Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, March 16, 2011

SchoolNet V2.0: Gangguan perkhidmatan internet

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

SK. Paguokon, Tenom telah menghantar aduan ke pihak Jaring mengenai masalah sambungan internet SchoolNet yang berlaku baru-baru ini [beberapa hari sebelum cuti pertengahan semester pertama]. Signal SchoolNet dikesan tetapi tiada 'Received Data'. Setelah aduan diproses, pihak Jaring melalui bahagian Teknikal memaklumkan beberapa perkara dan saya fikir perkara ini menarik untuk dikongsi bersama.

01. Pihak Jaring menangguhkan perkhidmatan sambungan internet tersebut kerana pihak JPN Sabah telah mengarahkan agar mana-mana sekolah [dalam kes ini ialah sekolah rendah seluruh Sabah] yang telah memperbaharui langganan atau kontrak dengan mana-mana ISP ditangguhkan buat sementara waktu.

02. Penangguhan ini adalah kerana, pihak JPN Sabah meminta pihak PPD [dalam kes ini ialah PPD Tenom] untuk membuat semakan dan pemilihan sama ada untuk melanggan kepada pihak TM atau Jaring.

03. Oleh itu, pihak sekolah yang mempunyai talian SchoolNet perlu berbincang dan seterusnya membuat keputusan dengan pihak PPD mengenai pemilihan ISP. Mungkin pihak PPD bercadang untuk melanggan satu ISP sahaja, sama ada TM atau Jaring, bagi semua sekolah rendah.

04. Sehingga perbincangan dan keputusan akhir dimuktamadkan, talian internet SchoolNet - walaupun telah melanggan semula ISP - akan ditangguhkan atau tidak disambung. Justeru, pihak sekolah tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan internet SchoolNet dalam tempoh tersebut.


VSAT SchoolNet SKPT

Nota :

a. Maaf jika saya tidak melampirkan mana-mana surat yang berkenaan untuk menyokong pernyataan ini. Maklumat ini diterima dari pihak Jaring secara langsung dan masih lagi baru.

b. Jika para pembaca mempunyai pandangan atau input tambahan mengenai hal ini yang ingin dikongsikan, silalah menyatakannya diruangan komen atau emel admin@samizul.net.

c. Untuk rujukan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak PPD masing-masing atau JPN Sabah.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Ex-Fasilitator SchoolNet 
SK. Paguokon, Tenom, Sabah
16 Mac 2011

Jaring Helpdesk : 015-4815 5515

3 comments:

  1. ya betullah tu. xsalah pun. perkara ini saya rasa sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah oleh PPD jika sekolah menanyakan hal ini terus kepada PPD. mengikut Jaring pada 1 mac 2011 semua talian internet telah di 'terminate' kerana kontrak tidak di sambung. En Wong dari PPD menyuruh pihak sekolah supaya bersabar dalam hal ini sehinga diberitahu kelak.

    ReplyDelete
  2. ya betullah tu. xsalah pun. perkara ini saya rasa sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah oleh PPD jika sekolah menanyakan hal ini terus kepada PPD. mengikut Jaring pada 1 mac 2011 semua talian internet telah di 'terminate' kerana kontrak tidak di sambung. En Wong dari PPD menyuruh pihak sekolah supaya bersabar dalam hal ini sehinga diberitahu kelak.

    ReplyDelete
  3. @SKbakuku T.kasih SKBakuku.. Lega kalau ianya nda salah, ehe.

    1 Mac? Minggu lalu, internet kami masih berfungsi dengan baik. Cuma mulai Khamis atau Jumaat lalu tu yg terus k.o. Tapi apapun, kena tunggu makluman lanjut dari PPD lah untuk berita SchoolNet ni. Harap khabar untuk status jawatan Fasi SchoolNet pun ada masuk dalam agenda perbincangan pihak atasan juga.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!