Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, April 02, 2011

Iklan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2011

Iklan untuk permohonan bagi mendapatkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah [BKNS] bagi tahun 2011 telahpun dikeluarkan. Terima kasih dan kredit buat 1 Suara Sabah atas ihsan perkongsian ini..

Perhatian Kepada Pelajar Yang Ingin Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

Kredit n Sumber : 1 Suara Sabah

A) Permohonan boleh dibuat melalui On-line dengan melayari http://www.biasiswa.sabah.gov.my/ mulai 02 April 2011.

B) Setiap pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.

C) Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:-

i) Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas.

ii) Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.

iii) Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.

Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:-

Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Tarikh Tutup : 02/05/2011
Nota : Jangan lupa klik 'Like' dan Butang Kongsi di bawah ya.. Terima kasih!

6 comments:

  1. Mari mari!
    Bagus untuk budak-budak lepasan SPM ni, macam si Madir.
    Haha.

    ReplyDelete
  2. serius ko ni. sambung study ka?

    ReplyDelete
  3. @Fadzmie Mohamad Iya, ngam2.. Kau kasi pos ni di Wall FBnya.. Nda sedar eh lepasan SPM sudah pula diorang, uhu3..

    ReplyDelete
  4. @Sasa Al-Sharif Haha. Nda lagi bah sambung mengkali.. Belum tanya PaMa. Ada projek nanti bila balik Kudat.. Sekarang ni sedang mohon jadi Guru Ganti di sini Paguokon. Kalau dapat, tinggal lagi sini 2-3 bulan.. Lepas tu, balik Kudat lah, ehe.

    Biasiswa ni nda layak sudah untuk kita sebab faktor umur. Tua sudah bah kita ni, muahua3!

    Apa projek kau sana KM?

    ReplyDelete
  5. Pernah juga aku dulu apply ni time mau study huhu tp x dpt

    ReplyDelete
  6. @Cinoi Emm, nda apalah, yang penting sudah usaha.. Mana tau suatu masa nanti keturunan kita dapat juga.. Kan.. Ehe3.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!