Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, March 26, 2011

Apa khabar Sigu Shuda? [Siri Akhir]

-AMARAN!-
Bukan Hiasan Semata-mata. Sumber : Google Search

-PERINGATAN- 
Naratif ini hanyalah imaginasi 'luar kotak' penulis. Tempat, Bahasa, Watak dan Perwatakan hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung sama ada dengan yang bakal meninggal dunia, atau telahpun kembali ke rahmatullah. Kaitan secara nda langsung, mungkin adalah...

Sumber : Google Search

Blogger mana yang tidak kenal dengan nama ni - Sigu Shuda alias Teacher Shuda. Lainlah kalau disebut Sigu Samijul, mesti ramai yang melopong-terbeliak kebingungan. Hahaha!

Baik, tulisan kali ni ingin melaporkan persoalan-pandangan dari pelbagai pihak sekali gus menjadi asam-garam khabar Sigu Shuda. Wartawan alias Vlog-ger/Plog-ger alias Blogger Sepenuh Masa tiada tauliah Absam, ada laporannya...

*****

Pelajar Sekolah Menengah i : Kami amat berdukacita kerana sigu Shuda mengajar di sekolah rendah. Lagi sedih kalau dia mengajar di Prasekolah. Memang colorful lah pengalaman masa kanak-kanak. Kami sedih sebab jiwa remaja kami ni pun perlukan sentuhan dan belaian dari insan bernama sigu seperti sigu Shuda. Bak kata Malls, "Hidup Biar Nikmat".

Pelajar Sekolah Menengah ii : Kalau dia jadi Sigu Pemulihan, kompom tiada program Linuz dan seumpama dengannya di negara kita. Kadar membaca buku, akses internet dan kemahiran lain pun naik mendadak. Semuanya celik-celik. Cuma satunya jelah yang mungkin paling berduka; Geng SubKon*.

*Sub-Kontraktor / Budaya SubKon.

Bakal Sigu i : Saya bercita-cita untuk menjadi sigu kerana saya tertarik dengan aura yang ada pada sigu Shuda. Terus-terang, dia merupakan sebab dan idola saya memasuki bidang persiguan. Saya berharap, sigu Shuda akan menerima anugerah Pingat Amin Uddin Bakih kerana sumbangan besarnya terhadap profesyen sigu. Bayangkan, video DidikWebTV pun lingkup sebab tiada siapa mahu tonton. Semuanya ke channel YooTiup sigu Shuda. Ini barulah figura! Teacher of the Century!

Pelatih Sigu i : Lantaklah siapa-siapa sigu yang buat hal begitu. Janji aku masuk kelas, habis.. balik rumah awal, hujung bulan masyukk. Senang ja jadi sigu ni. Cakaplah apa pon, kerja kami juga yang berpusu-pusu orang nak. Dengar-dengar, KPLS [Kuliah Persiguan Lepasan Sarjana] bakal dibuka untuk menampung bilangan guru yang asyik kurang saban tahun macam orang hilang. Ramai jadi sot kot, hahaha!

Teman Sekerja i : Dia okay, kawan saye memang okay.. penilaian prestasi kerjanya sentiasa mendapat skor tinggi. Dia lemah-lembut tetapi bila masuk ke kelas atau bersama dengan murid-murid, dia memang wow. Pembawaannya ketika mengajar atau bersama budak-budak memang unik dan lain-dari-yang-lain. Cuma yang saye tak berapa berkenan tu, bila dia merakam video-video yang penampilannya memang kontroversi. Ustat J-Khaf kami jenuh juga memberi 'fatwa' tetapi dia tetap begitu. Malu lah orang perempuan macam tak bersyukur ja jadi perempuan.. 

Teman Sekerja ii : Saya mohon pertukaran ke sekolah lain sebab tidak tahan dengan tekanan yang diberi oleh budak-budak. Budak-budak ni memboikot saya kerana tidak dapat mengajar atau menjadi seperti Sigu Shuda. Maklumlah, teriak sikit, lapor kat Spesyel Branch. Apa lagi kalau tunjuk muka garang atau panggil menghadap, memang tak naik gajilah jawabnya..


Wartawan Absam juga berusaha untuk mendapatkan reaksi dari agensi Kerajaan seperti PPD, JPN dan organisasi kesiguan yang lain namun malangnya, semua pejabat mereka tertera "NO Reporters/Bloggers/Vloggers/Ploggers PLEASE!" di pintu utama. Mungkin guna BI sebab penangan Program Pembelajaran BM Dalam BI*. Pengawal pun, macam komando daa..

*Kembar PPSMI?

Apapun, Absam berusaha untuk menemubual ahli keluarga terdekat sigu Shuda. Lihat siapa yang kena..!


Mak n Pak Saudara : Kami tak pernah nampak video-video YooTiup tu nak. Kami ni, baca akhbar Hairan! atau keluaran geng-geng Bername je. Mungkin anak dapat laporan video-video tu, di blog-blog, ye tak?

-Absam : Mungkin kena halang ni akses ke YooTiup, Bloggeh, Wotprez dan seangkatan dengannya. Kesian! Baru-baru ni, keluar tu tip Parental Control di rancangan Apa Kata Perempuan di TV.

Sepupu : Kami ada kenangan yang indah dengan sigu Shuda sejak zaman-zaman hingusan lagi, ehe. Namun, sejak kami menganjak dewasa, kami berpisah. Saya tak hairan kalau ada persepsi negatif begitu.  Yang saya tak faham, kenapa dia jadi begitu. Tu je..

-Absam : !@#$%

Anak Buah i : Wow, bestnyeee ada makcik camtue..! Happening gile awak tau tak.. Kalau bawa clubbing, pasti superb punya... Ada bakat berlakon, boleh lawan Fisha Sunda, Leesah Suruhani dan lain-lain. King-King Lawak yang sekarang ni di generasi kelima pun, pasti goncanggg punya..!Yo, yo..!

Anak Buah ii : Abang Sam, I terbayang kalau bakal kazen [cousin] I suatu hari nanti say kat I cenggini [macam ini]:

Akak, I sedih bangat tau bila mendengar cerita-cerita, melihat video-video mummy masa muda-muda dulu.. Negatif-negatif belaka. Sekarang mummy dah nak pencen dah. Masih ramai yang kutuk-maki-hamun sebab aksi mummy yang mengalahkan darjah kepanasan video "Boroi main dengan Amoi" di Motel Kerakosan Sri Nagra, belasan tahun yang lalu. 1Dunia tahu n nampak.. Kesian kat mummy, kesian kat daddy. Bak kata pepatah, 


"Ibarat pelakon porno; sekali berlakon, selamanya akan dikenang.."

*****

- TAMAT - 

-Siri Sulung ada di [sini]

18 comments:

  1. Sampai anak-anak buah dia ko interview ging. Haha. Nice one! Aku sendiri pun belum pernah lagi ni tengok video-video Sigu Shuda ni. Berbaloi untuk ditengok ka ni ging? Itu hari ada dia keluar di TV, tapi aku nda tengok. Haha. Adeh.

    ReplyDelete
  2. eii.. dia dah glamer tau... memula dulu menyampah, tapi lama lama suka lak... hihihi

    ReplyDelete
  3. adesss...brbisa nie critanya...ha3..tue yg best jdi cikgu, bila da mntp rmai murid2 syg.ha3 ;-)

    ReplyDelete
  4. hehe..nanti aq pon nak jadi cikgu lah..huhuh..folo u..folo me back yer...

    ReplyDelete
  5. @Fadzmie Mohamad Ui mesti.. Baru umphh gitu, hua2.. Kau xpernah tengok? Aku pernah tengok sikit ja. Lambat sudah kita sebab video panas tu kena private dah. Naseb kalau search 'Cikgu Shida' di Foto, memang banyak gambar dari video. Nda juga kempunan, ehe. Xtau kalau dia pernah masuk TV.. Di Raja Lawak mengkali kau nampak tu, hua2!

    ReplyDelete
  6. @belogkiter Iyup, betul. Hajat dia dah tercapai. Dia sudah terkenal. Lebih terkenal dari yang sepatutnya ada pada cikgu. Malangnya, dia ni terkenal sebab kontroversi. Hahaha.

    Aku xbernafsu tengok video2 tu sebab tengok dari gambar2 yg kena crop dari video pun, mau muntah hijau sudah tengok. Gambar dia pakai baju T ketat lengan pendek pun macam ada. Kalau betul lengan pendek lah. Gambar lain, tudung labuh eh. Lain lagi yang pakai songkok, baju melayu dll. Search ja di Foto 'Cikgu Shida', ada tu semua. Hahaha

    ReplyDelete
  7. @Nur Armilla Mejon Berbisa kah? Besalah, lawliet bah ni bakat detektif n psiko. Hua3! Memang best jadi cikgu bila ramai murid sayang. Yang bukan tahap murid lagi? Hahaha

    ReplyDelete
  8. @josrevalution Sila sila, sebelum terlambat, ehe..

    ReplyDelete
  9. aku tak kenal siapa sigu sguda ni?? kesian..

    ReplyDelete
  10. Ui absam! ko main² sama sigu shuda ar...kalo dia jumpa ni entri, silap² dia tiru ko..{pakai spek sama rambut ikal di depam} ahaks.

    ko inda intebiu sy bah, lagi panjang ni entri ko kalo ko intebiu saya...pastu meletup² visitormu pas ko publish.ahahahah

    ReplyDelete
  11. @FarhaNezam Watak 'Sigu Shuda' tu hanya rekaan semata, ehe3..

    ReplyDelete
  12. @Zurina J. Haha! Uina lagi siuk tu kalau dia mau jumpa aku. Boleh aku interview dia cukup2 gitu, hua3.

    Adei, kau nda mencalonkan diri masa Siri Sulung dulu. Ni Siri Akhir sudah ni, ehe. Biasa2 ja bah pelawatku tu.. Dalam seratus ja pon, muahua3!

    ReplyDelete
  13. Aku sibuk bah time ko release part 1 dulu..ahaha.

    ReplyDelete
  14. @Zurina J. Adei, tu lah kau nda langgan Feed blogku ni di enpon canggih mu tu, muahua3!

    ReplyDelete
  15. adess..aku ndada henpon canggih bah sam..rasa macam terhina aku dgn kata²mu tu..uhuk²

    nnti aku kasi tgk henponku yg daif ni sama ko..sob²

    ReplyDelete
  16. @Zurina J. Adei, nda aku niat begitu bah pula, uhu3.. Bah nanti kasi tengok juga a.. Fon ku ni pun kuat bunyi ja, muahua3!

    ReplyDelete
  17. sejak die dh glemer,masuk hot f.m bagai,die dah lupe diri..dah ade video yang dedahkan aurat,nampk tlinge huhu..cik suha tak suke la

    ReplyDelete
  18. @suha Oo nampaknya cikgu kita tu pernah masuk hot.fm dah rupanya. Ada makna tu kenapa Hot.fm. Bikin panas kan, muahua3! Iya, pernah juga nampak gambar dia pakai songkok macam lelaki. Adoii cikgu, hahaha

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!