Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, February 10, 2011

PERHATIAN buat pengguna Celcom Broadband!

Aku baru ja menulis 'bebelan' baru-baru ini pasal cukai dari Celcom akan dinaikkan dari 5% - 6%.

Boleh baca balik di sini.

Kali ini, aku bawa satu berita lagi. Kali ini, berita gumbira buat pengguna Postpaid. Tidak kira sama ada pakej Broadband [biasanya Data Only] atau pakej normal bagi Postpaid [Boleh buat panggilan dan sebagainya].

Lepas ja aku mengomel hari tu, terus ada promosi ni. Macam faham-faham ja Celcom ni tebiat Online ku macam mana. Tiap bulan mesti lebih kuota 5GB, muahua3! XD

Apakah khabar itu? Mari lihat gambar berikut:

Ihsan: msslawliet

Ihsan: msslawliet

Ini berita sangattt baik buat Online User yang melakukan aktiviti-aktiviti yang tahapnya 'ekstrem'. Ekstrem di sini bermaksud, bandwith broadband anda yang digunakan selalu mencapai kapasiti yang besar. Biasanya, melebihi kuota yang diberikan oleh Celcom iaitu 5GB/Bulan bagi pakej Advance [RM98].

Jika penggunaan bandwith kita telah melebihi kuota 5GB itu, Speed atau kelajuan Muat turun [download] dan Muat naik [upload] broadband kita akan dikurangkan maksimum sehingga separuh dari kelajuan asal [pakej].

Sebelum ini, jika pengguna ingin membeli [purchase] kuota baru, harganya seperti berikut:

Laaama dulu - 5GB = RM20

Sebelum promosi ini - 5GB = RM50. 1GB = RM20.

Promosi TERKINI - 5GB = RM38.88. 1GB = 12.88.


Hah, berbaloi-baloi bukan. Alang-alang ambil 1GB untuk jimat, bagus terus ambil 5GB. 1GB tu, sekejap ja tu habis, ehe.

Baiklah, kalau rasa infoku ini berguna, silalah kongsikannya pada yang lain ya. Ada butang Share di bawah ini, ada juga butang Share dari Facebook di atas dekat tajuk. ^^,

Nota: Aku Kipas-Susah-Mati Celcom. ;D

10 comments:

  1. yg promosi 5gb tuh brapa speed dia? hehehehe

    ReplyDelete
  2. @nunui Joe Emm, nunui ambil pakej apa? Purchase new quota ni nda menambahkan kelajuan sedia ada.

    Bila kuota sudah habis [maksudnya, lebih 5GB lah sudah bandwith], speed pakej kita akan dikurangkan sehingga separuh. Ini maksimum punyalah. Mungkin ada juga yang nda sampai separuh..

    Untuk memulihkan balik speed kita seperti biasa, kena tambah [purchase] kuota baru.. ^^,

    ReplyDelete
  3. mimang la aku 5gb susah mau cukup... nasib larr aku ni beli lama dulu.. so pakej rm68.00 yg 5gb... huhu

    ReplyDelete
  4. iya sama cm zulkifly.. yg dulu2 pnya 5gb rm68. laju dia 512kb.. tp selalu mmg tlebih 5gb sy guna per month. jd dia kasi slow ni tenet. hehehee

    ReplyDelete
  5. utk bulan ni jad byk dpt mesej suh tambah kuota. tpi yg sya guna blum lgi sampai 3gb.. huhu.. ada lgi 2gb bandwith dia, tpi skrng slownya sangat la bikin panas.. huhu.. tiba2 ja jadi macam ni.. =(

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi.
    Saya mungkin nak tutup Celcom sebab speed YTL Yes lebih laju.

    ReplyDelete
  7. @Zulkifly Omar Untunglah kau Zul. Sekarang, pakej RM68 tu hanya 3GB ja.. Speed masih samalah.. ^^,

    ReplyDelete
  8. @nunui Joe Oh sama pakej kamu. Untunglah, ehe.

    Pasal Speed tu, tu hanya 'Ideal Speed'. Oleh kerana Broadband kita ni dalam 'Cloud', jadi Speed 512kbps tu hampir2 tidak akan tercapai oleh satu orang pengguna dalam satu masa.. ^^,

    Kalau mau tambah Speed n yang ok punya, Yes 4G atau Streamyx Unifi ada.. Tapi harga, pun kena umphh jugalah, ehe..

    ReplyDelete
  9. @::wan fadhilah:: Iya, memang tu Wan. Nda apa, guna ja macam biasa. Cuma kalau macam 2, 3 hari lagi mau recycle sudah kuota tu, nah berabislah kau download atau upload apa2 untuk habiskan kuota, ehe.

    Pasal slow, mungkin sebab coverage atau 'koordinat' di mana kau online masa tu. Broadband memang akan ada masalah begitu melainkan coverage stabil. Stabil n laju dua benda yang berbeza, ehe..

    ReplyDelete
  10. @Sabahan Bloggers Club Ya, sama2 SBC..
    YTL Yes 4G kan? RedTone pula? Kalau liputan kedua2 ISP ni sudah stabil n luas berkembang, mungkin saya pun akan cuba2 untuk melanggannya.

    Cuma saya rasa, Celcom atau Operator yang lain pasti akan sediakan capaian 4G juga bila sudah dapat lesen. Sekarang nda pasti siapa2 yang sudah atau belum.. Melainkan Yes 4G.

    Ohya, Yes 4G sekarang pay-per-use. Emm, ni pun kurang diminati juga, ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!