Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, February 11, 2011

Tanya saya: Isu perkataan 'SALAM'

Kali ini kita baca soalan kedua yang dikirimkan melalui formspring.me. Tulisan 'Tanya saya' ini dikumpul dengan label TANYA SAYA. Boleh baca atau cari di lain masa nanti.

Soalan kedua kali ini lebih kepada isu agama.. Soalannya:

"Apa pandangan kau tentang penggunaan SALAM sebagai shortform Assalamu'alaikum?"
~Anonymous


Aku akan menjawab dan memberi perkongsian mengikut apa yang aku tahu dan faham.

Sebagai pendahuluan, SALAM itu perlu dilihat sebaik-baiknya dalam pelbagai lapangan yang ada kaitan langsung. Sebab, kita tidak mahu kupasan dalam lapangan A akan dilihat 'terburu-buru' atau 'terkongkong'.

Ketika memfokuskan hujah bagi lapangan A, huraian dan penerangan yang ada menyentuh lapangan lain secara langsung - contohnya lapangan B, lapangan C dsb - perlu dimuatkan sedikit dalam tulisan yang fokus pada lapangan A itu tadi.

Penggunaan perkataan SALAM yang hanya dikupas dari sudut Agama sahaja tanpa mengambil-kira [menyentuh sedikit] sudut Bahasa adalah suatu kelompangan. Hasilnya, kekeliruan dan salah-sangka akan bercambah.

SALAM wujud dalam kamus Bahasa Melayu [BM]. SALAM membawa dua maksud iaitu;

a) Perbuatan: Mijul bersalaman dengan Mizul.

b) Ucapan: Salam sejahtera hadirin sekalian..


Hujah yang dibentang dalam [kupasan] sudut Agama membawa maksud SALAM itu dalam beberapa terjemahan bahasa yang lain, terutamanya bagi orang Kristian dan orang Yahudi.

Itu dalam bahasa mereka. Kita lihat contoh perkataan 'BAH'.

Di Semenanjung [bahagian Utara terutamanya], BAH bermaksud banjir. Di Sabah, BAH mempunyai pelbagai maksud mengikut fungsinya dalam sesuatu ayat.

A: Sudah kau makan?
B: Sudah bah.

BAH dalam dialog di atas berfungsi sebagai 'imbuhan' yang 'menguatkan' atau menyokong perkataan/ayat sebelumnya.

A: Mari kita mandi.
B: Bah marilah.

BAH dalam dialog di atas bermaksud 'YA'.

Kesimpulan

Pemilihan perkataan SALAM, AS SALAM, dan ASSALAMU'ALAIKUM itu sebenarnya bergantung dengan SIAPA dan TUJUAN ia digunakan.

Jika kepada Muslim, ucapan memberi SALAM itu seharusnya lengkap.

-Kirim/Berikan SALAM: Assalamu'alaikum . Assalamua'laikum w.b.t
"Assalamu'alaikum semua. Gembira dapat berkumpul hari ini".
"Sampaikan salam Assalamu'alaikum ku padanya ya".


*Shortform: "Assalam.." atau baik terus ditulis penuh.. Kalau aku biasa singkatkannya menjadi "Salam...". Ada tiga noktah supaya SALAM itu dilihat lebih fleksibel atau tetap sesuai untuk Muslim dan bukan Muslim.

-Jawab/Terima SALAM: Wa'alaikumussalam w.b.t

Jika kepada bukan Muslim: Salam Sejahtera
"Sampaikan salam sejahtera / salam rinduku pada abangmu ya. Sudah lama kami tidak berjumpa".

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Bangsa yang lain, biarlah 'standard' mereka itu. Yang utama, ianya bermaksud baik dan difahami dalam bahasa ibunda atau rasmi sesama kita.

Jika SALAM [atau perkataan lain] bermaksud yang kurang baik atau puji-pujian dari bahasa suatu Agama yang lain, ini bergantung dengan pendapat Ahli Agama dalam agama tersebut untuk diikuti. Dibolehkan atau tidak. Dilarang atau tidak. Kalau boleh, macam mana. Kalau larang, larangan yang macam mana. Ini perlu jelas.

Jadi kalau dalam kalangan orang Islam, ucapkanlah ucapan salam [sapaan / menyapa / bertanya khabar] itu dengan yang sebaik-baiknya.

Jika SALAM bermaksud CELAKA atau lain-lain yang dianggap negatif digunakan bagi maksud Perbuatan dan Ucapan tadi, maka SALAM itu patut sudah lama 'diharamkan' dari norma tutur-kata atau kamus bahasa masyarakat kita. Betul kan?

Kalau tidak, mengapa YAB PM dan Kerajaan kita menggunakan "Salam 1Malaysia"...?

^^,


Nota i: Ada soalan yang 'sembunyi-sembunyi' punya lagi? Kirimkan ke http://formspring.me/SAMiZUL ya ;D

Nota ii: Kalau ada perkongsian atau pertanyaan terbuka, sila kongsi diruang Komen ya. Jangan lupa 'Share' pada yang lain kalau rasa ianya bermanfaat.. v(^^,)

11 comments:

  1. Setuju... perkongsian yg menarik..=)

    ReplyDelete
  2. apa hukum memberi salam.? lelaki kepada wanita or wanita kepada lelaki bukan muhrim di alam maya.?

    ReplyDelete
  3. @zydande Terima kasih bro.. ;D

    Kalau pasal hukum memberi/menjawap salam tu, aku lupa2 sudah..

    Tapi bila jumpa blog ni, aku yakin isi yang macam tu lah pernah belajar dulu, ehe

    Baca sini: http://tinyurl.com/4w9og2y

    Rasanya di alam maya pun sama juga. Yang penting, tidak menimbulkan fitnah.. ^^,

    ReplyDelete
  4. itulahh yg sebaik nya kita mengucapkan 'as salam' kalau mlas tulis panjang2 kaa..sbb ianya membwa maksud yg sama ngan 'assalamualaikum'...
    daripada 'akum' dan yg sewaktu dengannya..hehee

    ReplyDelete
  5. @kira kekuri Iya, betul tu Kira.. Hairan juga bila baca sms dari seorang ustaz tahun 2007 dulu, dia sebut 'AsSalam..', ehe.

    Ohya, bukan kau kah yang tanya ni Kira? Syak ni, muahua3 XD

    ReplyDelete
  6. Menarik lah cara kupasan awak ni...senang faham dan meriah untuk dibaca (ikhlas nie...)
    Paling menarik, soalan dijawab dengan penuh tertib tapi tegas tanpa menyinggung mana-mana pihak dan itu lah yang sebaik-baiknya...kita kan 1Malaysia :)

    ReplyDelete
  7. @Sumandak Kinabalu Iyabah Sumandak Kinabalu.. Waaa, malu2 aku eh.. Muahua3.. Kambang n terharu gitu.. ;>

    Bila aku sentuh/kupas isu2 yang sensitif macam ni, memang kena hati2 tulis. Balik2 juga aku baca ni supaya ngam kronologi bacaannya. Macam kena 'sync' supaya semua dapat tangkap isi n maksud..

    Isu ni 'hangat' di Facebook. Kawan2 Muslim Share Notes/Links pasal ni. Jadi, ngamlah aku kena tanya soalan ni lalu dapat kongsi pandangan supaya yang bukan Muslim nda tersinggung sebab yang Muslim tidak boleh ucap 'Kirim salam' sesama Muslim. Tapi bila suasana ada Muslim, ada yang bukan Muslim, jadi paling baik n adil ialah beri ucapan yang penuh..

    Macam ayat pembukaan saya atasss sekali tu selepas tajuk, ehe.. v(^^,)

    ReplyDelete
  8. @siti asmani abdullah Biasa2 je ni Asmani.. Sekarang di FB Notes 'jawapan' sudah ada, ehe.. ;)

    ReplyDelete
  9. @Nur Hanani Sama2 Hanani. Perkongsian biasa2 je ni, ehe.. ;D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!