Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, April 30, 2011

MSS SOKONG HIMPUNAN 1 MEI

Esok, Hari Pekerja atau asalnya Hari Buruh dirayakan setiap tanggal 1hb Mei saban tahun bermula 32 tahun yang lalu di Malaysia. Hari Buruh ini tidak disambut secara serentak di seluruh dunia.

Bersempena sambutan Hari Buruh di negara kita, beberapa pihak bersatu untuk mengaturkan rancangan yang bertujuan untuk menyatakan hasrat dan masa depan golongan buruh dalam mendepani situasi semasa yang banyak tidak menyebelahi mereka terutamanya buruh bawahan. Sebagai contoh, kumpulan ini mahu agar pihak kerajaan bersungguh-sungguh melaksana dan mewartakan Akta Gaji Minimum dan tidak terus berkompromi dengan tuntutan Persatuan-persatuan Majikan yang dilihat senantiasa mendahulukan untung berbanding kebajikan buruh.

Kredit n Sumber : tukar tiub

Esok di Kuala Lumpur, satu himpunan yang dinamakan sebagai Himpunan 1 Mei akan diadakan. MSS menyokong penuh acara ini dan bersetuju agar Akta Gaji Minimum ini dilaksana segera di samping tuntutan-tuntutan lain yang memihak kepada golongan buruh.

Kredit n Sumber : tukar tiub

"SELAMAT HARI BURUH 2011!"


Bacaan lanjut:
-Mahasiswa Sertai Himpunan 1 Mei [01] [02]
-Perutusan Hari Pekerja 1 Mei oleh MB Selangor [01]
-Video Hari Buruh di Indonesia [01]

Ini Bukan Video Fitnah Anwar

Koleksi Video Panas MSS kembali! Kali ini, edisi MSS lwn PyChess Level 8 [Tertinggi] siri #04 selamat dimuat naik. Jom tengok dan analisis taktik yang ada dalam permainan kali ini.





PyChess : Normal, Level 8 [Highest]
Chess Engine : PyChess 0.10
Time Control : Rapid 15 minutes
Iklan : www.samizul.net
Gambar Tetapan : http://tinyurl.com/3rcssze

Nota : MSS telah menambah beberapa lagi Chess Engine yang superb yang mana tahap kekuatan mereka ini ada yang menyamai tahap Grand Master [GM] yang sebenar tetapi berbeza dari segi julat markah kedudukan [ranking]. Antaranya, Stockfish 1.8, Toga ii, Sjeng 11.2, dan banyak lagi. Boleh rujuk di sini.

Nota ii : Format Fisher Random pun menarik dan mengujakan juga. Boleh tengok contoh gambarnya di sini.

MSS Bersama Natty [01]

Versi terbaharu Ubuntu - Ubuntu 11.04 [yang stabil] - sudah dilepaskan dan sedia untuk dimuat turun sejak 28hb April yang lalu [mengikut waktu GMT].

Ubuntu 11.04 ini diberikan kod nama 'Natty Narwhal' di mana 'Narwhal' merupakan nama saintifik bagi sejenis ikan paus. Aku lupa apa maksud 'Natty' tu. Ingat-ingat, macam dalam bahasa Afrika. Para peminat dan pengguna Ubuntu menggunakan kalimah 'Natty' sebagai panggilan manja Ubuntu 11.04.

Senarai keluaran [versi] Ubuntu di Wikipedia ada di sini.

Keluaran kali ini adalah versi yang melalui 'perubahan paling radikal'. Apa yang aku maksudkan radikal ialah, pihak Pembangun Ubuntu yang diketuai oleh Pengasas Ubuntu, Mark Shuttleworth, memilih konsep Unity sebagai antara muka dan Persekitaran Desktop [Desktop Environment / DE] menggantikan GNOME yang mana sebelum ini ianya hanya digunakan oleh edisi Netbook. Justeru, dalam Natty tidak wujud lagi DE yang berlainan antara PC/Desktop dan Netbook/Tablet.

Baca artikel dari Jom Linux mengenai "Politik Ubuntu, Unity dan Wayland".

Ada banyak lagi perubahan yang lain. Jom klik sumber gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:-

Credit n Source : Web Upd8

Aku sekarang sedang memuat turun Natty 64-bit. Siap muat turun, terus buat uji kaji dengan kaedah Pemayaan di lappy Acer Aspire 4520 keluaran Januari 2008 ni. Kalau puas hati, baru buat Fresh Installation. Sebab sekarang ni aku pakai Maverick [Ubuntu 10.10] 32-bit. Inilah makmal mini MSS [lappy Acer tu] yang sudah menghasilkan banyak 'produk' tapi bukan bertujuan untuk mengaut Dollar. Hidup Sumber Terbuka!

Credit n Source : Download here ubuntu.com

Okay, sampai ketemu lagi di sambungan yang akan datang. Sambil-samil kamu tunggu tu, jom window reading pasal Ubuntu di sini. Selamat menikmati cuti-cuti Malaysia! =D

Friday, April 29, 2011

Pencarian BOTM April Komuniti WSB

Nota : Tulisan ini rasa lengkap jika dibaca sekali dengan artikel yang terdahulu di sini. =D

Pencarian BOTM April Komuniti WSB diteruskan. Masa semakin suntuk. Tempoh masa sebenarnya agak tidak mencukupi untuk kami menerjah blog para Wasaber kerana beberapa situasi yang menjadikan kami pasrah. Asas utama pencarian [sambil membuat penilaian] ialah mencari blog Wasaber yang menepati atau paling kurang memiliki banyak persamaan dengan apa yang disebut di dalam Web Design Tips [WDT] oleh Krew Grafik WSB.

Untuk mencari Blog Pilihan itu, kami perlukan satu penanda aras. Pertama, blog tersebut masih sah berdaftar dengan WSB [maksudnya Banner WSB masih terpampang di blog Wasaber], dan kedua mestilah aktif. Sekiranya blog tersebut tidak lulus penanda aras di atas, maka amat sukar untuk kami datang menziarahi dan menilai blog tersebut walaupun ciri-ciri blognya menepati standard WDT.

Medium utama yang kami nilai ialah di Bloglist WSB iaitu di Wasaber@WSBmania. Selain itu, di Wall Pages WSB di Facebook.

Ciri-ciri yang kami nilai, boleh rujuk di artikel rasmi di WSB [01], [02]

Sejak semalam, aku meneruskan kembara Blogwalking. Dan kembara kali inilah yang paling lama dan mencabar sebab aku kena kritikal dan profesional untuk menilai blog-blog Wasaber. Bukan setakat dua, tiga puluh. Sekitar 100 ni yau, muahua3!

Sepanjang petang ni pula, aku dan Juri Utama merangkap Otai Grafik WSB saling berbalas mesej untuk membuat penilaian dan bertukar-tukar pandangan untuk memilih blog mana yang terbaik dan menjadi pilihan bersama. Alhamdulillah, proses pemilihan yang terasa amat panjang ini telah berakhir sebentar tadi. Calon Pemenang untuk BOTM April Komuniti WSB sudah kami perolehi. Nantikan pengumuman rasmi dariku malam ini di blog WSB. Yeyeahh! =D

Ada siapa-siapa mahu teka siapakah yang termasuk dalam senarai Calon Pemenang tu? Kalau ada yang ngam kamu timbak teka, aku bagi hadiah berupa Blogwalking selama 7 hari tanpa henti di blog kamu. Amacam, ada berani? Muahua3!

Wednesday, April 27, 2011

Harun Yahya Conference Kini Di Sabah!

Berita baik buat para peminat dan juga bukan peminat Harun Yahya di negeri Sabah khususnya yang berada di sekitar ibu negeri, anda dijemput untuk hadir ke Harun Yahya Conference yang kini diadakan di Kota Kinabalu, Sabah!

Berikut butitan yang saya cedok di Facebook.


"HARUN YAHYA CONFERENCE - DI MASJID BANDARAYA" 

TARIKH : 02 MEI 2011 

MASA : 9.30-11.30 pagi

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri satu ceramah dan kumpasan akan keajaiban ALQURAN menerusi SCIENCE oleh pakar-pakar Ilmuan Islam dari HARUN YAHYA FOUNDATION yang di iktraf oleh ahli-ahli Ilmuan Dunia dan Universiti Terkenal Dunia. Bawalah bersama semua ahli keluarga dan kawan-kawan anda.

Butiran lanjut juga boleh dirujuk di gambar iklan ini:-

Sumber n Kredit : Syed Husin Habib

Right-click dan pilih Open Link in New Tab untuk paparan imej yang lebih jelas.

Nota : Jangan lupa klik Share atau sekurang-kurangnya Like ya. Jom sebarkan benda bermanfaat! =D

Tuesday, April 26, 2011

Tawaran Kursus Perguruan Bagi GSTT 2011

Makluman 01

Berita baik untuk para GSTT yang telah dan sedang berkhidmat sama ada GSTT bukan Siswazah atau GSTT Siswazah, tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Bagi GSTT untuk tahun 2011 telah dibuka sekarang Maklumat lanjut, boleh muat turun surat tawaran berkenaan dengan mengklik imej di bawah:-




Rujukan dan Sumber Asal : Kementerian Pelajaran Malaysia


Makluman 02 [Tidak Rasmi]

TEMUDUGA TERBUKA Untuk lepasan SPM dan mendapat kelulusan 3A dan 3 Kredit utk buat Ijazah Perguruan selama 5 tahun.

Zon Pedalaman Sabah
7 May 2011 - SMK Pulau Banggi Kudat, SMK Kemabong Tenom, SMK Tunku Lahad Datu.
9 May 2011 - SMK Pekan Telupid, SMK Sindumin Sipitang, SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna

Nota : Maklumat ini diperolehi melalui sebaran di Facebook. Hubungi PPD yang berkenaan untuk maklumat lanjut.


MSS : Harap dapat kongsikan pada kenalan yang lain. Paling tidak, Like pun jadilah, ehe3.. =D

Paparan ShoutMix Berlainan?

Hari ini aku awal bangun. Terbangun sebenarnya. Mungkin sebab keadaan bilik yang panas. Kipas sengaja tidak dihidupkan suisnya supaya aku mudah terjaga. Inilah antara tip mudah bangun atau bangun awal gaya MSS, muahua3!

Untuk mengantukkan diri semula, aku pun buka lappy, masuk internet dan baca blog-blog. Aku suka baca dan tengok balik-balik blog aku ni sebab aku rasa ianya sentuhan terbaik yang aku hasilkan. Sebab tu kalau kamu pengunjung dan pembaca setia blogku ini, kamu akan perasan perubahan-perubahan ke arah yang lebih baik dan segar. Umphh gitu.

Sambil buka lappy ni pun, boleh juga cas telefon. Fon aku boleh dicas guna sambungan USB. Jaranglah tiada lappy ni sebab lappy ni kira macam bini #2 seluar dalam sudah. Sentiasa ada walaupun ada masa juga ia tiada. Muahua3!

Okay berbalik kepada tajuk, rasanya semua blogger tahu ShoutMix kan? Secara peribadi, ShoutMix ni adalah ChatBox ringkas yang menarik penampilan serta fungsinya. Ada lagi ChatBox lain yang lebih WoW tapi penilaian ini bergantung dengan kehendak orang yang hendak pasang ChatBox.

Aku selalu guna Browser Chromium [kembar Google Chrome] dan Firefox [FF]. Ketika mula-mula berkenal-kenalan dengan Ubuntu Linux sekitar penghujung [selepas Konvo] tahun 2009, aku lebih menggunakan FF sebab prestasinya WoW. Lagipun, bila sudah lama guna, banyak Bookmark dan Data yang sudah tersimpan sejak mula digunakan. Tapi akhirnya, aku jadikan Chromium sebagai Browser utama sebab paparannya lebih memuaskan di samping prestasi yang zapp! lajunya. Haha.

Jadi tadi, bila aku lawat blog ni guna FF, aku terperasan ada beberapa menu di ShoutMix 'hilang'. Aku pun buka Chromium dan periksa sendiri perbezaannya. Jom tengok gambar ni [right-click dan pilih Open Link in New Tab untuk paparan imej yang lebih jelas]:-

ShoutMix di Firefox 4.0
ShoutMix di Chromium 10.0

Tengok Cursor Mouse di ShoutMix tu.. Tiada menu 'Hantar' dan '+' kan..? Oho!

Ada siapa-siapa alami perkara yang sama? Ada siapa-siapa boleh kongsi penjelasan kenapa? Ehe

Nota : Paparan www.samizul.net tampak sakti, somboy dan paling comeng bila menggunakan Chromium atau mungkin secara umum - browser platform Webkit. IE pula?

Sunday, April 24, 2011

Seputar Pengalaman BW melalui Wasaber@WSBmania

Pada hari Rabu yang lalu, aku melakukan senaman Blogwalking [BW]. Walaupun hanya memaku punggung di atas kerusi bermula jam 8 lebih malam hingga sekitar awal pagi lepas tengah malam, letih dan penat yang dirasa bagaikan berlari 7 kali pusingan trek 400 meter dalam masa 10 minit seperti latihan calon Black Belt 1st Dan Taekwando. Okay, aku meloyar. Tapi letih dan penat tu memang kaw-kaw bah.. Muahua3!

Masakan tidak kaw-kaw kalau hampir 100 buah blog yang aku jelajahi di wasaber.wsbmania.com Laman ini merupakan menu tambahan yang menghimpunkan para Wasaber dalam satu tempat khas, demi memudahkan Wasaber untuk mengunjungi Wasaber yang lain secara berpusat.

Masa aku BW tu, jumlah blog rasanya tidak seperti sekarang. Susah juga mahu ingat kalau tiada nombor susunan kan, ehe. Apapun, aku senang hati untuk menziarahi mereka semua dari atas sampailah ke bawah. Aku kongsikan pengalaman aku BW di sana secara ringkas..

Sumber n Kredit : Wasaber@WSBmania


01. Rata-rata, blog Wasaber di sana ialah mereka yang baru atau freshie. Buktinya, ada mesej di ChatBox [mana yang adalah..] memaklumkan hal itu, ehe. Tapi, mungkin juga bukan freshie sangat lagi sebab kalau Wasaber jarang 'ping' blog di Pages Facebook WSB, memang payahlah mau kenal atau cam.

02. Selebihnya, blog yang sudah lama menyertai WSB. Ada yang sudah aku Follow lepas mereka Follow, ada juga yang belum lagi aku Follow sebab aku belum mereka Follow. Muahua3!

03. Wasaber yang ada ShoutMix dan yang sefungsi dengannya, nah memang sana lah tempat aku mengucapkan salam dan Hai! Aku sengaja guna nama 'Krew WSB [MSS]' supaya tuan rumah rasa gembira dan ceria dengan kunjungan mesra ini. Secara langsung, aku perhatilah apa-apa yang patut aku perhatikan bila datang dan menatap apa yang ditayangkan oleh tuan rumah. Ada artikel/pos yang mengujakan, aku akan tinggalkan komen. Ada juga gambar-gambar yang WoW yang membuatkan mata tertahan untuk berkedip. Sebabnya? Banyak yang tidak tertayang dengan lengkap [complete view] bah. Apa juga kamu fikir gambar WoW tu? XD Ada juga ChatBox Wasaber tadi tidak berapa mesra pengguna seperti pemilihan saiz, warna dan jenis ChatBox.

04. Banyak juga blog yang loading-nya lambat disebabkan jenis Template yang mereka gunakan. Dengan menggunakan Celcom Broadband Advance ini, aku bandingkan kecepatan complete loading antara blogku yang guna Template dari Blogger dengan blog mereka. Hasilnya, loading blogku lebih cepat berbanding mereka walaupun blogku penuh dengan gambar-gambar yang WoW juga. Mungkinkah Firefox 4.0 for Ubuntu Linux yang aku gunakan masa BW tu yang kureng? Emm, mungkin juga.. Chromium kena pakai untuk hal lain bah masa tu, ngeh3.

05. Satu perkara lagi yang aku jumpa masa BW tu, ada blog Wasaber yang tidak kelihatan Logo/Banner Rasmi WSB. Memandangkan tujuan kedatanganku bukan untuk hal Banner, maka tiadalah teguran mengenainya. Lagipun baru-baru ni, ramai juga Wasaber yang mengadu kod Banner tersebut tidak memberi reaksi normal di blog mereka. Mungkin juga yang lain pampang di paparan lain masa tu atau tengah ubahsuai.


Okay, cukuplah setakat ini. Dalam beberapa jam selepas ini, aku akan mulakan lagi BW yang seterusnya. Tujuannya, masih sama seperti yang sebelum ini iaitu pencarian Blog Pilihan dari kalangan Wasaber yang bakal dinobatkan sebagai BOTM Edisi April 2011. Agaknya, apa ya username kali ni yang lebih umphh? Guna nama artis ok kah juga..?

Saturday, April 23, 2011

SUMBU #02 Mei Diterbitkan

Tim Majalah Sumber Terbuka Malaysia - SUMBU - telah menerbitkan edisi Mei majalah tersebut yang merupakan edisi keluaran kedua. Keluaran sulung SUMBU telah muncul memeriahkan dunia penerbitan Sumber Terbuka Malaysia sekitar penghujung bulan yang lalu. Saya ada menulis mengenainya di sini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Komuniti JomLinux di sini.

Antara topik utama yang diketengahkan dalam edisi ini ialah:-

01. Pengenalan Ubuntu
02. Perbezaan BSD, Unix & Linux
03. Sambungan Modem 3G Broadband
04. Writer- Fungsi Changes
05. Persekitaran Desktop
06. Tape Archiving Utility
07. C++ Siri Pengenalan
08. Membina Web Server di Rumah
09. Temu Bual Pengasas OshiriX


Sila klik imej di bawah untuk memulakan muat turun. Jom!





Nota : MSS merupakan orang pertama yang memuat turun majalah SUMBU #02 ini, semalam. Bangga beb!

Nota ii : Dokumen ini telah dikongsi untuk Koleksi Download-Upload [KDU] di sini. SUMBU Edisi Sulung dan yang seterusnya akan dipaparkan di KDU.

Status FB jadi Pages

Inilah trend terkini, termoden, dan tercanggih di Facebook - Ayat semacam Status berubah menjadi Pages.

Kenapa aku katakan semacam? Sebab bila baca, ayat tu lebih sesuai untuk paparan Status dan menjadikannya sebagai sebuah Pages hanyalah aktiviti yang betul-betul tidak berfaedah. Tidak lebih. Tapi, bukan semua Pages lah. Ada yang masih relevan, ada yang jelas ntah-apa-apa-ntah.

Mari kita lihat sedikit contoh. Tapi, yang ini sudah aku ubahsuai lah sedikit. Naseblah kalau kamu jumpa, muahua3!

-Mata Terpejam, Bibir Digigit, Badanku Kejang
-When I miss you, I am crying, When I see you, I become crazy, When I... bla bla bla... [dan seterusnya lah..]
-Kelab Kami Budak Kampungan Tapi Kami Lagak Budak Metropolis
-Saya Suka Kutip Sampah Bila Saya Nampak Sampah [<--- Okay sketlah.. Haha!]
-Kami Single Dan Selamanya Akan Single
-Kau Kata Kau Kasih, Kau Kata Kau Sayang, Kau Kata Kau Cinta, Tapi Sayang Kau Aku Tak Suka
-Gerakan Anti-Roomate Yang Malas Jaga Kebersihan. Buat Sakit Hati Je
-How I Met Your Father For The Sake of Our Love
-Jangan Lupa Cakap Excuse Me Lepas Kentut. Awas Kalau Busuk!
-Kami Target 4.00 Tapi Kami Suka Belajar Last Minute Sebab Kami Ingin Jadi Diri Sendiri

.....dan banyak gilak lagilah..! Ingat, ni sebilangan contoh ja.. Ada beratus-ratus lagi yang bodoh-bodoh punya Pages di luar sana. Daripada kamu Like Pages yang ntah-apa-apa-ntah tu, bagus lagi kamu Like dan Kongsi setiap artikel yang aku pos di blog ni. Ampai-ampai dapat pahala.. Muahua3!


Nota : Masa itu permata intan berlian. Kita ada lebih banyak kerja atau agenda yang lebih penting berbanding jumlah keseluruhan umur kita.

Friday, April 22, 2011

Flock bakal ditutup

Ada beberapa jenis Browser yang dibina berasaskan platform Firefox - kerana keanjalan dan ia merupakan perisian Sumber Terbuka [Open Source Software] - seperti Swiftfox dan Flock. Flock lebih tertumpu kepada medium Rangkaian Sosial di mana fungsi-fungsi serta antaramuka browser ini mesra laman sosial.

Saya pernah mencuba Flock untuk Ubuntu [Linux]. Tetapi, dalam masa yang singkat sahaja. Justeru, 'Browser Review' tidak saya lakukan. Apa yang saya perasan melalui Feedjit, browser kita akan dikesan sebagai Firefox 3.x.

Perkhidmatan Flock akan ditamatkan secara rasmi pada 26.04.2011. Ini bermaksud, Tim Flock tidak lagi memberikan sebarang kemasan terkini yang meliputi perlindungan [security], keselamatan [safety], kerosakan [bugs], dan naik taraf versi baharu. Justeru, Flock menyarankan agar pengguna Flock sedia ada beralih kepada browser Chrome atau Firefox.




Baca FAQ di sini : [klik]

Apa browser pilihan dan kesukaan kamu? Pilih satu sahaja okay.. Saya menggunakan Chromium iaitu saudara kembar Google Chrome.

MSS :  Jangan lupa blog ini tampak sakti dengan menggunakan browser platform Webkit seperti Chrome, Safari, dan Midori, ehe..

SS : Kau yang ku azankan [02]

Kredit n Sumber : partnership37a

"Syumilah, tolong mak sediakan makan malam kita.."

"Ya mak.."

Syumilah segera menuju ke dapur. Menu sudah disiapkan. Hanya menunggu saat untuk dihidangkan.

"Aik, lada hitamnya mana? Jaga, nanti papa kamu membebel siap kamu.."

Syumilah kaget. Entah apa yang membuatkan kepalanya tidak ingat akan lada hitam - penambah perisa tambahan kegemaran ayahnya. Pelik juga tabiat makan papa ni, getus hati kecil Syumilah.

"Abang kamu di mana? Hai, takkan tak habis-habis lagi menghadap komputer tu. Pergi panggil abang kamu tu.."

"Abang tunggu suara papa kot. Abang tu manja sangat dengan papa.. Dengar ja papa bagi salam, terus berlari keluar peluk papa.."

"Manja ada maksud tu.. Dah, kamu pergi ingatkan dia. Mana tahu dia tertidur.."

Begitulah rutin harian mereka sekeluarga. Makan malam sekitar jam 8 malam. Selepas selesai menunaikan fardhu Isya'. Kadang, ayah mereka di rumah. Kadang juga, mereka sekeluarga ke surau berdekatan berjemaah.

"Assalamu'alaikum.."

"Papa..!", jerit Syumil. Dia lah yang paling ke depan menyambut setiap kepulangan ayahnya ke rumah.

"Abang, makan malam dah sedia. Marilah duduk rehat-rehat dulu di meja makan.."

"Iya sayang.."

"Eh, papa cium mama lah kat dahi.. Dengan Syumil dan Syumilah, kat pipi ja pun..", 'kacau' Syumil.

"Sebab kamu dua comel sangat. Tu papa kamu suka cium kamu di pipi.."

"Owh, mama comel di dahi lah ek..?"

"Eh, adakah pula begitu. Dah, mari ke meja makan. Nanti makanan tu sejuk, kurang pula khasiatnya.."

- - - - -

"Mama, kenapa macam besar sangat tudung Syumilah ni.. Rasa panaslah.. Syumilah nak yang macam kawan-kawan Syumilah pakai tu..", tanya Syumilah ketika bersiap-siap hendak ke sekolah. Syumilah sekarang di Darjah 2 dan abangnya Syumil di Darjah 4.

"Yang belit-belit dileher tu..?"

"Iya, yang macam tu lah.."

"Oh yang tu.. Jadi, kamu nak pakai tudung Showl lah ni..?", tanya ibunya.

"Haah, tu lah namanya mama.. Ringkas ja kan. Tak payah seterika-seterika, tak panjang-panjang sampai dekat pinggang.."

"Okay, cuba beritahu mama, macam mana mama bila pakai Showl ni.."

Syumilah sedikit terkejut. Tapi, dia tetap fokus melihat ibunya memakai tudung yang dinamakan Showl itu. Showl itu agak besar. Edisi orang dewasa. Syumilah menunggu ibunya selesai bersiap.

"Hah, mama dah siap. Cantik tak mama..?"

"Cantik! Syumilah suka tengok wajah mama.. Ummmuahh!", satu ciuman penuh kasih sayang dihadiahkan buat ibunya yang sememangnya senantiasa tampak menawan dan penuh dengan kelembutan.

"Tapi, wajah mama ada berubah sikit. Nampak lebih bulat. Dahi pun, semacam ja Syumilah tengok.. Bahu mama pula, nampak sangat.."

"Kain bawah dagu ni pula..?", soal ibunya, memancing.

"Syumilah nampak macam tergantung pula. Biasa mama pakai panjang sampai kat sini..", sambil Syumilah mengajukan tangan ke perutnya sendiri.

"Okay sekarang Syumilah tengok mama dari tepi, berjalan-jalan dan bergaya-gaya pula.."

Ibunya lantas melakukan apa yang disebutnya tadi. Syumilah hanya diam memerhati. Sambil melihat reaksi dan clue penting dari gerak-geri yang sengaja ditunjukkan ibunya, Syumilah mula memahami dengan baik perbezaan penampilan ibunya ketika mengenakan Showl dan jenis tudung yang dingomelnya tadi.

Tertutup, terbuka. Tersembunyi, terdedah.

Kredit n Sumber : LeeAna Collections

- - - - -

"Papa, bila papa nak ajar Syumil guna Ubuntu?"

"Papa tak payah ajar kamu. Papa hanya nak tunjuk kamu sahaja.."

"Habis, macam mana Syumil nak pandai main game di komputer tu nanti..?"

"Ala, bukannya susah sangat pun tu. Syumil selalulah buka dan guna komputer tu. Lama-lama, Syumil pandailah guna.."

"Yeyeah, hihi.. Tak sabar-sabar nak lawan rekod papa dalam game PyChess tu.. Fischer Random..", balas Syumil sambil tersenyum-senyum meminta perhatian.

"Okay, papa tunggu. Sebelum papa, kalahkan rekod mama kamu dulu lahh.. Mama kamu pun hebat macam papa juga. Cuma, papa selalu menanglah, ehe3.."

Ketika dua beranak itu melintas jalan, kelihatan seorang makcik tukang sapu sedang mengangkat seekor anjing yang meraung-meraung seperti kesakitan yang amat sangat. Syumil bergegas menuju ke arah makcik tersebut sambil diekori ayahnya.

"Makcik, kenapa anjing ni..?", tanya Syumil dengan raut muka yang jelas sedih.

"Anjing ni sakit di bahagian pinggang atau pinggulnya. Macam ada yang patah.. Kelmarin lagi makcik nampak anjing ni asyik berbaring di tepi jalan. Jadi hari ni, makcik angkat anjing ni nak bawa berubat."

"Tapi kawasan sekitar dalam daerah kita ni, tiada klinik atau pusat rawatan haiwan. Yang berdekatan pun, jauh dari kawasan kita ni.."

"Iya, betul tu. Jadi makcik cadang bawa anjing ni ke rumah dahulu. Jaga dalam beberapa hari sambil rawat mana yang makcik mampu. Mungkin tukang urut atau pengamal kesihatan yang lain boleh tolong sikit-sikit.."

"Kalau begitu, mari kami hantar makcik pulang. Boleh juga bila berkelapangan nanti, kita sama-sama bawa anjing ni ke pusat rawatan.."

"Terima kasih.. Adik jangan sedih ya.. Sama-samalah kita berdoa supaya anjing ni sembuh juga.."

Raut wajah Syumil sudah mencuka.

"Kasihan anjing ni. Tengok di bawah kelopak matanya sudah hitam-hitam.. Tahan sakit kuat..", Syumil menzahirkan simpati.

Ayahnya tersenyum lalu mengusap-usap kepala dan belakang permata hatinya itu.

Contoh Fischer Random


-Bersambung minggu hadapan.

* * * * *

Nota : Siri-siri Skema [SS] diterbitkan setiap Jumaat. Jangan ketinggalan!

Thursday, April 21, 2011

Emel 1Malaysia


Isu baharu yang hangat sebaik sahaja selesainya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ialah Emel 1Malaysia.

Menurut akhbar dalam-talian utama seperti Berita Harian, Malaysiakini dan Harakahdaily, perkhidmatan ini disediakan kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, didaftarkan melalui laman sesawang 1Malaysia, dan memakan belanja pelaburan sebesar RM50 Juta.

Insentif ini bertujuan untuk mewujud dan memudahkan perhubungan secara langsung dan selamat antara pihak kerajaan dan rakyat Malaysia. Umumnya, emel ini digunakan untuk menyalurkan maklum balas rasmi dari kerajaan. Penggunaan emel ini dijangka diperluas lagi medium perkhidmatannya mencakupi perkhidmatan bukan sahaja dari kerajaan tetapi juga agensi serta badan-badan lain yang berminat untuk menyertai projek ini.

Nota : Sila baca akhbar untuk rujukan dan perkembangan lanjut.

Sumber : SayNoTo1MsiaEmail

Pandangan MSS

01. Aku rasa lega bila YAB PM kita memberikan maklumat susulan yang projek emel 1Malaysia ini menggunakan dana khas dari sektor swasta dan bukannya dana awam. Harap ini adalah sahih dan terus benar.

02. Di sebalik projek ini, timbul keraguan di kalangan umum bahawa projek ini lebih bersifat untuk menjana keuntungan. Dasar pihak swasta sememangnya berdiri tegak atas prinsip yang aku namakan sebagai "Mesti Ada Bikin Untung Kaw-kaw" atau akronimnya M.A.B.U.K. No Money No Talk. Malah, timbul juga isu yang Tricubes Berhad mengalami masalah dan rekod kewangan yang buruk.

03. Pengguna internet seluruh dunia mempunyai ratusan malah mungkin ribuan penyedia perkhidmatan emel secara percuma dengan pelbagai bentuk pakej bergantung dengan latar belakang penyedia dan keperluan bakal pengguna. Nama gergasi penyedia emel seperti Yahoo Mail, Hotmail, dan GMail menyediakan skop perkhidmatan dalam emel yang jauh lebih daripada cukup untuk pengguna internet, khususnya di Malaysia. Malah jika seseorang itu menyewa sebuah Domain peribadi, perkhidmatan emel percuma juga diberikan. Sebagai contoh, pembaca boleh berinteraksi secara privasi-tapi-mesra dengan aku di alamat emel: admin@samizul.net di samping alamat lama, mss.lawliet@gmail.com. Cukup sedikit. Banyak-banyak buat apa?

04. Apa yang membimbangkan lagi ialah, sejauh mana populariti perkhidmatan ini akan digunakan. Biasanya, perkhidmatan yang melibatkan urusan dengan kerajaan jarang memuaskan. Kalau kita lihat, kebanyakan pekerja atau pegawai dalam suatu organisasi badan rasmi kerajaan [seperti kementerian] mempunyai emel khas masing-masing untuk dihubungi. Persoalannya, berapa ramai yang aktif menggunakannya? Ini emel super-rasmi. Bayangkan suatu masa nanti, kita dimestikan mendaftar akaun di Pisibuk, sebagai contoh, menggunakan emel super-rasmi. Siapa yang kawal? Belum lagi sentuh kadar 'kepekaan' penjawat awam tadi untuk membalas emel yang dikirimkan ke emel super-rasminya itu.

05. Apabila penggunaan tadi dibawah tahap optimum, maka label membazir amat sesuai. Bayangkan jika bilik kita ada air-cond dan ada kipas siling. Kita lebih selesa menggunakan kipas siling sebab air-cond menyusahkan [bil api melambung]. Maka, kewujudan air-cond dibilik kita tadi sememangnya suatu pembaziran. Bagaimana jika kita membuka air-cond itu untuk dijual, dan untungnya disedekahkan kepada jiran sebelah rumah yang tiap hari masakannya berbau haruman ikan masin goreng?

06. Seperkara lagi yang mungkin timbul selepas suatu perkhidmatan tidak popular atau amat jarang sekali digunakan ialah, kemungkinan wujudnya suatu paksaan bersistem demi survival penyedia perkhidmatan. Tidak dapat dipastikan setakat ini kalau-kalau satu kajian ilmiah atau kaji selidik dalam skala yang besar telah dijalankan. Tup-tup, ada pula projek emel ini.

Apple Corporation menamatkan penjualan Server mereka kerana ianya tidak mendapat pasaran yang baik. Untungnya kita atau organisasi-organisasi lain, Apple tidak 'mewajibkan' beli barang iX [contohnya] mesti sekali dengan Server Apple. Maklumlah, produk Apple seperti MacBook, iPad dan iPhone semakin mendapat tempat. Bayangkan kalau Kolej MSS beli lima PC Mac [secara pukal] untuk sistem rangkaian, Kolej MSS mesti beli sekali dengan Server.

Begitu juga kisah kemungkinan emel 1Malaysia ini. Sebelum ini, kalau isi borang UPU atau mohon kerja, kadang ada yang tanya pasal PLKN. Mungkin dalam tahun hadapan, tanya ada emel 1Malaysia atau tiada. Kalau tiada..? Jeng3, ehe..

07. Kesimpulannya, projek ini bukanlah memberi impak buruk 100 peratus. Tidak dinafikan, ada manfaatnya. Tetapi, suasana sekarang memberi petunjuk bahawa adanya perkhidmatan emel 1Malaysia yang menelan kos operasi yang tinggi ini tidak 'dikemarukkan' sangat oleh rata-rata rakyat Malaysia. Bukan susah untuk dapatkan maklum balas berupa idea dan permintaan dari rakyat pasal perkhidmatan internet. Jadi, apa yang rakyat khususnya pengguna tegar internet mahukan?

Jawapannya, selain soal kebebasan bermaklumat, kami juga mahukan talian internet yang luas dan stabil rangkaiannya. Bukan bila mendung sikit, muat turun terbantut. Lebih laju, lagi baik. Mesyuarat-mesyuarat terutamanya di kalangan penjawat awam dapat dijimatkan bila TeleVideo dapat digunakan dengan jayanya. Pelaburan sebegini jauh lebih berkesan. Ini projek yang memberi manfaat kepada semua dalam jangka masa panjang.


Nota : Tulisan ketot ini tidak mampu untuk memuatkan huraian sebanyak-banyaknya untuk menyentuh semua aspek.

Nota ii : Nampak skema kah kalau pakai emel alamat begini; mohdsamizulsamad@1malaysia.my? MUAHUA3!

Follower yang RUGI

Sejak beberapa minggu yang sudah, aku menjadi jarang menulis - secara aktif - mengenai dunia blog. Maksud aku; tip-tip, tutorial-tutorial, dan lain-lain isu seputar yang berkaitan. Sebabnya? Aku rasa tiada keperluan mendesak. Mudah. Muahua3!

Tapi saat ini, aku sudah naik bosan. Naik bosan ini berkadar langsung dengan rasa simpati. Elemen rasa simpati inilah yang selalu 'mendesak' aku lalu muncullah pos-pos atau artikel yang berkaitan dengan dunia blog tadi.

Follower memikul tugas yang maha berat bila dimunculkan diblog. Follower menjadi penentu 'Pandangan Pertama' atau 1st impression. Bagaimana? Katakan inilah kali pertama kamu datang ke www.samizul.net dan nampak angka Follower yang digelapkan mencapai 4 atau 5 angka.. Tentu getusan hati, "Waa, hebat blog ni.. Ada ramai Follower..". Tapi ingat, ini hanyalah pada pandangan pertama. Pandangan mungkin akan berubah bila kita membuat pandangan-pandangan yang seterusnya lebih-lebih lagi bila pandangan itu adalah kritikal. Aku gelar pandangan kritikal ini sebagai '4.00 Eyes'.

Jadi, bagaimana boleh menjadi Follower yang rugi? Buat masa ini, aku ketengahkan satu isi sahaja. Follower yang rugi ialah bila Follower tadi Follow blog seseorang dan kemudian bila blogger tadi ingin Follow semula, pautan ke blog atau alamat blog Follower tersebut tidak kelihatan di ruang profil!

Rugilah Follower tadi. Kalau yang mahu Follow Follower tadi tu rajin tanya pasal pautan, mungkin berhasillah dapat Follow balik. Ada juga kes bila kita tengok senarai Follower di Dashboard, kita tak dapat klik masuk tengok profil Follower tadi. Wow, cencored gitu..

Sebagai contoh, aku tunjukkan antara paparan profil blogger yang terbaik bila seseorang melihatnya..

Lihat setiap pilihan Tetapan [Settings] ini..

Pastikan Homepage URL telah diisi dengan baik

Jujur, berani, dan bertanggungjawab. Muahua3!

Profil tidak kelihatan panjang dek Sites I follow

Isi dalam profil itu terpulang dengan empunya profil. Tidak berapa kisah juga kalau tipu sembunyikan jantina, tarikh lahir, emel, hobi dan lain-lain tapi bila alamat blog tidak kelihatan, maka ini satu kerugian jika empunya profil tadi seorang yang suka 'Follow-Mollow' [bukan 'Mulou' okay...] lebih-lebih lagi bila mengharapkan blog kita di Follow kembali oleh mereka yang sudah kita Follow.

Bayangkan Follow Bro Ben10 [bukan nama sebenar], dia Follow kita balik lepas tu. Kompom, kalau boleh, rasa nak panggil wartawan untuk buat sidang akhbar beritahu perasaan dan pengalaman indah kena Follow oleh Bro Ben10. Mantop!

Semaklah selalu profil blogger dan pastikan diri tidak menjadi Follower yang rugi.


Nota : Skema itu profesional.

Dikemaskini : 12:00pm, 21.04.2011

Wednesday, April 20, 2011

Maafkan Aku

Maafkan aku
Jika nukilan itu
Memudarkan ceriamu

Maafkan aku
Bila ruangan ini
Membosankan mu

Maafkan aku
Kalau karya itu
Menghampakan mu

Maafkan aku
Maafkan fikiranku
Yang sedang dimanifestasi ini
Yang sedang mencari justifikasi

Maafkanlah...

Maafkanlah pena yang mengungkap kata
Kerana membenihkan butir-butir bicara
Yang mungkin menusuk tajam minda

Maafkanlah jemari yang selalu menari
Kerana membuahkan bait-bait intipati
Yang mungkin memalapkan cahaya inspirasi

Maafkanlah minda yang aneh ini
Kerana membuatkan jiwamu kesesakan
Kerana membuatkan perasaanmu kecewa
Kerana membuatkan hatimu menangis

Mengkhayalkan semangatmu
Merugikan masa luangmu
Menjadikan dirimu jauh kealpaan

Kerana apa yang kau idam-idamkan
Tidak kelihatan
Di kalangan kami

Maafkan kami...

Tuesday, April 19, 2011

Sabah-Star City Rapid Chess Masters Open 2011

Aku ada terima jemputan untuk menyertai acara Catur seperti tajuk di atas. Ini butiran ringkasnya:-

Tarikh : 01 Mei 2011, Ahad
Masa : 08:00 pagi - 06:30 petang
Lokasi : Tingkat Bawah, Kompleks Asia City, Kota Kinabalu, Sabah
Anjuran : Persatuan Catur Sabah

Maklumat lanjut : SCA Event

Nota : Pra-pendaftaran dibuka di sabahchess.com

SEMUA DIJEMPUT HADIR MENYERTAI n MEMERIAHKAN!


MSS : Jawapan RSVP ku = Maybe. Paling siuk "NOTATION IS NOT REQUIRED". Muahua3! Lawan dengan orang lain dengan lawan komputer. Macam contoh di bawah ni..

Monday, April 18, 2011

Video Panas MSS!

Kembali bertemu!

Kali ni saja mahu kongsi satu video panasss punya.. Video Panas MSS. Apa yang panasnya? Jom tengok sampai habis..!

Friday, April 15, 2011

Pengumuman!

Sambungan bahagian kedua bagi Siri-siri Skema : Kau yang ku azankan tidak dapat disiarkan pada hari ini seperti yang dijadualkan iaitu pada setiap hari Jumaat, jam 5 pagi.

Bahagian pertama boleh dibaca di sini.

Maaf atas kesulitan.

Sekian, harap maklum.


Nota i : Masalah ini mungkin sedikit-sebanyak disebabkan oleh tugasan sebagai 'part-time cybertrooper' sempena Pilihan Raya Negeri [PRN] Sarawak.

Nota ii : Mungkinkah MSS berada di Kuching sempena PRN ini? Muahua3!

Nota iii : Kepada penduduk Sarawak yang layak mengundi, marilah turun beramai-ramai mengundi Sabtu ini untuk menggunakan hak anda sebaik-baiknya dan juga demi menunaikan tanggungjawab anda untuk memilih bakal Kerajaan Negeri yang menentukan nasib selepas 16 April 2011. Selamat Mengundi!

Video MSS di YouTube

Memandangkan paparan dalam formap mp4 agak kureng dan proses muat naik bagi format ogv tidak pernah berjaya di Gumuu, maka www.samizul.net akan memilih YouTube untuk perkongsian video, dan Gumuu kekal untuk perkongsian bahan berbentuk dokumen masing-masing di http://www.youtube.com/user/MSSLAWLIET87 dan http://www.gumuu.com/msslawliet

Thursday, April 14, 2011

Hadiah Misteri buat Tulip

Dengan penuh sukacitanya aku mengumumkan blogger yang memenangi peraduan permainan "Main sambung-sambung ayat" beberapa hari lalu... Bagaimana peraduan itu? Nah, silalah lihat gambar di bawah ini..



Blogger bertuah tersebut ialah, jeng3! <--- (maaf kalau nda menarik pon bunyinya.. x>)




TAHNIAH!!! \\^_^//


Hadiah Misteri yang sebenarnya nda lah buat orang tertanya-tanya [suspen] sangat..

Sebagai penghargaan, aku akan letakkan gambar khas blog Cik Tulip di blogku ini [posisi khas] selama seminggu, dan selepas tamat seminggu aku akan pindahkannya di bahagian Banner Exchange [ada bawah sekali].

Harap Cik Tulip sudi dan ikhlas menerima hadiah yang nda seberapa ni. Di kala blogger lain bagi Giveaway iPad percuma, iPhone percuma, MacBook percuma, tiket keretapi wayang percuma, Domain percuma, dan lain-lain yang bikin gempaq punya, giveaway ku pula hanyalah sekadar sebuah promosi di blog yang trafiknya tidaklah sekencang di YooTiup sigu Shuda atau Bro Ben [bukan BrotBand, jangan salah sebut ya.. Bahaya!] alias abang cayunk para sekalian blogger seMalaysia.. Muahua3!

Apapun, aku berusaha untuk berikan yang terbaik dalam ruang yang termampu. Biar biasa-biasa asal janji tertunai. Yeah!

Jam Omega sebenarnya milik Dato T sendiri? - MiLo SuaM

Jam Omega sebenarnya milik Dato T sendiri? - MiLo SuaM

Wednesday, April 13, 2011

Konsert dan Tuak

Konsert dan artis-artis seksi.. oupss maaf.. Artis-artis ranggi dan trendy menghiburkan para pengundi di Sarawak. Ini usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menarik pengundi muda turun...?

Ada spy bagitau, tuak, wiski, tapai dan montoku dikirimkan bertempayan-tempayan banyaknya ke rumah-rumah panjang untuk memabukkan mereka di sana supaya tidak dapat turun mengundi, lalu senanglah hantu yang tolong pangkahkan..

Oupss maaf sekali lagi. Hantu mana pandai mengundi kan..

Pengundi Hantu? Ini khayalan. Tiada bukti kukuh. Dalam banyak-banyak jenis hantu, hantu yang turun mengundi ini yang paling sukar ditangkap atau diperangkap masuk botol saiz minyak wangi 50 ml.

Minuman tu semua, untuk happy-happy ja bah.. Untuk keraian. Raya sempena Pilihan Raya.. Sangka baik.. Tak baik sangka jahat..

Di akhir temu bual RTM dengan salah seorang penyanyi di konsert tersebut, dia sempat berkempen;

"Undilah Barisan Nasional.." sambil buat muka sekupang..

Hahaha!!!

Adat

Ada pepatah menyebut;

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"

Anak mati, siapa mewarisi adat?

Arkib-arkib?

Minta Puji

Adalah dinasihatkan agar mereka yang telah layak mengundi sahaja amat dialu-alukan untuk menonton video ini.







Maaf kualiti ada kureng sket. Untuk kepuasan maksimum, sila muat turun sendiri di Gumuu dan pelajarilah taktik cambest yang ada. Ingat, hidup umpama bermain catur..! =D

Nota: Video asal telah ditukarkan dengan video yang dimuat naik di YouTube untuk kualiti paparan yang lebih superb.

Monday, April 11, 2011

Ingin Berpisah

"Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami."

Sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki tiga orang anak, bertengkar pada suatu hari. Pertengkaran mereka amat hebat, sehinggakan mereka memutuskan untuk bercerai dan mengakhiri kehidupan rumahtangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk membuat perundingan mengenai pembahagian harta sepencarian mereka. Perundingan berlangsung dengan lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan. Baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh dua orang anak, tidak ada yang mahu mengalah. Anak, tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman A.S. dahulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak. Mereka diminta menunda perceraian mereka untuk tempoh setahun. Mereka harus menambah satu orang anak dalam tempoh tersebut. Tanda Allah mengizinkan perceraian mereka, Dia akan memberikan tambahan satu anak, dan menjadikan jumlah anak mereka ialah empat oang. Lalu, mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami-isteri tadi ketika mereka berdua bergandingan tangan dengan mesra.

Lalu, sang Imam pun bertanya, "Apakah kamu tidak berhasil menambah anak sehingga kamu membatalkan hasrat untuk bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab, "Allah Maha Pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekali gus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi.. Kami pun memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Allah memberikan isyarat-Nya?", tanya sang Imam.

"Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu, tetapi dua. Anak kembar!!".

MSS : Perkara halal yang paling tidak disukai Allah S.W.T ialah apabila seorang suami melafazkan talak [bercerai] ke atas isterinya..

Nota : Kisah ini telah disunting sedikit secara bebas oleh saya untuk kesesuaian pembaca dan pengguna Bahasa Melayu. Cerita ini mula-mula sekali saya baca [versi penuh] di sini [kredit untuk Page Rahsia Perkahwinan].

Main sambung-sambung ayat

Semalam - seperti biasa - aku melakukan senaman Blogwalking [BW]. BW ni, macam Jogging [JG] lah juga. Cuma, BW ni hanya dibuat di dalam internet. Muahua3!

Masa BW sudah tentu aku akan tengok blog mereka yang rajin datang [atau bagi Backlink] lalu meninggalkan komen di mana-mana catatan yang aku buat diblog ni. Contoh mudah, tengok Gadget sebelah kiri kamu yang bertajuk "Yang Rajin Komen Pos". Ini baru super istimewa. Haha.

Berbalik kepada maksud tajuk, aku jumpa satu permainan santai-santai di blog Fadzmie. Fadzmie jumpa diblog Dyeela. Hubungan kami bertiga jauh lebih intim dari menjadi seorang blogger. Muahua3!

Permainan ni mudah ja tapi bersifat humor dan ada sentuhan kreatif. Asalnya satu permainan ja tapi aku canggihkan lagi menjadi dua permainan dengan idea sendiri. Ehe3.. Jom mulakan permainan dan lihat apa hasilnya nanti..

PERMAINAN PERTAMA

1. Ambil ayat dari bulan korang lahir:
January  - aku sepak
February - aku lompat atas
March - aku karate
April - aku cium
May - aku terajang
June - aku peluk
July - aku buat sardin dengan
August - aku makan dengan
September - aku menari dengan
October - aku menyanyi dengan
November - aku jelir lidah kat
December - aku lari keliling

2. Ambil ayat dari hari lahir korang:
1 - burung hantu
2 - makluk asing
3 - public phone
4 - basikal aku
5 - lelaki salji
6 - gangster kampung
7 - mobile telefon aku
8 - hantu jepon
9 - kawan baik nenek aku
10 - kawan lembu aku
11 - cikgu lama aku
12 - kerbau ayah kawan aku
13 - ahli bomba
14 - lembu mak aku
15 - kambing ayah aku
16 - kapak mak aku
17 - lesung batu
18 - pedang aku
19 - lelaki lembut
20 - tikus adik aku
21 - ninja
22 - Chuck Norris
23 - mee kari adik aku
24 - kambing aku
25 - pemain bola sepak
26 - buaya
27 - ayam serama
28 - ipod aku
29 - kucing engkau
30 - kutu rayau
31 - hantu jepun

3. Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:
1 - di dalam kereta aku
2 - di atas katil engkau
3 - di dalam jamban
4 - di bawah katil
5 - di atas motosikal
6 - di bawah jambatan
7 - di atas bumbung rumah
8 - masa makan atas meja
9 - semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 - di dalam bilik tokwan

4. Ambil ayat dari color yang korang suka:
putih - sebab aku suka macam tu
hitam - sebab aku memang degil
Pink - sebab aku memang terer
merah - sebab ade suara yang bagitau aku
biru - sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau - sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple - sebab ada orang suruh
kelabu - sebab aku tak boleh control diri aku
kuning - sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange - sebab aku pikir aku bijak
cokelat - sebab aku memang boleh buat
lain2 - sebab diri aku seorang ninja!



Siap! Keputusan yang aku dapat ialah...

AKU JELIR LIDAH KAT AYAM SERAMA DI ATAS BUMBUNG RUMAH SEBAB AKU SEKSI DAN AKU BOLEH BUAT

Muahua3! Naseb keputusannya yang bukan-bukan tahap gaban, hua2! Kesian ayam serama tu kena olo sebab aku lagi seksi dari dia, ehe. Bah sekarang kita ke permainan yang kedua pula..

PERMAINAN KEDUA

Apakah warna kegemaran, tarikh dan bulan lahirku..? 

Siapa cepat jawab, ada hadiah misteri. Muahua3! ;D

Nota : Apa pula keputusan kamu?
Nota ii : Prinsip permainan ni macam pernah biasa main masa zaman comeng-comeng dulu. Main pilih-pilih jawapan dan guna kertas yang antaranya dibentuk macam kuih koci dan boleh buka-tutup. Ada sesiapa ingat nama tradisional permainan tu?

Sunday, April 10, 2011

Wanita ini DIKEHENDAKI

MAAF tajuk mungkin dilihat sedikit kontroversi. Pada mulanya, aku ingin meletak tajuk dalam Bahasa Inggeris; 'She is WANTED' tetapi aku rasa tiada aura pula tulis dalam BI lebih-lebih lagi bahasa rojak sewenang-wenangnya.

Baik, kembali kepada maksud tajuk, aku kongsikan satu mesej yang aku jumpa di Komuniti Syok tadi. Jom baca..

bantuan dari komuniti syok.org
sesiapa yang menjumpai wanita ini sila segera laporkan kepada polis atau msg sy dengan segera kerana BELIAU telah melakukan kesalahan menipu org ramai dan mengunakan nama KASTAM diraja MALAYSIA utk mendapatkan wang.


NAMA: NURASYIKIN OTHMAN
UMUR: 23 TAHUN
ALAMAT TERAKHIR: UITM BANDARAYA MELAKA (Course Business Admin)


Disyaki kegiatan haram ini, dilakukan bersama teman lelakinya. BELIAU telah menjadi buruan polis. Jika BELIAU ada menghubungi anda,jangan panik terus laporkan pada saya atau pihak berkuasa. Sila tagged rakan2 yang mungkin mengenalinya supaya dapat elak dari ditipu!

Sumber : Facebook Syok.Org

Aku tak pasti modus operandi kegiatan minah cun perempuan ni untuk menipu dan menggunakan nama Kastam Diraja Malaysia [KDRM]. Sudahlah KDRM masih lagi 'berkabung', kan..

Siapa-siapa yang kenal atau terkena 'Panggilan Hangit', cepat-cepatlah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

Ciri keselamatan baharu maybank2u.com

Pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan perbankan internet Maybank iaitu maybank2u mungkin sudah sedia maklum akan pengumuman Maybank mengenai naik taraf sistem keselamatan urusniaga atau aktiviti perbankan dalam-talian pelanggan. Langkah ini merupakan pendekatan terbaharu yang lebih ketat dari sistem sedia ada yang bertujuan untuk mengekang kemaraan penjenayah siber.

Umum mengetahui, penjenayah siber ini semakin 'tampak berjaya' dalam kegiatan mereka memanipulasi kelemahan dan kecuaian pelanggan, lalu menembusi kawalan keselamatan untuk mencuri atau merompak aset [biasanya wang tunai] mangsa.

Acapkali diumumkan melalui pelbagai medium agar para pelanggan perkhidmatan sebegini tidak melayan sebarang Emel, SMS atau panggilan telefon dari mana-mana pihak yang meminta maklumat peribadi pelanggan. Malah, pengguna hendaklah [wajib] memastikan alamat dan paparan web yang mereka kunjungi untuk berurusniaga adalah sahih dan bukannya alamat dan paparan yang meragukan. Penipuan melalui 'penyamaran' alamat dan paparan yang hampir serupa itu tadi digelar phishing web. Emel dan SMS tersebut dianggap sebagai Scam dan panggilan telefon itu pula bukannya 'Panggilan Hangit' yang pasti memberikan hadiah lumayan setelah puas memperbodohkan mengenakan sang penerima panggilan.

Saya telah mendaftar untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan urusniaga semasa menggunakan perkhidmatan maybank2u. Saya kongsikan sedikit tip berguna untuk manfaat bersama.. [Like n Share it]



a. Ketika menggunakan menu Daftar Masuk [Login], perkara pertama yang diminta oleh sistem ialah Kata Nama [Username]

b. Sekiranya Kata Nama tersebut wujud* [dari apa yang saya perhati/faham..], sistem seterusnya meminta Kata Laluan [Password] pelanggan.
*Berdaftar


c. Seterusnya, jika tepat, paparan seperti gambar di atas akan muncul memaklumkan naik taraf sistem keselamatan pengguna. Di situ pengguna boleh memilih untuk mendaftar terus [Register] atau kemudian [Later].

d. Paparan seterusnya, pengguna hendaklah memilih satu gambar berserta suatu perkataan yang berkaitan dan mudah diingat.

e. Setelah selesai, pengguna hendaklah memilih tiga soalan yang disediakan dan menyatakan jawapan bagi setiap soalan tadi. Soalan dan jawapan hendaklah berkaitan dan mudah diingat.

f. Selepas itu, paparan 'semak semula' akan muncul memaparkan semua pilihan yang dibuat tadi. Klik Hantar [Submit] setelah berpuas hati.

g. Pengguna boleh mengakses menu urusniaga dan memulakan urusan seperti biasa.


Nota : Tulisan ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tip, arahan, atau prosedur rasmi dari pihak Maybank atau maybank2u

Nota ii : Sila hubungi pihak Maybank untuk maklumat atau sebarang konsultasi lanjut.

Saturday, April 09, 2011

Pesta Kalimaran Tenom 2011

Nota : Suntingan bebas oleh samizul.net

Pesta Kalimaran
07-10 April 2011
Padang Pekan Tenom

Kredit n Sumber : Blog PKKM Sabah

Sepintas lalu...

Pesta Kalimaran adalah perayaan tahunan bagi suku kaum Murut di Sabah. Perayaan yang kaya dengan kebudayaan Murut dan mewakili semua aspek kebudayaan Murut turut diadakan. Untuk mengenali lebih dalam mengenai kebudayaan Murut, maka, Pesta Kalimaran adalah tempatnya.

Perkataan Kalimaran adalah merujuk kepada aktiviti pembuatan kraftangan Murut. Ianya merujuk perkataan Murut iaitu Ralaa dan Alimar. Ralaa bermaksud wanita muda dan Alimar bererti gigih berkerja, minda yang kuat, ketekunan dan boleh dipercayai.

Menurut cerita, ada seorang wanita muda Murut bernama Ralaa. Dia seorang yang rajin berkerja. Tetapi abangnya yang bernama Yolomor hendak mengorbankan Ralaa untuk kebaikan masyarakat mereka. Sebelum dia dikorbankan, dia telah mengeluarkan banyak hasil kraftangan seperti Tikar, Silaung, Tikalis, Buyung, Lintoyog dan Onot dengan menggunakan bahan asas buluh, rotan dan bamban. Ralaa mengakhiri kalimarannya dengan menenun kain Sampoi dengan menggunakan benang yang dihasilkan dari akar pokok Timahan. Akhirnya Ralaa telah dikorbankan oleh Yolomor untuk mendapatkan benih bagi ladang pertaniannya.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat Pesta Kalimaran sebagai perayaan peringkat negeri pada tahun 2003. Perayaan peringkat negeri yang pertama telah diadakan pada 4 - 5 April 2003. Bermula dari situ perayaan ini disambut pada bulan April setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut. Perayaan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Sabah dan Persatuan Murut Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom. Untuk tahun 2011, beberapa aktiviti telah beralih tempat ke padang pekan Tenom, disebabkan beberapa kerja menaik taraf Pusat Kebudayaan Murut yang sedang dilakukan.

Pusat Kebudayaan Murut adalah pusat kebudayaan setempat yang terbesar untuk kaum Murut di Sabah. Ianya terletak di Kampung Pulong, Tenom. Jaraknya lebih kurang 13 km dari pekan Tenom. Pembinaan pusat yang unik ini bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Bangunan unik ini adalah tempat kaum Murut memanifestasikan keseluruhan aspek kebudayaan kaum Murut. Satu lagi keunikan bangunan ini ialah bahan pembinaan yang menggunakan kayu Belian [sejenis kayu keras] dan merupakan bangunan terbesar yang menggunakan kayu Belian yang dibangunkan di Borneo.

Kalimaran tahun ini sekali lagi akan menampilkan keunikan kebudayaan masyarakat Murut yang akan dipersembahkan kepada masyarakat lain di Sabah. Selain aktiviti tradisi masyarakat Murut, tidak ketinggalan Program Merakyatkan Seni : Rumah Terbuka Ansaluang 2011 akan turut diadakan dan dikendalikan oleh JKKN Sabah. Manakala pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah pula diberi penghormatan untuk menyelaras program jualan kraf dan aktiviti interaktif / pendidikan kraf sepanjang Pesta Kalimaran berlangsung.

Kalimaran Penjana 1Malaysia

Kredit dan Sumber : [01] [02]

Friday, April 08, 2011

SS : Kau yang ku azankan [01]

Bunyi jemari menekan papan kekunci agak kuat kedengaran. Komputer riba yang agak usang itu masih berfungsi dengan baik, bisik hati sang pengguna. Ini model lama. Spesifikasi, keupayaan dan prestasi model ini sudah jauh ketinggalan berbanding sekarang. Namun, bagaikan barang antik yang dijaga rapi, komputer riba itu masih tersergam indah dibilik khas. Masih berfungsi dengan baik untuk melakukan tugasan tertentu. Dia datang menghidupkan komputer riba ini adalah untuk mendapatkan akses. Akses ini penting kerana sistem perkongsian dalam talian dua dekad yang lalu mempunyai satu keunikan yang agak merumitkan 'penceroboh'.


Cloud System yang mula popular sekitar dua dekad yang lalu sudah maju dan luas penggunaannya sekarang. Dirinya tiada pilihan lain melainkan menggunakan identiti perkakasan komputer riba antik ini untuk memasuki Cloud System. Ini wajib. Identiti perkakasan amat sukar dipalsukan lebih-lebih lagi bagi perkakasan lama.

Lelaki ini tersenyum kecil kerana MSS Cloud System menunjukkan tanda-tanda positif semasa memproses aksesnya masuk ke dalam akaun itu. Proses memuatkan data [loading] selesai. Walaupun agak lama, dia tetap tersenyum riang. Apa yang ingin dicarinya sekejap lagi akan ditemui.

Chakkk! Satu prank [usikan] muncul ketika membuka folder [fail] yang berwarna biru keungu-unguan. Berkilat. Folder itu memang yang ingin dimasukinya. Prank itu menunjukkan imej seorang yang ala-ala profesor meminta nama pena dan kata laluan. Ini trik sebenarnya. Sekiranya pengguna mengisi nama pena dan kata laluan, walaupun tepat, Cloud System akan membawa pengguna keluar [logout] dengan serta-merta. Tetapi, paparan menunjukkan kononnya ada abjad atau nombor yang salah. Apa yang lebih 'menakutkan', akses semula dari identiti perkakasan dan individu yang sama akan dihalang untuk tempoh lima tahun.

Lelaki ini tahu rahsia tersebut kerana sudah dua kali dia dikenakan oleh lelucon ini. Apa yang hanya perlu dilakukan semasa prank ini meminta nama pena dan kata laluan ialah mengklik imej professor dalam rupa bentuk Chibidle. Setelah diklik, imej itu akan tersenyum ceria dan akan membawa pengguna masuk ke destinasi yang dituju.

Kali ini, tiada lagi raut senyuman di wajah sang pengguna. Mata dan mindanya fokus meneliti kandungan folder maya ini. Inilah saat-saat yang dinantikannya sejak 10 tahun yang lalu.

-Bersambung minggu hadapan.
*****

Nota : Siri-siri Skema [SS] diterbitkan setiap Jumaat. Jangan ketinggalan!

Wednesday, April 06, 2011

Ubuntu dan MSS

Tahukah Anda? - Ubuntu dan MSS.

Tahukah anda bahawa, Ubuntu - salah satu Distro Linux yang popular di Malaysia - diasaskan oleh Mark Shuttleworth pada tahun 2004? Apa yang lebih menarik ialah, MSS menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut dan menjadi antara peperiksaan beliau yang mendapat keputusan paling berjaya sehingga kini. Perhatikan pula;

Mark Shuttleworth = MS
Mohd. Samizul = MS


 + 

=



Sunday, April 03, 2011

Blog anda dalam Blogger Dynamic Views!

Blogger melancarkan satu lagi aplikasi [Blogger Widgets] iaitu Blogger Dynamic Views [BDV]. Aplikasi ini belum ada di Gadgets Blogger tetapi ada tiga cara setakat ini yang boleh digunakan untuk mendapatkan mood BDV. Tapi sebelum itu, layan dulu rupabentuk www.samizul.net dalam BDV, ehe3..

1. BDV - Flipcard
Klik SINI untuk paparan

2. BDV - Mosaic
Klik SINI untuk paparan

3. BDV - Sidebar
Klik SINI untuk paparan

4. BDV - Snapshot
Klik SINI untuk paparan

5. BDV - Timeslide
Klik SINI untuk paparan


Okay, nampak bergaya kan? Sekali imbas, BDV ni macam lebih mesra kepada pengguna Mobil dan yang seumpama dengannya, di mana paparan web adalah lebih ringkas. Gadget2, Header, Banner, ChatBox dan lain2 yang biasa ada di Sidebar / Footer dll, tidak kelihatan, kan?

Sekarang kita perhati pula metod untuk mendapatkan BDV.

Metod 1 : Memasang Extension BDV.

Memandangkan sebahagian besar pelawat ke blogku ini adalah pengguna browser keluarga Chrome [Google Chrome dan Chromium], maka itulah sebabnya memasang Extension BDV aku letakkan sebagai Metod #1. Bagi pengguna browser lain, boleh semak di menu Extension browser masing-masing kalau extension BDV ini sudah ada.

Klik SINI dan pasang extension tersebut. Boleh rujuk gambar berikut setelah pemasangan berjaya.



Metod 2 : Isi URL Blog di Blog yang ada paparan BDV.

Cara ini bertujuan untuk menjana [generate] URL baru yang membawa pengguna ke paparan BDV. URL baru ini disimpan diblog dan boleh dipromo untuk diklik. Caranya:-

a. Klik SINI
b. Klik ! samizul.net ! yang bersebelahan dengan logo Blogger [saiz besar]
c. Isikan URL



Metod 3 : Jana URL dengan penjana [Generator] di blog lain.

Metod ini lebih kurang dengan Metod 2. Bezanya, Metod 2 dilakukan di blog yang sudah boleh boleh dilihat sebagai BDV dan Metod 3 ini pula, penjana URL itu tidak semestinya berada di blog yang ada BDV. Maksudnya, penjana itu mungkin diletak di tempat lain.

Aku sudah cuba penjana ini tetapi ianya tidak berhasil. Aku nda dapat ambil kod penjana tu untuk letak di sini. Aku akan kemas kini nanti bila sudah berhasil.


Jadi, antara ketiga-tiga metod ini, Metod 1 adalah yang paling cambest. Sebab itulah juga [dua sebab sudah..] aku meletakkanya sebagai Metod #1, ehe3..

Selamat Mencuba!

SUMBER n KREDIT : bloggerplugins.org

Saturday, April 02, 2011

Iklan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2011

Iklan untuk permohonan bagi mendapatkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah [BKNS] bagi tahun 2011 telahpun dikeluarkan. Terima kasih dan kredit buat 1 Suara Sabah atas ihsan perkongsian ini..

Perhatian Kepada Pelajar Yang Ingin Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

Kredit n Sumber : 1 Suara Sabah

A) Permohonan boleh dibuat melalui On-line dengan melayari http://www.biasiswa.sabah.gov.my/ mulai 02 April 2011.

B) Setiap pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.

C) Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:-

i) Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas.

ii) Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.

iii) Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.

Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:-

Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Tarikh Tutup : 02/05/2011
Nota : Jangan lupa klik 'Like' dan Butang Kongsi di bawah ya.. Terima kasih!

Friday, April 01, 2011

Projek baru MSS : Siri-siri Skema

Angin utama MSS iaitu Penulisan Kreatif melalui sentuhan Karya-Minda-Kritikal [KMK] diteruskan! Sebelum ini, agak banyak juga sentuhan KMK muncul diblog ini. Antara yang paling ngetop ialah karya Apa Khabar Sigu Shuda? Selain itu, berita selingan.. Kalau kamu nda tahu, memang kamu pertama kali lah datang sini. Welcome Newbie Freshie! XD

Projek MSS yang seterusnya dalam kategori KMK kali ini ialah penerbitan Siri-siri Skema atau akronimnya SS. SS juga biasanya bermaksud 'Syok Sendiri'. Dalam sudut pandangan tertentu, maksud Syok Sendiri itu terpakai bagi Siri-siri Skema.

Apa sebenarnya SS [baca lepas ni : Siri-siri Skema] ini? SS ialah himpunan cerita atau kisah yang ditulis agak panjang dan boleh 'digubah' sama ada menjadi sebuah garapan Cerpen, Novotel Novel, Skrip, Diari, Buku Tutorial, Ensiklopedia dan lain-lain yang mampu ia dijelmakan.. Eh, ensiklopedia? Melebih-lebih lah pula, haha!

SS akan dilabel sebagai Karya. Label Karya menghimpunkan karya-karya yang aku hasilkan sendiri. Mungkin ada di beberapa sudut, karya tersebut mempunyai persamaan ilham atau cetusan idea dari orang lain. Mungkin ya.. Namun, bak kata pepatah MSS, Serupa tapi tidak Sama. SttS. lol.



Ohya, suka aku maklumkan kembali, antara projek lain yang aku tengah usahakan diblog kesayangan ini ialah menu Iklan dan menu Koleksi Download-Upload. Menu Iklan sedang berfungsi sepenuhnya. Menu Koleksi D-U, masih dalam pembinaan. Kedua-dua menu ini diletak di bahagian khidmat-masyarakat@samizul.net. Mungkin suatu masa akan datang, aku akan ubah lagi nama ni supaya jadi pendek sedikit, yang lebih sesuai dan menarik.

Pengunjung, jangan lepaskan peluang untuk melihat setiap gambar atau sudut yang ada di blog ini. Amat rugi kalau sekadar baca pos dan berlalu pergi tanpa sempat meneliti apa-apa, ehe..

Bah, sampai di sini dahulu. Pengumuman ini sesuai pada masanya kerana sekarang kita sudah berada di bulan yang keempat bagi tahun 2011. Ada lapan bulan lagi untuk 2011. Seperkara lagi, pengumuman ini tiada sangkut-paut dengan budaya bangang April Fool yang menjadi kelaziman sesetengah orang. Buat lawak kenakan orang nda perlu ada tarikh yang tetap. Tu aku kata bangang. Aku marah ni sebab Google kenakan aku tadi dengan iklan GMail Motion. Aku sumpah Google supaya buka satu cawangan di Sabah. Boleh juga aku jadi Eksekutif didalamnya nanti. Muahua3!