Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, February 09, 2011

Mari Sertai SABAHAN BLOGGERS CLUB

Assalamua'laikum n Salam sejahtera..

Semalam, saya telah 'berjumpa' dengan satu lagi organisasi 'komuniti alam maya' yang tampil ingin menghimpunkan seberapa ramai Blogger Sabah [Sabahan Blogger] di samping bertujuan untuk membantu para blogger Sabah untuk menambahkan ilmu dan nilai tambah dalam ilmu dan pengalaman dalam dunia blog [blogging].

Organisasi atau perkumpulan ini dinamakan sebagai Persatuan Bloggers Sabah [PBS] atau dalam Bahasa Inggeris disebut Sabahan Bloggers Club [SBC].

Kredit: SBC

Dari pembacaan, SBC ini nampaknya baru sahaja muncul awal tahun ini. Tepatnya, Januari 2011. Setakat ini, ianya ditadbir oleh tiga orang [tidak pasti kalau gambar sumandak tu, itulah mereka, ehe] dan mempunyai keahlian berdaftar [rasmi] seramai 24 orang setakat saya menulis catitan ini. Keahlian ini tidak mengambil kira angka Follower di laman mereka dan juga bilangan Like di Pages Facebook SBC.

Saya ahli yang ke-18. ID saya ialah ID18.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini [1] [2].

Sekali imbas, kekuatan komuniti yang baru menapak ini ada tiga dipandangan saya iaitu;

a. Dwi-bahasa. Sangat sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam BM atau BI. Malah, bersifat 'universal'.

b. Keunikan Tutorial khas untuk Blogger Sabah disamping khidmat bantuan untuk Blogger yang mengalami masalah atau bertanyakan soalan dalam skop blog atau berblog, secara sukarela.

c. Blog Review Tuesday [BRT]. Inilah yang betul-betul membuatkan saya teruja. BRT adalah aktiviti seumpama ini yang pertama kali saya jumpa. Ianya sangat menarik. Kupasan dan analisis yang dibuat juga agak menyeluruh, mendalam, dan kritikal disamping cadangan untuk penambahbaikan. Ini sangat berguna bagi blogger yang ingin mendalami ilmu berblog dan juga mengenal pasti kelebihan-kelemahan blog yang dikendalikan oleh blogger.

Menarik bukan?

Justeru, saya menjemput semua rakan-rakan, kenalan dan mereka untuk sama-sama memeriahkan dan memperkasakan lagi SBC. Klik sini untuk melihat syarat keahlian. Mudah sahaja.

Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat SBC! d(^^,)

Kredit: Facebook SBC

Nota: ID BRT saya ialah BRT18. Maksudnya, weblog saya ini akan dikupas [review] pada angka giliran yang ke-18. Tak sabar-sabar rasanya eh! ;D

7 comments:

  1. Salam.
    Terima kasih Samizul kerana membuat post berkenaan SBC di blog anda. Kami bukan sahaja mengumpul bloggers Sabah di bawah satu bumbung tetapi tujuan utama kami adalah membantu bloggers membaiki cara mereka berblog. Sila datang ke SBC selalu untuk tips-tips harian kami.

    Regards:
    lunaticg.

    ReplyDelete
  2. @Sabahan Bloggers Club Assalam..

    Ya, sama2 Admin SBC. Harap bertambah ramai Blogger Sabah yang semakin bertambah ilmu dan kemahiran berblognya.. BRT tu sangat2 membantu n dijadikan panduan.. d(^^,)

    ReplyDelete
  3. @kira kekuri Bagus2. Jan lupa promo pada yang lain ya.. d(^^,)

    ReplyDelete
  4. Makaseh Samizul...
    Sama-sama kita belajar, menimba ilmu tak kira dimana kan...

    PS : Hanya sorang ja sumandak dalam gambar tu jadi admin...ahahaha

    ReplyDelete
  5. @Sumandak Kinabalu Ya sama2.. Iyup betul tu. Setuju dengan kata2 itu, ehe d(^^,)

    u/p: Eh seorang ja kah sumandak tu? Nah ni lah pula dia ni, terang2 sudah.. Sumandak Kinabalu.. Muahua3! ;D

    ReplyDelete
  6. hai sabahan blogger..view and comment blog saya di normanmusie.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!