Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, April 08, 2011

SS : Kau yang ku azankan [01]

Bunyi jemari menekan papan kekunci agak kuat kedengaran. Komputer riba yang agak usang itu masih berfungsi dengan baik, bisik hati sang pengguna. Ini model lama. Spesifikasi, keupayaan dan prestasi model ini sudah jauh ketinggalan berbanding sekarang. Namun, bagaikan barang antik yang dijaga rapi, komputer riba itu masih tersergam indah dibilik khas. Masih berfungsi dengan baik untuk melakukan tugasan tertentu. Dia datang menghidupkan komputer riba ini adalah untuk mendapatkan akses. Akses ini penting kerana sistem perkongsian dalam talian dua dekad yang lalu mempunyai satu keunikan yang agak merumitkan 'penceroboh'.


Cloud System yang mula popular sekitar dua dekad yang lalu sudah maju dan luas penggunaannya sekarang. Dirinya tiada pilihan lain melainkan menggunakan identiti perkakasan komputer riba antik ini untuk memasuki Cloud System. Ini wajib. Identiti perkakasan amat sukar dipalsukan lebih-lebih lagi bagi perkakasan lama.

Lelaki ini tersenyum kecil kerana MSS Cloud System menunjukkan tanda-tanda positif semasa memproses aksesnya masuk ke dalam akaun itu. Proses memuatkan data [loading] selesai. Walaupun agak lama, dia tetap tersenyum riang. Apa yang ingin dicarinya sekejap lagi akan ditemui.

Chakkk! Satu prank [usikan] muncul ketika membuka folder [fail] yang berwarna biru keungu-unguan. Berkilat. Folder itu memang yang ingin dimasukinya. Prank itu menunjukkan imej seorang yang ala-ala profesor meminta nama pena dan kata laluan. Ini trik sebenarnya. Sekiranya pengguna mengisi nama pena dan kata laluan, walaupun tepat, Cloud System akan membawa pengguna keluar [logout] dengan serta-merta. Tetapi, paparan menunjukkan kononnya ada abjad atau nombor yang salah. Apa yang lebih 'menakutkan', akses semula dari identiti perkakasan dan individu yang sama akan dihalang untuk tempoh lima tahun.

Lelaki ini tahu rahsia tersebut kerana sudah dua kali dia dikenakan oleh lelucon ini. Apa yang hanya perlu dilakukan semasa prank ini meminta nama pena dan kata laluan ialah mengklik imej professor dalam rupa bentuk Chibidle. Setelah diklik, imej itu akan tersenyum ceria dan akan membawa pengguna masuk ke destinasi yang dituju.

Kali ini, tiada lagi raut senyuman di wajah sang pengguna. Mata dan mindanya fokus meneliti kandungan folder maya ini. Inilah saat-saat yang dinantikannya sejak 10 tahun yang lalu.

-Bersambung minggu hadapan.
*****

Nota : Siri-siri Skema [SS] diterbitkan setiap Jumaat. Jangan ketinggalan!

6 comments:

  1. siri skema...wawh!..tak maw ktinggaln lah klu yg skema2 nie.uhu

    ReplyDelete
  2. adei.. nak tergelak pun ada. hehe.. tpi ok la tu

    ReplyDelete
  3. @Nur Armilla Mejon Iya, luvi mesti nda ketinggalan tu.. Kalau nda, lawliet denda pamping.. Muahua3!

    ReplyDelete
  4. @WanFadhilah Aik, apa yang kau mau tergelak tu a Wan..? Oho3..

    ReplyDelete
  5. nda.. bila baca ayat skema, terasa lucu.. hehehe.. jgn marah ar.

    ReplyDelete
  6. @WanFadhilah Oo, yang tajuk kah, ehe.. Nda lah marah.. Junior sendiri juga kan.. xp

    Mula2 mau kata siri2 ideal tapi macam nda siuk pula. Jadi, tu pilih Siri2 Skema supaya jadi SS, hua2..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!