Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, March 18, 2011

Sains Komputer: Destinasi Seterusnya?

Siapa sini belajar Sains Komputer? Haa, aku memerlukan bantuan kamu semua secara percuma, ehe3..

Belajar secara formal dalam bidang Perkomputeran menjadi angan-anganku selepas memegang Fasilitator SchoolNet [sekarang jadi Ex-FS sudah, ehe3]. Maklumlah, skop tugas FS ni ialah membudayakan ICT. Secara langsung, berkait dengan ilmu-ilmu asas komputer yang perlu diketahui diperingkat sekolah rendah.

Dunia Perkomputeran ada pelbagai cabang. Antaranya Sains Komputer [ini yang umum], Kejuruteraan Komputer [Perisian], Teknologi Maklumat, Rangkaian, Sistem dan banyak lagi. Ini apa yang aku tahulah, ehe. 

Sumber n Kredit : fusemoney.com

Kenangan Lalu

Bila imbau kenangan lalu masa temuduga FS penghujung 2009, aku terus-terang kepada penemuduga yang aku tiada pengalaman memformat sendiri komputer bila menjawap soalan. "Ceritakan kelebihan atau pengalaman yang anda ada yang berkaitan dengan komputer.." Memang betul aku nda pernah format sendiri sebab laptop ku ni hanya pernah di format sekali sahaja sejak dibeli Januari 2008 oleh seorang otai merangkap coursemate ku, Eh-Sun, bukan nama sebenar. Hahaha. Format tu upgrade sebenarnya XP Pro ke Vista Ultimate. XP jadi sot bila kena cucuk USB Modem Huawei ni, uhu.. 

Selepas menerima tawaran menjadi FS, aku pun ke induksi selama seminggu di komplek Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri [BTPN] Sabah di Penampang. Aku peserta yang paling akhir sampai, sampai terlepas slot taklimat, haha. Bila aku lapor diri, aku diberi satu fail warna biru. Bila aku amati depan fail tu, ada tertulis "tiada asas format". Tulisan pensel. Dui, besar kemaluan eh. Ni barulahh.. Teringat pula adegan masa temuduga. Ni mesti pesan penemuduga kepada AJK Induksi. Hahaha! Aku antara yang menjadi FS tanpa latar belakang IT/ICT. Latar belakang Sarjana Mudaku ialah Sains Sekitaran. Environmentalist. Masa jadi FS sebelum ni pun orang di sekitar selalu sangka yang dulu aku belajar komputer, ehe.

Jadi, selepas tamat kontrak selaku FS ni [sedih masih tiada khabar konkrit untuk FS.. -_-], aku pun bercadang untuk menambah koleksi sijil akademik dengan masuk belajar bidang Sains Komputer. Pilihan yang ada ialah peringkat Sijil dan Diploma. Bagus ambil Diploma sebab rasa alang-alang.

Kredit: Geng FS Sabah 2010

Pilihan

Sekarang hangat pembelian nombor pin untuk kemasukan UPU. Aku pun buat-buat sibuk juga dengan segala iklan untuk lepasan SPM ni. Sebab, masuk Diploma tu mau guna SPM. SPM 2004 masih laku untuk beberapa bidang teknikal termasuklan Sains Komputer kecuali perguruan rasanya.

Setelah menyiasat dari maklumat yang diperolehi dari laman web, maka pilihan yang ada untuk aku timbang-timbangkan ialah ;-

1. UiTM KK [klik]
2. Politeknik KK [klik]
3. Kolej Yayasan Sabah, KK [klik]
4. Institut Latihan Perindustrian [ILP] KK [klik]

Kalau perasan, semua tempat ni di KK. YA, aku memang memilih sekitar KK kerana sebab-sebab peribadi, ngeh3. Maklumlah, usia begini patut sudah ada kerjaya tetap dan menanggung keluarga kan. Jadi, risau kalau jauh-jauh belajar akan membebankan pula keluarga dari segi emosi dan jasmani, ehe.

Sumber : Google Search

Buat masa sekarang, aku sudah menghantar permohonan ke KYS dan apa yang mengejutkan aku, permohonan itu cepat pula diproses. Aku terima SMS yang permohonanku adalah berjaya dan diminta melapor diri April nanti. Diploma Sains Komputer [Teknologi Maklumat] di KYS adalah kolaborasi dengan UTM. UTM akan keluarkan sijil Diploma tu.

Faktor-faktor Lain

Seperti yang aku sebut awal-awal tadi, aku masih lagi menimbang-nimbang pilihan. Faktor-faktor yang aku timbangkan ialah tempat, kewangan dan juga suasana pembelajaran. Tempat, semua KK. Ok lepas. Sekarang bab kewangan lagi. Maklumlah, Sarjana Muda dulu PTPTN + BKNS. Jadi untuk Diploma ini, PTPTN boleh kira 'out' lah sudah, uhu..

Jadi siapa-siapa yang pernah belajar di tempat-tempat pilihanku itu, aku harap dapatlah kamu kongsikan pengalaman kamu belajar di sana. Kalau masuk MARA [Kolej Komuniti], yuran adalah percuma dan ada elaun bulanan lagi. Tapi bila lihat senarai program, Sains Komputer macam tiada di Sabah, uhu.

Ok, sampai sini ja dulu. Aku mau study dulu contoh kertas Rancangan Perniagaan dari dua contoh latar belakang yang berbeza. Ini hobi sambilan berupa kajian ja ni, hua2. Jumpa lagi! 

8 comments:

  1. berani tau. ambik kursus ict di sstc ja kalau mau study lagi. beberapa bulan ja terus praktikal dan kemungkinan penyerapan

    ReplyDelete
  2. bukan aku yg ko cari...
    jd aku ndatau mau sakap apa..ahah.
    limpas jak aku ya...:)

    ReplyDelete
  3. ambil ILP kli bgus...@ KYS, cz dkt dgn UMS kna xp

    ReplyDelete
  4. uitm kk teda course sains komputer..
    kalau ko isi juga untuk uitm, mybe ko kena hantr pegi uitm sarawak. sebab besanya orang sabah akan dihantar ke uitm sarawak.

    ReplyDelete
  5. @Sasa Al-Sharif SSTC? Kursus mana? INSEP? INSEP, kan kena background ICT/IT juga.. Lagipun, INSEP 2011 sudah ada iklannya? Ehe..

    ReplyDelete
  6. @Zurina J. Aiseh, nda kan langsung nda ada komen apa2.. Haha. Bah, limpas jangan lupa bagi salam.. x>

    ReplyDelete
  7. @Nur Armilla Mejon Semua pun dekat sama UMS tu... ;p

    ReplyDelete
  8. @tim Hai Tim, terima kasih ya bagitau tu.. Betul lah pula sangkaan yg UiTM KK xda Sains Komputer w/pun ada Fakulti Teknologi Maklumat n Kuantitatif.. Uhu..

    Nampaknya, tinggal tiga lagi ni untuk timbang2 kalau masih Sains Komputer.. x)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!