Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, March 18, 2011

Apa khabar Sigu Shuda?

Blogger mana yang tidak kenal dengan nama ni - Sigu Shuda alias Teacher Shuda. Lainlah kalau disebut Sigu Samijul, mesti ramai yang melopong kebingungan. Hahaha.

Baik, tulisan kali ni ingin melaporkan persoalan-pandangan dari pelbagai pihak sekali gus menjadi asam-garam khabar Sigu Shuda. Wartawan alias Vlog-ger/Plog-ger alias Blogger Sepenuh Masa tiada tauliah Absam, ada laporannya...

Sumber : Google Search

Blogger Haluan Kanan : Kesian kat Sigu Shuda. Dengar2 jadi begitu sebab putus pinang.. Sedih beb.. Ada sesiapa jejaka akhir Blogger yang sudi menjadi suri hidupnya? Apapun, kami sokong karya kreatif sigu Shuda sebab kita tak akan jumpa aksi-aksi terlampaunya di mana-mana. Hanya di negara kita! Negara kita Bolehh!!

Blogger Haluan Kiri : Kah kah kah! Setengah tiang! Bulan mengambang! Meroyan sebab putus pinang, atau kena putus pinang sebab awal2 ada tanda disorder tu? Buat malu profesyen ke-sigu-an jak. Apa kata Pak Menteri pasal sigu macam ni? Adakah sigu hanya perlu menjadi contoh dan bernilai positif di dalam kelas dan masa persekolahan tetapi sebaliknya di luar pagar sekolah? Kalau yo pun, janganlah jadi tatapan umum!

Pak Menteri : Kementerian sentiasa memantau kualiti yang ada pada calon sigu dan sigu-sigu supaya sentiasa seiring dengan angan-angan Dasar Falsafah Pengajaran Kebangsaan. Setakat ini, sekiranya ada laporan mengenai kecurangan terhadap tugas dan nilai positif yang sepatutnya mengakar di jiwa seorang pengajar, maka kita akan siasat sampai ke lubang tikus. Tapi setakat saye berucap ini, masih belum ada akaun bersumpah, laporan rasmi, mahupun surat layang diterima. Update di Pwittar saye pun masih itu2 je. Followers/Fans pun tak ramai. Saye selalu juga blogwalking ni. Tapi tu lah, tak dapat nak ambil tindakan lanjut sebab tiada aduan.

Makcik Peldah : Sigu Shuda? Sapa tu nak.. Makcik tak kenal eh.. Maklumlah, makcik ni tinggal di Peldah. Jalan raya kami pun belum kena tar, macam mana kami nak tahu pasal dunia... apa tu kena panggil.. hah in-ter-net..

*Absam : Alahai makcik Peldah ni. Apa kaitan jalan tar dengan dunia internet? Lebuh raya Siber ke? Macam pernah dengar begini ni. Apa kaitan pemilihan teknologi hijau daun dengan pencemaran radiasi/nuklear akibat gempa bumi dan tsunami? Hahaha!!!

Pakcik Laut China Tenggara : Teacher Shuda? Ooo, kat pejabat kilang ikan pakcik ada seorang awek yang bernama Shuda yang bercita-cita nak jadi macam cikgu. Alhamdulillah, jodohnya sudah ditetapkan..

*Absam : Aduhai alahai Pakcik Laut China Tenggara...!!! Sakittt perut aku dengar jawapan tu. Macam kena sesunggut pula hari ni, adoi..

Budak U : I rasa society kena ada actions. Sebelum kita judge somebody, we need to identify the core problems yang berkait dengan subjek. Kita ada Hospital Mesra Gunung Padang, Specialist psikoloji jiwa, dan juga khidmat perancangan keluarga. Jadi, we all kena lah bahu-membahu bila berlaku problem camni..

Budak Sekolah Rendah : We Luv Sigu Shuda..! multiple to the power of infinity [nada nyanyi2, suara comeng2] Sigu Shuda sporting ape.. Kalau kita nak bersolek atau berfesyen ikut selera masa kini, sigu Shuda lah ngajar kite. Best tau pakai jeans ketat, tali pinggang kepala tengkorak, dan lilit kepala dengan macam2.. Kool gitu, yeyeah!! Rasa seronok gi kat sekolah. Kalau boleh, Sabtu Ahad pun nak datang. Skor mata pelajaran Bahasa Milayu dalam Bahasa Manglish kite pun paling rendah 99%. Pecah rekod!

Jejaka Kesepian [bujang yang umur nak masuk 40-an] : Oh Shuda, andai bisa ku memblog dan mengakses YooTiup, pasti akulah menjadi pengomen Nombor SATU mu yang tegar, segar, dan mekar di setiap update mu.. Follower paling ekor punya.. Ku ingin kau tahu.. diriku di sini.. menanti dirimu... 

*Absam : Alamak, brader ni karaoke lah pula.. Lagu Purple tu taw, masyukk..!!! 


Bukan Hiasan Semata-mata. Sumber : Google Search


Nota : Naratif ini hanyalah imaginasi 'luar kotak' penulis. Tempat, Bahasa, Watak dan Perwatakan hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan langsung sama ada dengan yang bakal meninggal dunia, atau telahpun kembali ke rahmatullah. Kaitan secara nda langsung, mungkin adalah, ngeh3. Sekian, bittaufiq wan najjah..

Nota ii : Baca sambungan naratif ini di [sini]

17 comments:

  1. Dia cool... alah.. lek lah hidup hanya sekali kan????

    ReplyDelete
  2. @belogkiter Iya bah cool, ehe.. Apa kaitan dengan hidup hanya sekali? Hua3

    ReplyDelete
  3. bagi aku ok ja cikgu shuda tu... tp macam biasala.. hehe masing-masing ada pandangan... jadi sama-sama la kita hormat cara orang yang berbeza dengan kita..

    ReplyDelete
  4. bagi aku ok ja cikgu shuda tu... tp macam biasala.. hehe masing-masing ada pandangan... jadi sama-sama la kita hormat cara orang yang berbeza dengan kita..

    ReplyDelete
  5. paling SESUNGGUT ah bos. haha. ndapa la Sigu Shuda tu. mungkin dia rasa bahagia begitu. siapalah kita nak judge hidup org lain kalau hidup kita sendiri x terurus kan? well, sekurang-kurangnya bertambah jg bahan hiburan kita d alam maya ni. haha.

    ReplyDelete
  6. eemmm.. ada yang ok dan ada yang tak. depends pada orang jugak kan. huhu..

    ReplyDelete
  7. amii loike yg PAK MENTERI + BUDAK U ...heee:D <<<< kejam kah saya ?? :s

    ReplyDelete
  8. @Zulkifly Omar Ok kah bila dia berpakaian n bergaya dengan menyerupai lelaki? Gaya n tingkah laku yg dirakamkan? Kalau tu bukan cikgu yang tugasnya mengajar+mendidik budak2, mungkin aku kurang kisah sangat.. Hahaha

    ReplyDelete
  9. @.fadzmie.met. Betul tu kita xboleh judge tapi kita boleh ambil contoh n jadikan dia sebagai salah satu ikon yang lebih banyak -ve dari +ve. Nda kan baik-buruk payah mau judge? Apa kaitan dengan hidup terurus? Kalau hal ni datang dari dunia artis, aku nda hairanlah.. Ni cikgu geng, cikgu..!!! Hahaha!!!

    ReplyDelete
  10. @WanFadhilah Bagi abg, lebih banyak -ve dari +ve. Kalau dia berhenti buat video2 miming n yang memalukan tu dan fokus dengan video yg lain yg xbuat malu tu, itu baru ok.. Tapi, ibarat pelakon porno, sekali berlakon, selamanya akan dikenang.. Hahaha!

    ReplyDelete
  11. Banyak sisi pandangan yang diterima. Apapun, terima kasih kerana berani menyatakannya. Nantikan sambungannya di siri 2, nanti.. Alahai Sigu, bagus jadi peserta Raja Lawak lahh.. Buang karan jadi Sigu, hahahahaha!!!

    ReplyDelete
  12. erk! haha mmg makan dalam laa kalau sigu shuda baca nie

    ReplyDelete
  13. @Ifti Larina Haha. Kalau ya, berdebar2 juga aku dia buat miming pasal karyaku ni, ngeh3..

    ReplyDelete
  14. Anonymous1/4/11 17:32

    mmg la idop skali..skali 2 la kne wt amal bnyk2..jgn gdik2 tmbh dosa..cri phala..jga maruah..wanita MELAYU buat cara MELAYU..adoi..pk la sndiri whi prmpuan MELAYU...

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!