Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, April 20, 2011

Maafkan Aku

Maafkan aku
Jika nukilan itu
Memudarkan ceriamu

Maafkan aku
Bila ruangan ini
Membosankan mu

Maafkan aku
Kalau karya itu
Menghampakan mu

Maafkan aku
Maafkan fikiranku
Yang sedang dimanifestasi ini
Yang sedang mencari justifikasi

Maafkanlah...

Maafkanlah pena yang mengungkap kata
Kerana membenihkan butir-butir bicara
Yang mungkin menusuk tajam minda

Maafkanlah jemari yang selalu menari
Kerana membuahkan bait-bait intipati
Yang mungkin memalapkan cahaya inspirasi

Maafkanlah minda yang aneh ini
Kerana membuatkan jiwamu kesesakan
Kerana membuatkan perasaanmu kecewa
Kerana membuatkan hatimu menangis

Mengkhayalkan semangatmu
Merugikan masa luangmu
Menjadikan dirimu jauh kealpaan

Kerana apa yang kau idam-idamkan
Tidak kelihatan
Di kalangan kami

Maafkan kami...

4 comments:

  1. nah. itu dia. berpuitis suda dia ba.hehe

    ReplyDelete
  2. @nhajCemburu kan asyik kau ja yang berpuisi n bersyair.. Muahua3! XD

    ReplyDelete
  3. @samizul.net haha. susah aku cari rezki mcmni. ada suda pesaingan.hahahahaha! ba,selamat menukilkan kata2.

    ReplyDelete
  4. @nhajDei, menggugatkah? Bah, sedialah bungkus.. Muahua3! XD Terima kasih x2.. =D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!