Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, March 07, 2011

Belum klik sudah keluar...

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Haha, apa punya tajuk lah tulisan kali ini. Betul-betul nda pandai cari nama tajuk, ehe.

Ada satu kisah pengalaman peribadi antara aku dan ayat ini. Semasa aku aktif secara rasmi dalam dunia FS, ada seorang cikgu yang selalu bergurau pasal line internet SchoolNet yang selalu ciput. Maksudnya, selalu downtime waktu pejabat. SchoolNet di [ex-] sekolah kami ialah VSAT Jaring.

Syukur Celcom Broadband dengan modem Huawei jenis lama [ada wayar USB] berfungsi dengan 'terbilangnya' di sini. Kalau tidak, memang meraunglah aku selalu di sini sebab banyak perihal komputer dan internet yang perlu dibereskan. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku pun selalu psiko guru-guru dan kakitangan yang ada untuk melanggan broadband sendiri untuk mengurangkan tekanan line ciput. Maklumlah sekarang ini semua mahu pakai emel hatta di ceruk pedalaman. Aplikasi Online semakin meluas. Sehingga aku tamat kontrak, lebih kurang lima orang guru masing-masing memiliki broadband. Ada juga yang melanggan Streamyx di rumah. Yang lain tu suka 'berjimat', haha.

Cikgu yang bergurau pasal line ciput tu pun termasuk antara yang beli broadband. Terminate Streamyx, Subscribe Celcom Broadband.

Jadi gurauannya ialah ayat "Belum klik sudah keluar...", merujuk kelajuan internet. Aku pun selalu ketawa sebab boleh kata melampaulah [konon-kononnya] kelajuan begitu. Masa guna internet kan kita selalu guna Search Engine. Jadi maksudnya, bila line internet tu laju dan stabil, masa guna internet belum klik apa-apa sudah keluar apa yang dicari di Search Engine. Result. Haha, memang luculah sebab macam mana keluar hasil carian kalau tidak tekan Enter.

TAPI, baru-baru ni dalam bulan Februari, lelucon ini menjadi nyata! Maksud aku, aku baru jumpa teknologi canggih ni di suatu Browser yang memang cukup hebat.

Chrome Instant [Lihat Cursor].

Apabila aplikasi ini diaktifkan, maka selepas kita menaip sesuatu di Enjin Carian, hasil carian akan muncul dengan sendirinya. Automatik. Kalau nda percaya boleh cuba sendiri di Google Chrome untuk pengguna Windows atau Chromium buat Linux Ubuntu macam aku, ehe. Bagi pengguna Linux Ubuntu, Chromium boleh dipasang melalui Ubuntu Tweak tanpa memuat turun Installer seperti di Windows. Ubuntu Tweak pula sudah sedia untuk dimuat turun di Ubuntu Software Center [menu Applications] kalau belum pasang di komputer.

Browser paling sakti untuk samizul.net

Adakah teknologi ini sudah lama berlegar di kalangan End User, atau aku yang out-of-date? Pengguna browser yang lain, macam mana..?

Nota: Syarat utama untuk membolehkan Chrome Instant ini berfungsi ialah, internet mesti sudah bersambung [connected].

6 comments:

  1. gurauan menjadi kenyataan... hehe..

    ReplyDelete
  2. macam lama sudah ni macam ni.
    aku ingatkan mimang stail baru google. rupanya chrome pula. adeh. hahaha

    ReplyDelete
  3. @Anne Nurain Iya Anne, tu lah nda disangka2 ni, ehe ;D

    ReplyDelete
  4. @.fadzmie.met. Oo iyabah.. Aku baru tahu n baru juga buat pos pasal ni sini, haha. Di mana kau perasan? Masa guna Chrome versi Beta..?

    Kalau style Google di homepage Google dari browser lain, tu aku belum cuba lagi, ehe. Tapi kalau dari Chrome, taip ja kat add tu, muncul lah tu result kalau sudah aktifkan Chrome Instant di Preferences.. ^^,

    ReplyDelete
  5. rasanya memang untuk end user...

    ReplyDelete
  6. @aku naja End User memang agak lambat tahu melainkan jadi Developer atau Beta Tester.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!