Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, March 03, 2011

Uji kaji: Web Page ke Mobile Version [02]

Siri 01 boleh dibaca di sini.

Assalamu'alaikum dan Salam damai...

Sebelum membaca lanjut tulisan kali ini, baik kiranya Siri 01 dibaca terlebih dahulu bagi menambah tingkat kefahaman. Kalau sudah, mari kita teruskan.. d(^^,)

SEJARAH

Aku bersemangat untuk memulakan uji kaji ini setelah melihat gambar yang dipos oleh Linux Sabily di Facebook Page mereka. Dari situ aku mula serius untuk memikirkan tentang 'Mobile Webpage' atau Laman Web versi Telefon Mudah-alih. Sebelum ini ada terfikir juga bila nampak tajuk saifulislam.com pasal keluhan 'Follower' setianya mengenai bandwith untuk Mobile Internet terhad [1GB/Bulan]. Jadi, Follower setia itu memohon agar Ustaz Hasrizal mengurangkan gambar-gambar di saifulislam.com supaya 'lebih mesra' kepada pengguna Telefon Pintar.

Sumber dan Kredit: Page Linux Sabily

Masa tu, aku tidak lagi serius sebab siapalah samizul.net ini jika ingin dibandingkan dengan saifulislam.com. Bagai kaca dan permata. Tapi bila melihat statistik di Stats dan Google Analytics yang pelawat dari Telefon Pintar semakin bertambah, maka aku pun berusaha untuk menjadikan samizul.net juga mesra-pengguna Telefon Pintar. Dapat buat awal lagi bagus.

PELBAGAI

Ada banyak cara untuk mengalih atau menukarkan laman web ke versi Mobil. Dengan bantuan robot Prof. Google, kita akan berjumpa dengan bermacam-macam tip dan kaedah. Tip lebih kepada 'fakta' dan kaedah lebih kepada 'tutorial'. Salah satu yang aku temui dan pilih untuk diujikaji ialah aplikasi Blogger Touch. Setinggi penghargaan dan kredit buat geng masdoyok.

BLOGGER TOUCH

Apakah Blogger Touch? Secara mudah, Blogger Touch menjadikan suatu blog bertemakan Mobil / iPhone. Maksudnya, blog tersebut akan terpapar sebagaimana ianya terpapar di kaca Telefon Pintar seperti iPhone. Setakat ini, Tool [alat] ini hanya khusus untuk pengguna Google Blogger iaitu Blogspot.

"Blogger Touch is the fast way to make your Google Blogger (blogspot) with mobile/iPhone version. After install the widget into the blogger's sidebar, the widget will redirect the page into mobile/iPhone version automatically if visiters where came from iPhone, iPod Touch, Andriod or Opera Mini. Blogger Touch is a blogger version of WPTouch." ~sopili.net

KELEMAHAN UJI KAJI

Ada satu kekurangan dan aspek yang gagal aku dapatkan kepastian mengenainya.

1. Adakah Blogger Touch benar-benar mengubah secara automatik paparan laman web [dari komputer] ke paparan skrin Telefon Pintar tanpa mengklik URL yang dibina oleh Blogger Touch? <--- gagal dapatkan kepastian sendiri...

2.  Paparan versi Mobil adalah sangat ringkas. <--- Kekurangan [boleh lihat contoh di Tutorial]

Harap pengunjung boleh membantu memberikan input pengalaman yang berkaitan di ruangan komen. Ianya amat dialu-alukan.

TUTORIAL

Kalau sudah bersedia untuk mencuba dan sanggup menerima kelemahan yang ada, jom lihat tutorial bergambar di bawah:- [right-click untuk paparan imej yang lebih jelas]


01/10
a. Layari: bloggertouch.sopili.net
b. Pilih Mobile Edition Maker...


02/10
a. Masukkan alamat / URL blog dengan tepat

03/10
Ini contoh alamat blogku. Setelah selesai, klik Go

04/10
Langkah 1: Maklumat Asas.
a. Pilih ID yang bersesuaian / mengikut citarasa.
b. Sila semak keterdapatan atau Check Availability
c. Jika Available, klik Next

05/10
Langkah 2: Masukkan Kod ke Sidebar.
a. Turuti langkah 2.1
b. Turuti langkah 2.2
c. Klik Next

06/10
Setelah mengklik Next, Tetingkap baru akan muncul [Tab / New Window] seperti rajah di sebelah. Ubah Title jika perlu. [Boleh edit di Page Elements juga]

07/10
Setelah selesai, kembali ke laman Blogger Touch dan teruskan Langkah 3: Pengesahan. Klik Verification, dan barulah klik Next.

08/10
Akaun untuk blog yang didaftarkan telah sah dan sedia digunakan.

09/10
Inilah paparan 'rupa' blog bila berubah ke Mobile Version menggunakan Blogger Touch. Bandingkan perbezaan paparannya... Tiada gadget-gadget dan lain-lain yang kebiasaan.

Paparan ini bukan di Telefon Pintar ya. Di laptop Acer murah ja ni, ehe..

10/10
Ini paparan pos / artikel bila kita klik tajuk berkenaan.








'PENGESAHAN'

Aku meminta bantuan dari seorang rakan yang menggunakan Telefon Pintar dengan Sistem Pengoperasian [OS] Android. Terima kasih banyak-banyak buat Kh'a Lid. Geng karas ni terutamanya masa menengah dulu, ngeh3..

01/02

02/02

Okay, sampai di sini sahaja. Panjang sungguh artikel kali ini. Apapun, moga berguna dan bermanfaat buat semua. Sebarang komen dan kemusykilan bolehlah dikongsi di ruangan komen sama ada di sistem komen Facebook [betul-betul bawah pos ni] atau di sistem komen* Blogger.

*Sistem komen Facebook tidak digunakan buat sementara waktu ini.

Selamat mencuba dan jumpa lagi!

5 comments:

  1. Woahhh Nice oen!!
    thanks for sharingg!!!

    Tapi paparan versi mobil mmg la seharusnya ringkas. Kalau x berat. sebab kdg2 sy browse my blog dr bb kan trus bb jd slow tau.

    semua yg mobile, mcm MAS website mobile, maybank2u mobile, cimbclisks mobil sumanya yg ringkas. mana bleh yg full, sebab dia mobile.

    ReplyDelete
  2. @Cinoi

    You're welcome, ehe..

    BB tu, BlackBerry bah kan? Hua2. Iya, memang ngam ringkas. Jadi senang akses n fokus. Cuma kadang tertanya juga apa ja yg terpapar di mobile tu. Maklumlah, nda ada Telefon Pintar lagi ni, ehe3..

    Cinoi ada cuba masuk blogku ni dari BB? Amacamlah paparan? Blog ni sudah pasang tool Mobile Edition ni, ehe..

    ReplyDelete
  3. Ui, suda ku view blog mu via blackberry. ok la ada isi and header, cuma xda sidebar biasa la gitu.

    ReplyDelete
  4. @CinoiLavigne Yeah, thanks a lot Cinoi..! \(^_^)/

    Oo ada Header pula.. Aku nampak dari link Blogger Touch tu, tiada langsung ni gambar melainkan gambar di pos. Macam di atas lah, ehe.. Iya, sidebar memang tiada. Jadi, nda dapat Follow lah tu melainkan subscribe guna RSS Feed, ngeh3..

    d(^^,)

    ReplyDelete
  5. This blog is bookmarked! I really love the stuff you have put here.

    cheap nolvadex

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!