Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, March 31, 2011

Draf Semasa Cerpen WSB : 30 Mac 2011

Hari tu sudah aku umum pasal Khabar Semasa draf cerpen di blog ni. Kemudian, aku kemas kini lagi makluman baru di Notes Page WSB. Harap semua - terutamanya peserta - tidaklah ketinggalan jauh dari perkembangan ni.

Sekarang, draf untuk Sinopsis dan Biodata sudah selesai. Contoh Sinopsis dan Biodata boleh lihat di album. Aku akan paparkan apa-apa perkembangan dalam bentuk bergambar yang perlu di sana. Seperti biasa, publisiti memang akan dibuat.

Ini draf Biodata untuk semua peserta. Sila baca satu-persatu. Kemudian, tolong maklumkan jika ada:-

- Kesalahan atau perubahan ejaan seperti nama penuh / nama pena

- URL salah eja atau telah bertukar ke URL baru [harap url untuk cerpen tidak lupus sebab ni diguna untuk Arkib Dokumentasi dalam buku kompilasi nanti]

- Berminat untuk tambah atribut yang lain. Contoh, tambah Asal, Pendidikan dll. Boleh rujuk di Notes. Aku sudah jelaskan sebaik mungkin di sana. =)

- Gambar untuk profil peserta. Kalau peserta tidak beri gambar khas, Tim Editor akan pilih mana yang kami berkenan. Kalau peserta nampak nda comeng, pa boleh buatlah nak.. Sapa su nda bagi, kan.. Hahaha! XD

Ok, jom tengok profil yang lain. Layan!


Aznizah Maksit atau nama penanya Nieja merupakan blogger kelahiran Beaufort, Sabah dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan [IPG] Kampus Keningau. Beliau dikenali di dunia blog dengan nama blog ‘Suara Sang Jemari’ dan boleh dilawati di alamat http://akunieza.blogspot.com 


Mohd. Izwan Harjan Shah atau Omen ialah penulis dan pengendali laman web http://ayxxen89.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Sahidzan OCG atau Szan ialah penulis dan pengendali laman web 
http://pecahkata.blogspot.com  yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri. Sahidzan merupakan Johan pertandingan Blog of The Month [BOTM] edisi Januari 2011 anjuran Komuniti WSB. 


Zahiddin atau Mr. Lee merupakan blogger yang berasal dari Tuaran, Sabah. Beliau ialah penulis dan pengendali laman web http://zydandezyden.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Lina Ramsah ialah penulis dan pengendali laman web http://linaramsah.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Vizard Piremon [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web http://ezurah.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Miera [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web http://diguanarr.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Rin Catherine ialah penulis dan pengendali laman web http://rincatherine.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Abu Sopian Karate atau Ask ialah penulis dan pengendali laman web http://renunganask.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Farah Ayien [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web http://farahtale.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Zurina Jamjin atau nama penanya ZRn Isme merupakan blogger yang berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda di bidang Kimia Industri di Universiti Malaysia Sabah [2010] dan suka meluangkan masa bersama rakan-rakan atau kenalan tidak kira di mana jua mereka berada. Beliau boleh dilawati di alamat http://elektromitoskopic.blogspot.com 


Farhanezam [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web  http://siryezsir.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Ezra Tamina [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web  http://epicindisguise.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Firdaus Skemanoti atau Aretikz [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web  http://segalaceritera.com/atik yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.


Ayie [Nama Pena] ialah penulis dan pengendali laman web  http://ayiemcvalyth.blogspot.com yang merupakan laman web peribadi beliau sendiri.

Nota : Semua butiran seperti Nama dan alamat Blog diambil di butiran seperti yang tertera di gambar ini.

Sebarang komen atau maklum balas, boleh kemukakan diruangan komen Blogger atau Sistem Komen Facebook*.

*Jangan buat komen yang baru. Sila pilih Reply supaya kita saling dapat Notification tu untuk tindakan susulan.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan maklum balas! d(^^,)

Wednesday, March 30, 2011

Kursus PERCUMA Sumber Terbuka!

Credit : Google Search

Peminat dan individu yang berminat untuk mendalami lebih jauh mengenai dunia Sumber Terbuka, berita ini tentunya membuatkan anda menguntumkan senyuman ceria.

Kursus Percuma Sumber Terbuka - Latihan 1 Malaysia ini memberikan peluang kepada semua untuk menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih formal. Kursus ini diadakan tanpa bayaran* sehingga Disember 2011 atau peruntukan habis.

*Yuran Pengajian / Kursus / yang seumpama dengannya.

Berikut butiran ringkas mengenai penganjuran program...

Penganjur : ADTEC Melaka.

Peserta : Terbuka / Warganegara Malaysia / 18 tahun dan ke atas. Calon Peserta dari Melaka atau yang berhampiran amat dialu-alukan. Juga menerima kumpulan dari syarikat.

Syarat Kelas : Cukup atau lebih dari 10 orang.

Silibus :
1. K1008 INTRODUCTION TO LINUX DESKTOP 16 JAM (2 HARI) SABTU DAN AHAD 8.00 am - 5.00 pm 10 peserta/modul

2. K1009 OPENOFFICE.ORG WRITER 16 JAM (2 HARI) SABTU DAN AHAD 8.00 am - 5.00 pm 10 peserta/modul

3. K1010 OPENOFFICE.ORG CALC 16 JAM (2 HARI) SABTU DAN AHAD 8.00 am - 5.00 pm 10 peserta/modul

Maklumat lanjut : [KLIK]

Nota : Tolong kongsikan pada yang lain ya.. Butang kongsi ada di bawah.. d(^^,)

Nota ii : Dapatkan Majalah Sumber Terbuka Malaysia [SUMBU] Edisi Sulung di sini !


MSS: Naseb ni di Melaka. Nda dapat datang, uhu. Kalau di Sabah, aku yang anjur ni mengkali.. Jadi Sabah Book of Records. Ehh? Muahua3!  XD

Tuesday, March 29, 2011

Majalah Sumber Terbuka Malaysia [SUMBU]

Komuniti Jom Linux telah mengembangkan lagi 'sayapnya' di bidang penerbitan dengan mengusahakan pembikinan majalah khusus mengenai dunia Sumber Terbuka atau dalam istilah yang lain; Perisian Sumber Terbuka [Open Source Software]. Apa yang mengagumkan ialah, majalah ini ditulis 99% dalam Bahasa Melayu [memartabatkan BM] dan hasil tangan anak Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, Sumber Terbuka masih lagi jauh ketinggalan dari segenap segi di negara kita. Badi 'selalu lambat' menjadi igauan hampeh walaupun perkara tersebut wujud dan bergerak diruang sepantas di alam maya iaitu internet.

Justeru, dengan penghasilan majalah khas ini, adalah amat diharapkan agar pengguna komputer, internet dan aplikasi teknologi maklumat yang lain mampu sedar dan tahu akan kewujudan apa yang dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia' - selepas internet - di era yang mulanya dipenghujung millenium pertama masihi yang lalu.

Saya sudah membaca SUMBU ini. Sebagai reaksi awal, majalah ini amatlah sesuai dan tepat-pada-masanya muncul, dihidangkan untuk santapan ilmiah kita. Negara kita Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk merekayasakan Sumber Terbuka sebagaimana yang berlaku di negara-negara Maju.

Peminat, Penyokong, dan Pendokong falsafah Sumber Terbuka tempatan 'wajib' memiliki dan membaca majalah ini.  Kewujudan majalah ini akan menambahkan lagi 'aura' penerbitan ilmiah yang mengkhusus mengenai Sumber Terbuka / Linux.

Apa tunggu lagi, marilah memuat turun edisi sulung SUMBU sekarang!




Klik Imej



-Dokumen ini telah disimpan untuk Koleksi Download-Upload di [sini]

Monday, March 28, 2011

90% suka berkunjung ke sini selalu



Poll ni dibuka selama sebulan, dekat penghujung Februari yang lalu. Walaupun dalam belas-belas orang [kalau orang betul-betul lah juga] setiap hari yang datang, hanya 11 orang ja yang sudi mengundi selama tempoh itu. Kalau aku tau siapa-siapa blogger tu, sudah tentu aku popularkan mereka di sini.

Apapun, kira blog aku ni memang wow punya jugalah kan. 90% tu, muahua3!

u/p: Ruangan ChatBox kini dibuka kembali! Wot, woottt!

Sunday, March 27, 2011

Draf Cerpen WSB : Khabar Semasa

Agak sibuk dengan tugasan ini. Hampir kelemasan, tetapi belum tenggelam. Apa yang melemaskan ialah, bila kelajuan internet kerap mengganggu. Tu sebabnya MSS aktif sampai lewat malam >> tengah malam >> awal pagi. Begitulah kehidupan seorang Blogger yang Mania dan 'Skema' - yang sengaja menyusahkan diri berbuat macam-macam. Menu inilah, itulah. Macam-macam hal. Hahaha!

Pos kali ni ringkas ja, sekadar menayangkan beberapa keping gambar untuk menunjukkan perkembangan terkini proses mendraf buku kompilasi cerpen WSB.





Kalau tayangan slaid hampeh, klik sini.

Sekarang, sambung buat untuk peserta yang lain. Kalau ada apa-apa pandangan atau cadangan, jangan malu untuk kongsikannya di sini. Selamat Berhujung Minggu!

Saturday, March 26, 2011

Apa khabar Sigu Shuda? [Siri Akhir]

-AMARAN!-
Bukan Hiasan Semata-mata. Sumber : Google Search

-PERINGATAN- 
Naratif ini hanyalah imaginasi 'luar kotak' penulis. Tempat, Bahasa, Watak dan Perwatakan hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung sama ada dengan yang bakal meninggal dunia, atau telahpun kembali ke rahmatullah. Kaitan secara nda langsung, mungkin adalah...

Sumber : Google Search

Blogger mana yang tidak kenal dengan nama ni - Sigu Shuda alias Teacher Shuda. Lainlah kalau disebut Sigu Samijul, mesti ramai yang melopong-terbeliak kebingungan. Hahaha!

Baik, tulisan kali ni ingin melaporkan persoalan-pandangan dari pelbagai pihak sekali gus menjadi asam-garam khabar Sigu Shuda. Wartawan alias Vlog-ger/Plog-ger alias Blogger Sepenuh Masa tiada tauliah Absam, ada laporannya...

*****

Pelajar Sekolah Menengah i : Kami amat berdukacita kerana sigu Shuda mengajar di sekolah rendah. Lagi sedih kalau dia mengajar di Prasekolah. Memang colorful lah pengalaman masa kanak-kanak. Kami sedih sebab jiwa remaja kami ni pun perlukan sentuhan dan belaian dari insan bernama sigu seperti sigu Shuda. Bak kata Malls, "Hidup Biar Nikmat".

Pelajar Sekolah Menengah ii : Kalau dia jadi Sigu Pemulihan, kompom tiada program Linuz dan seumpama dengannya di negara kita. Kadar membaca buku, akses internet dan kemahiran lain pun naik mendadak. Semuanya celik-celik. Cuma satunya jelah yang mungkin paling berduka; Geng SubKon*.

*Sub-Kontraktor / Budaya SubKon.

Bakal Sigu i : Saya bercita-cita untuk menjadi sigu kerana saya tertarik dengan aura yang ada pada sigu Shuda. Terus-terang, dia merupakan sebab dan idola saya memasuki bidang persiguan. Saya berharap, sigu Shuda akan menerima anugerah Pingat Amin Uddin Bakih kerana sumbangan besarnya terhadap profesyen sigu. Bayangkan, video DidikWebTV pun lingkup sebab tiada siapa mahu tonton. Semuanya ke channel YooTiup sigu Shuda. Ini barulah figura! Teacher of the Century!

Pelatih Sigu i : Lantaklah siapa-siapa sigu yang buat hal begitu. Janji aku masuk kelas, habis.. balik rumah awal, hujung bulan masyukk. Senang ja jadi sigu ni. Cakaplah apa pon, kerja kami juga yang berpusu-pusu orang nak. Dengar-dengar, KPLS [Kuliah Persiguan Lepasan Sarjana] bakal dibuka untuk menampung bilangan guru yang asyik kurang saban tahun macam orang hilang. Ramai jadi sot kot, hahaha!

Teman Sekerja i : Dia okay, kawan saye memang okay.. penilaian prestasi kerjanya sentiasa mendapat skor tinggi. Dia lemah-lembut tetapi bila masuk ke kelas atau bersama dengan murid-murid, dia memang wow. Pembawaannya ketika mengajar atau bersama budak-budak memang unik dan lain-dari-yang-lain. Cuma yang saye tak berapa berkenan tu, bila dia merakam video-video yang penampilannya memang kontroversi. Ustat J-Khaf kami jenuh juga memberi 'fatwa' tetapi dia tetap begitu. Malu lah orang perempuan macam tak bersyukur ja jadi perempuan.. 

Teman Sekerja ii : Saya mohon pertukaran ke sekolah lain sebab tidak tahan dengan tekanan yang diberi oleh budak-budak. Budak-budak ni memboikot saya kerana tidak dapat mengajar atau menjadi seperti Sigu Shuda. Maklumlah, teriak sikit, lapor kat Spesyel Branch. Apa lagi kalau tunjuk muka garang atau panggil menghadap, memang tak naik gajilah jawabnya..


Wartawan Absam juga berusaha untuk mendapatkan reaksi dari agensi Kerajaan seperti PPD, JPN dan organisasi kesiguan yang lain namun malangnya, semua pejabat mereka tertera "NO Reporters/Bloggers/Vloggers/Ploggers PLEASE!" di pintu utama. Mungkin guna BI sebab penangan Program Pembelajaran BM Dalam BI*. Pengawal pun, macam komando daa..

*Kembar PPSMI?

Apapun, Absam berusaha untuk menemubual ahli keluarga terdekat sigu Shuda. Lihat siapa yang kena..!


Mak n Pak Saudara : Kami tak pernah nampak video-video YooTiup tu nak. Kami ni, baca akhbar Hairan! atau keluaran geng-geng Bername je. Mungkin anak dapat laporan video-video tu, di blog-blog, ye tak?

-Absam : Mungkin kena halang ni akses ke YooTiup, Bloggeh, Wotprez dan seangkatan dengannya. Kesian! Baru-baru ni, keluar tu tip Parental Control di rancangan Apa Kata Perempuan di TV.

Sepupu : Kami ada kenangan yang indah dengan sigu Shuda sejak zaman-zaman hingusan lagi, ehe. Namun, sejak kami menganjak dewasa, kami berpisah. Saya tak hairan kalau ada persepsi negatif begitu.  Yang saya tak faham, kenapa dia jadi begitu. Tu je..

-Absam : !@#$%

Anak Buah i : Wow, bestnyeee ada makcik camtue..! Happening gile awak tau tak.. Kalau bawa clubbing, pasti superb punya... Ada bakat berlakon, boleh lawan Fisha Sunda, Leesah Suruhani dan lain-lain. King-King Lawak yang sekarang ni di generasi kelima pun, pasti goncanggg punya..!Yo, yo..!

Anak Buah ii : Abang Sam, I terbayang kalau bakal kazen [cousin] I suatu hari nanti say kat I cenggini [macam ini]:

Akak, I sedih bangat tau bila mendengar cerita-cerita, melihat video-video mummy masa muda-muda dulu.. Negatif-negatif belaka. Sekarang mummy dah nak pencen dah. Masih ramai yang kutuk-maki-hamun sebab aksi mummy yang mengalahkan darjah kepanasan video "Boroi main dengan Amoi" di Motel Kerakosan Sri Nagra, belasan tahun yang lalu. 1Dunia tahu n nampak.. Kesian kat mummy, kesian kat daddy. Bak kata pepatah, 


"Ibarat pelakon porno; sekali berlakon, selamanya akan dikenang.."

*****

- TAMAT - 

-Siri Sulung ada di [sini]

Thursday, March 24, 2011

Tokek unik ditemui, MSS bakal menjadi Jutawan?

*AMARAN!
Bukan Hiasan Semata-mata. Sumber : Google Search

Duda Sholeh : Seorang pemuda dikatakan telah menemui seekor binatang yang dinamakan 'Tokkek' dalam bahasa tempatan atau 'Gecko' iaitu sejenis spesis cicak. Tokkek ini mempunyai rupa luaran yang unik di mana ianya kelihatan seperti 'Binatang Dunia Ajaib'. Pada penghujung tahun yang lalu, Tokkek menggemparkan negeri ini di mana harga untuk seekor Tokkek yang masih hidup boleh mencecah ratusan ribu Dohler [nilai matawang negeri]. Namun, ianya bergantung kepada spesis Tokkek dan saiz [termasuk berat] fizikal haiwan berkenaan. Menurut khabar angin yang bertiup hangit di Pwittar dan Pisibuk, semakin ganjil dan unik Tokkek tersebut, semakin tinggi nilai Dohlernya. Ikuti temu ramah krew Hairan! dengan pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai lelaki S ini.

Krew Hairan! = KH
Pemuda = S

KH : Boleh tuan ceritakan bagaimana tuan bertemu jodoh dengan Tokkek ini?

: Ya, terima kasih kerana sudi menerima jemputan untuk menemuramah saya. Saya harap temu ramah eksklusif ini mampu menaikkan lagi Page Rank akhbar Hairan! di persada Internet. Walaupun cara saya ini tidak sejitu cara 'Tan Seri Trayo' ['Tan Seri T'] memanggil para wartawan, namun besarlah harapan saya agar satu Suruhanjaya Khas - yang terdiri daripada kalangan cendekiawan seperti Saintis, Fuqaha dan Mufti - dapat ditubuhkan untuk menyiasat lanjut kewujudan spesis ini.

KH : Baik tuan, kami telah tahu harapan tuan untuk temu ramah ini. Berbalik ke soalan asal, bagaimana tuan menemui binatang yang tuan yakini, percayai 123% sebagai Tokkek ini?

: Oh maafkan saya. Saya terlalu teruja mendapat kunjungan dari krew Hairan! Hahaha. Bila mengenang kisah pertemuan dengan Tokkek ini, saya rasa lucu. Antara percaya dan tidak. Kerana, perut Tokkek ini agak boroi, tidak seperti yang sebenar-benarnya, yang tulen. Sebab itu dalam surat terbuka saya kepada pihak media, saya menyebutnya sebagai 'Binatang Dunia Ajaib'. Saya menemui Tokkek ini secara tidak sengaja. Pada malam hari. Sekitar masuknya waktu Maghrib. Agak kelabu-kelabu sedikit pemandangan. Nah, pada waktu itulah saya menemui Tokkek ini. Tokkek ini berwarna merah bata dan berbelang hijau-biru muda. Cantik dan mengasyikkan. Agak stim saya pada masa itu kerana pesona sang Tokkek.

KH : Boleh tuan tunjukkan Tokkek tersebut sebagai bukti dan pengesahan?

: Oh Tidak! Tokkek ini amat amat amat eksklusif. Dari bacaan saya di Wikibacalah!, spesis Tokkek merah bata ini agak sensitif pada flash dan bunyi-bunyi kamera terutamanya dari jenis DSLR. Namun, demi tidak menghampakan hasrat seluruh penduduk negeri dan juga demi siasatan adil, jujur, telus tanpa 'agenda fulus' untuk dinilai [tatapan] semua pihak, saya ambil sekeping gambar kenang-kenangan. Maaf, kualiti gambar ini agak wow kerana saya merakamnya menggunakan kamera 27MP [Megapixel] yang sedia terpasang di AiTepon 10 12G yang baru saya hutang lagi, tiga malam yang lalu. Hutang AiTepon 8.5 10G masih belum lunas. Jadi harap gambar Tokkek saya ini laku supaya saya ada tabung untuk bersiap-siap menghutang lagi AiTepon 11 12.5G yang dikatakan lebih WoW. Saksikan Tokkek MSS!





Nota : Naratif ini hanyalah imaginasi 'luar kotak' penulis. Tempat, Bahasa, Watak dan Perwatakan hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung sama ada dengan yang bakal meninggal dunia, atau telahpun kembali ke rahmatullah. Kaitan secara nda langsung, mungkin adalah, ngeh3. Sekian, bittaufiq wan najjah..

Wednesday, March 23, 2011

Ekspo Asas Perniagaan n Keusahawanan UMS

Khabarnya ada satu ekspo sedang berlangsung di UMS. Ekspo Asas Perniagaan n Keusahawanan [APK] UMS. Apa sebenarnya yang membuatkan saya menulis tentang berita ini ialah kerana saya ingin membantu mempromosi bukan sahaja 'kewujudan' ekspo ini tetapi juga untuk mempromosi produk hasil tangan Cik Milla dan rakan-rakan yang berkecimpung dengan dunia perniagaan sebagai 'pendatang baru'.. ;-)

TEMPAT: PERKARANGAN DKP1


(1 ) FUNKY DOLLS
SPECIAL PRICE RAM 3 TO RM 7
BUY 1 FREE 1 (RM 7)

(2) HAIR PINS 
1 PIN = RM1
3 PIN = RM 2


MOST OF THEM ARE WELCOME TO OUR FUNKY BB SHOP.
ENJOY OUR UNIQUE PRODUCT WITH OFFERS

FOR MORE INFORMATION :

LISA 0149522319
LIUS 0145579282
EMA 0128248465

Dan ini beberapa keping gambar yang dicopet dari empunya blog. Orang minat kucing, memang kucinglah juga patungnya. Lepas ni, bolehlah jahitkan baju meow sekali kan.. Ngeh3.. XD




Pesan Cik Milla:-


p/s : kalau ada yang berminat, ble lah tempah kat aku. hahaha....

* ohya, kalau aku dapat banyak untung, nanti aku bagitau korang semua ya.hahaha

Siapa-siapa yang berminat, bolehlah berhubung terus ya dengan mereka. Saya ni cuma tukang promo tak rasmi ja.. Hahaha!

ILMMSS: Fasa Release Candidate

Setelah menunggu lama, akhirnya ILMMSS memasuki fasa Release Candidate [RC]. ILMMSS ialah akronim bagi Iklan Layanan Masyarakat MSS. MSS ialah 'nama pena' yang saya gunakan untuk mewakili diri, ehe.

Fokus ILMMSS buat masa sekarang ialah iklan-iklan kategori; 1. Promosi Khas, 2. Sumbangan Derma, dan 3. Sumbangan Khas. Dokumentasi lengkap masih diproses penyiapan. Agenda ini agak tertangguh sebab ILMMSS masih belum memikirkan perihal publisiti yang meluas walaupun saya meminta supaya ILMMSS diwar-warkan.

Contoh fasa Release Candidate boleh lihat dipaparan ruangan iklan di atas.

Pembaca atau pelawat yang ingin mencadangkan mana-mana iklan yang berkaitan untuk saya siarkan di sini, bolehlah meninggalkan komen di bawah. Contohnya, anda ada sumber mengenai iklan Tabung Bencana untuk Jepun, Palestin, Sekolah Agama Rakyat dll. Ianya percuma tetapi terhad. Siapa cepat, dia dapat..

Fasa-fasa ILMMSS yang sebelum ini boleh dibaca di sini - [Alfa] [Beta]

Sunday, March 20, 2011

Plog #2: Tutorial Domain [Advance Level]



Kalau Slideshow freeze, sila masuk pautan ni untuk memudahkan : [LINK]


Nota:
-Apa itu Plog? Plog menurut [fahaman] MSS boleh dibaca di sini : [Vlog lwn Plog]
-Dokumentasi lengkap Plog menurut MSS masih dalam peringkat penyiapan dan akan dimaklumkan kemudian jika telah selesai.
-Plog #1 sy boleh dilihat di sini : [1st Plog]
-Plog [Tutorial] ini dedikasi khas untuk Admin WSB dan sesiapa yang berkenaan.
-Tutorial ini khusus untuk pengguna Blogger yang sudah menggunakan Domain sendiri tetapi masih lagi menggunakan Hosting di Blogger.
-Ingin tahu apa itu Domain? Silalah membacanya di sini [Tip Domain]

Friday, March 18, 2011

Sains Komputer: Destinasi Seterusnya?

Siapa sini belajar Sains Komputer? Haa, aku memerlukan bantuan kamu semua secara percuma, ehe3..

Belajar secara formal dalam bidang Perkomputeran menjadi angan-anganku selepas memegang Fasilitator SchoolNet [sekarang jadi Ex-FS sudah, ehe3]. Maklumlah, skop tugas FS ni ialah membudayakan ICT. Secara langsung, berkait dengan ilmu-ilmu asas komputer yang perlu diketahui diperingkat sekolah rendah.

Dunia Perkomputeran ada pelbagai cabang. Antaranya Sains Komputer [ini yang umum], Kejuruteraan Komputer [Perisian], Teknologi Maklumat, Rangkaian, Sistem dan banyak lagi. Ini apa yang aku tahulah, ehe. 

Sumber n Kredit : fusemoney.com

Kenangan Lalu

Bila imbau kenangan lalu masa temuduga FS penghujung 2009, aku terus-terang kepada penemuduga yang aku tiada pengalaman memformat sendiri komputer bila menjawap soalan. "Ceritakan kelebihan atau pengalaman yang anda ada yang berkaitan dengan komputer.." Memang betul aku nda pernah format sendiri sebab laptop ku ni hanya pernah di format sekali sahaja sejak dibeli Januari 2008 oleh seorang otai merangkap coursemate ku, Eh-Sun, bukan nama sebenar. Hahaha. Format tu upgrade sebenarnya XP Pro ke Vista Ultimate. XP jadi sot bila kena cucuk USB Modem Huawei ni, uhu.. 

Selepas menerima tawaran menjadi FS, aku pun ke induksi selama seminggu di komplek Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri [BTPN] Sabah di Penampang. Aku peserta yang paling akhir sampai, sampai terlepas slot taklimat, haha. Bila aku lapor diri, aku diberi satu fail warna biru. Bila aku amati depan fail tu, ada tertulis "tiada asas format". Tulisan pensel. Dui, besar kemaluan eh. Ni barulahh.. Teringat pula adegan masa temuduga. Ni mesti pesan penemuduga kepada AJK Induksi. Hahaha! Aku antara yang menjadi FS tanpa latar belakang IT/ICT. Latar belakang Sarjana Mudaku ialah Sains Sekitaran. Environmentalist. Masa jadi FS sebelum ni pun orang di sekitar selalu sangka yang dulu aku belajar komputer, ehe.

Jadi, selepas tamat kontrak selaku FS ni [sedih masih tiada khabar konkrit untuk FS.. -_-], aku pun bercadang untuk menambah koleksi sijil akademik dengan masuk belajar bidang Sains Komputer. Pilihan yang ada ialah peringkat Sijil dan Diploma. Bagus ambil Diploma sebab rasa alang-alang.

Kredit: Geng FS Sabah 2010

Pilihan

Sekarang hangat pembelian nombor pin untuk kemasukan UPU. Aku pun buat-buat sibuk juga dengan segala iklan untuk lepasan SPM ni. Sebab, masuk Diploma tu mau guna SPM. SPM 2004 masih laku untuk beberapa bidang teknikal termasuklan Sains Komputer kecuali perguruan rasanya.

Setelah menyiasat dari maklumat yang diperolehi dari laman web, maka pilihan yang ada untuk aku timbang-timbangkan ialah ;-

1. UiTM KK [klik]
2. Politeknik KK [klik]
3. Kolej Yayasan Sabah, KK [klik]
4. Institut Latihan Perindustrian [ILP] KK [klik]

Kalau perasan, semua tempat ni di KK. YA, aku memang memilih sekitar KK kerana sebab-sebab peribadi, ngeh3. Maklumlah, usia begini patut sudah ada kerjaya tetap dan menanggung keluarga kan. Jadi, risau kalau jauh-jauh belajar akan membebankan pula keluarga dari segi emosi dan jasmani, ehe.

Sumber : Google Search

Buat masa sekarang, aku sudah menghantar permohonan ke KYS dan apa yang mengejutkan aku, permohonan itu cepat pula diproses. Aku terima SMS yang permohonanku adalah berjaya dan diminta melapor diri April nanti. Diploma Sains Komputer [Teknologi Maklumat] di KYS adalah kolaborasi dengan UTM. UTM akan keluarkan sijil Diploma tu.

Faktor-faktor Lain

Seperti yang aku sebut awal-awal tadi, aku masih lagi menimbang-nimbang pilihan. Faktor-faktor yang aku timbangkan ialah tempat, kewangan dan juga suasana pembelajaran. Tempat, semua KK. Ok lepas. Sekarang bab kewangan lagi. Maklumlah, Sarjana Muda dulu PTPTN + BKNS. Jadi untuk Diploma ini, PTPTN boleh kira 'out' lah sudah, uhu..

Jadi siapa-siapa yang pernah belajar di tempat-tempat pilihanku itu, aku harap dapatlah kamu kongsikan pengalaman kamu belajar di sana. Kalau masuk MARA [Kolej Komuniti], yuran adalah percuma dan ada elaun bulanan lagi. Tapi bila lihat senarai program, Sains Komputer macam tiada di Sabah, uhu.

Ok, sampai sini ja dulu. Aku mau study dulu contoh kertas Rancangan Perniagaan dari dua contoh latar belakang yang berbeza. Ini hobi sambilan berupa kajian ja ni, hua2. Jumpa lagi! 

Apa khabar Sigu Shuda?

Blogger mana yang tidak kenal dengan nama ni - Sigu Shuda alias Teacher Shuda. Lainlah kalau disebut Sigu Samijul, mesti ramai yang melopong kebingungan. Hahaha.

Baik, tulisan kali ni ingin melaporkan persoalan-pandangan dari pelbagai pihak sekali gus menjadi asam-garam khabar Sigu Shuda. Wartawan alias Vlog-ger/Plog-ger alias Blogger Sepenuh Masa tiada tauliah Absam, ada laporannya...

Sumber : Google Search

Blogger Haluan Kanan : Kesian kat Sigu Shuda. Dengar2 jadi begitu sebab putus pinang.. Sedih beb.. Ada sesiapa jejaka akhir Blogger yang sudi menjadi suri hidupnya? Apapun, kami sokong karya kreatif sigu Shuda sebab kita tak akan jumpa aksi-aksi terlampaunya di mana-mana. Hanya di negara kita! Negara kita Bolehh!!

Blogger Haluan Kiri : Kah kah kah! Setengah tiang! Bulan mengambang! Meroyan sebab putus pinang, atau kena putus pinang sebab awal2 ada tanda disorder tu? Buat malu profesyen ke-sigu-an jak. Apa kata Pak Menteri pasal sigu macam ni? Adakah sigu hanya perlu menjadi contoh dan bernilai positif di dalam kelas dan masa persekolahan tetapi sebaliknya di luar pagar sekolah? Kalau yo pun, janganlah jadi tatapan umum!

Pak Menteri : Kementerian sentiasa memantau kualiti yang ada pada calon sigu dan sigu-sigu supaya sentiasa seiring dengan angan-angan Dasar Falsafah Pengajaran Kebangsaan. Setakat ini, sekiranya ada laporan mengenai kecurangan terhadap tugas dan nilai positif yang sepatutnya mengakar di jiwa seorang pengajar, maka kita akan siasat sampai ke lubang tikus. Tapi setakat saye berucap ini, masih belum ada akaun bersumpah, laporan rasmi, mahupun surat layang diterima. Update di Pwittar saye pun masih itu2 je. Followers/Fans pun tak ramai. Saye selalu juga blogwalking ni. Tapi tu lah, tak dapat nak ambil tindakan lanjut sebab tiada aduan.

Makcik Peldah : Sigu Shuda? Sapa tu nak.. Makcik tak kenal eh.. Maklumlah, makcik ni tinggal di Peldah. Jalan raya kami pun belum kena tar, macam mana kami nak tahu pasal dunia... apa tu kena panggil.. hah in-ter-net..

*Absam : Alahai makcik Peldah ni. Apa kaitan jalan tar dengan dunia internet? Lebuh raya Siber ke? Macam pernah dengar begini ni. Apa kaitan pemilihan teknologi hijau daun dengan pencemaran radiasi/nuklear akibat gempa bumi dan tsunami? Hahaha!!!

Pakcik Laut China Tenggara : Teacher Shuda? Ooo, kat pejabat kilang ikan pakcik ada seorang awek yang bernama Shuda yang bercita-cita nak jadi macam cikgu. Alhamdulillah, jodohnya sudah ditetapkan..

*Absam : Aduhai alahai Pakcik Laut China Tenggara...!!! Sakittt perut aku dengar jawapan tu. Macam kena sesunggut pula hari ni, adoi..

Budak U : I rasa society kena ada actions. Sebelum kita judge somebody, we need to identify the core problems yang berkait dengan subjek. Kita ada Hospital Mesra Gunung Padang, Specialist psikoloji jiwa, dan juga khidmat perancangan keluarga. Jadi, we all kena lah bahu-membahu bila berlaku problem camni..

Budak Sekolah Rendah : We Luv Sigu Shuda..! multiple to the power of infinity [nada nyanyi2, suara comeng2] Sigu Shuda sporting ape.. Kalau kita nak bersolek atau berfesyen ikut selera masa kini, sigu Shuda lah ngajar kite. Best tau pakai jeans ketat, tali pinggang kepala tengkorak, dan lilit kepala dengan macam2.. Kool gitu, yeyeah!! Rasa seronok gi kat sekolah. Kalau boleh, Sabtu Ahad pun nak datang. Skor mata pelajaran Bahasa Milayu dalam Bahasa Manglish kite pun paling rendah 99%. Pecah rekod!

Jejaka Kesepian [bujang yang umur nak masuk 40-an] : Oh Shuda, andai bisa ku memblog dan mengakses YooTiup, pasti akulah menjadi pengomen Nombor SATU mu yang tegar, segar, dan mekar di setiap update mu.. Follower paling ekor punya.. Ku ingin kau tahu.. diriku di sini.. menanti dirimu... 

*Absam : Alamak, brader ni karaoke lah pula.. Lagu Purple tu taw, masyukk..!!! 


Bukan Hiasan Semata-mata. Sumber : Google Search


Nota : Naratif ini hanyalah imaginasi 'luar kotak' penulis. Tempat, Bahasa, Watak dan Perwatakan hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung sama ada dengan yang bakal meninggal dunia, atau telahpun kembali ke rahmatullah. Kaitan secara nda langsung, mungkin adalah, ngeh3. Sekian, bittaufiq wan najjah..

Nota ii : Baca sambungan naratif ini di [sini]

Thursday, March 17, 2011

Cara pasang Firefox 4 RC1 di Ubuntu

Aku baru tahu pasal kemunculan browser Firefox 4.0 sudah ditahap Release Candidate [RC] dan tidak lagi ditahap Beta [yang terakhir aku tahu, Beta12] semalam. Itupun semasa 'bermain-main' dengan Firefox Beta 12 di Windows. Di Ubuntu, masih Firefox Beta 09 sebab aku tidak tanda PPA untuk kemas kini ke versi yang terkini [PPA untuk Beta/Daily Builds].

Bila lihat Relase Notes, rupanya 09 Mac lagi versi ini sudah keluar..? Memang ketinggalan ni, haha.

Apa yang membuatkan aku teruja untuk menunggu-nunggu khabar Firefox 4.0 ini ialah kerana banyak teknologi baharu telah diadaptasi untuk prestasi tercanggih Firefox buat masa sekarang. Antaranya, Full Hardware Acceleration yang membolehkan browser memindahkan pemprosesan grafik dari CPU ke GPU [Graphical Processing Unit]. Ini menjimatkan tenaga yang digunakan oleh komputer kerana beban di CPU dapat dikurangkan. Baca lanjut di [00] [01 [02].

Panduan ini berdasarkan pengalaman peribadi iaitu kaedah muat turun. Maaf, tiada gambar cun disediakan. Mau jimat tenaga, hahaha.

01. Muat turun Firefox RC1 di sini.

02. Ekstrak fail yang dimuat turun tadi. Nama fail = firefox-4.0rc1.tar.bz2

03. Sesudah diekstrak, satu fail baru akan muncul. Nama fail = firefox.

04. Sesudah itu, masuk ke fail tadi dwi-klik shell script yang bernama firefox.

05. Browser Firefox akan automatik terbuka dan memulakan proses naik taraf.

Nota: Versi ini masih belum stabil dan kemungkinan ada gangguan berlaku. Kongsikan di sini atau terus hantar feedback kepada geng Test Pilots Mozilla Firefox.

*Baru! 20 Mac 2011
Nota: Baca lagi - How to install Firefox 4 in Ubuntu via PPA Repo - The proper way.

My 1st Plog! [Vlog vs Plog?]

Mss 1st-plog
View more presentations from MSS LaWLiET.

Nota: Untuk kualiti gambar yang terbaik, sila klik View on SlideShare dan setelah terpapar, pilih Full

Wednesday, March 16, 2011

SchoolNet V2.0: Gangguan perkhidmatan internet

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

SK. Paguokon, Tenom telah menghantar aduan ke pihak Jaring mengenai masalah sambungan internet SchoolNet yang berlaku baru-baru ini [beberapa hari sebelum cuti pertengahan semester pertama]. Signal SchoolNet dikesan tetapi tiada 'Received Data'. Setelah aduan diproses, pihak Jaring melalui bahagian Teknikal memaklumkan beberapa perkara dan saya fikir perkara ini menarik untuk dikongsi bersama.

01. Pihak Jaring menangguhkan perkhidmatan sambungan internet tersebut kerana pihak JPN Sabah telah mengarahkan agar mana-mana sekolah [dalam kes ini ialah sekolah rendah seluruh Sabah] yang telah memperbaharui langganan atau kontrak dengan mana-mana ISP ditangguhkan buat sementara waktu.

02. Penangguhan ini adalah kerana, pihak JPN Sabah meminta pihak PPD [dalam kes ini ialah PPD Tenom] untuk membuat semakan dan pemilihan sama ada untuk melanggan kepada pihak TM atau Jaring.

03. Oleh itu, pihak sekolah yang mempunyai talian SchoolNet perlu berbincang dan seterusnya membuat keputusan dengan pihak PPD mengenai pemilihan ISP. Mungkin pihak PPD bercadang untuk melanggan satu ISP sahaja, sama ada TM atau Jaring, bagi semua sekolah rendah.

04. Sehingga perbincangan dan keputusan akhir dimuktamadkan, talian internet SchoolNet - walaupun telah melanggan semula ISP - akan ditangguhkan atau tidak disambung. Justeru, pihak sekolah tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan internet SchoolNet dalam tempoh tersebut.


VSAT SchoolNet SKPT

Nota :

a. Maaf jika saya tidak melampirkan mana-mana surat yang berkenaan untuk menyokong pernyataan ini. Maklumat ini diterima dari pihak Jaring secara langsung dan masih lagi baru.

b. Jika para pembaca mempunyai pandangan atau input tambahan mengenai hal ini yang ingin dikongsikan, silalah menyatakannya diruangan komen atau emel admin@samizul.net.

c. Untuk rujukan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak PPD masing-masing atau JPN Sabah.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Ex-Fasilitator SchoolNet 
SK. Paguokon, Tenom, Sabah
16 Mac 2011

Jaring Helpdesk : 015-4815 5515

Tuesday, March 15, 2011

VLog lwn PLog : Percubaan #1

VLog / Vlog jadi satu fenomena dikalangan Blogger Malaysia dewasa kini. VLog = Video Log? Yang pasti, 'kemasan terkini' [updates] dari sang blogger disampaikan melalui video. Vlog Malaysia yang sudah aku jumpa boleh lihat  di sini [01] [02].

Apa PLog? PLog / Plog = Photo Log. Boleh terima kah pemakaian ni? Hahaha. Rasanya, cara update blog yang begini sudah lama wujud di kalangan pengendali web atau pengiklan di Barat.

Sebagai percubaan pertama, nah aku kongsikan apa yang kononnya aku panggil Plog ini. Ini sebenarnya bukan hasil karya aku. Ini sebagai demo sahaja. Tahniah kerana membaca tulisanku ini. Kamu dapat melihat Plog yang pertama aku kongsikan iaitu "The Japan earthquake and Tsunami". Saksikan!




Nota: Setinggi kredit buat Follower ku yang ke-200, cik Falla Hieyah [jom lawat dia]. Boleh kira ni sebagai dedikasi lah, ehe.

Nota ii: Gadget Follower sudah aku letak di bawah sekali. Ini sebagai simbolik yang aku melabuhkan tirai "You Follow, I Follow back". Selepas ini, siapa yang Follow, mungkin aku akan tidak Follow balik melainkan Follower itu betul-betul ingin aku Follow balik. Jadi, TAHNiAH buat 200 orang Follower yang pertama sejak blog ini wujud. TERiMA KASiH buat semua yang sudi menjadi Follower walaupun dia hanya mengharapkan aku Follow dia balik, dan terima kasih juga buat Follower yang hanya sekali sahaja datang berkunjung ke blog ini iaitu semasa Follow. Bloglist aku sedang dikemaskini dan akan unfollow mana-mana yang dirasakan 'tiada apa-apa hasil'. Yang tiada Backlink tu paling atas untuk dibuang, hahaha!

Bekerja di Pisibuk [01]

#1

*****

Seorang pemuda bertanyakan kepada beberapa orang mengenai angannya untuk bekerja di sebuah organisasi yang cukup cukup cukup [<--- dei, cukuplah cukup tu.. Hahaha] gah di alam maya dan nyata. Soalannya: Apakah pendapat [pandangan peribadi] tuan jikalau saya bekerja di Pisibuk?

Polan A : Ada tiga perkara asas yang perlu dikira. 1) Latar belakang Pisibuk, 2) Jawatan, dan 3) Niat


Pisbuk menjalankan urusniaga apa? Adakah modus operandi tersebut tidak menyalahi suruhan agama dan undang-undang setempat anda? 


Apakah jawatan yang ditawarkan itu, juga tidak menyalahi ketetapan yang ada dalam agama dan undang-undang setempat anda?


Apakah niat anda untuk menyertai Pisibuk? Adakah ianya sesuatu yang baik, tampak baik, dan hasilnya pun baik juga seperti yang dituntut oleh agama dan undang-undang setempat anda?


Polan B : Jangan kerja di Pisibuk. Pisibuk ni geng UPCO, Zionish-Israyel ramjad [singkatan 'Haram Jadah']. 


Polan C : Kau layak kah kerja di Pisibuk ni? 


Polan D : Bagusss. Kalau kau kerja di Pisibuk, aku mau kau banyakkan lagi games macam Parm Villea, Citiy Villea, Mufia Waras dll. Baru ada makna hidup dengan Pisibuk!


Polan E : Apa Pisibuk ni? Orang main Pwittar lahh...

*****

Nota : Nantikan siri #2


Nota ii : Penulis sedang bertungkus-lumus menyiapkan draf sebuah kompilasi cerpen. Tajuknya "Aku, Dia dan Pisibuk". Okay kantoi. Aku mengarut ja tajuk cerpen tu.


Nota iii : Naik ghairah untuk melayan irama simfoni Mozart vs Beethoven. YouTube, here I come.

Monday, March 14, 2011

Tawa dalam tangisan

Fenomena peningkatan jenayah yang mensasarkan golongan kanak-kanak atau yang di bawah umur berada di tahap yang membimbangkan walaupun media massa dan kajian pihak tertentu saban tahun [atau bagi tempoh yang tertentu] melaporkan graf turun-naik kadar peratusan jenayah yang direkodkan.

Kadar peratusan yang turun atau naik yang tidaklah seberapa sangat itu bukanlah pokok utama. Inti dan isunya ialah, jumlah kes yang berlaku - dalam pelbagai lapangan jenayah - adalah besar dan menakutkan. Justeru, gemblengan usaha dan tindakan diperingkat mana yang perlu diketatkan?

Jawapannya, rumah, tempat tinggal, dan kediaman. Pihak-pihak lain seperti polis dan jiran tetangga adalah kelompok sokongan.

Tadi, di radio online.fm [promo sikit] ada iklan seorang kanak-kanak perempuan yang meminta izin daripada ibunya untuk bermain di luar kawasan rumah. Tetapi, ibu tersebut tetap bertegas tidak mengizinkan anak kecil tadi bermain di luar rumah. Hasilnya, anak kecil tersebut menangis semahu-mahunya.

Diringkaskan cerita, satu pesanan yang berbunyi dipenghujung iklan menarik perhatian halwaku lalu memberikan kekuatan untuk menulis kisah ini di sini. Pesanan itu ialah:

"Biarkan anak anda menangis. Jangan anda yang menangis.."

Sunday, March 13, 2011

Merancang

Gagal merancang, merancang kegagalan
Silap merancang, perbaikilah kesilapan
Sudah merancang, teruskan rancangan!


Nota: Tiada kaitan dengan Pil Perancang okay...

Saturday, March 12, 2011

ILMMSS : Fasa Beta

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

ILMMSS fasa Beta akan bermula malam ini. Fasa Alfa boleh dibaca di sini. Penamaan 'Alfa' dan 'Beta' merujuk kepada istilah yang umumnya digunakan oleh pembangun suatu perisian atau alat mengenai status perisian / alat tersebut. Alpha = Pembinaan, Beta = Percubaan, Release Candidate [RC] = Percubaan tahap akhir menjelang pengumuman versi stabil, dan Final Release = Versi Stabil. Itu antara contoh dan maksud-maksudnya mengikut pemahaman bebas aku.

Contoh perisian / alat tersebut ialah Pelayar Web [Browser], Pengedit Gambar, Video, Lagu, pemain multimedia dan banyak lagi contoh. Sistem Operasi [OS] seperti Ubuntu juga menggunakan versi-versi tersebut dalam kitaran keluarannya.

ILMMSS dalam fasa Beta akan cuba melengkapkan satu perkara di bahagian dokumentasi [di menu Link Exchanges] dan mula memaparkan iklan sebenar dengan lebih kemas dan sesuai. Jika menggunakan Google Chrome atau Chromium [atau mungkin browser yang menggunakan platform WebKit seperti Safari dan Midori], beberapa ruang tanpa gambar kelihatan di menu ILMMSS. Jika menggunakan Mozilla Firefox [atau mungkin browser yang menggunakan platform Gecko], ruang tanpa gambar tadi tidak akan kelihatan.

Tempoh fasa Beta aku sasarkan selama seminggu atau mungkin lebih memandangkan aku masih lagi sibuk dengan beberapa hal peribadi di sekolah. Antaranya, tugasan Pembangunan Kanak-kanak, kertas kerja, dan beberapa bahan ICT yang masih belum dicetak.

Tugas lain, komitmen dengan komuniti WSB selaku Krew Aktiviti dan juga membantu bisnes kecil-kecilan di sini. Aku fikir, sudah sampai masanya WSB mempunyai lebih ramai Krew / Admin dalam semua bahagian untuk membantu pengurusan WSB. WSB sudah menjadi besar dan semakin berkembang. Pembahagian tugas perlu ada untuk meningkatkan kecekapan [efficiency] aktiviti WSB. Ohya satu lagi tugas yang aku sedang buat sekarang ialah menambah baik draf cerpen Kompilasi al-Kisah Wasaber untuk dibukukan dan seterusnya dicetak. Bayangkan kalau tiga orang krew atau admin WSB 'Not Available', tentu banyak masalah akan ditimbul.

Nota: Sedih betul sebab terpaksa membatalkan kehadiran ke Mini-Gath WSB sambil menonton Hikayat Merong Mahawangsa di 1Borneo di saat-saat akhir.. Ada perkara yang lebih besar kena urus dalam cuti-cuti ni.. Maaf pada semua Wasaber. Apapun, selamat beraktiviti! ;D

Tag oleh Syafeika Edora

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Aku kembali rajin untuk menjawap Tag. Dalam dunia blog, Tag ialah satu medium untuk menarik perhatian, populariti, $$$ Nuffnang, dsb. Dari pandangan mataku yang dilapisi oleh kanta cermin mata ini, Tag menjadi acara 'ramah-mesra' sesama Blogger. Pengetahuan kita tentang diri rakan Blogger tadi akan bertambah.

Aku kadang suka 'mendedahkan' diri sebab aku bosan untuk menjawap soalan yang kerap ditanya oleh orang. Balik-balik, soalan tu juga, haha. Bah tanpa membuang masa, mari layan Tag dari Syafeika Edora yang membungkar lagi sedikit rahsia peribadiku, ehe..

TAG #1

Sila beritahu nama penuh kamu. Tidak kisahlah sampai nama datuk moyang kamu.

Mohd. Samizul bin Samad bin Ayong bin Kanang

Kamu suka warna pink tak?

Bila itu ialah aiskrim.

Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan pemberi tag ini, apa kamu nak cakap dengan dia?

AsSalam <--- Wajib ni. Hai Ika, ni kali pertama kita jumpa kan..?

Siapa yang paling comel? Maher Zain atau kamu?

Aku dan Maher Zain, masing-masing, adalah hensem.

Mana lagi sedap? Kek atau Aiskrim

Aiskrim!

Bila tarikh lahir pemberi tag ini? Kalau kamu ingat, kamu memang hebat.

10 Jun 1992. Aku memang hebat. <--- Puji diri sendiri lebih baik dari minta puji. Haha!

Ain Maisarah, siapakah dia?

Seorang perempuan bergelar Wanita mengkali. Ntah, nda kanal eh.. XD

Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah berapa perenggan sekalipun.

Mula berblog masa zaman Friendster [FS]. Januari 2007. Aku masih kekalkan blog tu n harap boleh kekal sampai bila2 walaupun Friendster ditakdirkan 'arwah'.

Masa mula meneroka lanjut blog di FS, ada banyak had / kelemahan yang aku jumpa bila banding dengan blog yang lain yang aku jumpa. Masa tu lah aku mula berkenal-kenalan dengan Blogger [Blogspot] dan Wordpress. Aku pun mendaftar akaun. Bila busan tahap cipan sudah dengan kekurangan blog di FS [sebab tiada peningkatan yang memberangsangkan], maka aku pun bereksperimen dengan Blogspot dan Wordpress. Hasilnya, boleh baca di sini.

Akhirnya, aku memilih Blogspot sebab rasa lebih user-friendly. Kalau yang latar belakang ICT, mungkin Wordpress jadi mainan sebab keupayaan self-hosted. Masa tu, manalah aku tahu pasal Domain, Hosting, Sel-hosted dan banyak lagi dalam dunia laman blog atau istilah yang aku guna iaitu Weblog.


\(^_^)/

Apabila hari jadi kamu, apa yang kamu nak saya ( pemberi tag ) berikan kepada kamu?

Bagi lagi hadiah tahun ni, di tahun hadapan. Hahaha!

TAG #2

Single / already taken?

Single but Not Available. lol <--- MSS LaWLiET katalah...

Nama gf / bf ?

luvi katara intelligent

Agak- agak, umur berapa nak kahwin?

27 atau/dan ke bawah. Hahaha!

Tema perkahwinan?

Tema Raja Sebulan. Hahaha!

Beza sahabat dan kawan?

Dalam ramai-ramai kawan, belum tentu ada 01 sahabat. Kawan n Sahabat adalah subjektif bagi seseorang.

Siapa sahabat anda?

Mereka boleh rasa n sedar tentang perasaan ini [menjadi sahabat].. Haha.

Tulis seorang sahaja true friend anda.

Khalid Dakim [yang lain jan kecil hati bah.. Aku ikut skema soalan ja ni, huahua]

Sila upload gambar anda yang paling buruk.

Oleh kerana aku amat-amat jarang menayangkan gambar sendiri, maka inilah peluang untuk melihat gambar-gambar yang ada dalam simpanan, ehe.

#4 Masa Amali Wudhu', Kem Bestari Solat SKPT 2010.

#3 Masa balik dari Lawatan Sambil Belajar Kelab Guru n Staf SKPT di W.P. Labuan. Naik Bot Laju ni, ehehe..

#2 Di Tambunan, dalam perjalanan ke KK sempena Lawatan Pelajat Tahun 6 SKPT 2010

#1 Di tepi Dewan Masyarakat Kota Marudu sekitar tahun 1991 - 1994. Bapa hensom, anak lagi somboy. Hahaha!

Gambar ni bukannya buruk sangat pon, kan, ehe.

Sila upload gambar anda yang paling cantik/ hensem.

#4 Rasa hensem sebab dapat bergambar dengan budak pintar SKPT. Rupanya mengingatkan aku sama adik lelaki bongsuku yg juga bergeliga.

#3 NYDP3 portfolio Aduan, Keselamatan n Kebajikan KKCD UMS 07/08. Spek tu ja spoil sket, lol.

#2 Model oleh Photographer SASA. Kuasa Adobe Photoshop menyerlahkan lagi aura hensem men. Hahaha!

#1 All-in-one Hensem Package. Ada sesiapa ingin menafikan ini?

Sekarang nak tag siapa?

Seperti biasa, aku Tag semua Follower aku yang sudi untuk menjawap Tag ini. Hah, senang-senang, kamulah Followerku yang sedang membaca Tag ini, muahuahua! Kurang-kurang, ada juga pos untuk blog kamu masa tiada idea kan. Yeah!

Nota: Terima kasih buat Ika n Luvi yang sudi Tag. Lawak eh, hahaha.

Friday, March 11, 2011

Tsunami menyerang Jepun

Bencana Tsunami telah menyerang Jepun hari ini. Butiran lanjut telahpun dilaporkan di media-media yang saling berlumba-lumbaan.

Setelah beberapa waktu, Amaran Tsunami sempena Tsunami yang melanda Jepun, telah ditarik balik menurut berita Kabar Petang OneTV [kalau nda silap nama tv tu] Indonesia. Tengok dari siaran Parabebola tadi. [Haha!]

Namun demikian, MSS meramalkan akan ada Gempa di Sydney, Australia selepas ini. Maklumat lanjut, rujuk berita ini.

Takziah buat rakyat negara Jepun atas musibah yang melanda ini. -_-

Nota: Sejak bila aku jadi Pemberita separuh-masa ni? Sebab ada akaun Twitter n Facebook? Blog? Search Keywords? SEO?

Nota ii: Bencana Alam bukan sekadar bencana. Ianya bukan kuasa semulajadi. Lebih tidaknya, ianya bukan terjadi secara tiba-tiba.

Nota iii: Apa khabar Miyabi? <--- Cencored. Sorry dudes.

Rombongan ke Keningau

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

Insya-Allah petang ni rombongan dari Lagud Sebrang, Tenom akan ke Keningau sempena majlis istimewa adik kepada seorang kariah Masjid al-Fath. Apa yang aku tahu, majlis itu ialah majlis pertunangan atau mungkin menghantar Berian. Nda dapat butiran lanjut sebab dengar gitu2 ja. Maklumlah, aku ni bukannya suka sangat untuk memasang telinga walaupun tahap kepekaan telinga hampir mencapai 4.00. Haha!

Kalau jadi dapat ikut, aku akan berpeluang untuk melihat tempat kejadian kemalangan maut Isnin lalu di sekitar Senagang. Lori pasir bertembung dengan kereta pacuan empat roda [Frontier kalau nda silap]. Dua meninggal di tempat kejadian, dan seorang lagi yang selamat masa itu tetapi koma dilaporkan telah meninggal kelmarin. Boleh baca lanjut di SabahKini.net.

Dalam minggu ini juga, aku mendapat khabar ada kemalangan maut di depan pintu masuk UMS-KAL. Pelajar Tahun 3 dari Tambunan. Guru Besar sekolah tempat aku menumpang kasih sekarang ini kenal dengan keluarga arwah.

Semoga roh mereka yang meninggal dalam kemalangan ini mendapat rahmat keampunan dari-Nya. Takziah diucapkan buat seluruh kaum keluarga mendiang dan arwah.. -_-

Ini saja untuk kali ini. Mau bersiap2 ni 'melancong' ke Keningau. Siapa yang mau jumpa di Keningau sempena kedatangan ku ini, bolehlah SMS cepat2.

Wednesday, March 09, 2011

Menu Baharu: Khidmat Pesanan Masyarakat MSS

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah, dalam ruang masa yang agak sibuk dengan aktiviti peribadi ini, aku masih berkesempatan untuk menambah satu lagi ruang mesra-masyarakat secara kecil-kecilan. Ruang yang aku maksudkan ialah ruang "Iklan Layanan Masyarakat MSS" atau ILMMSS.

Secara mudah, ruang ini memaparkan iklan atau pengumuman dari pihak ketiga yang aku pilih sendiri atau melalui pesanan dari pihak ketiga/luar [terpilih sebab ruang adalah terhad]. Sebagai contoh, iklan Sumbangan Derma ke Badan Dakwah, Kebajikan, Anak Yatim atau/dan Piatu, Sekolah Tahfiz, dsb.

Contoh lain, ialah iklan Sumbangan Khas seperti rayuan dari individu yang ditimpa musibah [kemalangan, kos rawatan, dsb].

Aku juga bercadang untuk meletakkan iklan dari pihak kategori Perniagaan. Maksudnya, mungkin ada pihak yang ada Online Business atau bukan Online Business seperti menjual Busana Muslimah, Tudung, Set Kamar Tidur, Buku-buku dsb.

Akhir sekali, aku mungkin akan meletakkan iklan yang bersifat 'Promosi Khas' seperti Isu Semasa [Iklan Turunkan Harga Minyak, Petisyen, Memorandum] dan aktiviti ilmiah yang lain seperti Wacana, Ceramah, dll.

Sebagai contoh buat masa ini, boleh lihat paparan di atas [bawah barisan menu utama]. Pihak ketiga yang terpilih ialah PBMDK dan PSS. Insya-Allah aku akan menambah lagi iklan-iklan yang memberikan saham akhirat ini.

Aku akan menulis lebih lanjut pasal semua jenis ILMMSS di masa akan datang di menu Link Exchanges. Perubahan nama mungkin ada berlaku untuk kategori iklan. Blog ini dalam proses penyelenggaraan untuk naik taraf menu ILMMSS. Maaf atas kesulitan.

Semoga permulaan ini berjalan lancar dan yang paling penting, dapat memberikan manfaat sesama kita.

Good Luck MSS!

Tuesday, March 08, 2011

Ubuntu 11.10 sudah diberi nama

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

Pengasas atau Founder Sistem Pengeperasian [OS] Ubuntu - Mark Shuttleworth - telah mengumumkan Kod Nama [Codename] bagi versi Ubuntu 11.10 yang dijadual dikeluarkan Oktober tahun ini.

Kod Nama bagi Ubuntu 11.10 ialah Oneiric Ocelot

Source n Credit : webupd8

Maklumat dan bacaan lanjut boleh didapati di sini : [01] [02]

Jangan lupa baca komen-komen yang ada sekali ya, hahaha! ;D

SchoolNet 2011: Presentation - SchoolNet Broadband

*Kupasan Bebas | Tanpa Edit


Lihat Slaid Pembentangan Jalur lebar SchoolNet oleh Telekom Malaysia di SINI

Sumber dan Kredit :
-empat86 [uploader]
-Geng Ex-FS Cons
-FS Sabah [FB Group]

Kupasan MSS :

1) Kesan utama penamatan kontrak SchoolNet bawah KPKK = PENGANGGURAN tiada dinyatakan. Haha


2) Kalau sekolah sudah pilih ISP lain selain TM, camna lah pelaksanaan 'SchoolNet 2.0'? SKPT sudah 'memulihkan' SchoolNet dengan melanggan Jaring.. Haha

~Komen di FS Sabah

Perkongsian :
Perkongsian input amat dialu-alukan. Sila kongsikan di ruangan komen.

KERAJAAN SABAH MANDAT SIAPA?

*Kupasan Bebas | Tanpa Edit

Sumber n Kredit: 1 Suara Sabah

Sinopsis

"Saya baru baca buku d bawah ini ( Kerajaan Sabah Mandat Siapa ), menceritakan Bagaimana Adun2 PBS d beli utk lompat ke BN pada 1994, Bagaimana Pengundi Hantu d gunakan utk memenangkan BN dan banyak maklumat tentang penyelewengan dlm pilihnaraya Sabah 1994..." 

-Abu Anas@1 Suara Sabah

~Komen menarik~

"Antara Kandungan yang sangat menarik bagi saya, ialah Kronologi Pertukaran Kuasa dari PBS ke BN dan Wawancara Eksklusif bersama Tun Datu Mustafa B Datu Harun, sangant menarik dibaca oleh golongan muda...."

"SEBELUM TUN MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA ..ADA PESANAN YG DI BERIKAN KEPADA PEMIMPIN DAN RAKYAT SABAH....BELIAU AMAT MENYESAL DENGAN KEHADIRAN UMNO DI SABAH..SEBAB ARWAH TAHU SETELAH BELIAU MENINGGAL 20 POINT YG MENJADI SYARAT PEMBENTUKAN MALAYSIA AKAN DICABUL DAN TERUS DICABULL....MAKA DISINI SAYA MENYERU...BANGKITLAH BUMIPUTERA ISLAM SABAH....DAN BUMIPUTERA BUKAN ISLAM...KERANA MARUAH KITA SEBAGAI PRIBUMI TEREKAT PADA 20 POINT...."

"kamurang tau siapa ADUN PERTAMA yang kana BELI and terus lumpat jadi katak? si RUBEN BAY-LANG bah.. padahal dia cuma YB yang di lantik oleh PAIRIN.. bukan di undi rakyat! Dari sanalah sindiran MURUT SENANG URUT kaluar. (Written without prejudice)"

Pembelian

"Sesiapa yang hendak memilikinya boleh d beli pada Pelancaran TABAH ( Pembela Tanah Rakyat Sabah ) pada 12 Mac inii, Sabtu, Jam 8.00pg - 5.00 petang, di Likas Square Kota Kinabalu.." 

-Abu Anas


Kupasan MSS: Sungguh besar kemaluanku bila dengan gahnya Sabah disebut-sebut mencipta sejarah menjadi 'Fixed-deposit' dalam PRU12 yang lalu... TAHNiAH WARGA SABAH! Ngamlah tu taruslah kamu nda paduli hal-hal begini, hahahahaha!!!

Monday, March 07, 2011

Selamat Tinggal Sayangku

*AWAS! Cerita ini amat panjang..! Amaran telah awal diwartakan okay, hahaha

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini, genaplah ia seminggu.

Seminggu yang lalu, satu lagi episod dalam hidup yang berulang buat kali kedua; Dating Berjumpa dengan Doktor Gigi...!

Siapa sini fobia doktor gigi? Hahaha. Aku rasa setiap doktor gigi patut ada kemahiran membuat jenaka atau bersifat humor supaya dapat menenangkan pesakit [sakit hati pun pesakit juga namanya, lol] walaupun bius sudah dijarumkan. Mungkinkah Raja Lawak boleh mengambil inisiatif ini? Jangan lupa kredit aku ya. Aku pun mau jadi glamer terkenal juga, hahaha!

Tolak kisah-kisah pasal gigi - cabut sendiri, tampal, berlubang dsb - masa budak-budak dulu, jadi kisah yang tinggal ialah zaman selepas gigi tidak lagi tumbuh atau gigi sudah berstatus 'Tetap dan Berpencen'.

Rindukan Zaman Menengah

Masa Menengah lama dahulu, aku suka makan choki-choki. Kenal choki-choki? Bukan nama pil atau jenis-jenis Sushi ya. Apatah lagi sejenis Jamu, hahaha. Aku suka makan choki-choki ni sebab ianya manis [dah geng-geng coklat, memang manislah, lol] dan membuatkan aku aktif menggunakan otak. Maklumlah masa Menengah dulu terutamanya tahun PMR dan SPM, uban kerap dilihat muncul tapi tidak kekal lama sebab akhirnya dicabut, hahaha.

Aku pun nda arif sangat masa tu pasal perkaitan kandungan gula dan tahap kecergasan otak. Otak yang dicergaskan akan membuatkan otak jadi cerdas. Hah, cergas dan cerdas lain okay..

Bila aku layan Anime/Manga Death Note, barulah aku tahu 'hujah' L alias Lawliet Teuzaki [watak utama lawan Kira alias Yagami Raito] yang dia suka makan manisan sebab ianya mencergaskan otak dan mindanya dalam melakukan aktiviti berfikir. Dia kan penyiasat persendirian yang cuuukup gah di dunia dalam komik tu, ehe. Bila selalu mengaktifkan otak lebih dari tahap yang biasa, kandungan gula akan berkurang dengan banyaknya.

Rupanya itulah yang berlaku masa aku menengah dulu, haha.

Geraham lagi

TAPI, masa masuk zaman Matrikulasi, masalah sudah timbul. Akibat memberus gigi yang nda betul dan selalu terlewat menyebabkan gigi geraham [paling hujung tu] mula jatuh sakit dan menyakitkan hati. Panas eh kalau sakit gigi datang. Bunyi kentut orang kedengaran pun bisa boleh buat pesakit gigi ni jadi peninju tidak bertauliah. Masuk 'mini Mahkamah' pun ada, hahaha.

Sang Geraham sudah tidak dapat diselamatkan. Ianya pecah semasa cubaan untuk mencabut + mengoreknya di Pusat Kesihatan Kudat [seberang rumah ja ni, ehe]. Apa yang doktor gigi [awek cun] mampu lakukan masa tu ialah, menampalnya dengan tampalan selain timah. Timah tu khas untuk yang belum pecah, kan. Kalau dah pecah, bahaya eh..

Di Labuan

Akhirnya bila kembali ke Labuan, aku pun ditemuduga buat janji temu di Hospital Labuan [nda ingat eh yang mana satu..] untuk PEMBEDAHAN GIGI selepas kali kedua jumpa doktor.. WoW, TAHNiAH!

Pembedahan gigi dilakukan dalam keadaan pesakit sedar. Bukan ditidurkan. Tempoh bedah bergantung dengan tahap kerosakan dan juga kreativiti doktor gigi untuk mengorek mengeluarkan bahagian gigi yang tertinggal. Dipendekkan cerita [supaya kamu nda rasa seram ngilu, ehe], dalam setengah jam gusi pun dijahit. Sekali lagi, dijahit... Ingat pula masa bersunat dulu, hahaha.

Kesan pembedahan

Kalau cerita pasal kesan pembedahan, jadi tambah panjang riwayat ni. Ringkas ja, pipi dan mulut membengkas [serius kena bawa sapu tangan yang lembap untuk tempekkan dipipi comeng], nda dapat bercakap dan mengunyah selama seminggu lebih, selalu tertidur [kesan ubat], selalu meraung / meracau kesakitan [rindu Vyner, Raide, Mahiruddin, Shazni, Suhaizam, Erwan dan geng lain yang datang yang amat memahami. Tukang kirim tapau ni diorang ni, haha], dan paling umphh, mulut cepat berbau walaupun dah kumur-kumur dengan ubat alkali tu, uhu.

Kembali normal

Kehidupan kembali normal. Selang beberapa tahun kemudian [2010], gigi mula bermasalah lagi. Kali ni geraham bahagian atas pula. Geraham ni bertebiat mula pertengahan tahun lalu tapi jarang-jarang sakit. Hujung tahun baru kerap. Sepanjang masa tu, ubat Oral Aid dan serbuk yang diminum tu [cap kaki tiga] masih mujarab. Kadang-kadang, terpaksa makan Nurofen 200mg. Aku fikir berlubang biasa-biasa ja..

Sakit tahap Gaban

Dari bulan Januari hingga Februari lalu tu, aku memasang niat betul-betul mahu jumpa doktor untuk cabut gigi kalau boleh. Tapi, selalu tertangguh, uhu. Akhirnya, 25 Feb. yang lalu sakit gigi betul-betul tahap gaban sudah. Sampai terpaksa telan 3 biji Nurofren 200mg dalam masa 12 jam! Dari petang Jumaat tu sampai awal pagi Sabtu, memang tekanan habes lah. Punya sakit! Tambah-tambah tekanan, 26 Feb. [Sabtu] tu di sekolah ada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang [MAPC]. Habes slideshow nda siap. Naseb nda jadi pasang sebab cahaya luar terang. Nanti apa pula tim lain fikir, macam sengaja escape pula, uhuhu.

Lepas telan 3 biji, petang sabtu gigi [akar/gusi sebenarnya] kebas sudah oleh Nurofren. Baru tidak sakit kepala kalah-kalah migrain. Mau ke Keningau, nda tau klinik mana ada buka. Isnin baru ada. Jadi isnin lah aku datang...

Genap seminggu

Dipendekkan kisah [panjang betul sudah pula kan, hahaha], aku pun dapat juga cabut gigi pagi Isnin minggu lalu. Bayaran RM65. Sebab Geraham. Tanya di kaunter, RM50, lol. Klinik tu di belakang BSN baru di Bandar Keningau. Klinik sakit biasa + Klinik gigi. Suami Isteri, sekali.

Aku puas hati sebab cabut gigi kali kedua ni nda membuatkan aku trauma macam bedah gigi dulu. Sepanjang minggu ni, aku nda pernah lagi makan Paracetamol 500mg yang doktor tu bagi. Habiskan 'Flagyl' [Antibiotik] ja. Sebabnya, tiada kesakitan yang kuat datang selepas cabut gigi tu. Lepas 3 hari yang pertama, barulah okay-okay sudah berbual dan yang penting, mengunyah. Rindu eh makan macam-macam, hahaha.

Gigi tu aku masih simpan dalam plastik ubat. Dalam minggu lalu, tu lah aku tengok-tengok bila aku penat menghadap laptop berjam-jam. Lucu eh tengok, ehe. Jadi kenangan dengan gigi geraham yang dulu...

Moral

Jaga gigi ni penting. Penting yang macam mana, aku pos di lain masa lah, ehe. Bayangkan kalau gigi bahagian depan terpaksa cabut, dan kemudian senyum nampak gigi atau ketawa tanpa tutup mulut... Hahaha! Naseb gigi aku yang 'ditinggalkan' ni bahagian belakang..

Banyak sebab yang boleh rosakkan gigi. Tapi antara sebab yang jarang orang perasan ialah cara berus gigi dan tempoh gigi sudah diberus. Ini tip peribadilah..

Cara berus gigi sebaiknya tidak terlalu lama dan menggunakan berus gigi yang 'mesra-gigi/gusi'. Masa menggosok, utamakan bahagian celah [gusi] dan belakang dan gosok lebih lama dengan arah atas-bawah.

Tempoh gigi sudah diberus pun memainkan peranan. Kenapa sebelum tidur perlu berus gigi? Sebab masa tidur kita nda makan atau mengunyah. Lainlah kalau ada lalat termasuk dalam mulut, hahaha. Jadi, tempoh gigi segar dan bersih adalah lebih lama. Kerapkan memberus gigi selepas makan dan nda apa kalau sebelum makan, gigi belum diberus. Kumur-kumur pun okay, ehehe.

Sayangi gigi dan gusi sebelum gigi tiada di mulut...!

Nota: Fuhh, panjang betul riwayat kali ni kan. Tiada gambar dan banyak ketawa lagi tu. Apa kes MSS malam-malam ni..?