Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, April 21, 2011

Emel 1Malaysia


Isu baharu yang hangat sebaik sahaja selesainya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ialah Emel 1Malaysia.

Menurut akhbar dalam-talian utama seperti Berita Harian, Malaysiakini dan Harakahdaily, perkhidmatan ini disediakan kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, didaftarkan melalui laman sesawang 1Malaysia, dan memakan belanja pelaburan sebesar RM50 Juta.

Insentif ini bertujuan untuk mewujud dan memudahkan perhubungan secara langsung dan selamat antara pihak kerajaan dan rakyat Malaysia. Umumnya, emel ini digunakan untuk menyalurkan maklum balas rasmi dari kerajaan. Penggunaan emel ini dijangka diperluas lagi medium perkhidmatannya mencakupi perkhidmatan bukan sahaja dari kerajaan tetapi juga agensi serta badan-badan lain yang berminat untuk menyertai projek ini.

Nota : Sila baca akhbar untuk rujukan dan perkembangan lanjut.

Sumber : SayNoTo1MsiaEmail

Pandangan MSS

01. Aku rasa lega bila YAB PM kita memberikan maklumat susulan yang projek emel 1Malaysia ini menggunakan dana khas dari sektor swasta dan bukannya dana awam. Harap ini adalah sahih dan terus benar.

02. Di sebalik projek ini, timbul keraguan di kalangan umum bahawa projek ini lebih bersifat untuk menjana keuntungan. Dasar pihak swasta sememangnya berdiri tegak atas prinsip yang aku namakan sebagai "Mesti Ada Bikin Untung Kaw-kaw" atau akronimnya M.A.B.U.K. No Money No Talk. Malah, timbul juga isu yang Tricubes Berhad mengalami masalah dan rekod kewangan yang buruk.

03. Pengguna internet seluruh dunia mempunyai ratusan malah mungkin ribuan penyedia perkhidmatan emel secara percuma dengan pelbagai bentuk pakej bergantung dengan latar belakang penyedia dan keperluan bakal pengguna. Nama gergasi penyedia emel seperti Yahoo Mail, Hotmail, dan GMail menyediakan skop perkhidmatan dalam emel yang jauh lebih daripada cukup untuk pengguna internet, khususnya di Malaysia. Malah jika seseorang itu menyewa sebuah Domain peribadi, perkhidmatan emel percuma juga diberikan. Sebagai contoh, pembaca boleh berinteraksi secara privasi-tapi-mesra dengan aku di alamat emel: admin@samizul.net di samping alamat lama, mss.lawliet@gmail.com. Cukup sedikit. Banyak-banyak buat apa?

04. Apa yang membimbangkan lagi ialah, sejauh mana populariti perkhidmatan ini akan digunakan. Biasanya, perkhidmatan yang melibatkan urusan dengan kerajaan jarang memuaskan. Kalau kita lihat, kebanyakan pekerja atau pegawai dalam suatu organisasi badan rasmi kerajaan [seperti kementerian] mempunyai emel khas masing-masing untuk dihubungi. Persoalannya, berapa ramai yang aktif menggunakannya? Ini emel super-rasmi. Bayangkan suatu masa nanti, kita dimestikan mendaftar akaun di Pisibuk, sebagai contoh, menggunakan emel super-rasmi. Siapa yang kawal? Belum lagi sentuh kadar 'kepekaan' penjawat awam tadi untuk membalas emel yang dikirimkan ke emel super-rasminya itu.

05. Apabila penggunaan tadi dibawah tahap optimum, maka label membazir amat sesuai. Bayangkan jika bilik kita ada air-cond dan ada kipas siling. Kita lebih selesa menggunakan kipas siling sebab air-cond menyusahkan [bil api melambung]. Maka, kewujudan air-cond dibilik kita tadi sememangnya suatu pembaziran. Bagaimana jika kita membuka air-cond itu untuk dijual, dan untungnya disedekahkan kepada jiran sebelah rumah yang tiap hari masakannya berbau haruman ikan masin goreng?

06. Seperkara lagi yang mungkin timbul selepas suatu perkhidmatan tidak popular atau amat jarang sekali digunakan ialah, kemungkinan wujudnya suatu paksaan bersistem demi survival penyedia perkhidmatan. Tidak dapat dipastikan setakat ini kalau-kalau satu kajian ilmiah atau kaji selidik dalam skala yang besar telah dijalankan. Tup-tup, ada pula projek emel ini.

Apple Corporation menamatkan penjualan Server mereka kerana ianya tidak mendapat pasaran yang baik. Untungnya kita atau organisasi-organisasi lain, Apple tidak 'mewajibkan' beli barang iX [contohnya] mesti sekali dengan Server Apple. Maklumlah, produk Apple seperti MacBook, iPad dan iPhone semakin mendapat tempat. Bayangkan kalau Kolej MSS beli lima PC Mac [secara pukal] untuk sistem rangkaian, Kolej MSS mesti beli sekali dengan Server.

Begitu juga kisah kemungkinan emel 1Malaysia ini. Sebelum ini, kalau isi borang UPU atau mohon kerja, kadang ada yang tanya pasal PLKN. Mungkin dalam tahun hadapan, tanya ada emel 1Malaysia atau tiada. Kalau tiada..? Jeng3, ehe..

07. Kesimpulannya, projek ini bukanlah memberi impak buruk 100 peratus. Tidak dinafikan, ada manfaatnya. Tetapi, suasana sekarang memberi petunjuk bahawa adanya perkhidmatan emel 1Malaysia yang menelan kos operasi yang tinggi ini tidak 'dikemarukkan' sangat oleh rata-rata rakyat Malaysia. Bukan susah untuk dapatkan maklum balas berupa idea dan permintaan dari rakyat pasal perkhidmatan internet. Jadi, apa yang rakyat khususnya pengguna tegar internet mahukan?

Jawapannya, selain soal kebebasan bermaklumat, kami juga mahukan talian internet yang luas dan stabil rangkaiannya. Bukan bila mendung sikit, muat turun terbantut. Lebih laju, lagi baik. Mesyuarat-mesyuarat terutamanya di kalangan penjawat awam dapat dijimatkan bila TeleVideo dapat digunakan dengan jayanya. Pelaburan sebegini jauh lebih berkesan. Ini projek yang memberi manfaat kepada semua dalam jangka masa panjang.


Nota : Tulisan ketot ini tidak mampu untuk memuatkan huraian sebanyak-banyaknya untuk menyentuh semua aspek.

Nota ii : Nampak skema kah kalau pakai emel alamat begini; mohdsamizulsamad@1malaysia.my? MUAHUA3!

6 comments:

  1. kasi komputer dulu stiap rumah
    n setiap tmpt d msia ni ada wifi
    bru bleh kasi meluas ni emel 1 msia
    klau nda xgna jga 2 emel
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. as'salam.

    thnks for the info bro. selalu jgk dengar psl email1Msia ni tapi baru ari ni tau dgn details.


    p/s: mmg sangat lawak klu guna emel @1malaysia.my tu.hehe

    ReplyDelete
  3. Entah laku ka tidak. Bagus dia sediakan WIFI dulu di seluruh negara. Korea dalam bus pun ada wifi

    ReplyDelete
  4. @~NieZa~ Kasi komputer tu, rasanya ada kemudahan sedia ada sudah. Kalau penjawat awam, ada pakej pembelian yang memudahkan. Kalau orang awam yang nda mampu, baik kiranya di setiap kampung ada CC. Dan paling setuju, WiFi tu ada di semua tempat kecuali tempat yang ekstrim, mungkin, ehe. Kerajaan P.Pinang sudah lancarkan WiFi percuma..

    ReplyDelete
  5. @Koko | Prophile Wsalam.. Ya, sama2 Koko.. v(^^,) Saya punya pos ni nda lengkap lagi ni. Cuma lebih muatkan pandangan peribadi yang ringkas ja.. Lagipun, setiap hari lepas isu ni mula2 muncul, kita dapat maklumat lanjut..

    u/p: Haha. Rupanya @myemail.my kemungkinan.. Cek2, nda jumpa lagi mana yang tetap..

    ReplyDelete
  6. @Cinoi Itulah, aku sangsi sejauh mana popularitinya. Memang mood rata2 yang aku nampak, semua syorkan WiFi percuma di tempat awam atau premis kerajaan. Dapat line broadband yang stabil pun ok juga..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!