Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 05, 2011

Tip: Cetak/Simpan sebagai PDF paparan web/blog anda!


Tip kali ini akan diserikan dengan sedikit kupasan [review] berserta gambar untuk membantu memudahkan pemahaman.

Ketika anda melayari suatu laman web/sesawang, kemudian anda melihat terdapat maklumat/butiran yang anda cari atau ingin perolehi didalamnya, terdapat dua [2] cara mudah [umum] untuk 'menangkap' maklumat itu tadi iaitu:

a. Menggunakan butang PrtSc di Papan Kekunci. Butang ini terletak di sebelah kanan atas sekali. Sebaris dengan butang Esc, F1, F2, dan seterusnya.

b. Menggunakan Third-party Tools. Sebagai contoh, Butang printfriendly.


Tip kali ini akan membuat kupasan ringkas mengenai printfriendly.




Dengan menggunakan printfriendly, terdapat tiga [3] cara mudah untuk menukarkan paparan pilihan di web/blog kepada format PDF atau terus membuat cetakan;

a. Menggunakan URL Table yang disediakan di laman web rasmi mereka.




Hanya masukkan URL yang dikehendaki dan lihat hasilnya.


b. Menggunakan Browser Tool.



Setelah butang itu di 'drag' dan diletakkan diruangan yang menempatkan Bookmark, butang Print Friendly akan kelihatan seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah [lihat anak panah].


Paparan menggunakan Chromium Browser di OS Ubuntu


c. Menggunakan Website Button.



Sekiranya anda berminat untuk meletakkan Butang ini di laman web/blog anda, klik gambar di atas di printfriendly dan paparan seperti berikut akan muncul:




Ikuti sahaja tutorial yang disediakan. Semudah mengira 2 + 2 = 2 x 2


Nota dan Tip:

1. Satu Tetingkap baru akan dibuka sebaik sahaja butang printfriendly ini diklik. Tunggu sehingga proses memuatkan [loading] selesai.

2. Jika ingin mencetak terus, pastikan mesin pencetak telah dipalamkan [connect] dengan sistem komputer anda.

3. Sebaiknya, Simpan sebagai PDF dahulu barulah mencetak. 

4. Dalam Simpan sebagai PDF, pengguna boleh memadam perenggan yang tidak diingini atau tidak ingin imej tersimpan sama.


Untuk pemahaman yang lebih lanjut, anda boleh menyaksikan video panduan di printfriendly.

Sekiranya ada isu atau pandangan yang ingin dikongsi, silalah menulis komen di bawah. Sekiranya tulisan [post] ini berguna, jangan lupa kongsikan [klik Share] pada yang lain.

Selamat mencuba! ;D


Kredit [gambar+maklumat] : printfriendly.com

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!