Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, February 17, 2011

Taktik baru pencuri kereta. Kongsikan!

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Ketika kamu sedang membaca tulisanku ini, mungkin kamu sudah selamat meletak kereta di tempat yang sewajarnya untuk kereta. Kalau ada kereta dan tempat letak yang kosong lah, ehe.

Jadi di sini, aku ingin kongsikan satu berita yang aku jumpa di Facebook [FB ni boleh lawan Berita Harian sudah ni, hua2].

Mungkin ada ayat yang kurang jelas. Jadi izinkan aku untuk menunjukkan kemurahan hati dengan menyalin semula ayat-ayat Notes tersebut, seperti biasa, tanpa diedit:


by Bomba Selangor

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.


Layan gambar khas ini...

Kredit n Ihsan: Layar Minda



Kesimpulan: Ada logiknya taktik di atas. Nampaknya para pencuri sebegini mahir dalam bab psikologi. Apapun, utamakan keselamatan.

Nota i: Apa beza; pencuri, penyamun, perompak dan pencopet? Hah soalan bonus. Bertambah juga ilmu bila melawat samizul.net ni kan.. XD

Nota ii: Ni berita kedua berupa 'kejutan' yang aku jumpa di FB. Yang pertama tu, pasal makanan segera palinggg popular di Malaysia. Mau tahu apa ceritanya? Hah cepat tinggalkan komen. Kalau ramai minta, aku pos cepat2 nanti.. =)

8 comments:

  1. Kenapa Amaran dari polis tu by Bomba Selangor?
    Tapi ada logiknya juga cara ini. Apa-apa halpun, terpulang kepada kita untuk memastikan keselamatn diri dan harta benda kita. Orang boleh nasihat, kalau tak dengar juga kan? Tak siapa boleh buat apa....

    ReplyDelete
  2. aku mo tau!! cita la cpat.. huhu...

    ReplyDelete
  3. @Sabahan Bloggers Club Iyap, tu lah hairan juga masa baca. Bila paste, terus kasi bold, ehe3.. Betul, setuju. Kadang selagi xkena dengan diri sendiri, selagi tu lah jarang untuk beringat2 slalu..

    ReplyDelete
  4. @Anne Nurain Waa, semangat tau Anne, ehe. Baru seorang ni minta.. Mau ramai2 bah barulah.. xp

    ReplyDelete
  5. baaa.apa2 yang panass, serahkan padaku!capat kasitau!lol

    ReplyDelete
  6. @Georgie Joseph Boleh bahh kalau kau Jojie. Sini blogku ni aku kasi serah, miaha3! XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!