Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, February 08, 2011

Tip: Asas Pengenalan kepada Domain [1]

Assalamua'laikum n Salam sejahtera.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, saya akan memulakan penulisan berbentuk karya-minda-kritikal.

Penulisan ini dibuka dengan tajuk Asas Pengenalan kepada Domain. Saya fikir, tajuk ini amat diperlukan bagi mereka yang ingin serius dan memantapkan lagi kemahiran berblog [blogging] mereka.

Saya bukannya pakar atau insan yang punya tauliah dalam bidang ini. Tetapi, atas tema dan prinsip "Ilmu yang diajar, apabila diamalkan oleh orang lain, akan memberikan pahala dan kebajikan yang berterusan hingga dihisab". Saya fikir, prinsip ini amat sekali wajar digenggam dan disemat kukuh di dalam minda para blogger terutamanya yang Muslim.

Tajuk ini dikupas melalui jejak pengalaman yang saya sendiri tempuhi. Saya tidak akan berani menulis dan memberikan tajuk sebegitu formal tanpa wujud keyakinan yang konkrit. Apapun, kekurangan dan kelemahan pasti ada. Justeru, saya mengharapkan maklum balas [respond] dari para pembaca sekalian sama ada yang berbentuk pandangan, ulasan atau pertanyaan demi menambah baik elemen yang saya ketengahkan.

Penulisan ini diolah bagi memudahkan mereka yang berada di tahap Newbie atau baru lagi dalam bab ini. Secara mudah, ianya sesuai bagi kategori Newbie hingga Amatur. Kategori Pro dialu2kan untuk turut sama memeriahkan lagi medan perbincangan. Ringkasnya, tulisan ini hanya memfokuskan;

Platform: Blogspot
Contoh Syarikat Hosting Berbayar: JOMHosting.NET
Tahap Audien: Sudah memiliki dan mengendalikan sebuah [atau lebih] blog.

Baik, mari kita mulakan. Semoga bermanfaat!


Bab Pengenalan: Ada apa dengan Domain?

Memiliki Domain sendiri bagaikan satu matlamat dan 'sijil pengiktirafan' bagi para Blogger yang benar-benar serius ingin berblog dan mengendalikan laman web. Memiliki Domain sendiri memberikan gambaran bahawa sang blogger ialah seorang yang punya ciri profesionalisme dan ada nilai komersial. Web / Blog yang memiliki Domain sendiri lebih disukai dan diminati oleh para blogger [kerana ada ciri profesionalisme] dan yang trendy sekarang, 'diburui' oleh syarikat pengiklanan atau syarikat usahawan kerana ada nilai komersial. Namun, ini bergantung juga dengan prestasi blogger tersebut.

Bandingkan yang berikut;

www.samizul.net

abangmijulsomboy.blogspot.com


Anda faham maksud ini bukan?

Domain bersifat terhad. Sebab itu harus [baca: bagi blogger yang benar-benar serius berblog] untuk mendapatkan Domain sendiri. Bayangkan jika nama kita sudah diambil oleh orang lain, tentu kita berasa kecewa kerana nama idaman sudah jatuh ke tangan yang lain. Alhamdulillah, ketika saya memeriksa Domain samizul.net sekitar penghujung November yang lalu, ianya masih available atau belum dimiliki.

Penerangan saya yang seterusnya bersifat asas dan pengenalan sahaja. Mungkin saya terlepas pandang beberapa perkara, dan ada juga yang sengaja saya tidak selitkan. Apapun, maklum balas pembaca amat saya harapkan untuk menambah baik mana yang lompang.


Bab Satu: Pengenalan kepada Domain dan Hosting

1.1 Apa itu DOMAIN?

Domain secara mudah ialah 'alamat' kepada laman web / blog anda. Perhatikan web / blog yang berikut:

semijul.blogspot.com

semijul ialah SubDomain. blogspot.com pula ialah Domain. Memandangkan saya mendaftar sebagai Blogger di Blogspot, maka Domain blogspot.com WAJIB ada pada alamat URL blog saya. Kita tidak boleh membuang atau mengubah blogspot.com ini melainkan kita telah membeli Domain dari syarikat hosting yang berbayar.

semijul atau nama lain pilihan anda hanyalah SubDomain. Hanya SubDomain ini sahaja yang boleh kita ubah tetapi tidak boleh menambahkan SubDomain yang baharu pada alamat yang sama. Contohnya; loveyou.semijul.blogspot.com. Apa yang boleh dibuat jika menggunakan Domain blogspot.com ialah menambahkan Page. Contohnya; semijul.blogspot.com/p/kisahcinta

Contoh alamat URL yang mengguna dan memiliki [sewaan] Domain sendiri ialah; www.samizul.net atau www.samizul.com atau www.samizul.org dan banyak lagi contoh nama Domain yang lain yang disediakan oleh syarikat hosting berbayar. Perhatikan;

www ialah SubDomain. samizul.net pula ialah Domain. Sekiranya anda sudah membeli Domain sendiri, anda boleh menambah seberapa banyak SubDomain ke atas Domain anda untuk 'disandarkan'. Contohnya;

mybloglist.samizul.net

mymenu.samizul.net


Saya akan terangkan cara menambah SubDomain ke atas Domain ini dalam bab yang seterusnya.


1.2 Apa itu HOSTING?

Hosting secara mudahnya ialah tempat tapak yang menyimpan kandungan laman web / blog. Jika Domain ialah 'alamat rumah', maka Hosting itu ialah 'rumah' yang merujuk kepada web / blog kita.

Web Hosting bermaksud, laman web / blog kita itu di-hos-kan oleh syarikat hosting sama ada yang berbayar atau percuma. Contohnya, semijul.blogspot.com dihos di Blogspot. semijul.wordpress.com dihos di Wordpress. Ini bagi platform yang percuma. Bagi yang berbayar, syarikat hosting akan menyediakan satu server [pelayan] khas bersama Database [pangkalan data] untuk menyimpan segala data yang dimiliki pelanggan.

Pakej Web Hosting* yang dipilih oleh pelanggan bakal menentukan keupayaan prestasi laman web / blog mereka. Semakin tinggi tahap keupayaan operasi web / blog, semakin tinggi jugalah harga pakej yang ditawarkan kerana ianya berkaitan dengan [berkadar langsung] dengan Stor Simpanan Data [baca untuk faham: 'Hard Disk'], kapasiti Bandwith, Up-Time dan lain-lain. Contoh pelanggan bagi Web Hosting yang berbayar ialah organisasi rasmi atau besar seperti web kerajaan, syarikat-syarikat, pertubuhan, atau individu yang benar2 serius dan otai dalam bab laman web.

Hosting bukan terhad kepada Web sahaja. Domain persendirian [yang berbayar] itu juga setahu saya dihoskan. Contoh lain ialah Email Hosting.

*Bacaan lanjut: [klik]


Setelah membaca kedua-dua perkara 1.1 dan 1.2 tadi, saya pasti pembaca sudah boleh mengenal dan membezakan Domain, SubDomain, dan Hosting.

Sebarang persoalan atau pendapat, amat dialu-alukan. Jika tidak keberatan, harap pembaca sekalian boleh mengklik butang 'Share' di atas untuk perkongsian pada yang lain.

Kita jumpa lagi di bab yang seterusnya. ^^,

8 comments:

  1. waaaa.. dik sharing is caring...
    thanks sharing ilmu dengan akak...
    dulu2 penah jg tlong buat tuk kompeni akak
    tolong register tuk domain ptptnonline, tapi last2 kompeni enda dpt projek tuk buat website tuk ptptn.. kekeke

    ReplyDelete
  2. dah paham dan menarik.. ermm.. tpi entah la, hati tak terbuka lagi nak tukar domain.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. @My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. Domain ptptnonline? Wow, mantop tu! Akak lebih otai ni tau.. Tiada mau kongsi2 / komen2 kah cerita sini, ehe.. ^^,

    ReplyDelete
  4. @::wan fadhilah:: Yeah.. Nda apa bah, lama2 terbuka juga tu hati bila lama dah berblog, ehe.. ^^,

    ReplyDelete
  5. phewiittt..abgmijuljugalahpalingsomboy.blogspot.com!
    aku blum lg trgerak hti ni mo buat domain sndiri memandangkan blog aku pun hidup segan mati xmo.. teruskn penulisanmu abg senior!

    ReplyDelete
  6. @Vintage Rose Witwieuuu! Muahua3! XD

    Mantap nama blog tu.. Kembang2an sudah ni sini, hi5.. ;>

    Aiseh, jangan bah kau bilang begitu. BerDomain tu pilihan ja. Yang penting, terus berblog, ehe.

    Terima kasih x2. Abg senior akan teruskan n + mantapkan lagi penulisan dalam blog ni, ehe3.. Adik junior pun jangan ketinggalan aa.. d(^^,)

    ReplyDelete
  7. insyaAllah,nnti mau berdomain la.ehee

    ReplyDelete
  8. @kira kekuri Insya-Allah.. Teruskan azam.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!