Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, March 09, 2011

Menu Baharu: Khidmat Pesanan Masyarakat MSS

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah, dalam ruang masa yang agak sibuk dengan aktiviti peribadi ini, aku masih berkesempatan untuk menambah satu lagi ruang mesra-masyarakat secara kecil-kecilan. Ruang yang aku maksudkan ialah ruang "Iklan Layanan Masyarakat MSS" atau ILMMSS.

Secara mudah, ruang ini memaparkan iklan atau pengumuman dari pihak ketiga yang aku pilih sendiri atau melalui pesanan dari pihak ketiga/luar [terpilih sebab ruang adalah terhad]. Sebagai contoh, iklan Sumbangan Derma ke Badan Dakwah, Kebajikan, Anak Yatim atau/dan Piatu, Sekolah Tahfiz, dsb.

Contoh lain, ialah iklan Sumbangan Khas seperti rayuan dari individu yang ditimpa musibah [kemalangan, kos rawatan, dsb].

Aku juga bercadang untuk meletakkan iklan dari pihak kategori Perniagaan. Maksudnya, mungkin ada pihak yang ada Online Business atau bukan Online Business seperti menjual Busana Muslimah, Tudung, Set Kamar Tidur, Buku-buku dsb.

Akhir sekali, aku mungkin akan meletakkan iklan yang bersifat 'Promosi Khas' seperti Isu Semasa [Iklan Turunkan Harga Minyak, Petisyen, Memorandum] dan aktiviti ilmiah yang lain seperti Wacana, Ceramah, dll.

Sebagai contoh buat masa ini, boleh lihat paparan di atas [bawah barisan menu utama]. Pihak ketiga yang terpilih ialah PBMDK dan PSS. Insya-Allah aku akan menambah lagi iklan-iklan yang memberikan saham akhirat ini.

Aku akan menulis lebih lanjut pasal semua jenis ILMMSS di masa akan datang di menu Link Exchanges. Perubahan nama mungkin ada berlaku untuk kategori iklan. Blog ini dalam proses penyelenggaraan untuk naik taraf menu ILMMSS. Maaf atas kesulitan.

Semoga permulaan ini berjalan lancar dan yang paling penting, dapat memberikan manfaat sesama kita.

Good Luck MSS!

2 comments:

  1. bagus ko punya segmen khidmat masyarakat tu ging.
    aku rasa macam blog ko ni la blog pertama yg aku pernah buka yg ada segmen2 macam ni.
    teruskan usaha! :)

    ReplyDelete
  2. @.fadzmie.met. Iyabah yang pertama? Waa, kambang eh.. Rasa macam buat Contest atau Tag pula, muahua3! XD

    Terima kasih atas sokongan.. ;) Kalau ada apa2 cadangan atau input, jangan malu2 untuk sampaikan aa.. Masih bertatih lagi ni, ehe.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!