Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, March 29, 2011

Majalah Sumber Terbuka Malaysia [SUMBU]

Komuniti Jom Linux telah mengembangkan lagi 'sayapnya' di bidang penerbitan dengan mengusahakan pembikinan majalah khusus mengenai dunia Sumber Terbuka atau dalam istilah yang lain; Perisian Sumber Terbuka [Open Source Software]. Apa yang mengagumkan ialah, majalah ini ditulis 99% dalam Bahasa Melayu [memartabatkan BM] dan hasil tangan anak Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, Sumber Terbuka masih lagi jauh ketinggalan dari segenap segi di negara kita. Badi 'selalu lambat' menjadi igauan hampeh walaupun perkara tersebut wujud dan bergerak diruang sepantas di alam maya iaitu internet.

Justeru, dengan penghasilan majalah khas ini, adalah amat diharapkan agar pengguna komputer, internet dan aplikasi teknologi maklumat yang lain mampu sedar dan tahu akan kewujudan apa yang dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia' - selepas internet - di era yang mulanya dipenghujung millenium pertama masihi yang lalu.

Saya sudah membaca SUMBU ini. Sebagai reaksi awal, majalah ini amatlah sesuai dan tepat-pada-masanya muncul, dihidangkan untuk santapan ilmiah kita. Negara kita Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk merekayasakan Sumber Terbuka sebagaimana yang berlaku di negara-negara Maju.

Peminat, Penyokong, dan Pendokong falsafah Sumber Terbuka tempatan 'wajib' memiliki dan membaca majalah ini.  Kewujudan majalah ini akan menambahkan lagi 'aura' penerbitan ilmiah yang mengkhusus mengenai Sumber Terbuka / Linux.

Apa tunggu lagi, marilah memuat turun edisi sulung SUMBU sekarang!




Klik Imej



-Dokumen ini telah disimpan untuk Koleksi Download-Upload di [sini]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!