Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, February 01, 2011

Tip Blog: Butang Back to Top

Kredit: Uni. of Kansas

Kali ini aku bermurah hati menyedekahkan beberapa detik waktu untuk mewujudkan satu lagi aspek yang mempengaruhi nilai kredit seseorang sebagai blogger. Apakah aspek itu? YA, ianya Tutorial Blog.

Aku masih belum mencapai tahap penyampai kuliah dalam 'mata pelajaran' yang ini. Aku hanya berkeyakinan tinggi untuk memberi 'tutorial' sebab dalam tutorial tentu ada latihan. Adanya latihan inilah yang menambah tahap keyakinan tadi sebab 'prinsip' yang ini; "Aku berjaya melakukan tutorial [latihan] ini dengan baik. Bagaimana blogger yang lain tidak?".

Cukuplah bebelan di mukaddimah ini. Mari kita terus ke isi utama. Memandangkan tutorial ini mudah dan ringkas sahaja, maka aku 'berani' untuk membebel panjang terlebih dahulu, ha2!

Butang 'Back to Top' bagi Blogger

Fungsi: Memudahkan pengunjung atau pembaca untuk 'naik' semula ke bahagian atas Halaman [page] yang sedang dilihat atau dibaca. Ini sangat sesuai untuk Halaman yang panjang isi kandungannya atau disebabkan jumlah komen yang banyak.

Caranya: Menggunakan Kod HTML/JavaScript yang disediakan di bawah.

Langkah2:

a. Daftar masuk ke akaun Blogger anda.

b. Klik menu Design. Page Elements akan terpapar secara lalai [default].

c. Klik Add a Gadget. Pilih gadget HTML/JavaScript


d. Salin [copy] Kod ini:

<style type="text/css">.backtotop a:hover {background:none;}</style><div class="backtotop"><a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" class="backtotop" href="#" rel="nofollow" title="Back to TOP PAGE"><img style="border:0;" src="http://lh6.ggpht.com/_7wsQzULWIwo/SgXYIY37QsI/AAAAAAAABDY/IyDZK-CJzdA/Up1Blue[4].png"/></a></div>

Nota: 
-Gantikan URL...

http://lh6.ggpht.com/_7wsQzULWIwo/SgXYIY37QsI/AAAAAAAABDY/IyDZK-CJzdA/Up1Blue[4].png 

...dengan URL lain kesukaan anda untuk menukar ikon/gambar Butang. 

-right boleh ditukar kepada left.

-Back to TOP PAGE boleh ditukar kepada ayat yang anda suka.

e. Tampalkan [paste] kod HTML yang anda Salin di langkah d ke ruangan gadget HTML/JavaScript yang anda pilih seperti di langkah c tadi.

f. Klik Simpan [Save] gadget tadi. Lihat hasilnya di paparan weblog anda! ;D


Tip [Tweak]:

1. Butang ini secara lalai ditetapkan berada di bahagian bawah paparan skrin monitor [bukan bawah sekali di paparan web].

2. Boleh ubah posisi Left atau Right [warna biru di atas].

3. Saiz atau rupa gambar boleh diubah berdasarkan kandungan sedia ada gambar yang anda pilih. 

SELAMAT MENCUBA!


Nota: Sila tinggalkan komen kalau ada masalah atau pertanyaan. Jika tutorial ini sangat membantu anda, silalah klik butang Like/Share Facebook atau Twitter di atas untuk perkongsian pada yang lain. Terima kasih! d(^^,)

4 comments:

  1. tQ coz share...nti ayg try bla line da btl2 ok..sgt lmbb la, nak bka fb pun dkt nk stgh mnit..eh?..hua3..
    *sbrg prtnyaan@prsoaln akn d bhskn smsa ujian sdg d jlnkn..

    ReplyDelete
  2. @supergurlzs_89 Iya, sama2 syg.. Kongsi2 pengalaman bah. Ni antara yang tersenang. Sebab tu tutor yang ni duluan, ehe. Buka FB pun lembab? Uhu.. Lewat malam patut laju ni, ehe.

    Bah lawliet nda sabar2 ni menunggu persoalan tu lepas sudah buat ujian, ehe3.. d(^^,)

    ReplyDelete
  3. ini suda bagus. nanti ada masa mw dicuba jgk ni

    ReplyDelete
  4. @Sasa Al-Sharif Ehe.. Bah ngam tu kau cuba. Blogmu sesuai.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!