Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, January 03, 2011

Harimau Malaya lwn Harimau Malaysia

Setelah kebanyakan rakyat Malaysia selesai "berperang psikologi" dengan rata2 rakyat Indonesia terutamanya peminat ekstrim yang terlalu terdesak ingin menang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kini giliran peminat ekstrim tempatan pula "berperang bahasa" sesama sendiri.

Isunya, penggunaan nama dan istilah yang disandarkan kepada pasukan bola sepak negara. Sekali lagi, pasukan bola sepak Malaysia.

Secara peribadi, aku memanggil pasukan tersebut sebagai Harimau Malaysia. Secara rasmi, nama pasukan itu ialah Harimau Malaya. Aku lebih senang memanggilnya sebagai Harimau Malaysia tetapi tidak pula aku mempromosi atau lebih teruk merendahkan darjat nama "Harimau Malaya" itu.

Lihat gelaran Kelab Manchester United. The Red Devils. Itu nama sahaja. Main cantik, kelas tertinggi, duit kertas atau yang belum dicetak berkepuk2 banyaknya. Terpulang dengan tahap pengetahuan individu bagi menilai justifikasi yang wajar.

Kita tidak akan disalahkan jika perkara tersebut di luar pengetahuan dan kesedaran kita.

Nama "Harimau Malaysia" dicadang untuk diguna menggantikan "Harimau Malaya". Hujah mereka, nama "Harimau Malaya" tidak mencerminkan semangat 1Malaysia. Dengan ayat yang mudah, Harimau Malaya mencerminkan semangat 1Semenanjung Malaysia atau 1Malaya.

Kah kah kah!

Hujah lanjut pihak pencadang pula ialah, nama tersebut mengguris pribumi Sabah dan Sarawak. Mereka mengatakan, pribumi diketepikan sedangkan sokongan bertubi2 - sebagaimana era undian AFUNDI - datangnya dari Sabah Di Bawah Bayu. Bayu berhembus nafas kami sejati harum mewangi, digosok lepas bangun pagi.

Muahua hua hua!

Ada2 saja. "Harimau Malaya" dipilih sebab itu nama sejenis spesis harimau yang ada di Semenanjung Malaysia. Harimau dikaitkan dengan sifat tangkas, berani, ngauman yang kuat, dan semangat juang yang tinggi. Harimau termasuk dalam kelas keluarga haiwan Kucing.

Pihak NGO tersebut mencadangkan nama "Harimau Borneo". Wow, mungkin idea ini ngam untuk pasukan bola sepak negeri Sabah yang sejak sekian lama.... Anda boleh tanya Prof. Google untuk lebih lanjut.

Bagi aku selaku pribumi Sabah, aku tiada masalah dan tidak terguris hati pun kalau pasukan bola sepak negara menggunakan nama "Harimau Malaya". Sebab, aku ada pengetahuan [walaupun secubit cuma] sejarah dan latar belakang asbab pemilihan tersebut.

Kalaupun ingin mensensasikan isu nama dan keadaan pasukan negara yang kononnya tidak mencerminkan pun semangat 1Malaysia [sebab boleh kata tiada wakil pribumi Borneo di "Harimau Malaya"], lebih baik mereka memfokuskan usaha kepada pembangunan dan mengangkat mutu, kualiti dan nama sukan bola sepak Sabah terlebih dahulu.

Apa yang boleh dibanggakan dengan Sabah sekarang? Isu Projek IC, PATI, PILAK dan 1001 isu yang menyebabkan Sabah dinobat sebagai negari paling miskin dan mundur di Persekutuan Malaysia. Lagi aku mahu muntah bila Sabah selalu disebut2 sebagai "Fixed-Deposit" UMNO-BN.

Kalau sudah ada pemain kelahiran tulen [bukan campuran] Sabah atau Sarawak yang sehebat Norsharul, Safee, dan Khairul Fahmi, K. Rajagobal sendiri akan turun "melamar" bujang2 Sabah menggunakan kocek sendiri. Kalau ada sumandak yang mahu dan sudi, pun apa salahnya.

Muahua hua hua! XD

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!