Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, February 06, 2011

Naruto Shippuuden: The Best AMV Opening ever!

Mantap tajuk dalam BI. Harap ada orang dari 'Dunia Pertama dan Kedua' kah yang baca? XD Oh jangan, sini 'Dunia Ketiga' pun ramai menuturnya. BM. Bahasa Manglish. XD

Ok cukup. Fokus. Serius.

Tahu apa itu Naruto Shippuuden? Ini soalan kacang bagi kipas-susah-mati komik2 terkenal Jepun. Komik ini telah 'dikartunkan' di siaran TV tempatan dan hasilnya memang menaikkan trafik siaran. Nampaknya ada persamaan di situ antara Blogger dan orang penyiaran.

Baik. Anime Naruto episod [bab] sekarang ada lagu pembukaan yang palinggg mantap dan bagus dihalwa pendengaranku. Lagu ini ada aura kuat. Mampu menaikkan [sekali lagi menaikkan, lol] semangat dan emosi peminat komik Naruto. Memang kena lagu ini dengan bab cerita Naruto sekarang. Cuma di Anime, panjang sangat episod Leaf's History tu, uhu.

Aku tidak pasti kalau lagu ini ada juga di episod Naruto di kaca TV. Kalau kaca Laptop, memang ini yang hangat sentiasa.

Setelah meng-YouTube beberapa kata kunci dari Anime yang aku mainkan semula, maka 'identiti' lagu pembukaan ini berjaya dibongkar. Alah, tahu tajuk penuh dan siapa penyanyi ja pun.

Di YouTube, lagu pembukaan ini dilabel Naruto Shippuuden AMV Opening 8.

AMV = Anime Music Video.

Tajuk penuh: Nico Touches the Walls
Penyanyi: Kumpulan Diver

Jadi, mari kita tonton, dengar, dan alami aura dari lagu ini.. Yeahhh!

Versi Anime 


Versi Penuh-Original


Nota: Apa Anime/Manga kesukaan kamu ya? Emm.. ;D

2 comments:

  1. @saya_arief Iya, memang best ni. Paling semangat bila mendengarnya.. Memang kena betul lah..! ;D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!