Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, February 23, 2011

Revolusi era Millenium: 'Tengah Dunia' ke 'Seluruh Dunia'?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera


Isu terkini seputar di media massa tempatan ialah pengumuman keputusan peperiksaan STPM, Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Kampus [Pro-Mahasiswa MENDOMINASI], kisah duka yang menimpa pelumba utama negara yang cedera tertusuk batang besi, dan juga rancangan hiburan yang semakin 'bersahut-sahutan'. Belum pulih dari 'demam' Pilih Kasih, kini AF bakal menyusul mengisi fikrah masyarakat dengan tema 'di awang-awangan'.

Seputar di media massa antarabangsa pula, tentunya kisah demonstrasi tahap gaban mega merebak ke negara-negara Tanah Arab. 'Wabak' ini sebenarnya tidak membahayakan umat manusia. Hanya mereka yang bersikap diktator, zalim, tidak memihak Marhaen [Orang kaya-raya juga adalah rakyat. Justeru, perkataan 'marhaen' adalah lebih tepat.], Kapitalis [berTuhankan Dollar dan wang kertas], dan juga mereka yang bersekongkol demi agenda sulit masing-masing.

Revolusi Mesir di era millenium mendebarkan negara haram Israel dan 'tunggangannya', Amerika Syarikat. Pemulanya, seorang anak muda yang mengganggur di Tunisia.

Usai revolusi di Mesir, siri demonstrasi menerjah negara jiran sekitarnya. Malah melalui pembacaan blog-ke-blog, negara China juga sedang 'berwaspada'. Malaysia? Jangan sangka dan terlalu lena dengan tema 'Aman Damai'. Lihat dan tafsir fenomena Isu Semasa. Buka telinga, mata dan minda untuk memahami tanda-tanda dan komponen maksud yang wujud di persekitaran kita.

Selamatkah kita?

Kredit: tukartiub.blogspot 

Tiadanya peperangan dan huru-hara yang ditanggapi umum tidak mencerminkan persekitaran kita aman sentosa. Kita berperang secara halus dan senyap dengan ideologi-ideologi yang semakin mengakar di segenap institusi sosial. Dari puncak pemerintah, hingga sebawah-bawahnya rakyat iaitu Marhaen, terdedah dengan 'pencemaran' ini.

Kita berperang dengan corak pemikiran. Kita berperang dengan mengangkat ilmu, fikrah dan amal untuk mendepani pelbagai kebobrokan yang berlarutan dan semakin menjadi-jadi.


Nota: Lama eh nda menulis gaya serius isu semasa ni, ehe.. ^^,

2 comments:

  1. Salam Samizul.
    Revolusi berlaku kerana manusia tidak berpuashati dengan pemerintahan mereka. jadi tidak mustahil ianya boleh berlaku di Malaysia. Namun, revolusi tidak semestinya membawa kepada keamanan.

    PS: kami tidak dapat melihat banner SBC di blog ini.

    ReplyDelete
  2. @Sabahan Bloggers Club Wsalam Bos SBC, ehe. Iya, betul tu. Itu sebenarnya cara terakhir ibarat letusan amukan Krakatau yang terus merubah landskap suasana. Dalam prinsip Demokrasi dan Sosialis, rakyat adalah tuan sebenar yang mesti dilayan sebaik2nya oleh pemerintah yang diangkat rakyat.

    Keamanan akan dicapai bergantung dengan prestasi dan kemudi selepas revolusi. Jarang yang bertahan lama dengan baik. Ghaddafy di Libya dulunya menjadi Hero Rakyat. Kini? Mengapa jadi begitu?

    Nota: Banner SBC dipindahkan ke ruangan khas di alamat yourbanner.samizul.net dan buat sementara ini, akan diletakkan semula di laman utama.. Maaf atas kesulitan.. ;)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!