Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, March 14, 2011

Tawa dalam tangisan

Fenomena peningkatan jenayah yang mensasarkan golongan kanak-kanak atau yang di bawah umur berada di tahap yang membimbangkan walaupun media massa dan kajian pihak tertentu saban tahun [atau bagi tempoh yang tertentu] melaporkan graf turun-naik kadar peratusan jenayah yang direkodkan.

Kadar peratusan yang turun atau naik yang tidaklah seberapa sangat itu bukanlah pokok utama. Inti dan isunya ialah, jumlah kes yang berlaku - dalam pelbagai lapangan jenayah - adalah besar dan menakutkan. Justeru, gemblengan usaha dan tindakan diperingkat mana yang perlu diketatkan?

Jawapannya, rumah, tempat tinggal, dan kediaman. Pihak-pihak lain seperti polis dan jiran tetangga adalah kelompok sokongan.

Tadi, di radio online.fm [promo sikit] ada iklan seorang kanak-kanak perempuan yang meminta izin daripada ibunya untuk bermain di luar kawasan rumah. Tetapi, ibu tersebut tetap bertegas tidak mengizinkan anak kecil tadi bermain di luar rumah. Hasilnya, anak kecil tersebut menangis semahu-mahunya.

Diringkaskan cerita, satu pesanan yang berbunyi dipenghujung iklan menarik perhatian halwaku lalu memberikan kekuatan untuk menulis kisah ini di sini. Pesanan itu ialah:

"Biarkan anak anda menangis. Jangan anda yang menangis.."

12 comments:

  1. bermain lah bersama anak.jangan biarkan anak bermain sendirian.

    kalau anak x bermain mcmana otak nak berkembang.

    ReplyDelete
  2. kalau gua ada anak nnt gua kasi main PS saja.

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang ni, sian kat bebudak. Nak juga bermain kat luar. Tapi sebabkan banyak sangat faktor..alamatnya, tak merasalah mereka alam kanak-kanak yang sebenar. Biarlah anak-anak kita menangis, jangan kita yang menangis nanti.. Memang betul iklan tu.. :)

    ReplyDelete
  4. bagus jugak la kalau begitu. tapi kan, kadang2 dengan budak nda boleh terlalu tegas jugak, satu hari nnti dia akan memberontak. time itu bukan anak yg menangis, kita sendiri pun akan menangis jugak. huhu

    ReplyDelete
  5. jgn trlampau mengikat knk2...galakan jga aktviti sosial sprti brkwn dgn bdk lain..ibu bapa ambil prnan memantau dari jauh...byk bnda g ble buat utk elak prkra nie sbnrnya, didiklah anak dgn baik dn brhikmah...
    anak2 kcil jg inginkn kbbsn...

    ReplyDelete
  6. @rin Yap, betul tu.. Kalau ada masa yg terluang, bermainlah bersama.. Main tapuk2 dalam rumah pun, jadilah.. Hua2.. XD

    ReplyDelete
  7. @PK Ngam juga tu. Baru nda pandai2 keluar rumah n ke CC, ehehe..

    ReplyDelete
  8. @Nur Hanani Iya kak, kalau tiada pengawasan rapi bila diorang bermain di luar rumah, memang sangat berisiko. Kadang depan pagar rumah ja pun boleh jadi macam2..

    ReplyDelete
  9. @WanFadhilah Boleh tegas tapi jangan selalu, ehe. Kalau ada pengawasan rapi dari kita, bolehlah benarkan budak2 bermain di luar rumah.. Ehh, macam bapa2 sudah pula ni menjawab.. Muahua3! XD

    ReplyDelete
  10. @Nur Armilla Mejon Yaa, itu dia jawapan dari cik kaunseling, orang psikologi, ngeh3..

    Sebenarnya situasi di atas tu, ibu tu nda benarkan sebab tiada yang boleh jaga budak tu di luar sepanjang dia bermain. Bukannya kes mengongkong kebebasan budak2 untuk bermain n beraktiviti.. ^^,

    ReplyDelete
  11. serius... tak suka tengok kanak kanak yang bermain kat luar... teringat masa kecil kecil dulu, sangat sedih di saat kawan akwan main kat bawah flat, saya di atas tengok .. memang ssayu je.. rasa macam teraniaya je.. tapi sekarang baru faham, mak saya sayang saya

    ReplyDelete
  12. @belogkiter Terima kasih sudi kongsi pengalaman belogkiter.. Memang pengalaman lalu banyak mencorakkan fikiran kita di masa sekarang..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!