Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, February 05, 2011

Tip: Tetapan Waktu blog anda


Bagi Blogger, peranan Bloglist atau yang sefungsi dengannya adalah amat penting. Ketika seseorang [pengunjung] datang melawat blog A dan nampak di senarai Bloglist Blog A tertera kemasan terkini dari Blog B yang terbaru, sudah tentu bakal menarik minat pelawat tadi untuk berkunjung ke Blog B selepas mendapat 'promo' percuma dari Blog A. Mungkinkah ini ialah Backlink? Aku tidak pasti.

Antara perkara penting yang perlu diambil berat pada Bloglist ialah Tetapan Waktu atau Time Setting empunya blog di kedua belah pihak. Contohnya, Tetapan Waktu bagi Blog A dan Blog B ialah bagi Zon GMT +8.00 Kuala Lumpur, Malaysia. Jadi, ini memberikan 'keadilan' kepada pengunjung dan empunya blog kerana maklumat mengenai kemasan terkini yang tercatit atau tertera adalah TEPAT.

Aku pernah melawat beberapa blog dalam Bloglist aku, sebaik sahaja aku menerbitkan tulisan terbaru di blog aku. Aku akan ke blog kenalan tadi [selepas beberapa minit] dan melihat sama ada kemasan terkini dari blogku sudah tertera dalam senarai 'Top 10' atau 'Top 5' di Bloglist-nya. Jika sudah terpampang, maka Tetapan Waktu kami adalah sama dan ianya TEPAT. Sekiranya tidak, maka mungkin kenalan tadi menggunakan Tetapan Waktu di Zon GMT [Greenwich Mean Time] yang berlainan. Ini tidak tepat dan merugikan.

Ubah Tetapan Waktu

Blogger boleh mengubah Tetapan Waktu ini di menu Settings. Caranya:

Login [Blogger] -- Dashboard -- Settings -- Formatting.

Di submenu Formatting, sila lihat Time Zone dan ubah di sana. Jika anda di Malaysia, maka Time Zone ialah (GMT+8:00) Kuala Lumpur. Lihat gambar di bawah.


Kredit: www.samizul.net


Selamat mencuba!

Nota: Rindu belajar Geografi Menengah Rendah... ;-)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!