Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, April 11, 2011

Ingin Berpisah

"Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami."

Sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki tiga orang anak, bertengkar pada suatu hari. Pertengkaran mereka amat hebat, sehinggakan mereka memutuskan untuk bercerai dan mengakhiri kehidupan rumahtangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk membuat perundingan mengenai pembahagian harta sepencarian mereka. Perundingan berlangsung dengan lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan. Baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh dua orang anak, tidak ada yang mahu mengalah. Anak, tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman A.S. dahulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak. Mereka diminta menunda perceraian mereka untuk tempoh setahun. Mereka harus menambah satu orang anak dalam tempoh tersebut. Tanda Allah mengizinkan perceraian mereka, Dia akan memberikan tambahan satu anak, dan menjadikan jumlah anak mereka ialah empat oang. Lalu, mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami-isteri tadi ketika mereka berdua bergandingan tangan dengan mesra.

Lalu, sang Imam pun bertanya, "Apakah kamu tidak berhasil menambah anak sehingga kamu membatalkan hasrat untuk bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab, "Allah Maha Pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekali gus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi.. Kami pun memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Allah memberikan isyarat-Nya?", tanya sang Imam.

"Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu, tetapi dua. Anak kembar!!".

MSS : Perkara halal yang paling tidak disukai Allah S.W.T ialah apabila seorang suami melafazkan talak [bercerai] ke atas isterinya..

Nota : Kisah ini telah disunting sedikit secara bebas oleh saya untuk kesesuaian pembaca dan pengguna Bahasa Melayu. Cerita ini mula-mula sekali saya baca [versi penuh] di sini [kredit untuk Page Rahsia Perkahwinan].

2 comments:

  1. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami~ suka ayat nie...smga luvi bisa mnjdi sprti ini -_-

    ReplyDelete
  2. @Nur Armilla Mejon Insya Allah aminnn.. Luvi Boleh! ;-)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!