Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Datang Menu Baru!

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah, di pagi hari tarikh Keputeraan Junjungan Besar Baginda Rasul, Nabi Muhammad s.a.w, aku dapat menyiapkan dua menu baru untuk menambah baik lagi prestasi weblogku ini.

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, menu baru tersebut mula dibikin hampir lewat petang semalam. Bermula versi Alfa, dan seterusnya versi Beta. Dan sekarang, kedua-dua menu tersebut sudah boleh diakses dan beroperasi sepenuhnya.

Tinggal lagi menu My Bloglist yang masih dalam versi Beta. Agak rumit untuk mengelaskan blog satu-persatu lebih-lebih lagi dengan nama dan URL yang pelik-pelik. Sukar untuk mengingatinya dengan mudah. Kalau puluh-puluh, ok lagi. Ini, ratus-ratus yau..

Baiklah tanpa membuang masa, dengan segala sukacitanya aku memperkenalkan dua menu baru yang bakal memberi manfaat kepada semua Follower ku dan juga rakan Blogger yang lain.

Ihsan: yourbanner.samizul.net

1. Menu YOUR BANNER

a. Menu ini mengasingkan ruang pamer yang sebelum ini diletak di menu Link Exchange. Ruang ini diwujudkan, sebagai penghargaan kepada Follower yang mempunyai Banner blog masing-masing. Semua Banner rakan blogger akan terhimpun di sana dan tampil lebih ringkas dan kemas.

b. Di situ, aku ada buat PROMOSI. Promosi 25 orang blogger yang terawal akan menghiasi ruang Premium Featured. Maklumat lanjut, silalah berkunjung di menu tersebut ya.. Cepattt, ehe.

Ihsan: mybacklink.samizul.net

2. Menu MY BACKLINK

a. Menu ini menghimpunkan gadget backlink yang aku sertai. Gadget backlink ini berfungsi untuk meningkatkan trafik blogger [yang ada memasangnya] semata-mata. Maksudnya, blog anda akan dikunjungi oleh berpuluh-puluh 'auto visitors'. Semakin banyak gadget backlink yang anda letak, semakin tinggi trafik yang bakal diperolehi. Aku sudah mencubanya dan ia memang berkesan. Maklumat lanjut, klik sini.

b. Cuma satu keburukan, gadget ini kadangkala melambatkan loading page. Oleh itu, bagi blog yang 'berat' loading page, dinasihatkan agar meringankan dahulu blog anda dan barulah memasang gadget ini diblog anda. Tip untuk memeriksa berat blog ada di sini.

Rasanya, setakat ini sahajalah dulu. Harap mana-mana rakan blogger yang sudi, silalah datang berkunjung ke menu baharu ini.

Sekian. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah buat seluruh kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana jua anda berada.. ^^,


Nota: Premium Featured untuk MY BLOGLIST masih dibuka. Lihat Promosi di sini.

2 comments:

  1. apa bahh versi beta tuh ar?

    ReplyDelete
  2. @kira kekuri Maksudnya, masih dalam selenggaraan lagi. Macam browser kita, ada versi Stabil, ada yang versi Beta. Contoh lain, kereta yang 'versi stabil' sudah boleh jual n dipasarkan. Kereta yang 'versi Beta', masil lagi diperingkat ujian [driving test] atau kalaupun di bawa keluar, untuk tujuan ujian.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!