Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, March 12, 2011

ILMMSS : Fasa Beta

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

ILMMSS fasa Beta akan bermula malam ini. Fasa Alfa boleh dibaca di sini. Penamaan 'Alfa' dan 'Beta' merujuk kepada istilah yang umumnya digunakan oleh pembangun suatu perisian atau alat mengenai status perisian / alat tersebut. Alpha = Pembinaan, Beta = Percubaan, Release Candidate [RC] = Percubaan tahap akhir menjelang pengumuman versi stabil, dan Final Release = Versi Stabil. Itu antara contoh dan maksud-maksudnya mengikut pemahaman bebas aku.

Contoh perisian / alat tersebut ialah Pelayar Web [Browser], Pengedit Gambar, Video, Lagu, pemain multimedia dan banyak lagi contoh. Sistem Operasi [OS] seperti Ubuntu juga menggunakan versi-versi tersebut dalam kitaran keluarannya.

ILMMSS dalam fasa Beta akan cuba melengkapkan satu perkara di bahagian dokumentasi [di menu Link Exchanges] dan mula memaparkan iklan sebenar dengan lebih kemas dan sesuai. Jika menggunakan Google Chrome atau Chromium [atau mungkin browser yang menggunakan platform WebKit seperti Safari dan Midori], beberapa ruang tanpa gambar kelihatan di menu ILMMSS. Jika menggunakan Mozilla Firefox [atau mungkin browser yang menggunakan platform Gecko], ruang tanpa gambar tadi tidak akan kelihatan.

Tempoh fasa Beta aku sasarkan selama seminggu atau mungkin lebih memandangkan aku masih lagi sibuk dengan beberapa hal peribadi di sekolah. Antaranya, tugasan Pembangunan Kanak-kanak, kertas kerja, dan beberapa bahan ICT yang masih belum dicetak.

Tugas lain, komitmen dengan komuniti WSB selaku Krew Aktiviti dan juga membantu bisnes kecil-kecilan di sini. Aku fikir, sudah sampai masanya WSB mempunyai lebih ramai Krew / Admin dalam semua bahagian untuk membantu pengurusan WSB. WSB sudah menjadi besar dan semakin berkembang. Pembahagian tugas perlu ada untuk meningkatkan kecekapan [efficiency] aktiviti WSB. Ohya satu lagi tugas yang aku sedang buat sekarang ialah menambah baik draf cerpen Kompilasi al-Kisah Wasaber untuk dibukukan dan seterusnya dicetak. Bayangkan kalau tiga orang krew atau admin WSB 'Not Available', tentu banyak masalah akan ditimbul.

Nota: Sedih betul sebab terpaksa membatalkan kehadiran ke Mini-Gath WSB sambil menonton Hikayat Merong Mahawangsa di 1Borneo di saat-saat akhir.. Ada perkara yang lebih besar kena urus dalam cuti-cuti ni.. Maaf pada semua Wasaber. Apapun, selamat beraktiviti! ;D

1 comment:

  1. selamat beraktiviti senior! ^^
    apa-apa pun aq da tgok si Merong hari Jumaat tuh,ada kelapangan tgokla..best~~~ :D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!