Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, April 10, 2011

Ciri keselamatan baharu maybank2u.com

Pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan perbankan internet Maybank iaitu maybank2u mungkin sudah sedia maklum akan pengumuman Maybank mengenai naik taraf sistem keselamatan urusniaga atau aktiviti perbankan dalam-talian pelanggan. Langkah ini merupakan pendekatan terbaharu yang lebih ketat dari sistem sedia ada yang bertujuan untuk mengekang kemaraan penjenayah siber.

Umum mengetahui, penjenayah siber ini semakin 'tampak berjaya' dalam kegiatan mereka memanipulasi kelemahan dan kecuaian pelanggan, lalu menembusi kawalan keselamatan untuk mencuri atau merompak aset [biasanya wang tunai] mangsa.

Acapkali diumumkan melalui pelbagai medium agar para pelanggan perkhidmatan sebegini tidak melayan sebarang Emel, SMS atau panggilan telefon dari mana-mana pihak yang meminta maklumat peribadi pelanggan. Malah, pengguna hendaklah [wajib] memastikan alamat dan paparan web yang mereka kunjungi untuk berurusniaga adalah sahih dan bukannya alamat dan paparan yang meragukan. Penipuan melalui 'penyamaran' alamat dan paparan yang hampir serupa itu tadi digelar phishing web. Emel dan SMS tersebut dianggap sebagai Scam dan panggilan telefon itu pula bukannya 'Panggilan Hangit' yang pasti memberikan hadiah lumayan setelah puas memperbodohkan mengenakan sang penerima panggilan.

Saya telah mendaftar untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan urusniaga semasa menggunakan perkhidmatan maybank2u. Saya kongsikan sedikit tip berguna untuk manfaat bersama.. [Like n Share it]



a. Ketika menggunakan menu Daftar Masuk [Login], perkara pertama yang diminta oleh sistem ialah Kata Nama [Username]

b. Sekiranya Kata Nama tersebut wujud* [dari apa yang saya perhati/faham..], sistem seterusnya meminta Kata Laluan [Password] pelanggan.
*Berdaftar


c. Seterusnya, jika tepat, paparan seperti gambar di atas akan muncul memaklumkan naik taraf sistem keselamatan pengguna. Di situ pengguna boleh memilih untuk mendaftar terus [Register] atau kemudian [Later].

d. Paparan seterusnya, pengguna hendaklah memilih satu gambar berserta suatu perkataan yang berkaitan dan mudah diingat.

e. Setelah selesai, pengguna hendaklah memilih tiga soalan yang disediakan dan menyatakan jawapan bagi setiap soalan tadi. Soalan dan jawapan hendaklah berkaitan dan mudah diingat.

f. Selepas itu, paparan 'semak semula' akan muncul memaparkan semua pilihan yang dibuat tadi. Klik Hantar [Submit] setelah berpuas hati.

g. Pengguna boleh mengakses menu urusniaga dan memulakan urusan seperti biasa.


Nota : Tulisan ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi saya dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tip, arahan, atau prosedur rasmi dari pihak Maybank atau maybank2u

Nota ii : Sila hubungi pihak Maybank untuk maklumat atau sebarang konsultasi lanjut.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!