Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, January 28, 2011

Pro-Kontra Parlimen Mahasiswa

Aku ada terima satu mesej yang membawakan berita mengenai cadangan ini; "Parlimen Mahasiswa".

Kredit: Facebook n samizul.net


Aku masih belum membuat bacaan lanjut mengenai hal ini. Jadi, beberapa cadangan spontan aku ini boleh dikira sebagai 'belum matang' dan lebih menjurus kepada situasi di UMS.


#1. Parlimen Mahasiswa mungkin pengistilahan baharu bagi aktiviti Pilihan Raya Kampus [PRK] yang bertujuan untuk memilih wakil mahasiswa di beberapa peringkat. Contoh peringkat ialah Umum, Sekolah/Fakulti, dan Kolej Kediaman [UMS yang aku pasti]. Ini satu rejuvenasi bagi corak atau natijah ekoran berlangsungnya PRK tersebut.

#2. Jika format Parlimen Mahasiswa ini mengambil kira sedikit-sebanyak dasar dan ketentuan yang wujud pada dua jenis Dewan di Malaysia iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, maka ini membawa kepada satu asas yang paling asas* iaitu sesi perbahasan. Parlimen adalah tempat sebarang cadangan dan isu dibahaskan secara kritikal oleh para ahli Yang Berhormat [YB].

*Aspek Pemilihan diabaikan seketika..

Jika dikecilkan skopnya, sesi perbahasan ini mungkin bertukar menjadi sesi dialog atau debat di kalangan mahasiswa. Ini satu contoh aktiviti kelas akademik atau ilmiah.

#3. Parlimen menjadi antara simbol pengamalan Demokrasi. Memfungsikan Parlimen sebaiknya mewujudkan pengamalan yang demokratik. Sikap yang demokratik ialah sikap* di mana 'pihak ketiga' dilayan dengan layanan 'Kelas Pertama'. A dan B berhujah mengenai rasional penswastaan udara. Maka C sebagai pihak audien akan membuat penilaian, pemilihan, lalu membuat kesimpulan mereka sebagai satu resolusi yang perlu 'masuk telinga kanan, tidak keluar di telinga kiri' oleh A dan B.

*Ini cumalah contoh kecil..

#4. Salah satu 'kemuraman' yang berlaku di dunia aktiviti ilmiah mahasiswa ialah kelesuan yang selalu timbul ketika penganjurannya. Penganjur forum walaupun telah membuat persiapan sehabis baik biasanya 'tidak mengghairahkan' berbanding penganjuran pertandingan Battle of The Band walaupun penganjur tidak menyediakan kelengkapan Band. Akhirnya, terpaksalah 'taktik kupon dan cop' digunakan.

#5. Justeru, pihak yang berkenaan perlu berbuat sesuatu untuk meningkatkan lagi populariti aktiviti yang bersifat akademik-ilmiah seperti forum, debat, pidato, dan perbahasan umum dan terbuka secara menyeluruh dan bersungguh2. Aktiviti2 tadi perlu disuburkan tanpa adanya sikap berat sebelah, kongkongan, ugutan dan macam2 lagi yang 'dipolitikkan'. Akta AUKU wajar dimansuhkan, bukan hanya dipinda. Dunia Mahasiswa sepatutnya mengalami 'liberalisasi' budaya keilmuan.

Dengan ini, mahasiswa akan bebas dari belenggu jumud dan tidak lagi dilihat lesu.

Apa pula pandangan anda..?

6 comments:

  1. santik da blog taw...hi3
    takat nie, luvi brfikirn +ve trhdp cdgn "parlimen mahasiswa" nie...cdgn nie ble mmtgkn suma mjlis2 trtinggi kt UMS...dduk brbhs perihal pro dn kontra sstu agenda...tp cra memparlimenkn mhasiswa jgn lah sprti parlimen yg kita sllu liht d kaca tv..biarlah bljr mjdi sorg yg professional dgn mentaliti dn nurani yg ada,bkn stakat ikhls mnjdi sorg MT@YB...

    ReplyDelete
  2. @supergurlzs_89 Aiseh, TQ x2.. ^^, Santik biasa2 ja bah.. Ada lagi yang kureng sket abg nmpk. Warna font utama ni, ehe..

    Mantap taw Luvi bagi komen. Macam yang terpanjang pula, hua2. Iya, abg setuju tu. Gitulah sepatutnya.. Sedangkan di Parlimen sebenar pun payah mau 'bebas', nanti Parlimen Mahasiswa lagilah kena kongkong..

    Amacam MPP UMS sekarang? Ehe..

    ReplyDelete
  3. @samizul.net xpa.abg kn bisa mncri pnylsaiannya..

    aiseh, pjg ka? byk idea pla mlm nie.hua3...tue la jg ayg rsa mslhnya, t ad g yg msuk cmpur, xjga dpt brjln sgt t parlimen tue..mnataw ada phk yg brt sblh.hi3..

    mpp ums bru ja di bubarkn..PR akn brmla pas CNY..

    ReplyDelete
  4. @supergurlzs_89Mustilah.. Bakat detektif-genius gitu kan, nyek, muahua3!

    Iya panjang. Ngam lah bah tu. Kasi cambah idea, ehe..

    O baru bubar pula.. Naah, PRK sudah kamu, ehe3.. ^^,

    ReplyDelete
  5. mencadangkan lihat modul parlimen mahasiswa pertama negara di usm. atau pun hubungi pengasasnya.dikalangan mahasiswa juga.

    ReplyDelete
  6. @usm Terima kasih atas perkongsian. Insya-Allah jika berkesempatan, sy akan mencari n melihat modul berkenaan.

    Mungkinkah Parlimen Mahasiswa akan wujud 'Kerajaan lwn Pembangkang'? Atau mungkin, 'Aspirasi lwn Pro-M'?

    Bagaimana jika Parlimen itu, 'Pentadbiran U lwn Persatuan Mahasiswa'? ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!