Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, February 10, 2011

Ini Ilmu Penjenayah

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera..

Tajuk kali ini 'mengancam' sedikit. Mari lihat gambar di bawah:



Emel ini ialah emel Spam. Pengirimnya dikenali sebagai 'Spammer'. Spammer mempunyai ciri utama yang satu ini; bersikap semberono atau sembarangan sahaja. Tengok saja alamat emel, nama pengirim, dan mesej yang dihantar. Semuanya ntah apa-apa ntah.

Tapi emel Spammer yang ini aku layan istimewa sedikit. Saja untuk perkongsian buat semua pengguna komputer atau internet.

Kita sambung baca 'inti' mesej iklannya itu.



Nampak bulatan kecil berwarna merah tu? Hah tu aku buat 'Top 5'. Kalau dia kata ilmu dalam E-Book itu "ini bukan ilmu seabarangan", maka aku pula kata "Ini lmu penjenayah". Kenapa?

1. Ilmu Crack. Ilmu Crack ini hanya untuk kes kecemasan dan bukannya terdesak sebab gian ber-Facebook. Crack maksudnya menceroboh. Menceroboh sistem wireless orang atau jiran samalah seperti masuk rumah orang dari tingkap atau memecahkan pintu.

4. Membina Trojan. Kalau bikin Trojan baru untuk menjenamakan sabun pencuci Trojan, ada manfaat juga. Cipta Trojan komputer ini untuk apa? Kenakan orang? Kalau yang kena tu menyumpah-nyumpah "SI@L PUNYA ORANG", hah sah-sah jadi orang yang si@l secara PERCUMA, haha!

8. Internet percuma dengan kad sim Celcom 3G? Apa benar sampai begini lemah dan lompang tahap perlindungan dan sistem operasi perkhidmatan internet Celcom? Operator lain? Mungkin hack kau ini di kad sim Made from China ni mengkali, huahua!

12. Mendapatkan password. Ini sama juga seperti perkara 1. Kalau kes kecemasan dan ada perakuan, bolehlah juga diterima.

15. DOS Attack. Ini sama juga dengan mencipta Trojan tadi. Lebih-lebih lagi, membuat serangan ke sistem di kampus. Kan bagus buat begini dalam makmal khas dan tertutup. Inilah, ada kemudahan internet habis diserang dan dirosakkan. Tiada kemudahan internet, tak cukup tangan orang media atau massa membuat laporan.


Dan ayat godaan yang paling lawak di mesej tu ialah dalam kotak segi empat tu. "Penjana Ekonomi Negara". Hey, sedarkah kamu ni penyubur kepada penjenayahan?

Spam ni ibarat sampah. Spammer pula, ibarat pembuang sampah yang suka buang merata-rata dan tiada pula rasa tanggungjawab yang sebenar.

Kalau betul E-Book ni ada terjual dan kandungannya sama seperti di atas, penulis E-Book ini patut ditangkap. E-Book sebegini hanya mencemarkan imej industri E-Book.

Ada aktiviti yang jadi rutin kamu dalam senarai tu? XD


Nota: Perlukah lagi 'hurai' dan 'tafsirkan' bab perisian Cetak Rompak atau Edisi Lanun?

2 comments:

  1. Bukan setakat ilmu penjenayah, cakap pewaris jutaan riban harta pun ada tapiii...ada aku kesah??
    Anyway, hairan juga...masih ada orang yang tertipu (~ ~)

    ReplyDelete
  2. @Sumandak Kinabalu Iya sis, emel yang macam tu pun selalu ada. Mau bagi duit tapi ada macam2 tapinya. Sah2 tipu, hua2.

    Trend sekarang, emel yang kononnya dari Bank atau syarikat tertentu minta kemas kini atau dapat hadiah ribu2.

    SMS pun boleh tahan juga.. Suruh On / Aktifkan SMS Content la n macam2. Sekali, daftar n kredit terus hangus kena potong, uhu.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!