Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, February 21, 2011

Sistem Wireless bukan hanya di Komputer dan Pencetak

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.


Sistem Sambungan Tanpa Wayar atau Wireless sinonim dengan perkhidmatan Internet [di Komputer] dan juga mesin Pencetak [Printer] bagi Pengguna Akhir [End-user]. Kedua-dua operasi tadi sebelum ini menggunakan sistem Rangkaian Kawasan Setempat / LAN [Local Area Network] atau USB connection yang menggunakan sambungan wayar.

Sistem Wireless semakin berkembang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Wireless bukan hanya terhad di rumah yang melanggan Internet persendirian malah pejabat, kampus, dan asrama pelajar juga sudah mula menggunakan sistem ini.

Sebelum ini, mesin pencetak biasanya menggunakan sejenis wayar khas yang berfungsi sebagai sambungan LAN / USB. Justeru, semasa ingin mencetak sesuatu, pencetak hendaklah bersambung dengan sistem komputer melalui sambungan LAN atau USB tadi. Malah, ada beberapa model pencetak yang wajib disambung dengan sistem komputer terlebih dahulu bagi membolehkan proses pemasangan [Installation] sempurna dan lengkap.

Credit n Tribute: usr-emea.com


Terkini, model pencetak sudah ada yang menggunakan sistem wireless menggantikan sambungan LAN / USB. Ini bermaksud, proses pemasangan dan operasi mesin pencetak dengan sistem komputer menjadi mudah. Hanya perlu aktifkan sistem [melalui Pemacu / Driver] wireless yang sedia ada.

Sistem wireless bakal menggantikan Alat Kawalan Jauh [Remote Control]. Bayangkan segala perabot atau peralatan elektrik dan elektronik di rumah boleh dikawal operasinya melalui komputer. Mesin basuh boleh diaktifkan dengan hanya klik di komputer, air boleh dipanaskan tanpa perlu ke dapur untuk menghidupkannya, dan kipas atau lampu mempunyai Tetapan Masa [Time Setting] sendiri untuk operasinya. Menarik bukan?

Namun, idea ini masih terlalu awal untuk dipraktikan di rumah-rumah kebanyakan orang atau yang biasa-biasa sahaja. Tapi, idea ini boleh diperluaskan di pejabat atau tempat kerja yang berskala besar.

Bayangkan jika lampu-lampu neon dan isyarat di jalan raya menggunakan sistem wireless ini, tentu lampu neon dapat dimatikan tepat pada masanya dan lampu isyarat jarang mengalami kegagalan berfungsi semasa trafik tinggi.

Malah, mungkin sistem wireless ini juga mungkin mengurangkan kadar kecurian kabel bawah tanah untuk bekalan elektrik atau telefon. Persoalannya sekarang, bagaimana dan di mana kita bermula.


Rujukan dan bacaan asal: Majalah CHiP.

Nota: Tahun 2050, wireless bukan lagi setakat mengangkut data, malah jirim dan jasad juga boleh. Mungkinkah ini idea asas dari Mesin Masa? ;D

8 comments:

  1. Konsep ni sangat menarik kalau difikir secara mendalam. Tapi rasanya, manusia mungkin akan menjadi malas jika semuanya menggunakan sistem wireless...

    Tadi pagi baru dengar kat radio. Sekarang dah tak payah nak beratur atau bersesak kat pasaraya untuk membeli barang keperluan, sebab boleh order online dan barang akan dihantar ke rumah. Dari segi kebaikkan, memang banyak faedahnya. Tak payah buang masa keluar, jimat minyak, jimat tol, pencemaran udara kurang sebab kereta pun kurang, penggunaan plastik mungkin boleh dikurangkan atau langsung tak guna dan banyak lagi lah.

    Cuma kalau dari segi kesihatan, manusia akan malas bergerak. Besar kemungkinan, suri rumah akan terperuk dalam rumah. Maka masalah seperti obesiti akan meningkat (@ @)

    Sekadar pendapat ok :)

    ReplyDelete
  2. alangkah seronoknya dunia kalau semua benda boleh wireless. hehe. tp setiap benda, ada pros and cons dia. cuma blum dikaji secara terperinci dari segi apa.

    btw, bos, aku tag ko sini. kalau rajin, join la. hehe.

    http://fadzmie.blogspot.com/2011/02/contest-senyum-tak-nampak-gigi.html

    ReplyDelete
  3. @Sumandak Kinabalu Iya, betul tu. Sebab tu patut praktik di tempat selain kediaman. Bila tengok senarai pro-kontra mu tu Sumandak, macam manfaat lebih banyak dari keburukannya, ngeh3.. X)

    ReplyDelete
  4. @.fadzmie.met. Ha2, dunia sedang menuju ke arah itu, ehe. Iyup, kajian lanjut perlu dilakukan dan didedahkan selalu kepada umum. Jangan asyik dedahkan gosip dan cerita ntah apa-apa ntah ja di media massa. Hua2! ;D

    Waa ada Tag tau.. Gambar punya lagi tu, hua2. Bah nanti aku serbu. Terima kasih Deng.. ;)

    ReplyDelete
  5. wawh! idea yg bernas...jgn lpa jga ya, smkin maju smkin rmai yg trtinggal jauh...fikirkn jg idea utk selaraskn kecanggihan dgn yg mc ketinggalan...
    papun,sapot kcnggihn tek^_^
    *2manusia+1mesin, 2manusia+2mesin, 2manusia+3mesin

    ReplyDelete
  6. @Nur Armilla Mejon Ehe3, biasalah lawliet kan genius.. ;p Tapi sebenarnya, dikupas semula ja, ehe.

    Iyup, betul tu. Bukan semua tempat kita perlu canggihkan, tapi sekurang2nya kawasan yang canggih, kurang canggih, dan tidak canggih itu boleh 'dicapai'. Maksudnya, perhubungan adalah mudah.. ^^,

    Apa kunu maksud ayat 'manusia+mesin' tu? Ehe3.. X)

    ReplyDelete
  7. @samizul.net lawliet@abg yg genius nie? ha3...Oo, kupasan pula ek..nyekk..xpa lah...luvi pun ska mngupas jga....

    btl2, nti klu da jdi yb biarlh prhubgn itu mnjdi mudah....biaq semuo jdi celik tek noh...

    nah, cubo fikiQ2 dn renung2kn ayt "manusia+mesin" tue...ha3..mudah je tue mr.genius...nyekkk...

    ReplyDelete
  8. @Nur Armilla Mejon Dua2 bah genius, muahua3! XD Iya, luvi pun tambah semangat n rajin sudah buat kupasan. ;) Eh jadi YB? Siapa? Aiseh, macam gecek kelate tu taw..

    Bah mari Mr. Genius bongkarkan "manusia+mesin" tu. Maksudnya, manusia semakin bersama dengan mesin. Muahua3! XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!