Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, April 09, 2011

Pesta Kalimaran Tenom 2011

Nota : Suntingan bebas oleh samizul.net

Pesta Kalimaran
07-10 April 2011
Padang Pekan Tenom

Kredit n Sumber : Blog PKKM Sabah

Sepintas lalu...

Pesta Kalimaran adalah perayaan tahunan bagi suku kaum Murut di Sabah. Perayaan yang kaya dengan kebudayaan Murut dan mewakili semua aspek kebudayaan Murut turut diadakan. Untuk mengenali lebih dalam mengenai kebudayaan Murut, maka, Pesta Kalimaran adalah tempatnya.

Perkataan Kalimaran adalah merujuk kepada aktiviti pembuatan kraftangan Murut. Ianya merujuk perkataan Murut iaitu Ralaa dan Alimar. Ralaa bermaksud wanita muda dan Alimar bererti gigih berkerja, minda yang kuat, ketekunan dan boleh dipercayai.

Menurut cerita, ada seorang wanita muda Murut bernama Ralaa. Dia seorang yang rajin berkerja. Tetapi abangnya yang bernama Yolomor hendak mengorbankan Ralaa untuk kebaikan masyarakat mereka. Sebelum dia dikorbankan, dia telah mengeluarkan banyak hasil kraftangan seperti Tikar, Silaung, Tikalis, Buyung, Lintoyog dan Onot dengan menggunakan bahan asas buluh, rotan dan bamban. Ralaa mengakhiri kalimarannya dengan menenun kain Sampoi dengan menggunakan benang yang dihasilkan dari akar pokok Timahan. Akhirnya Ralaa telah dikorbankan oleh Yolomor untuk mendapatkan benih bagi ladang pertaniannya.

Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat Pesta Kalimaran sebagai perayaan peringkat negeri pada tahun 2003. Perayaan peringkat negeri yang pertama telah diadakan pada 4 - 5 April 2003. Bermula dari situ perayaan ini disambut pada bulan April setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut. Perayaan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Sabah dan Persatuan Murut Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom. Untuk tahun 2011, beberapa aktiviti telah beralih tempat ke padang pekan Tenom, disebabkan beberapa kerja menaik taraf Pusat Kebudayaan Murut yang sedang dilakukan.

Pusat Kebudayaan Murut adalah pusat kebudayaan setempat yang terbesar untuk kaum Murut di Sabah. Ianya terletak di Kampung Pulong, Tenom. Jaraknya lebih kurang 13 km dari pekan Tenom. Pembinaan pusat yang unik ini bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Bangunan unik ini adalah tempat kaum Murut memanifestasikan keseluruhan aspek kebudayaan kaum Murut. Satu lagi keunikan bangunan ini ialah bahan pembinaan yang menggunakan kayu Belian [sejenis kayu keras] dan merupakan bangunan terbesar yang menggunakan kayu Belian yang dibangunkan di Borneo.

Kalimaran tahun ini sekali lagi akan menampilkan keunikan kebudayaan masyarakat Murut yang akan dipersembahkan kepada masyarakat lain di Sabah. Selain aktiviti tradisi masyarakat Murut, tidak ketinggalan Program Merakyatkan Seni : Rumah Terbuka Ansaluang 2011 akan turut diadakan dan dikendalikan oleh JKKN Sabah. Manakala pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah pula diberi penghormatan untuk menyelaras program jualan kraf dan aktiviti interaktif / pendidikan kraf sepanjang Pesta Kalimaran berlangsung.

Kalimaran Penjana 1Malaysia

Kredit dan Sumber : [01] [02]

2 comments:

  1. ko yg tulis artikel ni? boleh buat duit sudah kalau boleh kumpul info gini

    ReplyDelete
  2. @Sasa Al-Sharif Aku tulis semula ja dengan sedikit suntingan bebas.. Tulisan asal ada di blog PKKM Sabah tu.. Ehe.. Aik, iyabah.. Aku nda tau pun boleh bikin duit tulis info macam ni, hua2..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!