bermaksud 'bayaran' atau yuran.

Perkataan begini 'seangkatan' dengan istilah lain yang orang kata "tak boleh blah" macam; Diapungkan, Diselaraskan, Dirasionalkan, dll yang popular bersama isu 'BN - Barang Naik'. Bukan 'Be eNd' ya.

Istilah2 sebegini dikhuatiri telah membuatkan makcik di Pasar Kain Kudat, pakcik di Pasar Ikan Pelipin Kota Kinabalu bertambah yakin ekonomi negara pesat membangun tanpa ancaman muflis seperti diheboh-hebohkan 'Pakatan Pembangkang'.

Berbalik kepada tajuk, rasanya semua sudah maklum bahawa suasana kita sekarang diselubungi dengan kenaikan harga barang. Bukan sahaja barang yang naik harga, tetapi barang yang tidak dinaikkan harga juga terpaksa dinaikkan angka bayaran disebabkan satu benda ini - Cukai.

Pernah dengar GST atau Cukai Perkhidmatan Kerajaan? Owh boleh tanya Prof. Google untuk carian yang jitu.

Kredit: celcom.com.my n samizul.net


Subjek di dalam tajuk ialah Celcom. Aku ialah pengguna setia-ikhlas Celcom. Aku kata ikhlas sebab kalau Celcom tetap dikatakan mahal cajnya, aku masih setia menggunakan Celcom walaupun Telco X menawarkan caj yang lebih murah dengan beza sesen dua.

Kepada semua pengguna Celcom, terutamanya Celcom Postpaid seperti Broadband pakej Bulanan, bersiap-sedia lah dengan kenaikan cukai sebanyak 1% ini.

Kredit: celcom.com.my n samizul.net


Aku nda pasti bagi Telco dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telco akan 'terjejas' dengan kenaikan cukai ini atau tidak.

Tanah kita bukan sahaja kaya dengan hasil-mahsul tetapi dengan cukai-mukai dan harga membebankan atau yang tidak padan dengan perkhidmatan/kualiti barang. Eh cukai-mukai?

Nota: Siapa sini genius Matematik boleh jawap ni dalam masa 3 saat; 6% dari RM98 = ?

Langkon, Marudu dilanda banjir

Langkon, di Kota Marudu sudah dinaiki air dan dijangka bertambah teruk. Kawasan yang terletak di pinggiran sempadan JKR antara daerah Kudat dan Kota Marudu ini merupakan kawasan 'panas' di mana banjir sering berlaku walaupun hujan tidak terlalu lebat dan lama tempohnya.

Ada sebuah jambatan di kawasan ini yang menjadi penghubung utama antara kedua daerah pernah roboh dan tanah di sekitarnya runtuh teruk beberapa tahun yang lalu. Ini menyebabkan perhubungan kenderaan terbantut selama beberapa minggu.

Jambatan itu kini sudah dibaik-pulih.

Sementara itu di kawasan Beluran, Sandakan, sebanyak tujuh buah sekolah telah ditutup ekoran banjir yang semakin membimbangkan.

Masalah 'Anon Follower' di Blogger sudah pulih

Kepada para Blogger yang menghadapi situasi di mana bila ingin Follow suatu blog, biasanya di Google Friend Connect, gambar profil blog kita akan menjadi 'Anon' atau 'gambar hantu'.

Kini, masalah itu sudah diatasi!

Sekarang bila Follow, gambar profil kita bukan lagi 'Anon' ataupun 'Anonymous'. Gambar tersebut sudah pulih menjadi gambar profil kita yang sebenar.

Kredit: www.samizul.net


Aku masih tidak tahu apa punca jadi begini. Yang pasti. sistem blogger/blogspot sudah kembali normal.

Siapa yang ada masalah lain, jangan malu2 kongsikan di sini.

Thursday, January 27, 2011

Laptop murah di Jom Linux!

Ingin mencari2 laptop berjenama yang murah2?

Jom Linux [JL] mengeluarkan iklan untuk tawaran menarik ini.

Antara jenama yang tersenarai sekarang ialah Lenovo, Toshiba, Samsung dan Dell.

Ni screenshot yang dicurik dari JL tanpa izin, ehe..

Kredit: jomlinux.com dan samizul.net

Maklumat lanjut boleh rujuk web JL ya.. Klik sini.


Nota: Pokai ni sekarang. Jobless gitu. Kalau tak, mau juga angkat Samsung atau Lenovo satu. XD

Tuesday, January 25, 2011

Aku senior yang 'Cool'

Aku seorang senior yang 'cool' baybeh.

APA?! Nda percaya meh.. Hah ni aku tunjuk gambar sebagai bukti. 100% tulen.

Kredit: whateverwan.blogspot dan samizul.net

MUAHUA3!

'Pengiktirafan' ini dianugerahkan kepadaku oleh seorang junior se-program masa di UMS lama dahulu. Wan Fadhilah. Masa aku di Tahun Ketiga, dia di Tahun Pertama. Dia kenal dengan seorang juga junior yang aku teman dan mesra iaitu Claston Nadron, Tahun Kedua masa tu. Kedua2 juniorku ni menempa nama dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Inilah korelasi kedua yang signifikan antara kami bertiga selepas ditakdirkan sealiran - Environmentalist.

Baik, tanpa melengahkan masa, mari baca temuramah eksklusif kami berdua.. Jeng3.. ;>

Bila korang tulis entry?

Aku suka menulis di waktu yang lenggang tapi nda lah sunyi sangat. Selalunya, banyak isu dan cerita yang aku mahu tulis tapi masih di luar batas kemampuan dari segi masa dan ruang. Apa2 entri yang muncul di blogku samizul.net boleh kira yang the best among the best. Yalah, aku mana suka tulis atau update blog semberono ja semata2 mahu tingkatkan trafik dan kejar fulu$. Muahua3!

Adakah korang blogwalking hari-hari?

Ini rutin. Aku suka tonjolkan kehadiran aku di blog yang aku singgah. Kalau tiada di komen, periksa Feedjit kamu dan tengok OS gambar Penguin/Tux, browser Chrome, KL. Itu aku. Kalau internet dan my lappy lawliet ok, jangankan blogwalking. Blogjogging sudah jadinya.. XD

Nyatakan 3 blog yang korang suka baca

Tiga? Mana cukup ni, ehe. Ok aku bagi tiga. Tapi yang tiga ni bukanlah bermaksud diorang sentiasa #1, #2 dan #3..


Apa korang akan cakap pada Wan bila jumpa Wan?

"As Salam.. Hai Wan, kali pertama ya kita bertemu? Boleh jumpa lagi..?" [sambil senyum2 manis.. ;>]

Tag 5 blogger yang korang rasa 'Cool Like A Snow'.

Tukar Tiub - Ni sifu nda-rasmi-jarak-jauh aku dalam bab penulisan KOK: Kritikal-Olahan-Kreatif. Kamu perlukan fikrah yang neutral sebelum mengunjungi blog ini, kah kah kah!

Melayu Ubuntu - Antara sumber rujukan aku pasal dunia Sistem Operasi [OS] Ubuntu Linux dalam Bahasa Melayu selepas jomlinux.com

WASABER - Ni komuniti blogger Sabah yang terbaek punya aku jumpa sekarang. Cool sebab merai dan mengutamakan Wasaber!

Pecah Kata - Ni salah seorang Wasaber dalam WASABER. Cool sebab dia kerap update blog dalam bentuk cerita yang aku rasakan 'standard'. Hanya aku yang faham standard yang macam manakah itu, ehe3..

Vintage Rose - Ni juniorku masa di SMATSKB. Cool sebab gaya penulisannya juga masuk dalam senarai standard aku, ehe..


Ni pun kira sikit juga lima blogger ni. Mahu tag ramai2 tapi malas pula ulas panjang2.. ;p

Akhir kata, setinggi2 terima kasih buat Wan sebab sudi tag abang sebagai senior yang cool ya.. Dalam banyak2 seniormu, abang samizul jugalah yang 'menang'.. Muahua3! ;D


Focus + Steady = Cool


Nota: Wan antara yang berani tampil menganggap aku seorang lelaki yang cool. Rata2 yang lain, kata aku seorang yang serius, muka ustaz, dan bijak-pandai. Aku sangat suka yang bijak-pandai tu.. ;p

Monday, January 24, 2011

Guru mengamuk di Banggi

Ada baca Berita Harian hari ni?

Err, maksud aku akhbar dalam talian [online]. Kalau berita ni keluar di edisi akhbar bercetak, nah ngamlah. Sama cerita, ehe..

Mari tengok gambar dulu yang aku tangkap guna 'sistem kamera' canggih.. XD

Kredit: Berita Harian n www.samizul.net


Ada beberapa perkara yang buat aku hairan sekejap. Pertama, nama tempat yang digunakan untuk laporan berita. Kota Kinabalu. Kes berlaku di Pulau Banggi, daerah Kudat. Kudat dan Kota Kinabalu jauh bandarnya ialah sekitar 200+ KM.

Owh mungkin pelapor atau pemberita mendapat khabar ini melalui sistem pesanan ringkas, emel, atau update status FB atau Twitter..!

Muahua3! Aku bergurau ja ya.. XD

Kedua, dengar bisikan halus mulus gitu. Poorahh! Ini tanda2 nyata dan signifikan orang yang bakal2 bertukar status menjadi tidak waras. Tidak berfikiran waras menjadikan seseorang itu hilang siuman dan seterusnya dikategorikan gila.

Lagi ajaib dalam kes bentuk yang begini, dengar bisikan lalu buat jenayah yang malatop. Pernah dengar terima bisikan lalu buat amal jariah? Owh itu mungkin ada muncul di Mastika. Majalah Mangga? Tu buat meleleh air liur lalu merangsang untuk buat jenayah juga..!

Kenapa dengar suara perempuan yang membisik2 buat diri jadi mengamuk. Patut jadi kecut perut lah. Takut. Sudah takut, mengadulah segera terima gangguan.

Ini hanya mainan perasaan dan jiwa yang berkecamuk dek hajat ingin berpindah belum menjadi nyata. Harap ini bukan jadi trend. Kalau nda, guru2 bukan sahaja perlu berkursus tapi perlu masuk kelas untuk belajar terapi kaunseling sebelum kes2 guru 'bertugas' di Hospital Jiwa bertambah..

Apapun, syukur tiada apa2 yang lebih buruk berlaku. Periksa siapa yang traumanya teruk terutamanya dua guru wanita yang baru berpindah ke sana.

Perlu diselidiki juga, latar belakang suspek dari segenap segi untuk memberikan keadilan padanya. Mungkinkah dahulunya dia bukan aliran keguruan di kampus tetapi memilih profesion perguruan selepas tamat pengajian tinggi dek isu pekerjaan..?

Aku ada keyakinan tinggi lepas ni suspek akan berpindah. Alhamdulillah, hajatnya tercapai juga...

Naik Taraf Compaq Presario

Hari ini aku 'membedah' dua buah komputer. Satu Desktop, satu Laptop. Alah bukan bedah mana pun. Ni bedah tanpa 'belah2' punya.. XD

Dekstop tu, kira komputer model 5-10 tahun yang lalu. IBM. RAM 512MB. Masa aku pasang Ubuntu 10.10 [Linux] OS, laju dan lancar gitu operasi sistemnya. Ubuntu minimum RAM 256MB.

Tapi bila aku timbang2 balik yang komputer ni untuk kegunaan pejabat, maka aku terpaksa menggantikan Ubuntu dengan Windows XP. Kalau bukan RAM tu agak ciput, sudah tentu aku memasang VirtualBox [Oracle Edition] dan boleh jalankan [run] dua OS dalam masa yang sama!

Ok cukup pasal dekstop tu. Sekarang kita beralih ke tajuk utama. Laptop Compaq Presario.

Masalah laptop ni ialah CD-Rom Driver yang nda muncul di My Computer. Maka aku pun meng-Google lah jalan penyelesaiannya. Tapak utama ialah web Compaq. Cari model Presario F700, OS Windows 7.

Kredit: compaq.com n www.samizul.net


Jawapannya, negatif. Compaq masih tidak membuat drivers bagi platform Windows 7.

Aku ada cuba di blog yang lain. Tapi aku keliru sebab model F700 tu ada pecahan lagi.

Jadi, moral cerita ini ialah:-

a. Pastikan CD yang dibekal sekali dengan komputer tu dijaga sehabis baik. Paling bagus, 'Ikat' di beg laptop supaya nda hilang.

b. Semak OS yang berpadanan [compatible] dengan Perkakasan dan Perisian laptop terutamanya bila proses naik taraf [upgrade] OS.


Kalau sesiapa ada jalan penyelesaian pasal ni, harap sudi2 kongsikannya.. d(^^,)

You are My Only One

Sunday, January 23, 2011

Blogger kena Cukai?

Lewat malam sekarang ni ada 'angin baik' pula untuk kongsi isu dengan semua..

Ohya, mungkin isu ni belum meletup sangat di luar sana. Tapi di kalangan Blogger, ya, isu ni sudah 'pusing 1 Malaysia'.

Isu ni mula2 aku jumpa di blog Izamir Ridzwan. Boleh baca dan kredit dia di sini.

Dan ni gambar yang aku crop sebagai 'penambah perisa'.

Kredit: Facebook n www.samizul.net


Kepada blogger sekalian, relax lah. Kita ni blogger biasa2 ja. Kalau mau masuk kategori berpendapatan lumayan melalui blogging, sedia2 lah ikhlas membayar cukai. Alah, bukan banyak mana pun. Ikut kadar juga. 

Cukai kan untuk 'projek awam'. Kalau rumah kamu masih hampeh kemudahan asasnya macam air, elektrik, jalan raya dan lain2, nah ada justifikasi juga kamu 'anti cukai' kan.. Tu, faham2 sendirilah.. XD

Berzakat, bersedekah dan bercukai, membawa berkat... Tunaikan tanggungjawab sebaiknya ;-)


Nota: Setuju idea bila blogger kena cukai, WiFi percuma.. Ada pandangan yang lain..?

SYABAS Saibin! TAHNIAH Mawi!

Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera.. Apa khabar anda semua..? Moga khabarnya baik2 saja ya..

Hampir genap seminggu laman kesayangan ni ditinggalkan. Bukan kerana jauh merantau, tapi penghubung sebenar tiada dipangkuan. Modem Huawei ditukar dengan Alcatel untuk tujuan 'mini ujikaji' di dua kawasan yang menjadi target.

Rupanya, modem ini ada kaitan juga dengan jenis kad sim. Dari segi prestasi lah. Seperti yang kita maklum, kad sim umumnya ada dua jenis iaitu prabayar dan pascabayar. Apa pasca tu? Haiya, rajin2lah buka Kamus Dewan.. XD

Tapi, bukan ini yang aku mau ngomelkan kali ini. Tajuk ini, boleh di lain masa. Macam biasa, perkongsian itu berdasarkan pengalaman penggunaan biasa dan bukan pengalaman di dalam tabung 'makmal uji kaji'.

Dalam minggu ni, ada dua orang rakan n kenalan aku yang telah menempa sejarah. Oups, ini bukan lagi menempa sejarah. Mereka berdua sebenarnya sudah pun mencipta sejarah.

Sedar nda sedar, mereka yang lahir dalam pasca penghujung tahun 80-an sudah berada di alam 'remaja tua' kini. Oh gelaran itu mungkin menimbulkan rasa nda selesa. Baik, aku tukarkan. Alam 'dewasa muda'.. Amacam?

Aku sendiri, sudah memasuki umur 23 tahun. Tahun ni, siapa2 yang lahir pada tahun 1987, menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24. Aku ada beberapa bulan lagi baru 24, muahua3.

Satu soalan bonus, pada usia berapakah Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah?

Hah, itulah kaitan dengan dua orang yang aku sebutkan tadi.

Pertama sekali, aku ucapkan SYABAS kepada Mohd. Saibin Oyot kerana telah berjaya menjadi tunangan orang.. Saibin ialah rakan 1SMATS dari tahun 2000-2004 alias generasi pertama di sana. Walaupun seingat aku kami nda pernah sekelas, tapi kami macam pernah sebilik. Masa asrama kami di blok yang lama [menghadap Aspuri].

Saibin ada menjemput datang. Aku minta maaf banyak2 sebab aku agak jauh dan Jumaat tu, aku ada hal di sekolah. Hari ni pun ada projek menggaris padang sekolah sempena perlawanan bola sepak Zon 3 Entabuan.

Kredit: Facebook n www.samizul.net


Seorang lagi pula ialah Romawi Assi. Hah, ni geng karas bukan karas sembarangan. Hubungan teman n mesra kami mencapai 'klimaks'nya bila kami bersuka-dan-berduka di sebuah organisasi bernama JAKMAS. JAKMAS KKCD 07/08. Dia menjadi Bendahari Kehormat portfolio Ekonomi dan Kepenggunaan dan aku pula Naib Yang Dipertua III portfolio Aduan, Keselamatan dan Kebajikan. Memang kenangan yang manis dan terindah gitu.

Kredit: Facebook n www.samizul.net


Masing2 aku mempunyai kenangan yang mendewasakan bersama mereka berdua..

Buat Saibin, nanti kahwin jangan lupa war2kan ya. Kalau aku miss pun dari dapat jemputan, nda apa. Yang penting, aku tahu dan aku tahu jemputan tu mesti ada ayat "semua dijemput hadir".

Buat Mawi, kau memang umphh. Aku nda sangka cerita2 kita hari tu, kini sudah tiba slotnya. Sayang, aku terlepas peluang untuk menyaksikannya. Banding YDP, kau lagi advance, hua3.

Syabas Saibin dan Robiawati..

Tahniah Mawi dan Zida..

Aku doakan moga sejarah yang kamu berdua cipta bersama pasangan akan terus menghadirkan bahagia, membuahkan rahmat dan hidayah dalam hidup, insya-Allah aminnn.. ;')


Nota: Aku rasa sedih pula sebab; 1) Ramai kengkawan nikah atau kahwin, aku terlepas peluang datang, uhu3.. 2) Kamu pula dulu sampai giliran aa.. Tup tap tup tap, sudah 'selamat'.. XD

Sunday, January 16, 2011

Siapa MENANG Pertandingan Sulung samizul.net?

Tibalah waktu yang dijanjikan, pemenang sulung bagi Pertandingan Sulung samizul.net akan dinobatkan...! 'Pemasyhuran' ini adalah sejarah! Sejarah buat aku dan semua peserta..! ;D

Pertandingan Sulung tu bermaksud, pertandingan yang pertama kali aku anjurkan di weblog ku ini. Pertandingan ni mudah ja. Maklumat lanjut, baca sini.

Sebelum itu, aku minta maaf banyak2 sebab lambat sangat umumkan pemenang ni. Kesian calon2 menunggu, ehe..

Bah, tanpa membuang masa, mari kita mulakan. Kita mula dengan membuat sedikit imbas semula terma syarat untuk menang di Pertandingan Sulung ni.. Tengok gambar bawah ni..

Terma Syarat


Sekarang, kita lihat pula calon pemenang. Setelah angka 1,234 tu dilepasi, hanya ada dua sahaja penyertaan yang melepasi kesemua syarat di atas. CUMA, ada sedikit perubahan pada kedudukan.

Mari kita lihat penyertaan dari En. SASA.

Ini Emel snapshot yang beliau hantar:

Emel En. SASA

Dan ini pula snapshot untuk pertandingan:

Snapshot En. SASA

Sekarang, kita lihat penyertaan calon yang kedua pula iaitu dari En. Farid @ KreatifBuzz.

Ini Emel snapshot yang beliau hantar:

Emel En. Farid @ KreatifBuzz


Ini pula snapshot untuk pertandingan:

Snapshot En. Farid @ KreatifBuzz


Nah, ada nampak perbezaan?

Sudah dapat teka siapa yang dapat hadiah No.1?



DENGAN INI, diumumkan..... Tempat Pertama bagi Pertandingan Sulung samizul.net jatuh kepada....


Dan Tempat Kedua, dimenangi oleh.....



~ SYABAS dan TAHNiAH DIUCAPKAN! ~

MaRi LaWaT bLOg MeReKa BeRdUa SeKaRaNg...!!!


Terima kasih banyak atas kesudian menyertai pertandinganku yang nda seberapa ini... Pertandingan ni ada udang di balik nasi. Ni lah antara taktik dan strategi Nuffnanger masa dapat BE.. Walaupun aku nda berapa minat n kisah pasal tu, tapi saja buat pertandingan ni untuk bagi 'bayangan' bagi mereka yang berminat untuk mengambil peduli.. ;D


Nota: Aku mau buat gambar animasi untuk pemenang tayang di blog masing2. Ala, macam "xXx Award" tu.. Tapi, nda sempat eh.. Ada masa aku siapkan aa.. d(^^,)

Maya dan Fana

MAAF buat para peminat sekalian yang lama menanti dan tertunggu2 ke manakah empunya diri ini pergi menghilang dan berbuat.

Dalam tsunami teknologi masa kini, aku ada keyakinan bahawa Facebook dan Twitter atau Blog boleh menjadi satu penanda [indicator] sama ada seseorang itu sakit, susah, sibuk, mahupun mungkin telah tiada di alam fana ini.. Kalau nampak si A 'muncul' di alam maya, ucapkanlah syukur Alhamdulillah.. Si A masih wujud di alam fana ini.

Apapun, terima kasih atas kesabaran dan kesetiaan semua... XD

Dalam beberapa hari ni, aku amat sibuk - seperti hari2 biasa.

Dalam banyak2 sibuk tu, ada beberapa keutamaan yang terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu.

Antaranya, update blog. Weblog aku ni jauh lebih utama dan penting berbanding update aku di Facebook atau Twitter.

Dalam masa2 tu, aku sedang memikirkan dan menyiasat suatu persoalan;

"Apakah beza dari sudut kedudukan dan 'ketuanan' antara Orang Asal [baca: Orang Asli] dan Bumiputera - Dahulu, masa kini dan akan datang?" 

Aku budak sedang belajar. Dan aku nda akan pandai habis belajar. Belajar bagi aku samalah seperti menyedut oksigen - tugas selagi jasad dikandung hayat.

Jadi, kalau ada pendapat atau komen, jangan malu2 untuk berkongsikannya di bawah ini.

Sistem komen weblog ini sudah cukup canggih. Ia patut membanggakan seseorang bila dia mengambil peluang untuk mencuba dan merasai pengalaman menggunakannya.


Nota: Melawak ja persoalan tu, muahua3! Lepas ni aku mahu update pemenang Pertandingan Sulung samizul.net. YEAHHH! ;D

Wednesday, January 12, 2011

MENANGI Hadiah di samizul.net!

Ini pertandingan kali pertama yang aku anjurkan di weblogku, samizul.net. Rasa nervous pula, muahua3 XD

Pertandingan ni, bertujuan untuk meraikan para pengunjung dan seterusnya meraikan pengunjung yang bertuah. Aku juga nda mahu ketinggalan dalam 'budaya blogging' yang ini iaitu memberikan 'giveaway' kepada pelawat setia masing2..

Macam mana pertandingan ni aku buat..? Haah, baca jangan malas membaca, ehe..

Caranya:

"Buat snapshot gambar yang ada menunjukkan jumlah pelawat semasa di samizul.net ialah 1,234. Sekali lagi, 1,234. Ini jumlah pelawat unik.."

Syaratnya:

a. Snapshot tu hendaklah gambar penuh laman dari samizul.net. Contohnya macam gambar bawah ni. Jangan lupa sertakan 'watermark' gambar kamu tu..



b. Emelkan segera [Hubungi Saya] kepada samizul.net

c. [Pilihan] Tinggalkan komen yang anda sudah menghantarnya.

Pemenang:

a. Ditentukan siapa hantar duluan + dan sampai duluan, dia yang menang. Dengan syarat, mematuhi semua terma syarat di atas lah, ehe..

b. Tiga pemenang bertuah akan dipilih dan dinobatkan oleh samizul.net. Pemenang sulung tu..! 

Tip:
-Err, senang ja ni. Perlukan tip meh, ehe..

Hadiah*:

#1 = Kredit Isian Semula bernilai RM30 [sahaja] x 1
#2 = Kredit Isian Semula bernilai RM20 [sahaja] x 1
#3 = Kredit Isian Semula bernilai RM10 [sahaja] x 1

*Boleh ditukar dengan wang tunai jika ada permintaan. Transfer Funds, Maybank sahaja.

Tarikh Tutup:
-Setelah angka 1,234 tu dilepasi, ehe..

Pertanyaan:
-Boleh tanya diruangan komen ya..


Bah, apa tunggu lagi.. RAJIN-RAJINLAH MELAWAT SAMIZUL.NET YA...! 
Selamat Berjaya! ;D

Cadangan Terbuka untuk WSB

U/P: Tulisan ini agak panjang. Sila sediakan eye-mo atau yang sefungsi dengannya bagi mengelakkan anda terliur di atas keyboard.. Yaaiiie..


Pendahuluan

Macam lain ja ayat tajuk kan. Seolah2 WSB tu telah buat sesuatu yang kureng.

Jangan silap faham. Motif tulisan ini ialah untuk membawakan satu gagasan idea bagi mencorakkan lagi WSB dengan warna yang menceriakan kehidupan Wasaber.

Tulisan ini 'diterbukakan' dengan tujuan untuk mengajak sekalian yang ada untuk membawa bersama idea2 di samping melakukan amal ziarah dan menderma melalui klik iklan [lihat dan klik menu "Click-4-Info"] yang menarik minat tetamu. Ribuan terima kasih aku dahulukan. Boleh juga lepas tu buat GG; Gift Giveaway.. ;-)

Idea2 tersebut amatlah diharapkan bagi memperbaiki cadangan yang dipersembahkan. Cadangan dan perbincangan ini sengaja ingin diharmonikan di tempat asal penerbit cadangan demi mengelakkan anasir negatif-oportunis.


Pengenalan: WSB dan Wasaber

WSB ialah sebuah komuniti maya yang menghimpunkan para Blogger Sabah yang sangat hiperaktif dalam dunia blog.

Sebab itu, WSB ialah akronim bagi "We Are Sabahan Blogger Mania".

Apa pula Wasaber?

Wasaber juga terhasil dari ayat "We Are Sabahan Blogger Mania". Wasaber ialah ahli komuniti WSB.

Pernah dengar nama Nuffnang? Ahli Glitterati atau Ahli Bukan Glitterati Nuffnang dikenali sebagai Nuffnanger. Maka begitulah jua perihalnya Wasaber.


[1/3] BOTM: Katalis Populariti

BOTM ialah singkatan bagi "Blog Of The Month". BOTM merupakan salah satu aktiviti dan daya penarik utama WSB, Wasaber, dan bakal Wasaber.

Aku berpandangan, BOTM ialah katalis populariti WSB [Baca: Komuniti WSB].

Melalui BOTM, Blogger berpeluang untuk menjadi lebih ternama dan terkenal. Bak kata bait lagu, "Namamu terindah Laila..". Err, chop2. Betulkah lirik tu? Ehe..

BOTM akan dianugerahkan kepada Blogger yang menjadi pilihan bagi suatu bulan tersebut. Pertandingan adalah terbuka kepada sekalian Wasaber dan formatnya berubah setiap bulan [yang aku perasanlah] mengikut citarasa penganjur. Nda tau lah kalau ada kutipan cadangan dari Wasaber pasal format pertandingan, ehe.

Aku mula ambil peduli pasal BOTM bila seorang geng karas aku En. SASA menjadi penerima anugerah BOTM edisi Oktober kalau aku nda silap. Pasal apa dia menang, aku nda pasti kalau dia ada ikut bertanding apa2. Yang aku sedar, blog AKU is AKU-nya tu menjadi pilihan ramai dan melepasi kriteria tertentu. Mungkinkah kriteria itu bercirikan blog dan blogger yang terbaik? Aku rasakan ya dan memang benar itu ada.. d(^^,)


[2/3] BOTM: Wajah baru

Kini BOTM aku lihat berwajah baru, bermula edisi Disember 2010. Format pemenang BOTM diambil kira dari penyertaan untuk suatu pertandingan, dan kemudian penyertaan sedia ada akan diundi oleh Wasaber. Aku nda pasti Wasaber boleh undi sampai berapa calon tapi cara ini memungkinkan pemenang edisi lalu, mempunyai peluang untuk menjadi ikon BOTM berturut2.

Aku nda akan bebel dalam2 hal ini. Ini terpulang dengan Pentadbir WSB.

Sebagai menambahkan perisa dan seri dalam 'perebutan' untuk bergelar "The Champion of Wasaber" atau "The Legend of Wasaber" melalui penganugerahan BOTM, aku mencadangkan agar Pentadbir WSB mendapatkan penaja bagi memberikan sedikit hadiah istimewa buat para pemenang.

Para Blogger tentu biasa melihat fenomena "xXx Giveaway" dan "xXx Award" bukan? Maka ada kewajaran WSB memberikan Wasaber yang cemerlang itu sedikit suntikan imbuhan yang akan menjadi kenang-kenangan berbekalkan panduan dua fenomena yang aku sebutkan tadi.

Akan tetapi, suntikan imbuhan ini ada sedikit 'pengerasnya'. Jeng3. Ini akan aku ngomelkan di bahagian yang ketiga.

Sebagai memulakan langkah untuk menjayakan hasrat ini, aku berbesar hati untuk menjadi penaja - dengan izin rasmi dari Pentadbir WSB - bagi 'hadiah misteri' pemenang BOTM edisi Januari 2011, sempena Tahun Baru Masihi ini.

WSB patut mewar-war dan mengalu2kan Wasaber atau pihak yang lain untuk menjadi penaja.

Tajaan, tidaklah kita terus2 mahukan yang mewah2 dan canggih-manggih. Apa yang penting dan utama, hadiah tu menunjukkan penghargaan istimewa WSB kepada Wasaber untuk kenang-kenangan. Moga2 Wasaber itu menjadi penyumbang modal insan negara dan memberi bakti kepada masyarakat setempat. Aiseh terskema pula ayat, muahua3.

BOTM edisi Januari bertemakan [format] penulisan cerpen. Maka geng penaja mungkin boleh menyumbangkan hadiah berupa buku [cetak atau PDF] Novel atau Kompilasi Cerpen yang berkualiti untuk sang pemenang.

Memandangkan kadang kala wujud persaingan sengit, maka aku cadangkan jumlah pemenang ditambah sehingga tiga orang. Tapi ini bergantung dengan situasi semasa dan budi bicara WSB.

Nah, aku sudah selesai bab yang ini. Silakan komen cepat2 nanti terlupa pula idea atau soalan bernas tu, ehe3.. ;-)


[3/3]: Alumni BOTM

Jika BOTM telah berlangsung selama dua tahun, WSB telah melahirkan 24 Blogger [atau mungkin kurang sebab ada nama yang sama, ehe..] yang mendapat anugerah BOTM.

Selepas menjadi penerima anugerah BOTM dari WSB, apa WSB dan Wasaber lain yang dapat manfaat atau hasil dari Wasaber BOTM?

Inilah yang aku maksudkan 'pengeras' tadi. Ala, yang ada bunyi jeng3 tu, ehe. Nda keras mana pun sebenarnya..

Aku cadangkan, WSB menghimpunkan pemenang BOTM dalam kelas mereka yang tersendiri untuk satu tujuan - memperkasakan WSB sebagai salah satu komponen elit.

Wasaber ada macam2 jenis. Ada yang oldtai, ada yang taiko, ada yang noob newbie dalam dunia blog.

Jadi aku syorkan, WSB berkerjasama semula secara aktif-harmoni dengan 'Alumni BOTM' untuk tujuan tadi.

Pentadbir WSB dan Alumni BOTM boleh duduk minum2 kupi sambil sigup-sigupan/monyigup membincangkan pelbagai isu semasa yang berligar dalam WSB mahupun luar WSB. Perbincangan ini semuanya bertujuan untuk mewujudkan manfaat khusus kepada Wasaber lain khususnya, dan imej komuniti WSB umumnya.

Mari kita lihat Nuffnang. Didalamnya, ada tiga kelompok Nuffnanger. Bukan Glitterati, Glitterati, dan 'Elite Glitterati'. Err, aku yang panggil 'Elite Glitterati' tu sebab aku lupa namanya di Nuffnang, ehe.

Apa keistimewaan dan peranan hebat yang dimainkan oleh 'Elite Glitterati'? Nah, itulah yang boleh kita WSB terokai, kaji, dan adaptasi.

Mari aku bagi satu bayangan lagi. Tema BOTM bulan ini = Cerpen = Sastera. Mungkinkah pemenang kali ini akan memberikan tip bagaimana dia berkarya dan seterusnya 'kisah balik tabir' sehingga menjadi pemenang..?


Penutup

Sudah terlalu panjang aku menulis. Justeru, izinkan aku untuk menutup tulisan cadangan terbuka ini untuk membuka peluang secara rasmi kepada sekalian yang sudi, untuk berkongsikan idea, pendapat, kritikan, dan soalan yang berkisar tentang cadangan aku ini. Semua ini akan dikumpul dan seterusnya diajukan kepada pihak yang berkenaan..

Dengan ini, pintu perbincangan dibuka sekarang..! ;D


Kemasan: Jan 12, 2:01am

Sunday, January 09, 2011

OnlineLeaf-Jadikan web anda Mesra Alam

Tahu maksud Mesra Alam? Selaku pemegang tauliah BSc. with Honors [Environmental Science], aku layak berkhutbah tentang Manusia, Alam Sekitar dan Sains. Muahua3! XD

Tapi kali ini, aku nda akan berkhutbah pasal maksud Mesra Alam. Aku akan berlabon pasal satu aplikasi di internet yang dikatakan [mereka canangkan] mempunyai ciri teknologi mesra alam.

Aplikasi ni aku mula2 jumpa bila Wan Fadhilah buat entri/pos "Green Itu Hijau". Mula2 aku nda layan sangat. Bila nampak ada gambar Green Website, baru terdetik hati mau klik dan seterusnya lahirlah entri ni.. Hua2.

Aplikasi ini aku panggil "Online Leaf" sebab onlineleaf.com kata "Making Website Greener".

www.samizul.net


Greener di situ bermaksud mesra alam. Bukan web kamu jadi warna hijau olehnya.

Mesra alam yang dimaksudkan ialah, ketika pengguna melayari sesuatu web dan kemudian tidak melihat laman web itu buat sementara waktu, maka web tersebut akan berubah kepada mood standby.

Contohnya, A sedang melihat samizul.net. Kemudian, ada bunyi chat di FB. A pun tengok laman FB. Lepas tu, A klik masuk ke samizul.net. Hah, masa tu samizul.net sudah kelihatan gelap. Inilah yang dimaksudkan standby mode.

Aku nda pasti sama ada ianya betul2 mesra alam sebab aku bukan pengkaji perisian atau perkakasan. Siapa yang ada kelebihan dan kebolehan tu, dipersilakan untuk menguji dan mengkajinya.

Siapa2 yang berminat, boleh klik masuk web onlineleaf di gambar atas tu [atas gadget Tetamu Bertamu]. Sebelum tu, jan lupa tinggalkan komen di sini dan kalau buat pasal pos ni [kalau mula2 baca dari weblog ku ni lah..], jan lupa tag atau buatkan promo link untuk samizul.net ya. Macam ayat yang aku buat untuk Wan Fadhilah tu, ehe..

Selamat mencuba! ;D


Nota: Wan tu junior sekursus dulu di SST, ehe..

Memang Hanya Dia

Amaran: Khusus untuk mereka yang berkenaan sahaja. . ^^,


Kaulah lambang cinta sejati

Hatimu menyalakan keyakinan

Katamu menyuluh perjalanan


Aku keseorangan, engkaulah teman

Aku tersisih, engkau memilihku

Aku terbuang, kau menyayangiku


Dirimu pekerti, jiwamu tenang

Ku bahaskan mu idolaku

Tika aku kesusahan, engkaulah insan terhampir


Indah sungguh jalan menuju Allah

Jika kekasih sepertimu sentiasa di sisi

Dan ku sematkan namamu dalam hatiku...




Kiriman: LUVI



Saturday, January 08, 2011

Huruf dalam Bahasa Isyarat

Pernah nampak di siaran Berita utama RTM ada gambar kecil perempuan yang menunjukkan pergerakan tangan masa pemberita membacakan berita?

Hah, itulah dinamakan Bahasa Isyarat. Bahasa Isyarat yang ni khas untuk orang2 yang mengalami masalah pendengaran seperti pekak atau lemah daya pendengaran. Gerakan tangan ini juga membantu dalam situasi yang perlu disampaikan dalam suasana genting. Contohnya, semasa mengintip musuh. Dalam misi ketenteraan atau pihak berkuasa ok...

Bahasa Isyarat akan menjadi lebih mantap jika digunakan sekali dengan 'Bahasa Simbol'. Ini pandanganku. Walaupun Bahasa Isyarat juga sebenarnya perlambangan atau simbol yang mewakili abjad rumi masa kini.

Aku ada jumpa gambar2 yang boleh diguna untuk mengetahui dan seterusnya mempelajari Bahasa Isyarat ini..

www.samizul.net
www.samizul.net


Gambar2 ni aku rujuk dari ADAPT; AFS Deaf Awareness Project. Maklumat lanjut boleh klik [SINI].

Aku cuma ambil 'screenshot' ja sebab gambar tu banyak sangat, ehe..

Page tu baru rasanya. Apapun, sebagai tanda sokongan, kita boleh klik 'Like' tu paling kurang atau buatlah apa2 promosi yang membantu ADAPT. Contohnya, macam pos aku ni, ehe..


Nota: Sebenarnya nampak cik Vintage Rose kena tag dengan gaya yang semacam ja. Tu p tinguk2.. =D

Ayat kelakar Samy Vellu

Sini ada cerita panas tapi lawak. Untuk mengelakkan sebarang polemik, aku salin-tampal cerita asal yang aku jumpa ni tanpa edit..




AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.



Kredit: Salahudin Safi

Nota: Sekarang kan hangat dengan Raja Lawak, ho3..

Memperkenalkan Nabble

Kali ini kita layan pasal TMK pula. Err, apa tu TMK? TMK = ICT. BM bagi ICT, ehe..

Nabble ialah sebuah laman web yang menyediakan beberapa perkhidmatan bagi aktiviti sosial atau suatu komuniti secara percuma. Sejauh mana terma "percuma" itu ditakrifkan, tidaklah pula aku ketahui dengan lanjut, ehe.

Nabble = Free Forums + Other Embeddable Apps.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

a. Forum Percuma
b. Senarai Penerima Emel* [Mailing List]
c. Galeri Gambar
d. Membina Suratkhabar
e. Membina Blog


Aku masih belum menggunakan mana2 perkhidmatan di Nabble secara peribadi tapi aku pernah memasuki [kira guna lah juga tu kan, ehe] satu forum yang menggunakan perkhidmatan Nabble.

Apa yang menariknya, forum tu boleh kita muatkan [embedd] di weblog sendiri. Sudah tentu aplikasi ini sesuai bagi sebuah organisasi atau komuniti yang aktif dan ada keperluan khusus.


Nota: Aku jumpa Nabble tu pertama kali di weblog WASABER. Mantap! d(^^,)

Friday, January 07, 2011

Waktu dan Bas Ekspres

Bas Ekspress bukan sahaja dikenali dengan pemanduan yang segera - sama seperti bas mini - tetapi juga aspek pengurusan masa yang sistematik atau dilihat teratur.

Ini antara kelebihan berbanding bas mini yang mengamalkan konsep "Cepat penuh cepat jalan".

Ini apa yang ku lihat di Sabah, terutamanya di bahagian Pantai Barat dan Utara.

Aku ada satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi mengenai Bas Ekspress.

Memandangkan aku tidak memiliki aset kenderaan walaupun hanya sebuah skuter atau basikal, maka pengangkutan awam menjadi pilihan utama selain menumpang dengan keluarga atau rakan2. Aku lebih suka naik bas dari meng-sms minta diambil.

Lebih2 lagi bila aku selalu berperjalanan jauh, sejauh 3-4 jam perjalanan. Jadi, bas ekspress jadi pilihan utama.

Bas ekspress perlu ada tiket. Maksudnya, penumpang kena beli tiketlah. Tiket yang dibeli berdasarkan tujuan [ke mana], tarikh dan masa [bila], harga dan tempat duduk. Ada sesetengah bas ekspress juga bertanya di mana penumpang hendak turun. Syaratnya, mesti dekat simpang jalan besar atau utamalah. Bukan minta turun di depan pintu pagar rumah melainkan pintu pagar tu di tepi jalan, ehe.

Jadi pengalaman yang aku mau cerita tu ialah pasal tarikh yang ada di tiket.

Pertama, pastikan tiket yang baru dibeli tu tercatat tarikh dan masa perjalanan yang betul sebelum melangkah jauh dari kaunter. Kalau tidak, tiket bakal hangus.

Kedua, pastikan anda sudah bersedia paling lewat 20 minit di sekitar bas. Ini kira masa2 kecemasan. Silap2, tinggal.

Ketiga, pastikan jam anda dan jam di bas tepat atau tidak jauh beza.

Sebabnya?

Ada sesetengah bas yang dikatakan menepati masa, sebenarnya hanya menepati masa di jam di bas itu. Kalau tukang set terset 5 minit cepat, jadi 5 minit cepatlah bas.

Ini pernah terjadi pada aku. 5 minit sebelum masa bertolak, bas sudah bergerak meninggalkan terminal. Naseb aku sudah duduk dalam bas dan bercengkerama dengan lawliet. Sebab itu tip kedua tu penting.

Jadi, pastikan jam di tangan atau di telefon atau jam milik anda ada penyelarasan dengan jam di bas.

Kalau kamu yang membaca tulisanku ni bekerja dengan pengusaha bas ekspress, maka aku cadangkan supaya kamu membuat pemeriksaan ke atas jam2 di kaunter, pekerja, dan di bas.

Biar bertolak lambat sedikit daripada kononnya bertolak menepati masa atau lebih awal kadang2 tapi sebenarnya bersikap ego dan tiada tolak ansur.

Wednesday, January 05, 2011

Cukai OH Cukai!

Siapa tidak kenal cukai?

Yang aku tahu, cukai ialah caj perkhidmatan tambahan yang dikenakan mengikut tetapan yang dikuatkuasakan undang2. Cukai diwujudkan, ditentukan, dikutip, dan digunakan oleh badan pemerintah untuk kemakmuran negara. Jadi, cukai ni patut membawa lebih banyak manfaat kepada keperluan asas atau utama rakyat.

Tapi, ramai juga yang berusaha untuk melepaskan diri dari dikenakan cukai. Trend ini popular di kalangan penjawat awam, koperat dan ahli perniagaan. Macam2 'dipusing' untuk mendapatkan status "TAHNIAH! Anda tidak perlu membayar cukai". Muahua3! XD

Pernah dengar GST? Good and Services Tax. Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Ini adalah idea dan cadangan kerajaan [baca: Malaysia] untuk mewujudkan cukai sehingga 4% terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan kecuali makanan dan barangan terkawal.

Dikatakan, cukai 4% ini lebih rendah dan murah berbanding cukai sedia ada yang dikenakan terutamanya di premis makanan segera. KFC, McD, dan lain2 kesukaan rakyat Malaysia.

Belum congak lagi cukai yang juga wujud pada premis makanan 'kelas tinggi' yang menggunakan nama resepi tempatan atau diurus oleh anak tempatan seperti Chicken Rice Shop dan lain2. Premis ini mempunyai dua jenis cukai yang dikenakan terhadap pelanggan. Cukai Kerajaan dan Cukai Perkhidmatan oleh pihak pengusaha. Pelik, siapa sebenarnya yang dikenakan cukai dan wajib membayar cukai ni. Pengusaha atau pelanggan yang tanggung? Dan mereka terus untung tak terkantung2...

Itu bab makanan. Sekarang kita menoleh pula ke bab perkhidmatan. GST khabarnya sudah 'menyerang' Astro.

Siapa tidak kenal monopoli Astro? Dalam ribut teknologi canggih manggih sekarang ini, siapa yang tiada Astro boleh dikatakan ketinggalan dari arus penyiaran. Astro didendangkan sebagai pengerat hubungan kekeluargaan sebagaimana Akademi Fantasi [AF]. AF lah yang bertanggungjawab melonjakkan nama Astro di kalangan Bumiputera Malaysia. Ini menjadi ikutan pengusaha penyiaran yang lain sehingga muncul bermacam2 format hiburan realiti.

Cukai Kerajaan Astro khabarnya 6%. Ini mungkin penangan Astro Byond yang dikatakan stabil siarannya walaupun hujan lebat melanda. Lagi umphh, dapat merakam [rekod] siaran kesukaan kita yang disiarkan. Lepas tu, boleh upload untuk teman2 download di xxx. Dapat juga income untuk cover 6% tu.

Awal pagi ini pula, ada lagi khabar minyak kerosin naik harga. Bab minyak ni lagi sensitif. Lucu pun ada. Minyak yang rakyat Malaysia pakai sekarang semua maklum ia bukan kualiti sebenar minyak yang dihisap dari perut bumi Malaysia. Sedangkan Malaysia selaku pengeluar minyak sawit terbesar dunia, minyak masak [makan] boleh kurang stok di tempat sendiri?

Itu belum lagi mengintai perjanjian pengagihan hasil minyak 'emas hitam' 95% - 5%. 5% untuk tuan rumah, 95% untuk 'tuan tanah'.

Suatu masa, peningkatan harga tidak dapat dielak sebab, selagi dunia bergantung sepenuhnya dengan sistem ekonomi kapitalis [Dollar] dan bergantung dengan minyak petroleum. Minyak naik, semua pun perlahan2 naik harga. Dan sandaran harga yang naik itu ialah melalui caj atau cukai perkhidmatan.

Katakan Teh O RM0.80. Campur caj perkhidmatan atau cukai, jadilah RM1.50. Muahua3! XD

Tuesday, January 04, 2011

Bisik-bisik: PC dan HP

Memandangkan ciri komputer desktop dan laptop semakin ke arah identiti telefon bimbit, dan ciri telefon bimbit juga ke arah identiti dan gaya komputer dekstop dan laptop, maka ada justifikasinya pengecas bagi telefon bimbit direnovasikan.

Dicadangkan, semua telefon bimbit menggunakan port USB untuk menjadi pengecas utama dan bukan untuk pindahan data semata.

Apa yang mencanggihkan telefon [yang dikatakan telefon pintar tu] bukanlah kerana ianya ada skrin sentuh [touch screen] dan kehebatan rakaman [audio dan visual], tapi semua itu disebabkan internet.

Tanpa talian internet, telefon pintar itu hanya jadi alat mini PS4 ja, muahua3.

Oleh itu, untuk menyebar luaskan penggunaan komputer dan TMK [ICT], "canggihkan" dan mantapkan lah internet! ;D

Monday, January 03, 2011

Harimau Malaya lwn Harimau Malaysia

Setelah kebanyakan rakyat Malaysia selesai "berperang psikologi" dengan rata2 rakyat Indonesia terutamanya peminat ekstrim yang terlalu terdesak ingin menang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kini giliran peminat ekstrim tempatan pula "berperang bahasa" sesama sendiri.

Isunya, penggunaan nama dan istilah yang disandarkan kepada pasukan bola sepak negara. Sekali lagi, pasukan bola sepak Malaysia.

Secara peribadi, aku memanggil pasukan tersebut sebagai Harimau Malaysia. Secara rasmi, nama pasukan itu ialah Harimau Malaya. Aku lebih senang memanggilnya sebagai Harimau Malaysia tetapi tidak pula aku mempromosi atau lebih teruk merendahkan darjat nama "Harimau Malaya" itu.

Lihat gelaran Kelab Manchester United. The Red Devils. Itu nama sahaja. Main cantik, kelas tertinggi, duit kertas atau yang belum dicetak berkepuk2 banyaknya. Terpulang dengan tahap pengetahuan individu bagi menilai justifikasi yang wajar.

Kita tidak akan disalahkan jika perkara tersebut di luar pengetahuan dan kesedaran kita.

Nama "Harimau Malaysia" dicadang untuk diguna menggantikan "Harimau Malaya". Hujah mereka, nama "Harimau Malaya" tidak mencerminkan semangat 1Malaysia. Dengan ayat yang mudah, Harimau Malaya mencerminkan semangat 1Semenanjung Malaysia atau 1Malaya.

Kah kah kah!

Hujah lanjut pihak pencadang pula ialah, nama tersebut mengguris pribumi Sabah dan Sarawak. Mereka mengatakan, pribumi diketepikan sedangkan sokongan bertubi2 - sebagaimana era undian AFUNDI - datangnya dari Sabah Di Bawah Bayu. Bayu berhembus nafas kami sejati harum mewangi, digosok lepas bangun pagi.

Muahua hua hua!

Ada2 saja. "Harimau Malaya" dipilih sebab itu nama sejenis spesis harimau yang ada di Semenanjung Malaysia. Harimau dikaitkan dengan sifat tangkas, berani, ngauman yang kuat, dan semangat juang yang tinggi. Harimau termasuk dalam kelas keluarga haiwan Kucing.

Pihak NGO tersebut mencadangkan nama "Harimau Borneo". Wow, mungkin idea ini ngam untuk pasukan bola sepak negeri Sabah yang sejak sekian lama.... Anda boleh tanya Prof. Google untuk lebih lanjut.

Bagi aku selaku pribumi Sabah, aku tiada masalah dan tidak terguris hati pun kalau pasukan bola sepak negara menggunakan nama "Harimau Malaya". Sebab, aku ada pengetahuan [walaupun secubit cuma] sejarah dan latar belakang asbab pemilihan tersebut.

Kalaupun ingin mensensasikan isu nama dan keadaan pasukan negara yang kononnya tidak mencerminkan pun semangat 1Malaysia [sebab boleh kata tiada wakil pribumi Borneo di "Harimau Malaya"], lebih baik mereka memfokuskan usaha kepada pembangunan dan mengangkat mutu, kualiti dan nama sukan bola sepak Sabah terlebih dahulu.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Sabah sekarang? Isu Projek IC, PATI, PILAK dan 1001 isu yang menyebabkan Sabah dinobat sebagai negari paling miskin dan mundur di Persekutuan Malaysia. Lagi aku mahu muntah bila Sabah selalu disebut2 sebagai "Fixed-Deposit" UMNO-BN.

Kalau sudah ada pemain kelahiran tulen [bukan campuran] Sabah atau Sarawak yang sehebat Norsharul, Safee, dan Khairul Fahmi, K. Rajagobal sendiri akan turun "melamar" bujang2 Sabah menggunakan kocek sendiri. Kalau ada sumandak yang mahu dan sudi, pun apa salahnya.

Muahua hua hua! XD

Selamat Tinggal FS [02]

Sebelum membebel jauh, aku ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. 

Terima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan selaku badan kerajaan yang telah memberikan ruang dan peluang kepada kami para graduan yang belum mendakap kerjaya yang kukuh. Ruang yang diberikan dengan menjadi agen pembudaya TMK memberi kami peluang untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang TMK melalui variasi pengetahuan-pengalaman dan juga khidmat-bakti kami kepada masyarakat yang memerlukan. 

Alhamdulillah, walaupun aku bukan memiliki tauliah dalam bidang TMK, aku dapat mengendali amanah ini semampu dan sebaik yang mungkin - dengan sokongan rakan2 di sekeliling.

Setinggi terima kasih juga buat warga SK. Paguokon, Tenom [SKPT] atas kesudian menerima dan memberikan pelbagai tunjuk-ajar sepanjang bertugas di sini. Aku gembira sebab aku dapat rasa 'kecepatan' aku menyesuaikan diri di sini kerana SKPT memiliki suasana persekitaran yang mesra. Semakin lama mencurah keringat dan ilmu yang ada, semakin terasa betapa khidmatku sangat sangat sangat diperlukan untuk membantu SKPT dan masyarakat sekitar.

Kepada saf pentadbiran termasuk diperingkat PPD [dan PKG], para guru, murid2, para ibu bapa dan juga kakitangan sokongan yang lain, bebanyak terima kasih aku ucapkan. Banyak benda dan ilmu baru yang mengujakan aku belajar dan terokai di sini. Banyak kenangan manis yang menarik untuk dikenang di masa akan datang.

Buat rakan2 FS, terima kasih banyak juga atas kerjasama, semangat dan pertolongan yang dihulurkan sepanjang kita berada dalam satu organisasi muda. Walaupun dilingkari pelbagai isu dan cabaran, alhamdulillah, organisasi kita tetap utuh dan terus teguh mencurah jasa kepada audien kita. Semoga pengalaman yang dikutip dalam persinggahan ini mampu menambahkan lagi tahap bergunanya diri kita kepada sekitar. 

Kepada pihak lain yang terlibat secara tidak langsung, setinggi terima kasih juga aku ucapkan. Antaranya warga Tenom yang mesra melayan walaupun mula2 tu fikir aku ni orang semenanjung. Muahua3!

Setiap yang baik, pasti ada kekurangannya. Setiap yang kurang baik, pasti ada kelebihannya.

Program FS sesuatu yang baik tapi kekurangannya sekarang, ia berstatus kontrak [contract of service]. Kontrak boleh dianggap sesuatu yang kurang baik [baca: jika dibandingkan dengan status Tetap] tapi kelebihannya ialah individu mampu meraih pelbagai jenis pengetahuan-pengalaman ketika bertugas dan meneroka pasaran kerjaya. Individu berupaya menjadi serba boleh [versatile]. Ini pandanganku.

Justeru, segala salah silap, kelemahan, kekurangan dan keterlanjuran yang memberikan imej dan persepsi buruk kepada mana2 pihak yang berkenaan, aku pohon jutaan kemaafan dari semua. Mana2 yang ada rasa tidak puas hati terutamanya yang berkait dengan hal peribadi sepanjang aku memegang amanah FS ini, bolehlah disampaikan terus kepada aku. Biar yang kusut dirapikan, yang keruh dijernihkan.

Terima kasih atas segalanya! Selamat Maju Jaya semua! ;D

Selamat Tinggal FS [01]

Cuti Umum khas yang diumumkan YAB PM pada hari terakhir tahun 2010 menyentak sedikit fikiranku semasa membaca BHarian di Kelas TMK. Cuti ini sempena kejayaan Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki AFF baru2 ini. Sepengetahuanku, cuti umum khas ada dalam beberapa bab sahaja seperti sukan. Kalau bab akademik atau intelek? Wallahu 'alam bissawab.

Cuti umum ini membawa dua mesej yang jelas. Pertama; tanda penghargaan kepada pasukan negara setelah arena bola sepak negara dilihat kelam dan lesu. Kedua; ini adalah hari terakhir - dengan rasminya - aku berkhidmat selaku Fasilitator SchoolNet [FS] SK. Paguokon. Kontrak kami di seluruh Malaysia dijadualkan tamat 31.12.2010. Namun, sudah tersurat hari terakhir kami bekerja ialah 30.12.2010.

Ada banyak kisah yang aku ingin kongsikan sepanjang bergelar FS. Ianya lebih kepada aspek pengalaman hidup dan suntikan motivasi. Kerja bidang TMK [ICT] tapi nilai2 yang boleh diadaptasi dari bidang ini menambahkan rencah pengalaman untuk merayakan kehidupan dengan lebih bermakna.

Aku tidak mampu untuk mengingat semua peristiwa yang sudah jauh berlalu. Tapi aku optimis, aku akan ingat semula peristiwa itu jika ada suatu petanda [clue]. Aku menamakan jenis ingatan aku ini ialah Daya Ingatan Berklu. Aku akan kongsikan beberapa bab sebagai pedoman bersama dengan niat; yang lemah kita kuatkan, yang kuat kita perkasakan. Yang perkasa, jangan dibiar menjadi raksasa. Muahua3 XD

Saturday, January 01, 2011

DIRGAHAYU TYT YDP Negeri Sabah yang baru!

SETINGGI2 TAHNIAH diucapkan kepada Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin atas perlantikan sebagai Yang Dipertuan Negeri [Negara] Sabah yang ke-10 bermula hari ini. Upacara rasmi perlantikan berlangsung di Istana Negeri dengan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Dirgahayu TYT YDP Negeri. Semoga Sabah bertambah2 kecemerlangannya dan mengangkat maruah Sabah yang sudah lama tercemar.

Sabah Maju Jaya!


Ruj.: BH

Penutup Yang Indah [02]

Tahun Baru 2011 baru 'bernyawa' beberapa jam. Macam2 kisah, cerita dan peristiwa sempena tahun baru ini. Ada peristiwa positif, ada yang negatif. Ada kisah pesimis, ada kisah optimis / oportunis. Ada cerita ceria, ada yang duka.

Aku ada mengomel semalam, mengenai pengalamanku sempena tahun baru 2011. Seperti biasa, aku sebenarnya berdebar2 juga menanti ketibaan pusingan tahun yang baru. Macam masa sekolah dulu. Tahun baru, sesi persekolahan baru. Selain itu, tahun baru tiada apa2 yang istimewa sangat bagiku. Aku melaluinya seperti melalui hari2 yang biasa.

Pagi tadi, mama dan kakak sepupu bertolak balik ke KK. Kali ini mereka cadang untuk ikut jalan Tambunan-Penampang. Kepingin ingin melintas dan melihat pemandangan di Gunung Emas.

Aku pun ikut sama sampai ke Keningau. Bawa bersiar2 sekejap di Taman Pertanian Sabah dan sekitar Pekan Tenom. Begitu juga di Bandar Keningau. Setelah makan tengahari, maka kami pun berpisah. Aku ke Terminal Keningau-Tenom untu balik ke Tenom. Petang esok, ada mesyuarat khas pentadbiran dan guru di sekolah. Aku masih menumpang di sekolah.

Buat adikku Rosilah Samad, Selamat Ulangtahun Hari Lahir yang ke-14 hari ini! Moga semuanya berjalan baik dan lancar semasa pendaftaran esok.. ^^,

Selamat Berumahtangga!

Setakat yang aku tahu, tahun 2010 menyaksikan ramai kenalan ku melangkah masuk ke alam yang menyempurnakan lagi separuh daripada iman - Alam Rumahtangga / Perkahwinan.

Siapa juga yang tak mahu kahwin kan. Aku pun mahu sangat2 bah. Naseb program di Kelantan hari tu di Kelantan. Kalau tak, balik Sabah ja sudah jadi laki orang. Oups, muahua3! XD

Apapun, buat mereka yang sudah bertunang dan bakal/sekejap lagi akan melangsungkan perkahwinan, aku dan si dia mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT BERAKAD NIKAH buat rakan2 dan kenalan. Dari jauh, kami berdua titipkan doa buat kesejahteraan, keredhaan dan kebahagiaan buat kamu dan pasangan.

Moga istana cinta yang dibina mewujudkan bahagia bukan setakat ke anak cucu, tapi hingga nyawa terpisah dari jasad, hingga ditemukan semula di alam abadi.

Selamat Pengantin Baharu! ;D


Nota: Teristimewa buat Nur Sobrina Abd. Latif dan Hazirah Laiman yang bakal menjadi Permaisuri Sehari pada 01.01.11. MAAF tidak dapat datang atas sebab2 peribadi, uhu3.. Apapun, wakil Ex-SMATS ada sudah dikirimkan, ehe.. Selamat bergembira..! ;D