Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, February 23, 2011

Jalur Lebar: Ketahui dan Fahami [Siri 3]

Fokus: Celcom Broadband

Tulisan terdahulu: Siri 1 - Siri 2

Tip MSS No.3: Fair Usage Policy dan Celcom Online Customer Service.


Fair Usage Policy [FUP]

Fair Usage Policy atau akronimnya FUP bermaksud* "Polisi Penggunaan Saksama".

*Terjemahan bebas

Polisi ini dikenakan terhadap setiap pelanggan postpaid. Saya tidak berapa pasti bagi plan bayaran yang lain.

Polisi ini mensyaratkan bahawa, satu kuota Bandwith akan diberikan kepada pengguna bagi setiap bulan. Sekiranya kuota ini telah penuh atau melepasi jumlah yang ditetapkan, maka Kelajuan bagi plan akan dikurangkan, maksimum sehingga separuh dari kelajuan asal plan.

Sebagai contoh, jika anda melanggan plan Advance [pakej Bulanan], Kelajuan 'Teori' ialah 3.6 Mbps. Kuota Bandwith pula ialah 5GB sebulan. Sekiranya kuota penggunaan [Bandwith tadi] telah melebihi 5GB, maka Kelajuan 'Teori' untuk melayari internet tadi akan dikurangkan sehingga 1.8 Mbps.

Polisi ini berbeza mengikut plan yang diambil. Lite = 1GB, Basic = 3GB, dan Advance = 5GB bagi pakej Bulanan. Pakej Harian = 1GB dan Pakej Mingguan = 2GB. Rujuk sini.

Oleh itu, sekiranya kelajuan internet anda tiba-tiba menjadi perlahan atau lembab, sila periksa jumlah kuota penggunaan di menu Celcom Online Customer Service. Kebiasaannya, satu mesej peringatan akan dikirimkan kepada pelanggan jika jumlah penggunaan [bandwith] menghampiri kuota yang diperuntukan.

Fair Usage Policy



Celcom Online Customer Service [COCS]

Ini ialah menu khas untuk pelanggan Celcom sama ada bagi pengguna Prabayar atau Pascabayar.

Setiap pelanggan disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pendaftaran sebelum menggunakan perkhidmatan ini sepenuhnya adalah mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Sesudah mendaftar, pelanggan bolehlah login untuk masuk melihat dan menguruskan akaun Celcom anda.

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pelanggan sekiranya selalu menggunakan perkhidmatan ini. Kita sudah mudah untuk melayari internet. Maka, senanglah kita untuk mengakses ke portal perkhidmatan ini.

Antara Perkhidmatan yang boleh diakses di COCS


Paparan Menu Utama. Anak panah - Menu dan SubMenu


Contoh paparan dari menu Status Akaun


Contoh paparan dari menu Maklumat Akaun.


Kredit: Celcom dan samizul.net

Ada banyak lagi yang boleh diterokai didalamnya.

Semoga perkongsian ringkas ini berguna buat semua terutamanya pelanggan Celcom. Jika ada sebarang kemusykilan atau cadangan, bolehlah meninggalkannya diruangan komen di bawah. Jangan lupa Like dan Share untuk yang lain.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!