Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 12, 2011

Cipta Kartun anda dengan mudah

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Sudah baca posku yang sebelum ini? Tajuknya KARTUN PERTAMAKU di alam maya.

Kartun tu aku 'cipta' menggunakan aplikasi yang disediakan oleh satu laman yang 'FREE'. FREE di sini bermaksud, Bebas dan Percuma. Apakah laman web itu? Ini dia..! ;D

Kredit: stripgenerator.com

Aku berkenalan dengan web ini selepas membaca Majalah PC edisi Januari 2011. Bulan lalu, genaplah sudah setahun aku menjadi 'Peminat Setia' Majalah PC. Ini sangat berguna untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bab perkomputeran, teknologi, dan internet. Sangat x3 membantu. Paling mananggg, ada pasal cerita pasal Ubuntu/Linux juga. d(^^,)

Jauh membebel, ehe. Balik ke topik utama. stripgenerator.com menyediakan kemudahan yang 'asas' bagi mereka yang ingin melukis kartun. Di sini, pengguna hanya perlu drag [tekan-dan-seret] elemen-elemen yang ingin digunakan.

Ihsan: msslawliet

Setakat ini, terdapat empat menu utama untuk melengkapkan kartun anda iaitu Frames, Characters, Items, dan Text. Di setiap menu, telah disediakan alat atau benda yang ingin digunakan. Tinggal pilih dan drag benda yang kamu pilih ke ruang [Frame] kartun. Mudah bukan?

Web ini mempunyai dua pilihan sama ada menggunakannya tanpa perlu mendaftar [register] atau jika mahu, dipersilakan untuk mendaftar secara percuma dan mudah. Dengan menjadi ahli, pengguna boleh mengedit gambar dan profil untuk kegunaan masa akan datang.

Untuk mula mencipta kartun kamu, sila pilih Create a new STRIP.

Ihsan: msslawliet

Setelah siap dan berpuas hati dengan paparan kartun tadi, kamu boleh kongsi atau kirimkan kartun itu ke mana-mana medium yang anda suka. Lebih menarik, kita boleh muat turun dan simpan untuk kegunaan peribadi.

Cuma apa yang kurang setakat ini ialah, ada beberapa imej dan aplikasi yang masih terhad. Apapun, dengan sokongan komuniti [idea, tenaga, masa, dan kos], web ini pasti menjadi tumpuan peminat kartun dan mereka yang tidak mahir melukis sendiri seperti aku, ehe.

Selamat mencuba!

Nota: Jangan lupa klik Share kalau rasa info ni membantu yang lain.. d(^^,)

6 comments:

  1. Aku tetap nda paham...
    ko kasi lukis aku lah ya...hihihi..
    nanti aku kasi gambar wajah kucingku...ahaha.
    btw, baek punya perkongsian... thumbs up der! :D

    ReplyDelete
  2. @Zurina J. Terima kasih x2 d(^^,) Aik, pa yang kau nda faham ni Zrn.. Senang ja bah ni.. Kau masuk webnya, adalah tu sana camna buat kartun, ehe..

    Setakat ni, nda pernah pula untuk edit gambar lain di stripgenerator tu.. ^^,

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama tak baca majalah PC.
    Sekarang ni baca cerita pasal PC di online lagi cepat dapat maklumat.

    ReplyDelete
  4. @Sabahan Bloggers Club Ia betul tu. Internet memang medium perkongsian yang luas n pantas. Cuma, bukan semua orang berpeluang menikmatinya dengan baik buat masa sekarang.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!