Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, January 29, 2011

Gardenia Food Industries ditarik cop Halal

Berikut gambar serta kenyataan yang berkaitan..

Kredit: Facebook U/Setia MGI Sabah

Kenyataan ini bertarikh 27 Januari 2010..

"Adalah dimaklumkan bahawa syarikat GARDENIA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD. yang beralamat di 10.5KM, JALAN TUARAN, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH telah memohon pembaharuan Sijil Halal kepada JAKIM dan telah diputuskan oleh Ahli Panel Mesyuarat Khas Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil. 16/2010 JAKIM pada 26 Ogos 2010 dan telah memutuskan bahawa syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Dengan itu syarikat berkenaan adalah tidak berhak menggunakan Sijil dan Logo Halal Malaysia di Produk, premis, kenderaan atau sebarang bentuk yang mengelirukan pengguna Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972."

Rujukan lanjut: FB U/SETIA MGI SABAH


MSS: Rasanya, semua produk makanan keluaran syarikat ini tidak dibenar menggunakan Logo atau Sijil Halal [pengesahan] kerana sebab yang telah dinyatakan di atas. Namun harus diingat, larangan ini bersifat sementara sahaja sehinggalah pihak yang bertanggungjawab memaklumkan status dan perkembangan terkini. Sehingga saat itu, semua pihak diminta bertenang.. ^^,

5 comments:

  1. adeh, roti gardenia ni la paling aku suka ni. sedihnya.

    ReplyDelete
  2. @.fadzmie.met. Nah, samalah.. Tapi aku rasa macam ada yang lebih lembut.. Roti Hi5 kah tu atau yang satu lagi tu tapi aku lupa sudah namanya, ehe..

    ReplyDelete
  3. @samizul.net minat jg ya dgn roti nie..nah, tawakkal je lah ok jg bhn2 dn cra2 dgn buat.hu3

    ReplyDelete
  4. @supergurlzs_89Minat bah.. Dulu2lah. Sedap dimakan begitu ja kan, hua2. Tapi sekali jumpa dua roti yang abg sebut tu, hah tu lagi umphh..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!