Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, April 22, 2011

SS : Kau yang ku azankan [02]

Kredit n Sumber : partnership37a

"Syumilah, tolong mak sediakan makan malam kita.."

"Ya mak.."

Syumilah segera menuju ke dapur. Menu sudah disiapkan. Hanya menunggu saat untuk dihidangkan.

"Aik, lada hitamnya mana? Jaga, nanti papa kamu membebel siap kamu.."

Syumilah kaget. Entah apa yang membuatkan kepalanya tidak ingat akan lada hitam - penambah perisa tambahan kegemaran ayahnya. Pelik juga tabiat makan papa ni, getus hati kecil Syumilah.

"Abang kamu di mana? Hai, takkan tak habis-habis lagi menghadap komputer tu. Pergi panggil abang kamu tu.."

"Abang tunggu suara papa kot. Abang tu manja sangat dengan papa.. Dengar ja papa bagi salam, terus berlari keluar peluk papa.."

"Manja ada maksud tu.. Dah, kamu pergi ingatkan dia. Mana tahu dia tertidur.."

Begitulah rutin harian mereka sekeluarga. Makan malam sekitar jam 8 malam. Selepas selesai menunaikan fardhu Isya'. Kadang, ayah mereka di rumah. Kadang juga, mereka sekeluarga ke surau berdekatan berjemaah.

"Assalamu'alaikum.."

"Papa..!", jerit Syumil. Dia lah yang paling ke depan menyambut setiap kepulangan ayahnya ke rumah.

"Abang, makan malam dah sedia. Marilah duduk rehat-rehat dulu di meja makan.."

"Iya sayang.."

"Eh, papa cium mama lah kat dahi.. Dengan Syumil dan Syumilah, kat pipi ja pun..", 'kacau' Syumil.

"Sebab kamu dua comel sangat. Tu papa kamu suka cium kamu di pipi.."

"Owh, mama comel di dahi lah ek..?"

"Eh, adakah pula begitu. Dah, mari ke meja makan. Nanti makanan tu sejuk, kurang pula khasiatnya.."

- - - - -

"Mama, kenapa macam besar sangat tudung Syumilah ni.. Rasa panaslah.. Syumilah nak yang macam kawan-kawan Syumilah pakai tu..", tanya Syumilah ketika bersiap-siap hendak ke sekolah. Syumilah sekarang di Darjah 2 dan abangnya Syumil di Darjah 4.

"Yang belit-belit dileher tu..?"

"Iya, yang macam tu lah.."

"Oh yang tu.. Jadi, kamu nak pakai tudung Showl lah ni..?", tanya ibunya.

"Haah, tu lah namanya mama.. Ringkas ja kan. Tak payah seterika-seterika, tak panjang-panjang sampai dekat pinggang.."

"Okay, cuba beritahu mama, macam mana mama bila pakai Showl ni.."

Syumilah sedikit terkejut. Tapi, dia tetap fokus melihat ibunya memakai tudung yang dinamakan Showl itu. Showl itu agak besar. Edisi orang dewasa. Syumilah menunggu ibunya selesai bersiap.

"Hah, mama dah siap. Cantik tak mama..?"

"Cantik! Syumilah suka tengok wajah mama.. Ummmuahh!", satu ciuman penuh kasih sayang dihadiahkan buat ibunya yang sememangnya senantiasa tampak menawan dan penuh dengan kelembutan.

"Tapi, wajah mama ada berubah sikit. Nampak lebih bulat. Dahi pun, semacam ja Syumilah tengok.. Bahu mama pula, nampak sangat.."

"Kain bawah dagu ni pula..?", soal ibunya, memancing.

"Syumilah nampak macam tergantung pula. Biasa mama pakai panjang sampai kat sini..", sambil Syumilah mengajukan tangan ke perutnya sendiri.

"Okay sekarang Syumilah tengok mama dari tepi, berjalan-jalan dan bergaya-gaya pula.."

Ibunya lantas melakukan apa yang disebutnya tadi. Syumilah hanya diam memerhati. Sambil melihat reaksi dan clue penting dari gerak-geri yang sengaja ditunjukkan ibunya, Syumilah mula memahami dengan baik perbezaan penampilan ibunya ketika mengenakan Showl dan jenis tudung yang dingomelnya tadi.

Tertutup, terbuka. Tersembunyi, terdedah.

Kredit n Sumber : LeeAna Collections

- - - - -

"Papa, bila papa nak ajar Syumil guna Ubuntu?"

"Papa tak payah ajar kamu. Papa hanya nak tunjuk kamu sahaja.."

"Habis, macam mana Syumil nak pandai main game di komputer tu nanti..?"

"Ala, bukannya susah sangat pun tu. Syumil selalulah buka dan guna komputer tu. Lama-lama, Syumil pandailah guna.."

"Yeyeah, hihi.. Tak sabar-sabar nak lawan rekod papa dalam game PyChess tu.. Fischer Random..", balas Syumil sambil tersenyum-senyum meminta perhatian.

"Okay, papa tunggu. Sebelum papa, kalahkan rekod mama kamu dulu lahh.. Mama kamu pun hebat macam papa juga. Cuma, papa selalu menanglah, ehe3.."

Ketika dua beranak itu melintas jalan, kelihatan seorang makcik tukang sapu sedang mengangkat seekor anjing yang meraung-meraung seperti kesakitan yang amat sangat. Syumil bergegas menuju ke arah makcik tersebut sambil diekori ayahnya.

"Makcik, kenapa anjing ni..?", tanya Syumil dengan raut muka yang jelas sedih.

"Anjing ni sakit di bahagian pinggang atau pinggulnya. Macam ada yang patah.. Kelmarin lagi makcik nampak anjing ni asyik berbaring di tepi jalan. Jadi hari ni, makcik angkat anjing ni nak bawa berubat."

"Tapi kawasan sekitar dalam daerah kita ni, tiada klinik atau pusat rawatan haiwan. Yang berdekatan pun, jauh dari kawasan kita ni.."

"Iya, betul tu. Jadi makcik cadang bawa anjing ni ke rumah dahulu. Jaga dalam beberapa hari sambil rawat mana yang makcik mampu. Mungkin tukang urut atau pengamal kesihatan yang lain boleh tolong sikit-sikit.."

"Kalau begitu, mari kami hantar makcik pulang. Boleh juga bila berkelapangan nanti, kita sama-sama bawa anjing ni ke pusat rawatan.."

"Terima kasih.. Adik jangan sedih ya.. Sama-samalah kita berdoa supaya anjing ni sembuh juga.."

Raut wajah Syumil sudah mencuka.

"Kasihan anjing ni. Tengok di bawah kelopak matanya sudah hitam-hitam.. Tahan sakit kuat..", Syumil menzahirkan simpati.

Ayahnya tersenyum lalu mengusap-usap kepala dan belakang permata hatinya itu.

Contoh Fischer Random


-Bersambung minggu hadapan.

* * * * *

Nota : Siri-siri Skema [SS] diterbitkan setiap Jumaat. Jangan ketinggalan!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!