Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, February 20, 2011

PRK UMS 11/12: Gelombang Oren dan Aura Merah

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Kita bertemu lagi. Maaf lama menyepi sebab dalam beberapa hari ini, ada urusan peribadi yang memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi. Aiseh ayat, kalah-kalah sibuk YB, hua2.

Dalam minggu ini, Universiti Malaysia Sabah [UMS] sedang dalam suasana Pilihan Raya Kampus [PRK].

Sudah banyak perubahan yang berlaku dalam aspek pelaksanaan PRK ini. Khabarnya, sistem E-Voting telah digunakan. Sistem E-Voting pernah - dan masih lagi - diboikot di beberapa universiti dalam kalangan mahasiswa yang dilabel 'puak pro-mahasiswa'. Pelabelan sebegini biasa berlaku dalam kampus.

Balik kepada cerita Gelombang Oren dan Aura Merah, ini sebenarnya contoh pelabelan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini menerima pelabelan tadi [Oren lwn Merah] dengan kemahuan sendiri.

Lama dahulu semasa zaman 'jadi YB', pelabelan yang diguna pakai ialah 'puak Aspirasi' dan 'puak Hijau'. Secara mudah, pendokong dan penyokong Aspirasi ditanggapi sebagai 'pihak Kerajaan' dan begitulah sebaliknya. Kini, pelabelan ini melalui transformasi 'nama' tetapi 'inti'nya tetap yang lama.

Aura Merah = 'pihak Kerajaan'. Gelombang Oren = 'pihak Pembangkang'.

Lebih Oren dari Oren? Kredit: tukartiub.blogspot

Aku rasa, ini hanyalah permainan psikologi yang menunjukkan sikap ambil peduli terhadap perkembangan semasa politik tanah air. 'Pihak Pembangkang' menggunakan 'oren' yang mungkin secara langsung ataupun tidak mengambil semangat Pakatan Rakyat. 'Merah' pula? Sama juga, cuma 'rujukannya' berbeza iaitu parti United Malays National Organization alias UMNO. UMNO adalah 'kepala' dalam kerajaan Barisan Nasional [BN] yang menggenggam kekuasaan di peringkat Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Setiap calon mempunyai manifesto masing-masing. Sejauh mana nilai kekuatan dan kejujuran yang ada pada manifesto itu, ianya banyak bergantung dengan sikap dan peribadi calon. Tidak kiralah sama ada ia mendapat jolokan 'puak Merah' atau 'puak Oren'. Mahasiswa memerlukan calon yang benar-benar boleh meredakan sensasi permasalahan mahasiswa. Sekurang-kurangnya, membuka rintis. Tempoh setahun berada di tampuk kepimpinan bukanlah tempoh yang ideal, lebih-lebih lagi jika timbunan isu yang menimpa mahasiswa sudah 'berkurun' lamanya.

Justeru, kepada calon yang bertanding, pokok natijahnya bukanlah siapa menang, siapa kalah. Pokok natijah dalam dunia kepimpinan [baca: mahasiswa khususnya] ialah siapa berguna, siapa yang tidak berguna. Itu sahaja. Jika anda tidak menang, masih banyak ruang untuk menyumbang. Anda kalah tapi masih menyokong agenda mahasiswa [bukan agenda 'pihak atasan' semata], maka anda berguna.

Kepada mahasiswa yang mengundi, pangkahlah calon yang benar-benar berkaliber dan punya asas yang baik yang membentuk pengalamannya. Sesudah itu, siapa pun yang terpilih, maka sokong dan terjemahkanlah sokongan sebaiknya demi manfaat dan keutamaan mahasiswa seluruhnya.

Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat dan benar-benar menghargai pengalaman 'memeriahkan' PRK. Percayalah, anda semua memiliki sesuatu yang tidak akan dinikmati oleh mereka yang tidak ambil pot hal-ehwal permasalahan mahasiswa dan PRK.

Selamat Bertanding dan Selamat Mengundi!

07/08


Nota: Dari Mantan kepada bakal Mantan.. [1], [2], [3], [4]

10 comments:

  1. yeah! Merah & Oren akan membara esok! sama-sama kita tunggu dan lihat kepimpinan akan dtng yang akan dipilih oleh mahasiswa..

    ReplyDelete
  2. lebih oren daripada biasa^_^

    ReplyDelete
  3. @WanFadhilah Ya, betul tu Wan.. Jangan lupa bagi update a nanti.. Abg senior tunggu2 ja ni dari blog.. Muahua3! XD

    ReplyDelete
  4. @Nur Armilla Mejon Eh lebih Oren daripada biasa kah tu? Nah abg punya tema lain sket. Cuba orang psiko faham betul2 "Lebih Oren dari Oren" tu.. Hi3.. ;)

    ReplyDelete
  5. hahahaha...pernah merasai gelombang ni
    siswa, siswi buat pilihan terbaik okay :)

    ReplyDelete
  6. @samizul.net ohyaka?ayg ikut tema yg asli punya.hahaha..xpa,yg pnting oren bha kn?^_^

    ReplyDelete
  7. @Nur Armilla Mejon Aiseh, tema asli pa kunu tu syg? Iya, yang penting Oren sebab oren kan berkhasiat. Tinggi vitamin C gitu, muahua3! XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!