Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, April 21, 2011

Follower yang RUGI

Sejak beberapa minggu yang sudah, aku menjadi jarang menulis - secara aktif - mengenai dunia blog. Maksud aku; tip-tip, tutorial-tutorial, dan lain-lain isu seputar yang berkaitan. Sebabnya? Aku rasa tiada keperluan mendesak. Mudah. Muahua3!

Tapi saat ini, aku sudah naik bosan. Naik bosan ini berkadar langsung dengan rasa simpati. Elemen rasa simpati inilah yang selalu 'mendesak' aku lalu muncullah pos-pos atau artikel yang berkaitan dengan dunia blog tadi.

Follower memikul tugas yang maha berat bila dimunculkan diblog. Follower menjadi penentu 'Pandangan Pertama' atau 1st impression. Bagaimana? Katakan inilah kali pertama kamu datang ke www.samizul.net dan nampak angka Follower yang digelapkan mencapai 4 atau 5 angka.. Tentu getusan hati, "Waa, hebat blog ni.. Ada ramai Follower..". Tapi ingat, ini hanyalah pada pandangan pertama. Pandangan mungkin akan berubah bila kita membuat pandangan-pandangan yang seterusnya lebih-lebih lagi bila pandangan itu adalah kritikal. Aku gelar pandangan kritikal ini sebagai '4.00 Eyes'.

Jadi, bagaimana boleh menjadi Follower yang rugi? Buat masa ini, aku ketengahkan satu isi sahaja. Follower yang rugi ialah bila Follower tadi Follow blog seseorang dan kemudian bila blogger tadi ingin Follow semula, pautan ke blog atau alamat blog Follower tersebut tidak kelihatan di ruang profil!

Rugilah Follower tadi. Kalau yang mahu Follow Follower tadi tu rajin tanya pasal pautan, mungkin berhasillah dapat Follow balik. Ada juga kes bila kita tengok senarai Follower di Dashboard, kita tak dapat klik masuk tengok profil Follower tadi. Wow, cencored gitu..

Sebagai contoh, aku tunjukkan antara paparan profil blogger yang terbaik bila seseorang melihatnya..

Lihat setiap pilihan Tetapan [Settings] ini..

Pastikan Homepage URL telah diisi dengan baik

Jujur, berani, dan bertanggungjawab. Muahua3!

Profil tidak kelihatan panjang dek Sites I follow

Isi dalam profil itu terpulang dengan empunya profil. Tidak berapa kisah juga kalau tipu sembunyikan jantina, tarikh lahir, emel, hobi dan lain-lain tapi bila alamat blog tidak kelihatan, maka ini satu kerugian jika empunya profil tadi seorang yang suka 'Follow-Mollow' [bukan 'Mulou' okay...] lebih-lebih lagi bila mengharapkan blog kita di Follow kembali oleh mereka yang sudah kita Follow.

Bayangkan Follow Bro Ben10 [bukan nama sebenar], dia Follow kita balik lepas tu. Kompom, kalau boleh, rasa nak panggil wartawan untuk buat sidang akhbar beritahu perasaan dan pengalaman indah kena Follow oleh Bro Ben10. Mantop!

Semaklah selalu profil blogger dan pastikan diri tidak menjadi Follower yang rugi.


Nota : Skema itu profesional.

Dikemaskini : 12:00pm, 21.04.2011

19 comments:

  1. ops~ nasib aku ada begitu owhh

    ReplyDelete
  2. hurm ramai yg still tak tau pasal ni..rugii..tak dpt jejak n follow dorang blk

    ReplyDelete
  3. Hmm, aku nda terasa..jd aku bkn follower yg rugi..ekeke.

    Alamak! ada pulak cntoh...brani & jujur bah..ahahaha.

    ReplyDelete
  4. hahahaha.aku ka tu? terasa plak...haha.. eh, 'skema itu professional'!! hehe.ok2.

    ReplyDelete
  5. @Cik Aish Iyup, tu lah.. Pernah juga letak Notis dekat kotak Follow tu tapi rasa semacam ja ni.. Muahua3..

    ReplyDelete
  6. @Zurina J. Nah, baguslah.. Aii, mestilah contoh tu.. Tapi kau tinggal satu ni. Berani, Jujur n Bertanggungjawab bah.. Muahua3!

    ReplyDelete
  7. @nhajAik, kau kah pula tu Mimi? Oo, oho3.. Slogan terbaru tu.. Hakcipta terpelihara.. Hua2 XD

    ReplyDelete
  8. @samizul.net haha. aku bukan apa mijul, aku men follow jak blog org. tambahan plak lepas aku follow ko, trus plak ko buat tajuk 'follower rugi' ni. na,mana ko nda terasa.

    ReplyDelete
  9. eya..sa sokong tu..
    mostly follower gitu..
    ssh mau jejak balik..
    hehe..
    (bajet bha c echa bckp..haha)

    ReplyDelete
  10. apa ni..apa ni.. i lemah it! ~.~

    ReplyDelete
  11. @echaRierie Iya, tu lah.. Kadang hairan juga kenapa tiada.. Fikir bila kita yang duluan Follow, link tu jadi hilang.. Rupanya, nda.. [Aik, kenapa pula mau ada bajet cakap tu, ehe..]

    ReplyDelete
  12. @~NieZa~ Aikk, aku guna BM sudah tu tau Nieja.. Mau guna Bahasa Melayu Sabah kah? Muahua3! Jangan bah kau lemah membaca.. Eh? X>

    ReplyDelete
  13. Are very helpful entries for those who do not know ..hehe:)

    ReplyDelete
  14. @Pink Diva
    Yeah, I hope. It's a petty issue to deal with but the impact is, without doubt, great and very serious, lol.

    ReplyDelete
  15. @Amim
    Iyup, memang ramai blogger yang xsedar pasal ni, uhu..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!