Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, April 26, 2011

Paparan ShoutMix Berlainan?

Hari ini aku awal bangun. Terbangun sebenarnya. Mungkin sebab keadaan bilik yang panas. Kipas sengaja tidak dihidupkan suisnya supaya aku mudah terjaga. Inilah antara tip mudah bangun atau bangun awal gaya MSS, muahua3!

Untuk mengantukkan diri semula, aku pun buka lappy, masuk internet dan baca blog-blog. Aku suka baca dan tengok balik-balik blog aku ni sebab aku rasa ianya sentuhan terbaik yang aku hasilkan. Sebab tu kalau kamu pengunjung dan pembaca setia blogku ini, kamu akan perasan perubahan-perubahan ke arah yang lebih baik dan segar. Umphh gitu.

Sambil buka lappy ni pun, boleh juga cas telefon. Fon aku boleh dicas guna sambungan USB. Jaranglah tiada lappy ni sebab lappy ni kira macam bini #2 seluar dalam sudah. Sentiasa ada walaupun ada masa juga ia tiada. Muahua3!

Okay berbalik kepada tajuk, rasanya semua blogger tahu ShoutMix kan? Secara peribadi, ShoutMix ni adalah ChatBox ringkas yang menarik penampilan serta fungsinya. Ada lagi ChatBox lain yang lebih WoW tapi penilaian ini bergantung dengan kehendak orang yang hendak pasang ChatBox.

Aku selalu guna Browser Chromium [kembar Google Chrome] dan Firefox [FF]. Ketika mula-mula berkenal-kenalan dengan Ubuntu Linux sekitar penghujung [selepas Konvo] tahun 2009, aku lebih menggunakan FF sebab prestasinya WoW. Lagipun, bila sudah lama guna, banyak Bookmark dan Data yang sudah tersimpan sejak mula digunakan. Tapi akhirnya, aku jadikan Chromium sebagai Browser utama sebab paparannya lebih memuaskan di samping prestasi yang zapp! lajunya. Haha.

Jadi tadi, bila aku lawat blog ni guna FF, aku terperasan ada beberapa menu di ShoutMix 'hilang'. Aku pun buka Chromium dan periksa sendiri perbezaannya. Jom tengok gambar ni [right-click dan pilih Open Link in New Tab untuk paparan imej yang lebih jelas]:-

ShoutMix di Firefox 4.0
ShoutMix di Chromium 10.0

Tengok Cursor Mouse di ShoutMix tu.. Tiada menu 'Hantar' dan '+' kan..? Oho!

Ada siapa-siapa alami perkara yang sama? Ada siapa-siapa boleh kongsi penjelasan kenapa? Ehe

Nota : Paparan www.samizul.net tampak sakti, somboy dan paling comeng bila menggunakan Chromium atau mungkin secara umum - browser platform Webkit. IE pula?

4 comments:

  1. Sy nda pasti pernah jumpa atau tidak shoutmix yg mcm tu...Tp kotak komen mmg pernah..Nda blh taip komen. Jd sy kasi tinggal..kasian..nda dpt komen dr sy..ekeke.

    ReplyDelete
  2. @Zurina J.
    Aik, iyabah.. Kau kan guna Firefox.. Nda kau terus kasi banding2 dengan contoh gambarku tu..? Ehe. Betul tu, pernah juga ChatBox yang ntah mana tempat isi nama n lain2 tu. Jadi, baca jelah. Hua2..

    ReplyDelete
  3. sya guna firefox.. hehee..:D
    setakat ni macam ok jak blog ni. shoutbox pun ok jak. nasib ada lagi button hantar dengan + tu. hehe

    ReplyDelete
  4. @WanFadhilah
    Oo.. Iyabah Wan.. Adei, mengkali pandai datang2 tu hilang 'hantar' n '+' tu tau, uhu3.. Terima kasih ya.. =D

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!