Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, January 03, 2011

Selamat Tinggal FS [02]

Sebelum membebel jauh, aku ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. 

Terima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan selaku badan kerajaan yang telah memberikan ruang dan peluang kepada kami para graduan yang belum mendakap kerjaya yang kukuh. Ruang yang diberikan dengan menjadi agen pembudaya TMK memberi kami peluang untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang TMK melalui variasi pengetahuan-pengalaman dan juga khidmat-bakti kami kepada masyarakat yang memerlukan. 

Alhamdulillah, walaupun aku bukan memiliki tauliah dalam bidang TMK, aku dapat mengendali amanah ini semampu dan sebaik yang mungkin - dengan sokongan rakan2 di sekeliling.

Setinggi terima kasih juga buat warga SK. Paguokon, Tenom [SKPT] atas kesudian menerima dan memberikan pelbagai tunjuk-ajar sepanjang bertugas di sini. Aku gembira sebab aku dapat rasa 'kecepatan' aku menyesuaikan diri di sini kerana SKPT memiliki suasana persekitaran yang mesra. Semakin lama mencurah keringat dan ilmu yang ada, semakin terasa betapa khidmatku sangat sangat sangat diperlukan untuk membantu SKPT dan masyarakat sekitar.

Kepada saf pentadbiran termasuk diperingkat PPD [dan PKG], para guru, murid2, para ibu bapa dan juga kakitangan sokongan yang lain, bebanyak terima kasih aku ucapkan. Banyak benda dan ilmu baru yang mengujakan aku belajar dan terokai di sini. Banyak kenangan manis yang menarik untuk dikenang di masa akan datang.

Buat rakan2 FS, terima kasih banyak juga atas kerjasama, semangat dan pertolongan yang dihulurkan sepanjang kita berada dalam satu organisasi muda. Walaupun dilingkari pelbagai isu dan cabaran, alhamdulillah, organisasi kita tetap utuh dan terus teguh mencurah jasa kepada audien kita. Semoga pengalaman yang dikutip dalam persinggahan ini mampu menambahkan lagi tahap bergunanya diri kita kepada sekitar. 

Kepada pihak lain yang terlibat secara tidak langsung, setinggi terima kasih juga aku ucapkan. Antaranya warga Tenom yang mesra melayan walaupun mula2 tu fikir aku ni orang semenanjung. Muahua3!

Setiap yang baik, pasti ada kekurangannya. Setiap yang kurang baik, pasti ada kelebihannya.

Program FS sesuatu yang baik tapi kekurangannya sekarang, ia berstatus kontrak [contract of service]. Kontrak boleh dianggap sesuatu yang kurang baik [baca: jika dibandingkan dengan status Tetap] tapi kelebihannya ialah individu mampu meraih pelbagai jenis pengetahuan-pengalaman ketika bertugas dan meneroka pasaran kerjaya. Individu berupaya menjadi serba boleh [versatile]. Ini pandanganku.

Justeru, segala salah silap, kelemahan, kekurangan dan keterlanjuran yang memberikan imej dan persepsi buruk kepada mana2 pihak yang berkenaan, aku pohon jutaan kemaafan dari semua. Mana2 yang ada rasa tidak puas hati terutamanya yang berkait dengan hal peribadi sepanjang aku memegang amanah FS ini, bolehlah disampaikan terus kepada aku. Biar yang kusut dirapikan, yang keruh dijernihkan.

Terima kasih atas segalanya! Selamat Maju Jaya semua! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!