Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 26, 2011

10 Top Keywords yang bakal Evergreen

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Apa khabar pembaca sekalian? Harap sihat dan ceria hendaknya. Aku di sini, baru ja pulih dari diserang 'gigi berdenyut'. Ni lah akibat suka makan choki2 macam makan nasi suatu masa dahulu, muahua3!

Kali ini aku mau kongsi 10 Top Keywords yang jadi No.1 yang merujuk kepada blogku, samizul.net. Bakal Evergreen tu, acah ja. Mungkin bertahan dalam beberapa tahun ja. Tapi kalau di blogku, memang akan Evergreen lah. Khusus, ehe.

Semua Keywords ini, kalau kamu nda percaya, boleh kamu cuba-try-test guna enjin carian di browser kamu. Ohya, enjin carian yang aku guna ni ialah Google alias Prof. Google, Gergasi Internet No.1 Dunia.

Bah, tanpa melengahkan lagi, jomlah tengok Top Keywords ku ini...! ;D

Nota: Top 10 ini disusun tanpa mengikut turutan.. Right-click untuk besarkan gambar.

01/10

 "guru mengamuk"















02/10

"samizul.net / samizul"














 03/10

"mss lawliet"














04/10

"isu perkataan salam"















05/10

"penyata gaji fs"















06/10

"churp2 dan nuffnang"















07/10

"teknik tulisan ringkas"














08/10

"smatskb / smats"















09/10

"alumni smats"















10/10

"webpage ke mobile version"















Dibalik Tabir :

a. Search Engine = Google [Malaysia]. Sebab tu aku sengaja crop sekali url tab tu untuk 'pengesahan', ehe. Maksudnya, hasil carian berbeza bila bahasa dalam paparan enjin carian yang diguna, ditukar.

b. Browser = Chromium. Chromium = Nama projek bagi browser Google Chrome.

Bagaimana dengan blog anda pula [kalau ada]? Pernah cuba game ini? Cubalah, ianya mampu menambah motivasi blogger! d(^^,)


Nota: Ada juga keywords yang lain yang masuk 1st Page di hasil carian menggunakan Google Malaysia. Tapi, malas pula mau upload. Yang ni cukup banyak sudah ni gambar, ehe..

Thursday, February 24, 2011

Ujikaji: Web Page ke Mobile Version [01]

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Ujikaji ini secara rasmi bermula semalam. Dalam sibuk dan tugasan yang padat, aku mencuri masa untuk melayan idea yang datang melayang, hinggap dengan asyiknya dibenak fikiran.

Sungguh, ini satu kebetulan yang mengujakan.

Dari Web Page, beralih ke Mobile Version.

Beralih bukan bermaksud menjelmakan yang lama kepada yang baharu. Beralih di situ bermaksud, yang lama boleh menjelma dan beralih ke wajah baru mengikut persekitaran.

Secara mudah, begini ceritanya:

Story Telling?

Fenomena Telefon Pintar [Smartphone] semakin subur di kalangan masyarakat kita. Telefon Pintar ini menjadi [semakin] 'pintar' kerana keupayaannya mengasimilasi medium internet secara optimum. Telefon Pintar menjadi 'kurang pintar' tanpa sambungan dan aplikasi internet.

Jadi, dunia internet sudah boleh dipaparkan di skrin Telefon Mudah-alih. Sebagai contoh, iPhone, Blackberry dan banyak lagi. Telefon Pintar semakin menguasai pasaran - walaupun harganya mahal - kerana wujudnya pakej-pakej strategik dari syarikat yang berkenaan.

Di sini cetusan ini bermula dan aku baru terfikir tentang 'nasib' pengguna Telefon Pintar ketika melayari internet atau laman web seperti blog. Bagaimana rupa weblog ku ini bila orang iPhone datang membuat 'kunjungan hormat'? Adakah paparannya seperti di PC atau Laptop?

Nah, inilah yang menjadi titik-tolaknya. Inilah persoalan yang melekat di fikiran yang menggerakkan minda untuk bekerja mencari pengalaman baharu. Tekad dibulatkan. Satu ujikaji 'ringan' dengan kuota pengetahuan yang terhad disiap-siagakan. Misi menjadikan Web Page www.samizul.net mempunyai 'redirect link' berubah ke Mobile Version jika ada pelawat yang datang dari Telefon Pintar, dimulakan.

Sumber dan Kredit: telecom-it.net


Apa yang menjadi punca aku bersemangat untuk melakukan ujikaji ini?

Sudahkah aku mempunyai 'teknik-teknik' yang ingin diuji? Perkembangan lanjut?

Tutorial atau penerangan lanjut?

Nantikan di siri yang seterusnya! ;D


Nota: Satu teknik sudah diuji dan BERJAYA! Apakah ia? Kunjungilah Wall Facebook ku, ehe d(^^,)

Wednesday, February 23, 2011

Jalur Lebar: Ketahui dan Fahami [Siri 3]

Fokus: Celcom Broadband

Tulisan terdahulu: Siri 1 - Siri 2

Tip MSS No.3: Fair Usage Policy dan Celcom Online Customer Service.


Fair Usage Policy [FUP]

Fair Usage Policy atau akronimnya FUP bermaksud* "Polisi Penggunaan Saksama".

*Terjemahan bebas

Polisi ini dikenakan terhadap setiap pelanggan postpaid. Saya tidak berapa pasti bagi plan bayaran yang lain.

Polisi ini mensyaratkan bahawa, satu kuota Bandwith akan diberikan kepada pengguna bagi setiap bulan. Sekiranya kuota ini telah penuh atau melepasi jumlah yang ditetapkan, maka Kelajuan bagi plan akan dikurangkan, maksimum sehingga separuh dari kelajuan asal plan.

Sebagai contoh, jika anda melanggan plan Advance [pakej Bulanan], Kelajuan 'Teori' ialah 3.6 Mbps. Kuota Bandwith pula ialah 5GB sebulan. Sekiranya kuota penggunaan [Bandwith tadi] telah melebihi 5GB, maka Kelajuan 'Teori' untuk melayari internet tadi akan dikurangkan sehingga 1.8 Mbps.

Polisi ini berbeza mengikut plan yang diambil. Lite = 1GB, Basic = 3GB, dan Advance = 5GB bagi pakej Bulanan. Pakej Harian = 1GB dan Pakej Mingguan = 2GB. Rujuk sini.

Oleh itu, sekiranya kelajuan internet anda tiba-tiba menjadi perlahan atau lembab, sila periksa jumlah kuota penggunaan di menu Celcom Online Customer Service. Kebiasaannya, satu mesej peringatan akan dikirimkan kepada pelanggan jika jumlah penggunaan [bandwith] menghampiri kuota yang diperuntukan.

Fair Usage Policy



Celcom Online Customer Service [COCS]

Ini ialah menu khas untuk pelanggan Celcom sama ada bagi pengguna Prabayar atau Pascabayar.

Setiap pelanggan disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pendaftaran sebelum menggunakan perkhidmatan ini sepenuhnya adalah mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Sesudah mendaftar, pelanggan bolehlah login untuk masuk melihat dan menguruskan akaun Celcom anda.

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pelanggan sekiranya selalu menggunakan perkhidmatan ini. Kita sudah mudah untuk melayari internet. Maka, senanglah kita untuk mengakses ke portal perkhidmatan ini.

Antara Perkhidmatan yang boleh diakses di COCS


Paparan Menu Utama. Anak panah - Menu dan SubMenu


Contoh paparan dari menu Status Akaun


Contoh paparan dari menu Maklumat Akaun.


Kredit: Celcom dan samizul.net

Ada banyak lagi yang boleh diterokai didalamnya.

Semoga perkongsian ringkas ini berguna buat semua terutamanya pelanggan Celcom. Jika ada sebarang kemusykilan atau cadangan, bolehlah meninggalkannya diruangan komen di bawah. Jangan lupa Like dan Share untuk yang lain.

Selamat mencuba!

Revolusi era Millenium: 'Tengah Dunia' ke 'Seluruh Dunia'?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera


Isu terkini seputar di media massa tempatan ialah pengumuman keputusan peperiksaan STPM, Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Kampus [Pro-Mahasiswa MENDOMINASI], kisah duka yang menimpa pelumba utama negara yang cedera tertusuk batang besi, dan juga rancangan hiburan yang semakin 'bersahut-sahutan'. Belum pulih dari 'demam' Pilih Kasih, kini AF bakal menyusul mengisi fikrah masyarakat dengan tema 'di awang-awangan'.

Seputar di media massa antarabangsa pula, tentunya kisah demonstrasi tahap gaban mega merebak ke negara-negara Tanah Arab. 'Wabak' ini sebenarnya tidak membahayakan umat manusia. Hanya mereka yang bersikap diktator, zalim, tidak memihak Marhaen [Orang kaya-raya juga adalah rakyat. Justeru, perkataan 'marhaen' adalah lebih tepat.], Kapitalis [berTuhankan Dollar dan wang kertas], dan juga mereka yang bersekongkol demi agenda sulit masing-masing.

Revolusi Mesir di era millenium mendebarkan negara haram Israel dan 'tunggangannya', Amerika Syarikat. Pemulanya, seorang anak muda yang mengganggur di Tunisia.

Usai revolusi di Mesir, siri demonstrasi menerjah negara jiran sekitarnya. Malah melalui pembacaan blog-ke-blog, negara China juga sedang 'berwaspada'. Malaysia? Jangan sangka dan terlalu lena dengan tema 'Aman Damai'. Lihat dan tafsir fenomena Isu Semasa. Buka telinga, mata dan minda untuk memahami tanda-tanda dan komponen maksud yang wujud di persekitaran kita.

Selamatkah kita?

Kredit: tukartiub.blogspot 

Tiadanya peperangan dan huru-hara yang ditanggapi umum tidak mencerminkan persekitaran kita aman sentosa. Kita berperang secara halus dan senyap dengan ideologi-ideologi yang semakin mengakar di segenap institusi sosial. Dari puncak pemerintah, hingga sebawah-bawahnya rakyat iaitu Marhaen, terdedah dengan 'pencemaran' ini.

Kita berperang dengan corak pemikiran. Kita berperang dengan mengangkat ilmu, fikrah dan amal untuk mendepani pelbagai kebobrokan yang berlarutan dan semakin menjadi-jadi.


Nota: Lama eh nda menulis gaya serius isu semasa ni, ehe.. ^^,

Monday, February 21, 2011

Kerja Kosong di SPA

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Ini iklan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA] Malaysia untuk makluman kepada semua pihak terutamanya individu yang sedang mencari kerja.

Kredit: SPA

Baca selanjutnya:

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Sepanjang Masa

Iklan Latihan Separa Perubatan


Nota: Rindu kenangan lalu.. ^^,

Sistem Wireless bukan hanya di Komputer dan Pencetak

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Sistem Sambungan Tanpa Wayar atau Wireless sinonim dengan perkhidmatan Internet [di Komputer] dan juga mesin Pencetak [Printer] bagi Pengguna Akhir [End-user]. Kedua-dua operasi tadi sebelum ini menggunakan sistem Rangkaian Kawasan Setempat / LAN [Local Area Network] atau USB connection yang menggunakan sambungan wayar.

Sistem Wireless semakin berkembang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Wireless bukan hanya terhad di rumah yang melanggan Internet persendirian malah pejabat, kampus, dan asrama pelajar juga sudah mula menggunakan sistem ini.

Sebelum ini, mesin pencetak biasanya menggunakan sejenis wayar khas yang berfungsi sebagai sambungan LAN / USB. Justeru, semasa ingin mencetak sesuatu, pencetak hendaklah bersambung dengan sistem komputer melalui sambungan LAN atau USB tadi. Malah, ada beberapa model pencetak yang wajib disambung dengan sistem komputer terlebih dahulu bagi membolehkan proses pemasangan [Installation] sempurna dan lengkap.

Credit n Tribute: usr-emea.com


Terkini, model pencetak sudah ada yang menggunakan sistem wireless menggantikan sambungan LAN / USB. Ini bermaksud, proses pemasangan dan operasi mesin pencetak dengan sistem komputer menjadi mudah. Hanya perlu aktifkan sistem [melalui Pemacu / Driver] wireless yang sedia ada.

Sistem wireless bakal menggantikan Alat Kawalan Jauh [Remote Control]. Bayangkan segala perabot atau peralatan elektrik dan elektronik di rumah boleh dikawal operasinya melalui komputer. Mesin basuh boleh diaktifkan dengan hanya klik di komputer, air boleh dipanaskan tanpa perlu ke dapur untuk menghidupkannya, dan kipas atau lampu mempunyai Tetapan Masa [Time Setting] sendiri untuk operasinya. Menarik bukan?

Namun, idea ini masih terlalu awal untuk dipraktikan di rumah-rumah kebanyakan orang atau yang biasa-biasa sahaja. Tapi, idea ini boleh diperluaskan di pejabat atau tempat kerja yang berskala besar.

Bayangkan jika lampu-lampu neon dan isyarat di jalan raya menggunakan sistem wireless ini, tentu lampu neon dapat dimatikan tepat pada masanya dan lampu isyarat jarang mengalami kegagalan berfungsi semasa trafik tinggi.

Malah, mungkin sistem wireless ini juga mungkin mengurangkan kadar kecurian kabel bawah tanah untuk bekalan elektrik atau telefon. Persoalannya sekarang, bagaimana dan di mana kita bermula.


Rujukan dan bacaan asal: Majalah CHiP.

Nota: Tahun 2050, wireless bukan lagi setakat mengangkut data, malah jirim dan jasad juga boleh. Mungkinkah ini idea asas dari Mesin Masa? ;D

Sunday, February 20, 2011

PRK UMS 11/12: Gelombang Oren dan Aura Merah

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Kita bertemu lagi. Maaf lama menyepi sebab dalam beberapa hari ini, ada urusan peribadi yang memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Aiseh ayat, kalah-kalah sibuk YB, hua2.

Dalam minggu ini, Universiti Malaysia Sabah [UMS] sedang dalam suasana Pilihan Raya Kampus [PRK].

Sudah banyak perubahan yang berlaku dalam aspek pelaksanaan PRK ini. Khabarnya, sistem E-Voting telah digunakan. Sistem E-Voting pernah - dan masih lagi - diboikot di beberapa universiti dalam kalangan mahasiswa yang dilabel 'puak pro-mahasiswa'. Pelabelan sebegini biasa berlaku dalam kampus.

Balik kepada cerita Gelombang Oren dan Aura Merah, ini sebenarnya contoh pelabelan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini menerima pelabelan tadi [Oren lwn Merah] dengan kemahuan sendiri.

Lama dahulu semasa zaman 'jadi YB', pelabelan yang diguna pakai ialah 'puak Aspirasi' dan 'puak Hijau'. Secara mudah, pendokong dan penyokong Aspirasi ditanggapi sebagai 'pihak Kerajaan' dan begitulah sebaliknya. Kini, pelabelan ini melalui transformasi 'nama' tetapi 'inti'nya tetap yang lama.

Aura Merah = 'pihak Kerajaan'. Gelombang Oren = 'pihak Pembangkang'.

Lebih Oren dari Oren? Kredit: tukartiub.blogspot

Aku rasa, ini hanyalah permainan psikologi yang menunjukkan sikap ambil peduli terhadap perkembangan semasa politik tanah air. 'Pihak Pembangkang' menggunakan 'oren' yang mungkin secara langsung ataupun tidak mengambil semangat Pakatan Rakyat. 'Merah' pula? Sama juga, cuma 'rujukannya' berbeza iaitu parti United Malays National Organization alias UMNO. UMNO adalah 'kepala' dalam kerajaan Barisan Nasional [BN] yang menggenggam kekuasaan di peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Setiap calon mempunyai manifesto masing-masing. Sejauh mana nilai kekuatan dan kejujuran yang ada pada manifesto itu, ianya banyak bergantung dengan sikap dan peribadi calon. Tidak kiralah sama ada ia mendapat jolokan 'puak Merah' atau 'puak Oren'. Mahasiswa memerlukan calon yang benar-benar boleh meredakan sensasi permasalahan mahasiswa. Sekurang-kurangnya, membuka rintis. Tempoh setahun berada di tampuk kepimpinan bukanlah tempoh yang ideal, lebih-lebih lagi jika timbunan isu yang menimpa mahasiswa sudah 'berkurun' lamanya.

Justeru, kepada calon yang bertanding, pokok natijahnya bukanlah siapa menang, siapa kalah. Pokok natijah dalam dunia kepimpinan [baca: mahasiswa khususnya] ialah siapa berguna, siapa yang tidak berguna. Itu sahaja. Jika anda tidak menang, masih banyak ruang untuk menyumbang. Anda kalah tapi masih menyokong agenda mahasiswa [bukan agenda 'pihak atasan' semata], maka anda berguna.

Kepada mahasiswa yang mengundi, pangkahlah calon yang benar-benar berkaliber dan punya asas yang baik yang membentuk pengalamannya. Sesudah itu, siapa pun yang terpilih, maka sokong dan terjemahkanlah sokongan sebaiknya demi manfaat dan keutamaan mahasiswa seluruhnya.

Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat dan benar-benar menghargai pengalaman 'memeriahkan' PRK. Percayalah, anda semua memiliki sesuatu yang tidak akan dinikmati oleh mereka yang tidak ambil pot hal-ehwal permasalahan mahasiswa dan PRK.

Selamat Bertanding dan Selamat Mengundi!

07/08


Nota: Dari Mantan kepada bakal Mantan.. [1], [2], [3], [4]

Friday, February 18, 2011

Siapa sini suka makan Kentucky Fried Chicken?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Kita kembali dengan gosip cerita hangat. Walaupun dengan hanya [ada] dua permintaan dari geng blogger, aku mesti tunaikan demi tidak membuatkan mereka frust bangat. Ha2!

Nah, kamu sudah baca tajuk pos ni kan. Jadi kamu tahu, Kentucky Fried Chicken [KFC] merupakan antara 'jenama' makanan segera yang paling popular di Malaysia. Tanpa statistik rasmi, kenyataan aku ini disokong dengan pemerhatian rambang. Cuba kira ada berapa restoran KFC dalam satu Bandaraya, Bandar, atau Pekan? Kalau sudah, cuba perhati berapa ramai yang datang berkunjung. Masuk KFC, aku yakin 99% akan datang membeli sesuatu dan bukan setakat 'window shopping'. Lainlah kalau masuk untuk tandas percuma.

Jadi, itu ada kaitan dengan Nota ku di pos ini.

Apakah isu yang berkait dengan KFC yang aku jumpa beberapa hari lalu di FB?

Aku tidak mahu ada kontroversi. Malah, cerita blogger disaman RM2 Juta juga sedikit menyentap kredibiliti ku selaku blogger yang sering mengemukakan pandangan dan kritikan dengan cara sendiri. Sekali review suatu services, jatuh saham, habes kena saman. Bagus saman orang-orang kaya, ada juga hasil.

Nah kamu tengoklah gambar-gambar bawah ni. Right-click untuk lebih jelas.. Kredit: samizul.net

 #1

 #2

#3


Bah cukuplah tu. Maklumat lanjut, kamu boleh 'Bing' di FB.

Nota: Paling-paling pun pengalaman, ada bahagian ayam yang tidak berapa masak. =)

Thursday, February 17, 2011

Menyertai Geng Blogger

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Pernah dengar komuniti Geng Blogger [GB]? Baiklah, aku pun sebenarnya baru ja berkenalan dengan komuniti ini. Jadi, tujuan utama pos kali ini ialah untuk 'menagih simpati' dari rakan-rakan Blogger yang lain untuk menunjuk-ajar mengenai komuniti ini. Ada beberapa orang Blogger yang aku kenal, aku terjumpa semalam masa merayau-rayau di sana. Ruangan Forum.

Aku bertemu jodoh dengan GB semalam bila menggatalkan tangan, mengklik Banner GB. Surprise!

Kreditgengblogger.com

Ada kejutan di situ. Rupanya, aku sudah mendaftar dengan komuniti ini. Bila? Aku pun nda ingat. Rasanya dalam penghujung tahun lalu lah. Username = samizuldotnet. Lucu eh..

Jadi bila aku sudah masuk [Login] sebagai ahli, masa untuk aku meneroka dapat dirasionalkan dijimatkan. Teroka pun, sekejap ja sebab aku merayau di sana sekitar awal pagi [lepas tengah malam].

Aku klik profil sendiri. Bila dibuka, kosong. URL blog pun tiada, ha2. Jadi semalam, barulah aku mengemas kini maklumat di sana.

Secara kasar, sistem operasi di komuniti ini antara yang tercanggih aku jumpa. Banyak aplikasi 'real-time' dan 'Rekod Terkini' dari aktiviti ahli disimpan dan boleh dilihat di paparan yang sama. Contoh, bila kita klik menu Forum, akan ada banyak tajuk. Popular, Terkini, dll. Bila pilih satu, di situ akan terbuka ahli mana yang telah berforum ditopik berkenaan. Top Forummer pun ada.

Kredit: gengblogger.com

Ini profilku di GB. Cuba lihat arah anak panah tu. Itu antara ahli GB yang sudi mengalu-alukan kedatangan dan menyapa diawal-awal kedatanganku. Bila mereka datang? Aku pun nda tahu sebab aku nda nampak masa mereka datang.

Ahli GB di atas, sebagai penghargaan, akan aku ziarahi dan Follow blog mereka. Macam awek perempuan pula yang ramai kan... X-)

Aku masih baru [newbie] di GB. Aku nda arif lagi macam mana GB berfungsi dan ahli-ahli GB beraktiviti di sana. Aku terfikir, adakah ianya berfungsi seperti Innit di Nuffnang?

Harap rakan-rakan Blogger yang lain, yang arif atau aktif pasal GB ni, sudilah kiranya menunjuk-ajar diriku yang noob newbie ini.

Nota: Memang MANTOP lah perkongsian di sana. Harap nda ramai ahli yang sekadar datang untuk 'berdagang' blog sendiri semata. Kalau mahu buat 'jualan langsung', pergi main jauh-jauh. Itu ciri-ciri 'SPAMMER'.

Taktik baru pencuri kereta. Kongsikan!

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Ketika kamu sedang membaca tulisanku ini, mungkin kamu sudah selamat meletak kereta di tempat yang sewajarnya untuk kereta. Kalau ada kereta dan tempat letak yang kosong lah, ehe.

Jadi di sini, aku ingin kongsikan satu berita yang aku jumpa di Facebook [FB ni boleh lawan Berita Harian sudah ni, hua2].

Mungkin ada ayat yang kurang jelas. Jadi izinkan aku untuk menunjukkan kemurahan hati dengan menyalin semula ayat-ayat Notes tersebut, seperti biasa, tanpa diedit:


by Bomba Selangor

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.


Layan gambar khas ini...

Kredit n Ihsan: Layar Minda



Kesimpulan: Ada logiknya taktik di atas. Nampaknya para pencuri sebegini mahir dalam bab psikologi. Apapun, utamakan keselamatan.

Nota i: Apa beza; pencuri, penyamun, perompak dan pencopet? Hah soalan bonus. Bertambah juga ilmu bila melawat samizul.net ni kan.. XD

Nota ii: Ni berita kedua berupa 'kejutan' yang aku jumpa di FB. Yang pertama tu, pasal makanan segera palinggg popular di Malaysia. Mau tahu apa ceritanya? Hah cepat tinggalkan komen. Kalau ramai minta, aku pos cepat2 nanti.. =)

Wednesday, February 16, 2011

Jangan satukan Nuffnang dan says.my. Churp2 boleh..?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Dalam dua, tiga hari yang lepas, samizul.net mengalami masalah iklan Nuffnang yang tidak keluar atau terpampang. Hanya nampak perkataan 'Nuffnang' berwarna biru sahaja.

Dengan hati yang musykil, aku pun meringankan jari untuk melihat akaun Nuffnang ku. Tertanya-tanya, mengapa jadi begini.

Surprise! Muahua3!

Adakah kerana aku mendapat BE?

Adakah kerana aku tercalon sebagai Featured Nuffnanger?

Logik

Logiknya, tidak. Sebab, iklan Nuffnang ku bermasalah. Tidak keluar. Jadi, itu tiada kaitan.

Yang sebenarnya, status Nuffnanger ku telah berubah. Dari Glitterati, menjadi Ordinary. Sebelah Ordinary tu, ada 'Non-Glitterati' dalam kurungan. Waahhh!

Ini kali kedua aku mendapat status Ordinary. Kali pertama, masa mula mendaftar Nuffnang dulu, ehe.

Maka aku pun memulakanlah siasatan kenapa status ini berubah. Seperti biasa, aku tidak akan bertanya kepada pihak yang berkenaan [Helpdesk Nuffnang atau otai yang lain] sebab aku ingin mencari dan memahaminya sendiri. Ini satu latihan ringan bagi mereka yang bercita-cita menjadi Special Branch Detektif. Ala, kurang-kurangpun, ada bakat detektif bah bilang.. XD

Syak

Siasat punya siasat, ada dua situasi yang menjadi punca status berubah. Tahap syak yang amat tinggi.

1) Satu atau dua iklan Nuffnang [Leaderboard, Rectangle, atau Skycrapper] TIDAK diletakkan di satu laman yang sama.

Ya, betul. Aku ada buang iklan Leaderboard sebab dalam 100 paparan, boleh kata 5-10 kali sahaja iklan ini aku nampak walaupun bintangnya hanya tiga. Skycrapper pun aku buang di Sidebar sebab rasa banyak dah Gadget di situ. Skycrapper paling kerap muncul walaupun bintang hanya tiga.

Lagipun, JavaScript iklan Nuffnang di Leaderboard tu yang akan 'dibaca' dahulu oleh loading blog. Kalau selalu muncul, berbaloi lah juga. Kalau tidak, bagus buang. Nah sekali buang, status berubah..? Oho.

2) Ada iklan Says.my dalam satu laman / blog yang sama [yang didaftar di Nuffnang]. Ini pun aku syak juga. Says.my sebelum ini dikenali sebagai YouthSays.com.

Iklan Says.my ini, aku kumpul sekali dengan iklan Churp2. Ala, yang ada banyak gambar kecil di Sidebar sebelah ni tu. Cuba kamu klik untuk tahu mana satu iklan Churp2, mana iklan Says.my... x-)

Insaf

Akhirnya, aku pun 'berkorban' untuk meletakkan semula kod iklan Nuffnang di semua posisi yang dicadangkan [diwajibkan?] di panduan Nuffnang. Korban apa? Korbankan 'berat' loading blogku ini. Bila campur sekali ketiga-tiga kod tu, akhirnya berat blogku ini menjadi 8+.++kb. Sebelum ini, sekitar 75.++kb ja. Blog yang ringan akan memudahkan semua pihak untuk datang berkunjung walaupun dengan talian internet yang ciput. Macam FB lahh.. XD

Yang kedua, aku pun membuang kod iklan says.my yang sebelum ini aku kumpulkan sekali dengan Churp2. Mungkin iklan ni aku buat dengan cara promosi yang lain.

Benar atau tidak hasil siasatan aku ini, terpulang untuk yang lain mencubanya. Kalau status kamu tidak berubah setelah 'mencurangi' Nuffnang, wa tabikk lah sama lu.

Nota: Mahu cepat untung atau kaya dengan cara yang salah [terlarang], samalah dengan main tipu.

Ikan Batu, Ikan Berduri
Mula-mula menipu, lama-lama mencuri

Persiapan MAKP 2010

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini, awal ke pejabat berbanding hari yang lain. Walhal, lewat juga tidur semalam, ehe.

Macam biasa bila sampai pejabat, komputer-komputer yang ada akan diperiksa. Dalam masa yang sama, pasti ada mana-mana cikgu atau kakitangan yang memerlukan bantuan yang berkaitan dengan komputer atau internet. Begitulah rutin sehari-hari di pejabat.

Sabtu ini, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar [MAKP] bagi tahun 2010 akan diadakan. Tugas sempena MAKP ini, buat Backdrop dan persembahan video yang berkaitan dengan aktiviti dan Tahun 6 tahun lalu. Ada beberapa hari lagi. Video tu yang sukar sebab, aku ni bukan 'cenderung' dengan bab pengeditan [editing] kecuali edit karangan. XD

Tempahan telur masin di OISCA khamis lalu masih lagi belum sampai sekarang. Satu tray = RM21. Berbaloi-baloi.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Datang Menu Baru!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, di pagi hari tarikh Keputeraan Junjungan Besar Baginda Rasul, Nabi Muhammad s.a.w, aku dapat menyiapkan dua menu baru untuk menambah baik lagi prestasi weblogku ini.

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, menu baru tersebut mula dibikin hampir lewat petang semalam. Bermula versi Alfa, dan seterusnya versi Beta. Dan sekarang, kedua-dua menu tersebut sudah boleh diakses dan beroperasi sepenuhnya.

Tinggal lagi menu My Bloglist yang masih dalam versi Beta. Agak rumit untuk mengelaskan blog satu-persatu lebih-lebih lagi dengan nama dan URL yang pelik-pelik. Sukar untuk mengingatinya dengan mudah. Kalau puluh-puluh, ok lagi. Ini, ratus-ratus yau..

Baiklah tanpa membuang masa, dengan segala sukacitanya aku memperkenalkan dua menu baru yang bakal memberi manfaat kepada semua Follower ku dan juga rakan Blogger yang lain.

Ihsan: yourbanner.samizul.net

1. Menu YOUR BANNER

a. Menu ini mengasingkan ruang pamer yang sebelum ini diletak di menu Link Exchange. Ruang ini diwujudkan, sebagai penghargaan kepada Follower yang mempunyai Banner blog masing-masing. Semua Banner rakan blogger akan terhimpun di sana dan tampil lebih ringkas dan kemas.

b. Di situ, aku ada buat PROMOSI. Promosi 25 orang blogger yang terawal akan menghiasi ruang Premium Featured. Maklumat lanjut, silalah berkunjung di menu tersebut ya.. Cepattt, ehe.

Ihsan: mybacklink.samizul.net

2. Menu MY BACKLINK

a. Menu ini menghimpunkan gadget backlink yang aku sertai. Gadget backlink ini berfungsi untuk meningkatkan trafik blogger [yang ada memasangnya] semata-mata. Maksudnya, blog anda akan dikunjungi oleh berpuluh-puluh 'auto visitors'. Semakin banyak gadget backlink yang anda letak, semakin tinggi trafik yang bakal diperolehi. Aku sudah mencubanya dan ia memang berkesan. Maklumat lanjut, klik sini.

b. Cuma satu keburukan, gadget ini kadangkala melambatkan loading page. Oleh itu, bagi blog yang 'berat' loading page, dinasihatkan agar meringankan dahulu blog anda dan barulah memasang gadget ini diblog anda. Tip untuk memeriksa berat blog ada di sini.

Rasanya, setakat ini sahajalah dulu. Harap mana-mana rakan blogger yang sudi, silalah datang berkunjung ke menu baharu ini.

Sekian. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah buat seluruh kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana jua anda berada.. ^^,


Nota: Premium Featured untuk MY BLOGLIST masih dibuka. Lihat Promosi di sini.

Monday, February 14, 2011

Melancarkan menu baharu versi Alfa

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, aku berkesempatan juga untuk menghadirkan diri ke majlis kenduri sempena Hari Maulidur Rasul yang jatuh pada esok hari ini. Majlis ini dibuat di Masjid al-Fath. Jemputannya boleh baca di sini.

Dan semasa tulisan ini dicatit, aku baru ja pulang ke rumah. Majlis tadi cukup meriah terutamanya dengan kehadiran kanak-kanak dan remaja untuk sama-sama mengambil manfaat dari kenduri ini.

Bagi orang bujang [bujang lagi kah..? X)] seperti aku, kenduri sebegini pasti ada usikan kepadaku iaitu menapau [membawa pulang buat bekalan] juadah yang masih berbaki. Begitulah serba-sedikit punca yang membuatkan aku bertambah comeng. lol.

Insya-Allah esok, akan diadakan sambutan Maulidur Rasul di Pekan Tenom. Perarakan akan dibuat dari Kompleks Sukan, hingga ke Dewan Sri Antanom.

Ihsan: samizul.net

Petang tadi, aku meneruskan lagi 'misi transformasi' weblogku ini. Aku menambah dua menu baharu iaitu khas untuk perkongsian Banner [Banner Exchange], dan satu lagi khas untuk Backlink. Oleh itu, aku pun melancarkan subdomain ku yang seterusnya iaitu yourbanner@samizul.net dan mybacklink@samizul.net. Kedua-duanya masih dalam versi Alfa. Justeru, aku masih tidak memperkenalkan URL-nya sebab aku baru sahaja menetapkan DNS bagi menu tersebut sebentar tadi.

Sementara menunggu versi Alfa ini bertukar menjadi versi Beta, aku akan menukar Header bagi dua subdomain sedia ada dengan gambar yang bersesuaian. Moga-moga, ianya menarik dan selesa buat para pengunjung. Terkumpul dan kemas.

Semenjak weblogku ini mengalami sedikit gangguan awal bulan ini, makin banyak hikmah yang aku perolehi. Aku tambah semangat untuk berkongsikannya. Setelah aku mewar-warkan input-input yang aku perolehi dan juga hasil yang terpampang di weblogku ini, aku gembira dan senang hati bila dapat merasakan ada rakan blogger yang turut sama melakukan sedikit perubahan ke atas blog mereka. Aku tahu, mereka rajin datang ke weblogku ini, dan senyap-senyap 'meneropong' apa-apa input menggunakan 'analisis SWOT' untuk diadaptasi ke dalam blog mereka pula. Tambahan pula lagi, aku baru sahaja berkongsikan Tip mengenai Domain dan Website Design.

Aku gembira sebab ini satu perkongsian ilmu secara tidak langsung, walaupun mereka hanya datang secara silent-reader. Aku mampu tersenyum lebar kerana weblogku ini berjaya memberikan contoh dan input yang terbaik lagi berguna buat mereka untuk diamalkan. Ini pahala yang akan terus-menerus memberikan cahaya kepadaku di dalam kegelapan kubur.

Akir kata, Selamat bereksperimen semua! ;D


Nota: Aku ada bakat detektif. Salah satu ciri detektif ialah, daya intuisi yang tajam dan tepat. Muahua3! XD

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Masjid Al-Fath
Lagud Sebrang
Tenom

Muslimin dan Muslimat
Lagud Sebrang, Tenom

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan / Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULULLAH S.A.W

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan mengenai perkara yang tersebut di atas.

02. Pihak JHEAINS Tenom akan menganjurkan satu aktiviti majlis kebesaran Islam sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah di setiap masjid yang akan diadakan:

Tarikh: 14/02/2011 [Isnin]

Masa: Bermula jam 5:30 petang [datanglah ke masjid beramai-ramai dan awal].

Tempat: Masjid al-Fath, Lagud Sebrang, Tenom.

Agenda:
1. Solat Berjemaah
2. Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat
3. Pembacaan Riwayah Nabi dan Selawat
4. Ceramah Khas Penghayatan Maulidur Rasulullah S.A.W

Jamuan: Telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Masjid agar Muslimin dan Muslimat dapat membawa sedikit sedekah juadah / jamuan ringan mee / kuih dan minuman panas, mudah-mudahan dimurahkan rezeki.

03. Besarlah harapan kami Jawatankuasa Masjid agar Muslimin dan Muslimat berserta keluarga dapat bersama-sama hadir bagi memenuhi dan menghayati Riwayat Maulidur Rasulullah s.a.w. Semoga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t

Sekian dan terima kasih. Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya yang menurut perintah,

Setiausaha Majid al-Fath,
Lagud Sebrang, Tenom

Sunday, February 13, 2011

Tip: Blog dan Blogger gaya MSS

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Yeah, kita kembali lagi dengan Tip yang seterusnya. Buat masa ini, aku masih dalam rangka menyiapkan dua Tip utama yang pernah aku kongsikan sebelum ini iaitu mengenai Jalur Lebar dan terbaru, mengenai Domain. Kedua-duanya masih dalam bentuk Draf di menu Edit Posts 'CPanel' ku ini. ;D

Tip kali ini, ringkas sahaja. Ianya lebih kepada tujuan 'promosi'. Aku ingin mempromosi apa-apa tip, panduan atau bahan yang aku rasa telah 'berjaya' bagi aku. Maksudnya, aku menyukai dan senang hati dengan perkongsian dari mereka. Berjaya memperolehi apa yang diberi dan input yang dikongsi. Kongsi/Bagi kod, sekejap ja hafal. Bagi ayat, sekali imbas sudah tahu jantan-betina itu ayat SMS atau ayat blog yang terbaik.

Kurenglah ikut-ikut juga tulis hal yang sama kan. Kalau sikit-sikit, tak mengapalah. Aku tulis sikit-sikitlah ni, ehe.

Bukan Hiasan semata-mata. Ihsan: samizul.net


Blog dan Blogger gaya MSS. Apa MSS ni? Siapa dapat jawab apakah MSS ini, aku bagi hadiah. Hadiahnya, 30 hari minit mem-Blogwalking ke blog pemenang. Apa macam, ada berani? XD

Blog gaya MSS bermaksud, apa-apa ciri dan aspek fizikal yang menambat hati MSS, dan itulah juga yang diasimilasi [baca: dibuat] ke weblognya sendiri. Contohnya, loading blog, reka bentuk blog, reka letak Gadget, sistem komen mesra-pengguna atau tidak, dll.

Bukan apa, kalau inginkan Follower yang betul-betul ori punya Follower, benda-benda di atas kena ambil beratlah. Kalau kata aiman tidak kisah pasal Follower, bagus buang gadget Follower tu, kan?

MSS ni, suka Blogwalking [Baca: Suatu aktiviti merayau-rayau dari satu blog, blog yang lain dengan pelbagai tujuan seperti membaca, mengira Page Views+Follower+bilangan komen, dan meninggalkan komen].

Dia blogwalking bukan hanya pada mereka yang baru update seperti yang tertera di Bloglist. Dia dengan segala daya dan upayanya akan menziarahi dan memberi komen di setiap blog Follower-nya. Ini penghargaan. Ini satu kemeriahan. Janganlah jadi Blogger yang hanya mahu blognya ja yang dilawat dan diberi komen, tapi dia sendiri jadi silent reader semata. Mahu tunjuk di Recent Visitor atau komen di ChatBox pun malas tahap Kung Kang. Opss silap. Tahap Kukang. Cuba tanya Prof. Google apa Kukang tu.. Kalau tak jumpa juga, nah tanyalah sama Prof. Emeritus di Raja Dr. MSS LaWLiET.. Pasti terjawap persoalan.. ;-)

Blogger gaya MSS pula..... Ehh macam tercakap sudah pula di perenggan atas tadi. Nah kamu bacalah balik.. Itulah tu intinya, ehe.

Buat semua Follower kesayangan dan juga pembaca [silent reader atau bukan..], aku hadiahkan kamu semua satu laman yang sangattt berguna untuk panduan atau rujukan ketika berblog [blogging]. 1Laman, 8Panduan. Jom baca! ;D



Nota i: Kredit dan Salute buat Finie Ramos

Nota ii: Maaf sebab banyak sangat yang kena potong-potong tu. Maklumlah, dulu ada bah juga impian mahu jadi Penulis Bestseller, lol.

Saturday, February 12, 2011

Kursus Usahawan Perkongsian Bijak Cemerlang

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Kepada mereka yang [sangat] berminat dalam bidang keusahawanan, ini berita baik untuk anda.

Satu kursus iaitu Kursus Usahawan Perkongsian Bijak Cemerlang [PBC] akan diadakan di Marina Resort, daerah Kudat, Sabah. Berikut adalah butirannya:

Aktiviti: Kursus Usahawan Perkongsian Bijak Cemerlang
Tarikh: 19 - 20 Mac 2011
Tempat: Marina Resort, Kudat [Peta]
Yuran: RM150 [Setakat ini]

Bagi yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di sini atau iklan di bawah.

Ihsan: PBC

Nota: Sekurang-kurangnya, ada tiga orang yang aku kenal sangat-sangat dalam gambar tu, ehe.. d(^^,)

Cipta Kartun anda dengan mudah

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Sudah baca posku yang sebelum ini? Tajuknya KARTUN PERTAMAKU di alam maya.

Kartun tu aku 'cipta' menggunakan aplikasi yang disediakan oleh satu laman yang 'FREE'. FREE di sini bermaksud, Bebas dan Percuma. Apakah laman web itu? Ini dia..! ;D

Kredit: stripgenerator.com

Aku berkenalan dengan web ini selepas membaca Majalah PC edisi Januari 2011. Bulan lalu, genaplah sudah setahun aku menjadi 'Peminat Setia' Majalah PC. Ini sangat berguna untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bab perkomputeran, teknologi, dan internet. Sangat x3 membantu. Paling mananggg, ada pasal cerita pasal Ubuntu/Linux juga. d(^^,)

Jauh membebel, ehe. Balik ke topik utama. stripgenerator.com menyediakan kemudahan yang 'asas' bagi mereka yang ingin melukis kartun. Di sini, pengguna hanya perlu drag [tekan-dan-seret] elemen-elemen yang ingin digunakan.

Ihsan: msslawliet

Setakat ini, terdapat empat menu utama untuk melengkapkan kartun anda iaitu Frames, Characters, Items, dan Text. Di setiap menu, telah disediakan alat atau benda yang ingin digunakan. Tinggal pilih dan drag benda yang kamu pilih ke ruang [Frame] kartun. Mudah bukan?

Web ini mempunyai dua pilihan sama ada menggunakannya tanpa perlu mendaftar [register] atau jika mahu, dipersilakan untuk mendaftar secara percuma dan mudah. Dengan menjadi ahli, pengguna boleh mengedit gambar dan profil untuk kegunaan masa akan datang.

Untuk mula mencipta kartun kamu, sila pilih Create a new STRIP.

Ihsan: msslawliet

Setelah siap dan berpuas hati dengan paparan kartun tadi, kamu boleh kongsi atau kirimkan kartun itu ke mana-mana medium yang anda suka. Lebih menarik, kita boleh muat turun dan simpan untuk kegunaan peribadi.

Cuma apa yang kurang setakat ini ialah, ada beberapa imej dan aplikasi yang masih terhad. Apapun, dengan sokongan komuniti [idea, tenaga, masa, dan kos], web ini pasti menjadi tumpuan peminat kartun dan mereka yang tidak mahir melukis sendiri seperti aku, ehe.

Selamat mencuba!

Nota: Jangan lupa klik Share kalau rasa info ni membantu yang lain.. d(^^,)

Karya: KARTUN PERTAMAKU di alam maya!



mesir baharu by msslawliet




Nota: Nah amacam, apa komen kamu? ;D Aku akan buat kupasan pasal 'eksperimen' bikin kartun ku ini naanti ya. Sabar2 dulu kamu..! d(^^,)

Friday, February 11, 2011

Churp2 minta maaf sama aku

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera..

Kenal Churp2? Hah kalau nda kenal, boleh klik sini. Dengan Churp2, kita [yang hari2 ngadap tenet ni] boleh menjana pendapatan sampingan sama ada secara aktif, atau pasif. Sudah terbuka laman Churp2 yang kamu buka tadi? Bah daftarlah segera sana, ehe3.. ;-)

Balik ke tajuk utama, Churp2 telah mengirim satu emel [petang tadi] yang tajuknya cukup mengelisahkan dan menggugat poket hati Churper.

Kredit: Churp2

Aik, macam mana 'terpilih' masuk kategori orang yang buat Fraud ClickS ni? Aku memang ada promosi iklan dari Churp2, tapi bukan dengan main tipu atau suruh 'geng2 sulit' untuk klik satu sama lain.

Bayangkan kalau CEO dan seluruh bos/pekerja Churp2 tidak menghalalkan pendapatan yang telah mengembungkan dompet kamu dengan pantas dan mudah sebegitu, siaplah dapat 'sumpahan', ehe. 

Tapi, kepada yang jujur dan 'gentleman' dalam persaingan, kebenaran dan kemenangan akan berpihak kepadanya. Mari tengok salah satu contoh gentleman yang aku maksudkan:-

Kredit: Churp2

Muahua3! XD

Nota: Pernah juga terlibat dengan geng tu tapi lepas bagi idea kaw2, timbul rasa bersalah. Lalu, aku pun membebaskan diri... ^^,  

Tanya saya: Isu perkataan 'SALAM'

Kali ini kita baca soalan kedua yang dikirimkan melalui formspring.me. Tulisan 'Tanya saya' ini dikumpul dengan label TANYA SAYA. Boleh baca atau cari di lain masa nanti.

Soalan kedua kali ini lebih kepada isu agama.. Soalannya:

"Apa pandangan kau tentang penggunaan SALAM sebagai shortform Assalamu'alaikum?"
~Anonymous


Aku akan menjawab dan memberi perkongsian mengikut apa yang aku tahu dan faham.

Sebagai pendahuluan, SALAM itu perlu dilihat sebaik-baiknya dalam pelbagai lapangan yang ada kaitan langsung. Sebab, kita tidak mahu kupasan dalam lapangan A akan dilihat 'terburu-buru' atau 'terkongkong'.

Ketika memfokuskan hujah bagi lapangan A, huraian dan penerangan yang ada menyentuh lapangan lain secara langsung - contohnya lapangan B, lapangan C dsb - perlu dimuatkan sedikit dalam tulisan yang fokus pada lapangan A itu tadi.

Penggunaan perkataan SALAM yang hanya dikupas dari sudut Agama sahaja tanpa mengambil-kira [menyentuh sedikit] sudut Bahasa adalah suatu kelompangan. Hasilnya, kekeliruan dan salah-sangka akan bercambah.

SALAM wujud dalam kamus Bahasa Melayu [BM]. SALAM membawa dua maksud iaitu;

a) Perbuatan: Mijul bersalaman dengan Mizul.

b) Ucapan: Salam sejahtera hadirin sekalian..


Hujah yang dibentang dalam [kupasan] sudut Agama membawa maksud SALAM itu dalam beberapa terjemahan bahasa yang lain, terutamanya bagi orang Kristian dan orang Yahudi.

Itu dalam bahasa mereka. Kita lihat contoh perkataan 'BAH'.

Di Semenanjung [bahagian Utara terutamanya], BAH bermaksud banjir. Di Sabah, BAH mempunyai pelbagai maksud mengikut fungsinya dalam sesuatu ayat.

A: Sudah kau makan?
B: Sudah bah.

BAH dalam dialog di atas berfungsi sebagai 'imbuhan' yang 'menguatkan' atau menyokong perkataan/ayat sebelumnya.

A: Mari kita mandi.
B: Bah marilah.

BAH dalam dialog di atas bermaksud 'YA'.

Kesimpulan

Pemilihan perkataan SALAM, AS SALAM, dan ASSALAMU'ALAIKUM itu sebenarnya bergantung dengan SIAPA dan TUJUAN ia digunakan.

Jika kepada Muslim, ucapan memberi SALAM itu seharusnya lengkap.

-Kirim/Berikan SALAM: Assalamu'alaikum . Assalamua'laikum w.b.t
"Assalamu'alaikum semua. Gembira dapat berkumpul hari ini".
"Sampaikan salam Assalamu'alaikum ku padanya ya".


*Shortform: "Assalam.." atau baik terus ditulis penuh.. Kalau aku biasa singkatkannya menjadi "Salam...". Ada tiga noktah supaya SALAM itu dilihat lebih fleksibel atau tetap sesuai untuk Muslim dan bukan Muslim.

-Jawab/Terima SALAM: Wa'alaikumussalam w.b.t

Jika kepada bukan Muslim: Salam Sejahtera
"Sampaikan salam sejahtera / salam rinduku pada abangmu ya. Sudah lama kami tidak berjumpa".

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Bangsa yang lain, biarlah 'standard' mereka itu. Yang utama, ianya bermaksud baik dan difahami dalam bahasa ibunda atau rasmi sesama kita.

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Agama yang lain, ini bergantung dengan pendapat Ahli Agama dalam agama tersebut untuk diikuti. Dibolehkan atau tidak. Dilarang atau tidak. Kalau boleh, macam mana. Kalau larang, larangan yang macam mana. Ini perlu jelas.

Jadi kalau dalam kalangan orang Islam, ucapkanlah ucapan salam [sapaan / menyapa / bertanya khabar] itu dengan yang sebaik-baiknya.

Jika SALAM bermaksud CELAKA atau lain-lain yang dianggap negatif digunakan bagi maksud Perbuatan dan Ucapan tadi, maka SALAM itu patut sudah lama 'diharamkan' dari norma tutur-kata atau kamus bahasa masyarakat kita. Betul kan?

Kalau tidak, mengapa YAB PM dan Kerajaan kita menggunakan "Salam 1Malaysia"...?

^^,


Nota i: Ada soalan yang 'sembunyi-sembunyi' punya lagi? Kirimkan ke http://formspring.me/SAMiZUL ya ;D

Nota ii: Kalau ada perkongsian atau pertanyaan terbuka, sila kongsi diruang Komen ya. Jangan lupa 'Share' pada yang lain kalau rasa ianya bermanfaat.. v(^^,)

Tanya saya: Ayam atau Telur?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera ..

Kita bertemu lagi. Kali ini, aku menjawap 'Tag' yang dikirimkan kepada aku. Tag kali ini, memang unik sebab dihantar melalui formspring.me. Soalan sebenarnya, ehe. Mari layan soalan yang bertuah ini, yeahh!

"Which on come first? Cicken or Egg? Answer it anyhow you want it, but state your reasons..."
~Anonymous


Fuhh, ini soalan menguji personaliti individu yang ditanya ni. Bukan jawapan semata-mata. Betul kan Anon? Muahua3! XD

Baiklah aku fokus balik. Kita tidak akan dapat 'jawapan yang pasti lagi meyakinkan' kalau kita terikat dengan cara fikir logik-tanpa-hujah berfakta.

Untuk menjawap soalan sebegini, kita perlu mendahulukan hujah berfakta, lalu diserikan dengan logik mudah.

Kalau kita terikat dengan cara berfikir logik-tanpa-hujah berfakta itu, kita akan berpusing-pusing; "Kalau Ayam dulu, Ayam tu dari mana?", "Kalau Telur dulu, Telur tu pula dari mana?". Kena pusing-pusing, nanti naik pening..

Kesimpulan

Kalau benar-benar serius ingin 'memecahkan' kebuntuan teka-teki "Ayam atau Telur yang duluan?" ini secara ilmiah, kata kunci ada dalam soalan-soalan ini:-

a. Bagaimana sejarah asal-usul kewujudan manusia?

b. Ayam atau Telur ini, wujud sendiri atau diciptakan?

c. Kalau diciptakan, yang mana yang lebih sesuai / logik diciptakan terlebih dahulu; Ayam atau Telur?


Jadi jawapanku, AYAM lah yang 'come first'.. ;D

Kalau ada soalan-soalan lain untuk santai-santai yang ditujukan kepada aku tapi mahu kirim sembunyi-sembunyi, boleh kirim sini http://formspring.me/SAMiZUL

Nota: Akhirnya, aku pulangkan kembali ke hadrat Illahi jawapanku ini. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. ^^,

Thursday, February 10, 2011

Tag: Kerja Rumah!

Ini Kerja Rumah. Sementara mengisi masa lapang orang bilang.. ;-)

Aku berbesar hati untuk menjawap Tag yang dibuat oleh Nunui Joe. Nah apa lagi, peluang ni untuk kamu kenal-kenal pasal aku, hua2! ;D

1. Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu ?
Online - Blogwalking.


2. Dua jam yang lalu?
Online - Juga Blogwalking.


3. Anda suka?
Hati senang.


4 . Minggu lepas?
Aku tiada balik cuti Raya Cina.


5 . Tiga lagu yang anda boleh dengar berkali - kali
a. Dari Kumpulan Kristal
b. Dari Faizal Tahir
c. Semua kumpulan Nasyid


6 . Tiga binatang yang anda tidak suka?
a. SEMUT!
b. Lalat
c. Nyamuk


7 . Lima fakta tentang anda
a. Lelaki
b. Bercermin mata
c. Bermuka serius
d. 'Naik pangkat' jadi Sulung
e. Suka buat kerja sendiri


8 . Tahun depan mungkin?
Saya sudah kaya-raya, muahua3!


9 . Anda tidak reti?
Mengenali / membezakan jenis-jenis ikan, sayur-sayuran, dan tumbuh-tumbuhan.


10 . Anda pandai?
Bermain catur.


11. Kawan anda ?
Ada ramai tapi 95% jauh dari aku, ehe.


12 . Anda ada?
Banyak buku.


13. Anda seorang?
Pendiam.


14 . Adik anda ?
Ada empat orang. Tiga perempuan, yang bongsu lelaki.


15 . Anda tidak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
a. Komputer dan Internet
b. Membeli dan membuang masa di kedai buku
c. Mendengar lagu kesukaan
d. Perasaan buruk yang datang menggugat kesejahteraan minda 


16 . Bilakah pertama kali anda bercinta?
Masa budak-budak. Cinta Kancil orang bilang, lol!


17 . Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang anda?
a. Aku ada bakat detektif dan genius. 
b. Tidak pandai berenang
c. Tidak pandai menunggang basikal, motorsikal, dan memandu kereta.


18 . Anda rindu?
Zaman Persekolahan


19 . Anda tidak sabar?
Menghidupkan komputer dan online!


20 . Lima laman yang anda selalu layari?
a. Blogger/Google
b. Facebook
c. webmail.samizul.net
d. Akhbar Online dan yang padat dengan info
e. Web pasal Linux / Ubuntu dan Manga Stream


Sekarang, aku tag SEMUA RAKAN BLOGGERKU yang sudi untuk menjawap Tag ini, yeah!

Kalau ada soalan tapi segan-segan mahu tanya diruangan komen, boleh kirimkan di sini:

http://formspring.me/SAMiZUL

Terima kasih dan selamat menyiapkan Kerja Rumah kamu tu...! ;D

PERHATIAN buat pengguna Celcom Broadband!

Aku baru ja menulis 'bebelan' baru-baru ini pasal cukai dari Celcom akan dinaikkan dari 5% - 6%.

Boleh baca balik di sini.

Kali ini, aku bawa satu berita lagi. Kali ini, berita gumbira buat pengguna Postpaid. Tidak kira sama ada pakej Broadband [biasanya Data Only] atau pakej normal bagi Postpaid [Boleh buat panggilan dan sebagainya].

Lepas ja aku mengomel hari tu, terus ada promosi ni. Macam faham-faham ja Celcom ni tebiat Online ku macam mana. Tiap bulan mesti lebih kuota 5GB, muahua3! XD

Apakah khabar itu? Mari lihat gambar berikut:

Ihsan: msslawliet

Ihsan: msslawliet

Ini berita sangattt baik buat Online User yang melakukan aktiviti-aktiviti yang tahapnya 'ekstrem'. Ekstrem di sini bermaksud, bandwith broadband anda yang digunakan selalu mencapai kapasiti yang besar. Biasanya, melebihi kuota yang diberikan oleh Celcom iaitu 5GB/Bulan bagi pakej Advance [RM98].

Jika penggunaan bandwith kita telah melebihi kuota 5GB itu, Speed atau kelajuan Muat turun [download] dan Muat naik [upload] broadband kita akan dikurangkan maksimum sehingga separuh dari kelajuan asal [pakej].

Sebelum ini, jika pengguna ingin membeli [purchase] kuota baru, harganya seperti berikut:

Laaama dulu - 5GB = RM20

Sebelum promosi ini - 5GB = RM50. 1GB = RM20.

Promosi TERKINI - 5GB = RM38.88. 1GB = 12.88.


Hah, berbaloi-baloi bukan. Alang-alang ambil 1GB untuk jimat, bagus terus ambil 5GB. 1GB tu, sekejap ja tu habis, ehe.

Baiklah, kalau rasa infoku ini berguna, silalah kongsikannya pada yang lain ya. Ada butang Share di bawah ini, ada juga butang Share dari Facebook di atas dekat tajuk. ^^,

Nota: Aku Kipas-Susah-Mati Celcom. ;D

Aku terima LAMARANNYA



Terima kasih atas kesudian

Terima kasih atas kepercayaan

Terima kasih atas anugerah

Terima kasih atas amanah


Ku genggam erat

Ku peluk kemas

Makna lamaran ini

Menyalakan iltizam mengotakan janji

Kerana jasa harus dibalas

Kerana budi harus diingat


Terima kasih, Founder WSB

Kredit: admin@samizul.net


Nota: MAAF kalau ada yang tersinggung dek kurengnya madah ini... XD

Ini Ilmu Penjenayah

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera..

Tajuk kali ini 'mengancam' sedikit. Mari lihat gambar di bawah:



Emel ini ialah emel Spam. Pengirimnya dikenali sebagai 'Spammer'. Spammer mempunyai ciri utama yang satu ini; bersikap semberono atau sembarangan sahaja. Tengok saja alamat emel, nama pengirim, dan mesej yang dihantar. Semuanya ntah apa-apa ntah.

Tapi emel Spammer yang ini aku layan istimewa sedikit. Saja untuk perkongsian buat semua pengguna komputer atau internet.

Kita sambung baca 'inti' mesej iklannya itu.



Nampak bulatan kecil berwarna merah tu? Hah tu aku buat 'Top 5'. Kalau dia kata ilmu dalam E-Book itu "ini bukan ilmu seabarangan", maka aku pula kata "Ini lmu penjenayah". Kenapa?

1. Ilmu Crack. Ilmu Crack ini hanya untuk kes kecemasan dan bukannya terdesak sebab gian ber-Facebook. Crack maksudnya menceroboh. Menceroboh sistem wireless orang atau jiran samalah seperti masuk rumah orang dari tingkap atau memecahkan pintu.

4. Membina Trojan. Kalau bikin Trojan baru untuk menjenamakan sabun pencuci Trojan, ada manfaat juga. Cipta Trojan komputer ini untuk apa? Kenakan orang? Kalau yang kena tu menyumpah-nyumpah "SI@L PUNYA ORANG", hah sah-sah jadi orang yang si@l secara PERCUMA, haha!

8. Internet percuma dengan kad sim Celcom 3G? Apa benar sampai begini lemah dan lompang tahap perlindungan dan sistem operasi perkhidmatan internet Celcom? Operator lain? Mungkin hack kau ini di kad sim Made from China ni mengkali, huahua!

12. Mendapatkan password. Ini sama juga seperti perkara 1. Kalau kes kecemasan dan ada perakuan, bolehlah juga diterima.

15. DOS Attack. Ini sama juga dengan mencipta Trojan tadi. Lebih-lebih lagi, membuat serangan ke sistem di kampus. Kan bagus buat begini dalam makmal khas dan tertutup. Inilah, ada kemudahan internet habis diserang dan dirosakkan. Tiada kemudahan internet, tak cukup tangan orang media atau massa membuat laporan.


Dan ayat godaan yang paling lawak di mesej tu ialah dalam kotak segi empat tu. "Penjana Ekonomi Negara". Hey, sedarkah kamu ni penyubur kepada penjenayahan?

Spam ni ibarat sampah. Spammer pula, ibarat pembuang sampah yang suka buang merata-rata dan tiada pula rasa tanggungjawab yang sebenar.

Kalau betul E-Book ni ada terjual dan kandungannya sama seperti di atas, penulis E-Book ini patut ditangkap. E-Book sebegini hanya mencemarkan imej industri E-Book.

Ada aktiviti yang jadi rutin kamu dalam senarai tu? XD


Nota: Perlukah lagi 'hurai' dan 'tafsirkan' bab perisian Cetak Rompak atau Edisi Lanun?

Wasaber yang AKTIF: Januari 2011

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera..

WSB sudah mengumumkan senarai Wasaber yang paling aktif [hiper aktif] bagi bulan Januari 2011.

Di sini ada dua kategori bagi Wasaber iaitu yang paling aktif, dan yang aktif setahu akulah. Wasaber yang paling aktif, akan diumumkan melalui Video [tag] dan bagi yang aktif, akan diumumkan melalui Poster [juga tag] di WSB Facebook Pages.

Alhamdulillah, sejak mula menyertai WSB secara rasmi, namaku muncul dalam tag Poster yang dikeluarkan selepas itu. Tag Poster ini sekarang akan diumumkan dua minggu sekali.

Dan sekarang yang paling manis, nama dan weblog ku ini termasuk dalam tag Video pula. Gembiranya! Rasa meriah dan dihargai oleh WSB, ehe.

Mari kita saksikan video tersebut di sini.. ^^,


Nota: Akhirnya aku sudah jadi 'Mania'. XD

Wednesday, February 09, 2011

Mari Sertai SABAHAN BLOGGERS CLUB

Assalamua'laikum n Salam sejahtera..

Semalam, saya telah 'berjumpa' dengan satu lagi organisasi 'komuniti alam maya' yang tampil ingin menghimpunkan seberapa ramai Blogger Sabah [Sabahan Blogger] di samping bertujuan untuk membantu para blogger Sabah untuk menambahkan ilmu dan nilai tambah dalam ilmu dan pengalaman dalam dunia blog [blogging].

Organisasi atau perkumpulan ini dinamakan sebagai Persatuan Bloggers Sabah [PBS] atau dalam Bahasa Inggeris disebut Sabahan Bloggers Club [SBC].

Kredit: SBC

Dari pembacaan, SBC ini nampaknya baru sahaja muncul awal tahun ini. Tepatnya, Januari 2011. Setakat ini, ianya ditadbir oleh tiga orang [tidak pasti kalau gambar sumandak tu, itulah mereka, ehe] dan mempunyai keahlian berdaftar [rasmi] seramai 24 orang setakat saya menulis catitan ini. Keahlian ini tidak mengambil kira angka Follower di laman mereka dan juga bilangan Like di Pages Facebook SBC.

Saya ahli yang ke-18. ID saya ialah ID18.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini [1] [2].

Sekali imbas, kekuatan komuniti yang baru menapak ini ada tiga dipandangan saya iaitu;

a. Dwi-bahasa. Sangat sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam BM atau BI. Malah, bersifat 'universal'.

b. Keunikan Tutorial khas untuk Blogger Sabah disamping khidmat bantuan untuk Blogger yang mengalami masalah atau bertanyakan soalan dalam skop blog atau berblog, secara sukarela.

c. Blog Review Tuesday [BRT]. Inilah yang betul-betul membuatkan saya teruja. BRT adalah aktiviti seumpama ini yang pertama kali saya jumpa. Ianya sangat menarik. Kupasan dan analisis yang dibuat juga agak menyeluruh, mendalam, dan kritikal disamping cadangan untuk penambahbaikan. Ini sangat berguna bagi blogger yang ingin mendalami ilmu berblog dan juga mengenal pasti kelebihan-kelemahan blog yang dikendalikan oleh blogger.

Menarik bukan?

Justeru, saya menjemput semua rakan-rakan, kenalan dan mereka untuk sama-sama memeriahkan dan memperkasakan lagi SBC. Klik sini untuk melihat syarat keahlian. Mudah sahaja.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat SBC! d(^^,)

Kredit: Facebook SBC

Nota: ID BRT saya ialah BRT18. Maksudnya, weblog saya ini akan dikupas [review] pada angka giliran yang ke-18. Tak sabar-sabar rasanya eh! ;D