Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, May 31, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ABG ASHRULMUZANIE, TAHNIAH ANIRAH & AFIFAH!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali! Yaa, setelah beberapa jam mengumpul tenaga setibanya dari perjalanan yang jauh, nah tibalah masanya untuk melayan sang weblog, haha. Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku akan kongsi beberapa cerita yang sepatutnya sudah dipos minggu lalu. Sebagai pembuka tirai, tajuk di atas menjadi pilihan. Cukup panjang bukan? =D

Titipan teristimewa buat abang Ashrulmuzanie dan kak Atiyah yang telahpun memulakan pelayaran bahtera di alam rumahtangga, TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan! ;D

Sumber n Kredit buat Ilham

Abang Ashrul merupakan senior mantan JAKMAS KKCD 06/07 UMS iaitu pimpinan sebelum era kami, 07/08 manakala kak Atiyah pula [kalau nda silap lahh] merupakan senior di KKCD juga yang ambil program Perubatan. Waah, senanglah abang Ashrul kalau ada pening-pening, lemah-lemah, penat-penat ni. Nda perlu ke hospital pun, muahua3!

Sumber n Kredit : Ashrulmuzanie

Titipan teristimewa juga buat Anirah Mejon - ehem2 - yang telahpun selamat mengikat tali pertunangan pada 28hb Mei yang lalu. Dengar-dengar dengan orang Pitas. Silap-silap aku kenal mengkali, hua2. Maaf bakal abang ipar nda berkesempatan datang memeriahkan walaupun peluang - melalui jemputan khas - telah dikirimkan, ehe. Masih di Tenom bah waktu tu. Ngam-ngam lagi kena demam tonsil, adoiii.

Titipan teristimewa juga buat Afifah Hussin yang bakal mengikat tali pertunangan esok hari 1hb Jun. Terima kasih ya sudi hubungi nombor telefon dan maklumkan jemputan. Segan pula cakap mau kiriman kad. Lainlah kalau kompom datang, ehe. Ohya, Fifah ialah junior masa di UMS dulu. Ahli Exco AKBA yang mana portfolio AKBA ni di bawah NYDP3. Cepat betul masa berlalu. Rupanya hampir semua geng AKBA era kita hampir tiada sudah di UMS. Badar, Nizam, Azlinda, Sheila, Zainab dan termasuklah Fifah. Tinggal Wiwin lagi di UMS, uhu3.

*Maaf, tiada gambar yang berkaitan. Insya Allah kalau ada, akan dimuat naik juga di sini terutamanya dari koleksi gambar dulu-dulu.

Apapun, aku tetap gembira bertemu dengan kamu semua, walaupun sekejap saja, untuk mencorakkan diari hidup ini. Kenangan terindah bak kata Samsons.

Seperti biaca sebagai tinta kenangan dariku; Dari jauh, dititipkan doa buat kesejahteraan, keredhaan dan kebahagiaan buat kamu berenam.

Moga istana cinta yang dibina mewujudkan bahagia bukan setakat ke anak cucu, tapi hingga nyawa terpisah dari jasad, hingga ditemukan semula di alam abadi.

Selamat Pengantin Baru! Selamat Bertunang! ;D

Monday, May 30, 2011

OTAI BLOG INI KEMBALI AKTIF, HAHA

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Yeahh, kita bertemu lagi! MAAF tiada kemasan terkini dalam dua hari ini [sejak Jumaat]. Kenapa? Sebab, selaku penghormatan kepada beberapa perkara; Beberapa orang geng karas telahpun selamat meninggalkan aku seorang-seorang di alam bujang ni [Hahaha. Nanti sambung pos], Perlawanan Liga-liga Juara [Pasukan yang aku tupa' fanatik sokong kalah kaw-kaw], juga aku agak sibuk mengomen di portal berita www.sabahkini.net dan tidak dilupakan juga, aku - dari jauh - mengikuti perkembangan satu lagi hari bersejarah buat komuniti yang 'mendewasakan' aku di dunia blog iaitu WSB May Gathering. Kepada bos dan geng WSB, MAAF sebab aku nda dapat datang. Malu aku kantoi suara nda macho pagi tu, muahua3!

Tulisan kali ni ringkas ja. Aku tengah memaku punggung dalam Tung Ma. Dalam perjalanan balik ke kampung halaman. Bila sampai nanti, insya Allah aku akan berhikayat lagi di sini. Perjalanan kali ni transit KK. Jumlah jam perjalanan ialah 6. Nyaman eh, haha.

Antara ceritaku nanti ialah apa yang aku ada janji sebelum ini. Bacalah balik pos-pos yang lalu kalau mahu tahu apa, ehe. Tapi biasalah, aku ni baik hati bah. Jadi, aku bagi clue untuk semua teka. Aku ni ada bakat detektif bah juga kan? Muahua3!

Bah ni clue-nya

Baju Korporat Terbaik yang aku ada sekarang, ngeh3..


Okay, sampai di sini dahulu. Flight 12pm. Aku ni nda okay membaca dalam kenderaan yang bergerak. Baca sms pun pening-pening. Bah, selamat bersantai dan menghadapi hari dengan penuh ceria. Salam Kaamatan 2011. Doakan perjalanan kami ku. Jumpa lagi! =D

Nota : Sejak beberapa jam yang lalu, aku ada muat naik video-video yang baikkk punya. Jom tengok di [sini].

Friday, May 27, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAFWAN DAN IHSAN!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Titipan teristimewa buat Safwan dan Heriane serta Ihsan dan Murnira yang sedikit jam lagi memulakan pelayaran bahtera di alam rumahtangga, TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan! ;D

Lihat Event Safwan n Heriane di [sini].


Lihat Event Ihsan dan Murnira di [sini].


Dari jauh, dititipkan doa buat kesejahteraan, keredhaan dan kebahagiaan buat kamu berempat.

Kad Jemputan Safwan dan Heriane


Wasiat Terakhir sebelum pergi meninggalkan alam bujang, hahaha


Moga istana cinta yang dibina mewujudkan bahagia bukan setakat ke anak cucu, tapi hingga nyawa terpisah dari jasad, hingga ditemukan semula di alam abadi.

Selamat Pengantin Baru! ;D


Nota : Sila rujuk Event tu untuk butiran lanjut ya. Buat Ihsan, terima kasih banyak2 atas kiriman kad jemputan kahwin yang sungguh istimewa. Jauh tu kau kirim. Cantik lagi tu. Aku mau tayang sini tapi nanti timbul rasa minta puji dan riak pula.. Sebab, aku tahu tidak ramai yang dapat kad tu lebih-lebih lagi dari kalangan geng di UMS dulu, muahua3! XD

TERIMA KASIH! 200+ ORANG 'LIKE' KAMI!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali.. Keghairahan untuk mengemas kini weblog kesayangan ini semakin meluap-luap pabila loceng - yang menandakan cuti sekolah telah bermula - dibunyikan. Ini membawa petanda bahawa masa untuk fokus sepuas-puasnya di dunia maya-blog ini sudah sampai.

Baik, kali ni aku mahu bercerita pasal "Kelab Peminat MSS". Ehh kejap, sejak bila kelab ni ada? Serius meh kelab yang betul-betul punya? Hahaha. Relaks. Sebenarnya aku sengaja mensensasikannya. Hal itu ialah mengenai butang Like / Recommend Facebook. Mereka yang memiliki akaun Facebook, bila masuk ke blogku ini, boleh klik Like Button tu. Ini sebagai tanda sokongan moral kepada pengendali blog.

Aku tidak ingat bila tarikh aku mula pasang butang Like ni. Apa yang boleh aku ceritakan, butang ni aku pasang sekitar penghujung tahun 2009 hingga awal tahun 2010. Masa tu, butang Like ni antara 'plugin' Facebook yang terawal yang boleh dipasang di mana-mana medium yang menyokong kod skrip [HTML/PHP/etc]. Bila tengok butang Like sekarang ni, macam naik taraf yang ke-4 sudah sejak yang mula-mula aku pakai. Sekarang, bila Like, boleh buat komen sekali, ehe. Gambar butang yang aku pakai masa mula-mula boleh tengok di sini.

Sekarang boleh kata sudah setahun lebih, barulah jumlah Like tu melepasi angka 200. Aku pun tak ingat bila capai 100 sebab tidak sempat ambil gambar, uhu.

Jadi di kesempatan ini, aku ucapkan bebanyak terima kasih buat mereka yang sudi klik Like tu sebagai sokongan kepada aku berblog. Aku tidak tahu statistik siapa orang yang ke-100, ke-200 tu tapi yang pasti aku orang yang pertama yang Like lah, ehe.

Jom layan gambar yang dipaparkan oleh Mozilla Firefox 5 versi Beta 2 ini..! =D

[1/2]
Tengok cursor ya. Ni snap masa tengah malam semalam. Cun-cun 200 orang termasuk aku, ehe..

[2/2]
Ni pula aku snap tadi jam 3 petang. Kurang 24 jam, bertambah 10 orang..! =D


Okay, yang belum klik tu, jangan malu-malu untuk klik ya. Kalau rasa kamu suka / kagum / tergoda / tertarik dan menarik blogku ini, nah kliklah. Automatik kamu jadi "Ahli Seumur Hidup Kelab Peminat MSS".. Muahua3! XD

Kalau kita sudah Friend di Facebook, gambar+nama kamu akan aku dapat lihat dan begitu juga kamu bila kamu masuk melawat lagi. Ada pusingan gambar mana yang terpapar. Kalau kita tidak Friend di Facebook, maka gambar+nama kamu tidak akan dapat aku lihat. Jadi, jangan risau lah ya..

Nota : Kalau sudi, Follow lah bah sekali weblogku ni kalau sudah klik Like. Nda kamu kesian tengok Follower ku; Dari Google = 281 orang jak dan dari Facebook = 24 orang jak. Kesian kan, nda pemes.. Muahua3! X>


u/p : Adakah demam tonsil? Aku demam + pening sikit-sikit dan yang paling nda selesa ialah sakit tekak lepas menyanyi sakan kelmarin. Apa aktiviti kelmarin? Tungguuu di pos yang seterusnya..! =D

Wednesday, May 25, 2011

KAMAL0 YANG KASIHAN?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali.. Setelah agak lama tidak mengakses masuk ke laman Gumuu, hari ini tempoh 'sepi tanpa login' itu ditamatkan. Aku kembali mengakses masuk ke Gumuu untuk mencopet sesuatu. Barang baikkk punya. Apa dia? Hah nanti aku pos juga sini. Sabar okay.

Bila aku masuk, aku nampak ada bahan [dokumen] yang aku muat naik di Gumuu sudah dikomen oleh seseorang. Jom layan gambar-gambar lawak panas ini:-

Gambar ini bukan hiasan semata-mata, ehe..

HAHAHA!

KAH KAH KAH!

MUAHUAHUA!


Aku rasa simpati dan terlintas di fikiran secara tidak sengaja bahawa individu yang menamakan diri sebagai 'Kamal0' di laman Gumuu ini adalah seorang yang kasihan dan mungkin naif. Lebih-lebih lagi bila dia mengatakan; "Saya dapat rasakan bahawa kebangkitan isu menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara pun datang dari awak..".


Ayat-ayat puitis n dramatik Kamal0. Bagus dia kirimkan komen dalam bentuk audio [wav, mp3, ogv dll].
Senang juga aku menghadamnya..



Ini yang buat aku terketawa dan hampir-hampir batal Wudhu' untuk Isya' nanti sebab senak di perut. Angin masuk dari mulut, menuju ke perut, lalu keluar melepasi bont*t. Muahua3!

Profil Kamal0 di Gumuu.


Duhai Kamal0, aku tidak berminat untuk mengetahui identiti kau yang sebenar. Tapi aku tahu, peluang untuk kau menyelongkar identitiku terbuka luas. Aku bukan sang pengecut dan penyamar semberono.

Duhai Kamal0, kau tahukah siapa yang mula-mula mencetuskan isu 'Kristian Agama Rasmi?' ini? Pernahkah kau mendengar nama samaran [seperti kau juga] Big Dog atau dalam terjemahan literal bahasa melayunya ialah 'Anjing Besar'? Media manakah pula yang mensensasikannya hingga membuatkan Presiden Perkasa bagai dirasuk melancarkan 'Jihad Perang Salib'*?

*Lihat video istimewa di [sini].

Kalau tak tahu, aku nasihatkan supaya bila kau masuk lagi ke alam internet ini, rajin-rajinlah jumpa Prof. Google untuk cari bahan-bahan bermaklumat yang bertaburan di alam maya ini. Baca. Timbangkan dengan fikrah yang sejahtera. Agenda Buku Jingga ni aku rasa macam belum kau khatam. Khatamkan dahulu. Jangan buka TV, asyik layan TV 3Suku atau baca akhbar Meloya. Kau tak percaya atau buat-buat tak tahu juga, itu nasib kau lah.

Duhai Kamal0, aku bukannya penentang kerajaan. Aku cuma seorang 'penentang' parti yang menjadi kerajaan [sekarang]. Aku kasihankan kerajaan Malaysia yang sudah haru-blue dek parti ini. Aku berada dalam badan kerajaan, aku boleh nampaklah sendiri. Kau tak faham juga? Apa boleh buatlah.


Klik imej untuk muat turun. Bacalah! d(^^,)



Nota : Dokumen ilmiah yang lain boleh dilihat di [sini].

Monday, May 23, 2011

PPA FIREFOX 5 BETA UNTUK UBUNTU

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera. 

PPA [Personal Package Archive] Firefox 5 versi Beta khusus buat pengguna Ubuntu telah disediakan sejak 20hb Mei yang lalu.

Untuk makluman buat peminat dan pengguna tegar browser Firefox atau nama penuhnya Mozilla Firefox, browser ini akan mempunyai, aku namakan sebagai, 'Kitar Versi' bermula Firefox 4.0 hingga yang seterusnya. Kitar versi ini bermaksud, setelah melalui suatu tempoh, Firefox versi stabil yang baharu [terkini] akan dilepaskan kepada pengguna akhir. Ini bermaksud, ada jadual pelepasannya.

Contohnya seperti Ubuntu, kitar versinya ialah setiap 6 bulan sekali. Sekarang, versi Ubuntu ialah 11.04 di mana nombor belakang kod itu menunjukkan bulan ia dilepaskan. Maka 6 bulan [5 kalau ikut perkiraan bulan semasa pos ni ditulis] dari sekarang, versi terbaharu Ubuntu ialah 11.10 di mana 10 menunjukkan bulan ia bakal dilepaskan ialah Oktober.

Source n Credits : web upd8


Sempena pembaharuan ini, beberapa Channel atau saluran untuk versi Firefox diwujudkan. Channel-channel itu ialah:

a. Aurora : Versi ini mempunyai semua ciri terbaharu tetapi tidak cukup stabil berbanding versi Beta dan versi Release [ikut perkataan English ya supaya salah-faham dapat dielak],

b. Beta : Versi ini mempunyai ciri yang telah melepasi tahap Aurora dan telah atau sedang diuji untuk menjadikannya lebih stabil, dan

c. Release : Versi ini ialah versi muktamad [Final Release bagi Firefox tersebut] yang telah diuji dan dicuba oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.


Pengguna Ubuntu yang berminat untuk mencuba Firefox 5 versi Beta ini [sekarang Firefox 5b2 sudah], bolehlah mengikut langkah yang ditunjukkan oleh Andrew. Aku cuma tukang sampai berita dalam Bahasa Melayu ja ;-)

Bacaan lanjut mengenai Firefox 5, sila lihat [01] dan juga [02].

Selamat mencuba!


MSS: Browser utama aku sekarang ialah Chromium [kembar Google Chrome]. Weblog ku ini tampak sakti dan anggun jika pembaca menggunakan browser Chromium atau Google Chrome. Tak caya? Cuba dan alami perbezaannya! =D

Special Thanks to Andrew for the news! =D

GAMBAR KENANGAN PENGHUNI MADRASAH AT-TAQWA, SELANGOR

Nota : Baca artikel berkaitan; TRAGEDI TANAH RUNTUH DI MADRASAH AT-TAQWA, SELANGOR


Aku terjumpa satu gambar di Wall kenalan di Facebook, yang menunjukkan para penghuni Madrasah At-Taqwa bergambar kenang-kenangan [beramai-ramai] di khemah luar sejurus sebelum tragedi menyayat hati menimpa mereka.

Cuba tengok sebelah kanan gambar tu, nampak tanah bukit. Mungkin tanah itu yang runtuh. Aku tak tahu siapa yang telah pergi ke rahmatullah tetapi bila melihat si kecil cilik yang paling depan-tengah tu membuatkan hati bertambah sayu.

Sumber n Kredit : Mohd Khairul Ismail

TAKZIAH dan AL-FATIHAH buat semua mangsa dan kaum kerabat. Semoga diampunkan dosa dan mendapat balasan tempat yang terbaik di sisi Yang Maha Esa dan dikurnia kekuatan beserta kemudahan buat mangsa, kaum keluarga dan kerabat yang terlibat. -_- 

SEMAK KEPUTUSAN KPLSPM AMBILAN JUN 2011

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Rasanya ramai sudah yang tahu pasal berita ni. Seingat aku, keputusan untuk Temuduga Terbuka Kursus Perguruan Lepasan SPM [KPLSPM] telah boleh disemak sejak 21 Mei yang lalu. Apapun, aku mau kongsi jugalah, ehe. Sebelum bagi pautan tu, jom layan gambar-gambar hangat dulu.

Ini paparan web Kementerian Pelajaran Malaysia alias MOE. Tengok anak panah tu a..


Bila klik di Pemberitahuan tu, paparan ni akan muncul.. Klik 'Bahagian Pendidikan Guru'.


Hah lepas klik, paparan ni akan muncul. Isikan nombor Kad Pengenalan diruang yang disediakan..


Tada! Ini paparan bila permohonan adalah Dukacita. Siapa-siapa yang permohonanya adalah Sukacita, harap boleh kongsi gambar dan nanti aku muat naik di sini untuk kongsi dengan yang lain.. ^_^

Okay, faham sudah kan. Jadi sekarang, siapa-siapa yang nda kesabaran lagi mau periksa keputusan tu, silalah klik pautan ni; http://www.didik.my/kplspm/

Paparan ni aku ambil masa aku semak keputusan seseorang. Jangan tanya aku siapa. Biarlah rahsia, ehe.


Nota : TAHNIAH kepada yang berjaya! Kepada yang tidak ditawar, kalau mahu kecewa, kecewalah. Tetapi, biar berpada dan yang utama, jangan berputus asa. Semoga yang tidak ditawar mendapat peluang dan rezeki yang jauh lebih baik, insya Allah v(^^,)

Nota ii : Kalau rasa Suka atau ingin Kongsi makluman ni pada yang lain, boleh klik butang Like dan Share ya. Moga bermanfaat! d(^^,)

Sunday, May 22, 2011

CANTIK TAK W/PAPER BARU SAYA?

Petang. Sekadar pengisian ringkas lagi santai. Maaf, ini bukan segmen "Blogger dan Wallpaper Tercantik" okay. Aku cuma ingin tayang tunjukkan wallpaper terbaru di lappy kesayanganku - MSS LaWLiET. Nah, tengoklah puas-puas.. X>

MSS LaWLiET yang semakin seksi, ahaks!

Macam mana, cantik kan? Jangan terkejut kalau paparan desktop ku lain dari yang lain. Abnormal. Biasalah, blogger abnormal kan, muahua3!

Wallpaper ni aku jumpa di blog SyahrilHafiz.Com. Dia salah seorang otai bagi OS Ubuntu yang aku tahu, ehe. Ada beberapa lagi wallpaper yang lain diposnya tu. Silalah klik masuk, window shopping sekejap, dan kalau berkenan rembat saja. Percuma. Tanpa was-was.

Okay lah. Sampai di sini dahulu. Masih penat-penat ni. Baru balik dari outing tadi. Lepas ni kena sambung kerja untuk key-in markah budak-budak. Minggu depan minggu yang terakhir sebelum cuti sekolah bermula.


Nota : Sistem Komen sudah aku tidak tapukkan lagi. Jangan tanya aku kenapa. Tanya mereka yang baik hati, sudi mengomen diblogku ini. Muahua3!

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI MADRASAH AT-TAQWA, SELANGOR

Sumber n Kredit : Berita Harian

TAKZIAH dan al-Fatihah buat semua mangsa yang tlibat dengan tragedi ini. Terbaru menurut laporan Malaysiakini, 16 orang terbunuh dan 9 lagi selamat.

Juga menyedihkan bila ada seorang Menteri membangkitkan isu status asrama ini yang dikatakannya tidak berdaftar dengan kementeriannya dalam situasi sekarang.

Patut cakap-cakap sekarang adalah yang memfokuskan usaha bantuan dan khairat kepada semua yang terlibat. Apa kalau tidak berdaftar, tak mau beri bantuanlah ye?

Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh di mana Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban.

Turut aku puji dan lahirkan rasa gembira ialah bila Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berada dalam rangka lawatan di luar negara akan balik segera ke Malaysia. Uniknya, pengumuman ini diberitakan melalui isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Semoga Datin Seri terbuka hati untuk mendermakan sebahagian daripada peruntukan projek PERMATA kepada Institusi Pendidikan atau ilmu seperti Asrama Anak Yatim ini yang dikatakan tidak berdaftar di bawah Kementerian Wanita, Kebajikan dan Masyarakat. Begitu juga Sekolah Agama Rakyat [SAR] dan lain-lain yang saban tahun hauskan suntikan kewangan dan terbabit dengan isu status pendaftaran.


Nota : Lihat koleksi gambar tragedi di Berita Harian.

Kemasan terkini [23.05.2011] : Gambar kenangan penghuni sebelum kejadian.

Saturday, May 21, 2011

UTUSAN MALAYSIA, PERKASA DAN PERANG SALIB [#2]

Nota : Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya para pembaca mengalami sindrom sakit kepala seperti pening atau migrain. Secara mudah; dengan meneruskan pembacaan tulisan ini, maka pembaca bersetuju bahawa membaca tulisan ini adalah atas risiko sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca!

Sumber n Kredit : [Kelab Greenboc]


Perkasa [II]

Perkasa aku lihat baru sahaja menempah populariti dan 'kepedulian' bila ia semakin lantang bersuara selepas pasca Pilihan Raya Umum yang Ke-12, Mac 2008 yang lalu. Lebih-lebih lagi bila pertubuhan ini mengadakan Mesyuarat Agung Pertama mereka tahun lalu, 2010. Jelas, Perkasa baru sahaja berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan [ROS]. Semasa mesyuarat agung tersebut, Presiden Perkasa merangkap Ahli Parlimen [Bebas] Pasir Mas, Ibrahim Ali, menjulang dengan penuh semangat keris yang menjadi simbolik budaya Melayu. Perilaku ini seakan-akan sama di Perhimpunan Agung Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [PEKEMBAR] alias UMNO dalam bahasa asingnya.

Sumber n Kredit : [Addin]

Perkasa bergerak sebagai sebuah NGO yang dilihat mesra UMNO dan UMNO yang memegang Kerajaan Persekutuan Malaysia. Musuh utama Perkasa ialah Parti Tindakan Demokratik atau dalam bahasa asingnya Democratic Action Party [DAP] yang membawa ideologi Malaysian Malaysia. Ideologi ini dilihat seteru bagi 'mazhab' Ketuanan Melayu yang sentiasa hangat dinyalakan Perkasa. Bagai Aur dan Tebing, begitulah intimnya Perkasa dan PEKEMBAR. Bagai Anjing dengan Kucing, begitulah tabiat penganut mazhab Ketuanan Melayu bila bertembung dengan pendokong+penyokong ideologi Malaysian Malaysia.


Utusan Malaysia; 1Melayu, 1Bumi

Tahun 2011 membawa pelbagai kejutan dari Utusan Malaysia. Umpama sang juri ternanti-nanti apakah persembahan yang bakal diaksikan oleh sang pelawak di atas pentas setiap Jumaat malam, begitulah juga rakyat apabila melihat dan disajikan berita yang dilihat mencetuskan ketegangan yang memudaratkan. Ini semua berlaku selepas selesainya Pilihan Raya Negeri Sarawak. Apabila DAP yang hampir menyapu bersih [menang dengan majoriti undi] kesemua kerusi yang dipertandingkan, maka puak-puak UMNO selaku Ketua di dalam Barisan Nasional [BN] pun mendendangkan lagu bahawa pengundi cina telah bersatu; cina dengan cinanya, menolak konsep perpaduan 1Malaysia dan yang lebih teruk mereka dikatakan tidak berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan sedia ada yang telah banyak menyumbang itu ini demi rakyat, kononnya. Lantas, dengan pantas dan tangkasnya Utusan Malaysia mengeluarkan berita yang berbunyi; "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi!" sebagai menyahut lolongan puak-puak UMNO tadi yang menghina pengundi-pengundi cina kerana mengundi pembangkang. Jelas prinsip dan amalan demokrasi yang sihat dengan wewenangnya di-democrazy-kan oleh juak-juak UMNO-BN bila keadaan tidak memihak mereka.

Mari kita selidiki sedikit situasi ini. Puak-puak UMNO-BN mengatakan bahawa orang-orang cina telah bersatu melalui DAP. Maka di sini, puak-puak UMNO-BN tadi cuba mengolah persetujuan ramai [rakyat] khususnya Melayu dan Bumiputera bahawa orang Melayu dan Bumiputera perlu juga bersatu dan membentuk kesatuan yang ampuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang-orang cina yang memenangkan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.

Sumber n Kredit : [Addin]


Apa yang lawaknya seperti lawak Maharaja Lawak ialah, lawan calon DAP yang menang tadi ialah calon parti yang dominan oleh bangsa cina [ahli komponen BN] malah calon mereka juga berbangsa cina*! Justeru, apa asasnya dicanangkan bahawa orang-orang cina telah bersatu sesama mereka melalui DAP? Bagaimana jika bukan DAP yang menang? Apakah sebenarnya simbolik yang ditunjukkan oleh pengundi cina tadi yang memenangkan calon DAP dari Pakatan Rakyat?

Jawapannya mudah; Orang cina di kawasan tersebut MENOLAK [calon] orang cina dari parti komponen BN dan meletakkan Harapan Baru kepada orang cina yang bukan dari BN.

Bagi mereka yang lemah kekuatan membacanya akan agak mudah terpukau oleh slogan kolumnis Utusan Malaysia tadi yang cuba memujuk Melayu dan Bumiputera supaya terus memeluk kuat UMNO. Kerana, juak-juak UMNO tadi sememangnya amat khuatir jika ada Melayu atau Bumiputera yang cerdiknya secerdik orang cina yang memenangkan calon cina dari DAP tadi.

Mereka gundah-gulana jika Melayu atau Bumiputera tadi berfikiran begini; "Cukup-cukuplah tu UMNO-BN. Sudah puluhan tahun kami mengundi kamu, begini-begini juga kami. Walaupun ada beberapa perubahan di sepanjang era kamu berkuasa, masalah pada setiap era adalah berlainan dan perlukan solusi yang berlainan. Cukuplah, sekarang kami ingin lihat dan nilai prestasi pendatang baru yang membawa Harapan Baru. Kalau kami boleh bagi kamu tempoh lebih daripada 50 tahun memerintah, kenapa tidak boleh kami berikan tempoh sekurang-kurangnya lima tahun untuk mencuba pemerintahan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?"

Jika ayat ini terngiang di telinga sang gerombolan, maka aku yakin mereka sang gerombolan pasti tidak akan mimpi basah lagi kerana mungkin kain basah juga, tetapi oleh kencing kerana mengalami mimpi yang maha dahsyat. Siapa sangka UMNO-BN hampir-hampir dimuziumkan pada PRU-12 yang lalu?


*Rujukan lanjut: yusufultraman

Nota : Bersambung di Bahagian III. Baca Bahagian I di sini.

Friday, May 20, 2011

FADZLI ABD. KAHAR DIRAYU PULANG

Sumber n Kredit [1 Suara Sabah]


Kita Membantu Bersama


Seorang ibu bernama Noriah binti Abd Ghani yang menghidap penyakit kanser rahim dan kini terlantar di hospital merayu agar anak lelakinya yang bernama Fadzli Abd Kahar pulang ke pangkuan keluarga. Fadzli dikatakan tidak pernah pulang sejak dua tahun lepas.


Adik perempuan Fadzli iaitu Rosesinahwati meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui di mana abangnya berada supaya menghubunginya di talian 016-8343198 atau ibunya (Noriah) di talian 019-8961937.

Maklumat / Butiran lanjut, sila baca di sini.


MSS: Aku mau logout sudah ni tadi. Mau date dengan GNU Chess 5.07 dan anime Naruto Ep. 212 tapi terbantut seketika bila nampak berita ini. Harap pembaca sekalian dapat membantu sekurang-kurangnya dengan mengklik Like / Share di bawah untuk dikongsikan ke rangkaian anda. Terima kasih.

PETANG TADI AKU IKUT DEMO, AHAKS!

KAMI BANTAH PROJEK LYAKNAT


Seperti yang aku bagi tahu sebelum ini, aku ada janji temu hari ini, jam 2 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau dalam bahasa asingnya, KLCC. Kenapa nama KLCC bukan PKKL? Mungkin betul kata sang Menteri, kita malu sangat nak pakai Bahasa Melayu [BM] jadi pertuturan rasmi dan digunakan secara meluas dalam negara kita. KLCC, KL Tower, UMNO, DAP dan banyak lagi. Kalau serius nak martabat dan daulatkan BM, sila ubah nama-nama gergasi alias imej Malaysia ini terlebih dahulu. Malang jika hanya Matematik dan Sains sahaja yang 'di-BM-kan' semula. Haha!

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya, bukan jasadku yang telah menginjak sendiri secara nyatanya di sana tetapi jiwa dan fikrahku melayang-layang berterbangan menunjukkan solidariti dari negeri di utara Tanah Besar Borneo. Bak kata orang bercinta-berjiwang; Jauh di mata, dekat di mata-mata. Oupsss, maaf. Silap. Jauh di mata, dekat di hati. Hah ini baru betul. Ehe.

Cukuplah aku bercakap dengan tangan ni. Penat weh. Besok, insya Allah tangan ini diperlukan untuk membuat libasan smash. Pukul bulu-bulu yang liat berterbangan di segenap medan pertarungan. Jadi, aku perlu simpan tenaga zahir dan batin. Risau nanti krem, tak sempat main urut-urut, ahaks!

Aku sajikan kepada semua gambar-gambar yang dirakam secara langsung dari teman-teman seperjuangan di sana. MAAF pakcik tukartiub, budak hingusan ni pau gambar-gambar tanpa izin lisan atau bertulis. Cuma, budak hingusan ni yakin ianya telah dibenarkan melalui interaksi fikrah yang memfokus agenda yang sama, ehe.

Jom layan gambar-gambar yang mungkin sampai kiamat tidak akan anda nampak di TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, KOSMO!, Harian Metro, apatah lagi di Mastika, Mangga, Beautiful Nara dan se-spesies dengannya. Muahua3!












Nota : Sumber dan Kredit untuk semua gambar di atas; [tukartiub]

Nota II : Sudah baca berita pasal kucing mata satu di Tawau, Sabah? Kalau projek kilang radioaktif ni berleluasa di Malaysia, macam-macam benda pelik akan muncul sepelik kucing tadi. Mungkinkah bayi manusia macam dalam gambar bawah ni?

Source n Credit : [sysx.org]

PENIPU MENIPU PENIPU?

Sumber n Kredit [tukartiub]

Macam-macam hal. Bila ada pendedahan begini, akan timbul pelbagai persepsi. Namun, aku yakin dan percaya yang budaya SubKon dan suap kroni ni memang berleluasa oleh parti yang memerintah jadi kerajaan, lalu mengakibatkan badan-badan kerajaan menjadi huru-hara, kacau-bilau.

a. Projek jadi 'gajah putih'. Ini tak siap, itu lama lagi nak siap.. Dekat hari memangkah, umum itu ini. Menjelang hari memangkah, baru buat sikit-sikit projek yang sepatutnya sudah lama siap bertahun-tahun yang lalu. Projek 'mee segera'.

Paling selalu+ramai kena tipu bulat-bulat ialah di Sabah. Surung tung gas [walaupun rumah tu sebenarnya jauh di pedalaman, jauh dari kedai dan lori jual gas, pakai kayu api], terus pangkah dacing alias timbangan.

Ini bahana kurangnya kesedaran memikirkan tentang kepentingan politik. Muda-mudi yang kata sh*t, fu*k anti dsb bila sebut pasal politik, inilah calon-calon pewaris mereka yang senang diperbodoh-bodohkan macam generasi terdahulu. Hahaha!

b. Bajet RM1000, bayar lebih-lebih untuk kroni. Hasilnya, rekod bajet negara saban tahun defisit?

c. Bajet RM1000, kualiti projek RM100 sebab kena sub sub sub. Hasilnya, runtuh-rantah?

Jangan tanya dengan orang swasta atau makan gaji sendiri-sendiri, tapi tanyalah orang yang menjadi penjawat awam seperti guru, kastam, polis, tentera, dan lain-lain. Bolehkah kita tidak bermenterikan seorang ahli politik yang elit dalam parti? Kurang-kurang, yang ahli biasa kah. Hahaha!

Skandal PKFZ, yang rugi berbillion-billion adalah RAKYAT! Penjenayah, kalaupun dihukum, sudah kaya-raya. Bayar denda, sign cek ja bah. Masuk penjara, boleh dapat bilik 5 bintang punya. No problem. Alang-alang menipu, biar tipu juta-juta duit kertas. Muahua3!

Baca lagi di sini.


Nota: Teringat pula kata-kata hikmah di majalah Politik Kedai Kopi yang aku beli sekitar tahun 2002-2003 yang lalu; "Kartun boleh menjatuhkan ahli politik. Tetapi, ahli politik tidak dapat menjatuhkan kartun". Paling-paling, guna KDN sajalahh. Kalau pelukis mahukan imuniti yang superb, bekerjalah di Utusan Meloya Malaysia. Muahua3!

LELAKI TUA JADI SAMSENG DIKEHENDAKI

Sumber n Kredit [tukartiub]


SUKARELAWAN NGO DIPUKUL - facebook topeng perak

Sedikit info berkenaan lelaki terbabit.

Berumur dalam lingkungan 40-50an

Nama: Nasir Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan "Nasir Uban" di Kampung Sireh.

Pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sireh.

Sekarang dipercayai bekerja dengan Dato' Fathmi.

Bertanggungjawab memukul seorang Sukarelawan NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dalam kejadian di hadapan Masjid Kampung Sireh lebih kurang jam 11.00 pagi tadi [13hb Mei 2011].

Alamat mengikut maklumat nombor pendaftaran kereta yang dipandu beliau (semakan JPJ): 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050, Kota Bharu, Kelantan.


MSS: Siapa-siapa yang ada maklumat terkini atau semasa, boleh kongsikan kepada umum. Emelkan ke admin@samizul.net

8 MILLENIUM DEVELOPMENT GOALS (MDG)

[KEEP YOUR PROMISE]


The 8 Millenium Development Goals (MDG) with a target date of 2015 calls for immediate action and participation.

1. Eradicate Extreme Poverty and Hunger
2. Achieve Universal Primary Education
3. Promote Gender Equality and Empower Women
4. Reduce Child Mortality
5. Improve Maternal Health
6. Combat HIV/AIDS, Malaria and other Diseases
7. Ensure Environment Sustainability
8. Develop a Global Partnership for Development


With little time to spare, awareness is the key to the start up of a big action with small combined efforts.YOUR effort!

The focus on the MDG 5 - Improve Maternal Health to raise awareness in Ireland has sparked a global instinct to take action and place human right actions where it should be - in the press!

With a video, part of ASK’s Keep Your Promise campaign, Irish youth leaders share important facts about Maternal and Reproductive Health.

Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged 15 – 19 in low-income countries - one of the many facts that young people are not aware of.

Get yourself in touch with global issues and stop living in ignorance.

Check out the video below and don't forget to sign the declaration on : http://www.facebook.com/KeepYourPromise?v=info#!/KeepYourPromise?v=wall

DEALS OF THE DAY

Info : [MSSADS]



Flight deals like these doesn't come too often. Here's our opportunity to have a Global Getaway!

We always give excuses for postponing our Dream Getaway. Let's not let this deals pass us by! Global deals are available from as affordable as RM499! Shanghai, New Delhi, Dubai, Paris, Chennai, Sydney... take you pick, no more excuses.. let's go!

Thursday, May 19, 2011

FEEL SECURE WITH ADT AND WIN BIG!!

Source : [ADT]


How does living in the city make you feel? Are you always on your toes for sounds at night? Do you wonder where your home is truly safe? Don't take any chances. Turn on ADT and get a good night's sleep.

There's a promotion on going till September, all you've got to do is sign up with ADT. Then our friendly technician will pop by for a site visit and soon you'll be secured! So quick, head on over and sign up with ADT and stand a chance to WIN BIG!

Wednesday, May 18, 2011

JANJI TEMU KITA JUMAAT INI

Sumber n Kredit : tukartiub


Jangan lupa janji temu kita Jumaat ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau dalam bahasa asingnya, KLCC bagi menunjukkan solidariti membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang bakal dibangunkan di Kuantan, Pahang.

Tarikh : 22 Mei 2011, Jumaat
Masa : 2 petang

Perarakan secara aman akan bermula dari pusat konvensyen tadi hingga ke kedutaan Australia. Butiran lanjut, sila baca di sini [01] [02] dan Malaysiakini [03] [04]


Nota : Yang tak tahu atau tak faham apa maksud 'Solidariti', boleh rujuk di sini [05] [06]

PENGUMUMAN! Sistem Komen Disembunyikan

MAKLUMAN buat para pembaca, pengklik dan penengok weblogku yang tidak seberapa ini, sukacitanya aku umumkan bahawa Sistem Komen di weblog ini telah aku 'sembunyikan'. Ini bermaksud, mereka yang ingin mengomen sebarang tulisan atau artikel di sini tidak akan dapat melakukannya lagi seperti biasa.

Sistem Komen ini aku sembunyikan kerana merasa ianya membazirkan ruang. Seperti biasa, ruang-ruang komen adalah kosong dan sepi. Maka, ada baiknya aku hilangkan ruang untuk komen dan menggantikan ruang itu dengan sesuatu yang lebih masyukk. Lagipun, majoriti besar pengunjung weblog ini ialah pembaca atau mungkin penengok sahaja. Jadi, aku berpendapat sesuatu dari situasi [fakta] ini boleh dimanfaatkan.

Namun, siapa-siapa yang ingin sangat meninggalkan sebarang komen juga, maka ada dua cara yang boleh dilakukan iaitu di ShoutBox dan emel admin@samizul.net. Jika inginkan privasi, maka emel adalah medium yang sesuai. Aku menggalakkan emel digunakan. Aku lebih melayan [memberikan maklum balas] emel berbanding ShoutBox. Aku sudah tulis "Perhatian : Segala..." di atas.

Harap maklum dan terima kasih. ^^,


Nota : Emel pertanyaan mengenai isu kelewatan pembayaran BKNS sudah aku balas. Maaf atas kelewatan. Ada masalah server webmail. Terima kasih pada yang sudi mengirimkan emel tersebut d(^^,)

Tuesday, May 17, 2011

SS: Fakta Blog Aku [01]

Aku sebenarnya ingin memilih perkataan 'segmen' bagi tajuk di atas. Namun, memandangkan fenomena 'segmen' di kalangan blogger dewasa ini selalu dimonopoli menjuruskan kepada blogger-blogger terkenal, maka aku membantutkan hasrat tadi. Aku pilih 'Siri-siri Skema [SS]' sebab projek ini hasil idea dan usaha aku sendiri. Bangga gilak aku jadi diri sendiri, muahua3!

Aku rasa, agak jarang blogger menulis sesuatu yang berbentuk fakta tentang blog yang mereka kendalikan selama ini. Lagi jarang yang buat penulisan kritikal dan kandungannya berada di tahap yang 'abnormal'. Muahua3! Sebagai contoh, "5 fakta sejarah yang wajib anda tahu tentang blog MSS" dan banyak lagi contoh ayat. Aku sukakan sejarah dan aku tidak jemu untuk mempelajari dan membaca bacaan yang berbentuk fakta sejarah. Minat ini dipupuk sedari kecil bermula dengan subjek Kajian Tempatan.

Baik, tanpa membuang masa marilah aku mulakan. Kali ini, aku ingin kongsikan lima fakta sejarah tentang blogku ini. Aku sukakan angka 5 sebab aku ada kenangan yang manis dengan angka ini. Apapun, semoga bermanfaat!


01. Aku mula berkecimpung dengan dunia blog di Blogger sekitar penghujung tahun 2007. Mula mendaftar secara rasmi pada Disember 2007, dan menerbitkan tulisan yang pertama di Blogger pada 16 Disember 2008. Waduh, setahun tu lamanya...!





02. Blog yang kamu tatap sekarang ni bukanlah blog yang pertama aku bina. Blog pertamaku ada di Friendster. Masih boleh dilihat di sini.

Tiada lama, tiadalah yang baru...


03. Blog ini telah bertukar Template lebih kurang lapan [8] kali tidak termasuk 'babak eksperimen'. Maksudnya, kelapan-lapan Template tadi dipakai dalam tempoh yang agak lama. Tahun ni ja, macam ada empat kali aku tukar Template. Ini yang aku ingat-ingatlah. Maklumlah, short-term memory kan.... X>


04. Template yang paling lama aku gunakan ialah..... Eh lupa eh.. Arghh! Tengok gambar bawah ni ja lah bah..! Muahua3! XD

Ni tema dari Wordpress. Serius aku lupa dokumentasikan yang ni..


05. Alamat asal blog aku ini ialah http://msslawliet.blogspot.com di mana 'mss' merupakan akronim bagi nama penuhku, dan 'lawliet' merupakan nama watak komik dari Jepun yang terkenal di seluruh dunia iaitu komik Death Note. Nama penuh Lawliet ialah Lawliet Teuzaki dan dalam Death Note, dia dikenali sebagai 'L' - Penyiasat misteri tahap lagenda. Super-reasoning man. Sounds like me, lol xp

Sumber : MSS LaWLiET


Mengenali diri sendiri, akan menemukan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri. Maka begitu jugalah blog. Mengenalinya akan membantu blogger memperbaiki tahap pencapaian dan mampu mengoptimumkan potensi yang tersembunyi. Jumpa lagi!


Nota: Kalau ada siapa-siapa Follower yang ada buat post macam ni juga, jangan lupa maklumkan pada aku ya. Bagi link post okay. Alaa, ShoutBox tu kan ada, ehe3. Boleh juga aku ziarah nanti, yeahh! =D

Monday, May 16, 2011

Utusan Malaysia, Perkasa dan Perang Salib [Bahagian 1]

Nota: Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya para pembaca mengalami sindrom sakit kepala seperti pening atau migrain. Secara mudah; dengan meneruskan pembacaan tulisan ini, maka pembaca bersetuju bahawa membaca tulisan ini adalah atas risiko sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca!

Organ tidak rasmi parti United Malays National Organization atau akronimnya UMNO - Utusan Malaysia - kembali mencuri tumpuan umum di Malaysia. Akhbar yang dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu ini pada era pasca kemerdekaan Tanah Melayu sehingga terbentuk atau wujudnya Persekutuan Malaysia [melalui penggabungan Brunei, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura  pada masa itu] merupakan akhbar yang paling hadapan dalam memperjuangkan sesuatu isu, dalam kerangka etika kewartawanan yang unggul. Apakah agenda utama yang diperjuangkan oleh Utusan Melayu? Semestinya nasib dan masa hadapan bangsa Melayu-Islam. Ianya sudah terpancar melalui nama akhbar ini sendiri.

Sumber n Kredit : Wikipedia


Utusan Melayu

Namun, hari-hari gemilang akhbar ini tidak se-gah pada era awal kemunculannya sehinggalah menerima 'undangan khas' Perdana Menteri Persekutuan Malaysia yang pertama - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Apakah undangan khas itu? Aku memberi peluang kepada para pembaca untuk mengkaji dengan cara sendiri tentang isu undangan khas ini.

Sudah menjadi lumrah, sesuatu itu ada jatuh-bangunnya, ada susah-senangnya, ada bahagia-deritanya. Tidak dinafikan, dominasi akhbar ini dalam arus akhbar perdana sememangnya kukuh sehinggalah kemunculan media baru sempena kedatangan millenium baru. Pada era kegemilangan Utusan Melayu, wujud dan muncul juga media-media alternatif yang lebih kepada penerbitan akhbar dan majalah berkala ekoran keterbatasan yang biasanya berpunca daripada sekatan pihak pemerintah, gangguan, atau sumber dari pihak penerbit itu sendiri. Bagaimana tidak menjadi 'gergasi' jika kala penerbitannya adalah setiap hari, malah berskala besar pula kesan 'undangan khas' yang aku sentuh sebelum ini.

Sejujurnya, aku tidak tekun menelaah kandungan akhbar ini sejak aku mula boleh membaca. Sampailah sekarang. Pernah juga aku membacanya tetapi tidak memfokuskan kepada Headline atau Berita Utama akhbar ini. Waktu itu, aku hanya suka membaca beberapa potong berita sahaja seperti hal-hal sains, agama, sukan, dan juga sedikit isu semasa yang menarik perhatian. Namun, isu semasa tadi bukanlah berbaur politik. Masih belum timbul kesedaranku tentang kepentingan politik.

Antara Utusan dan Berita Harian, aku lebih mudah bertemu dengan Berita Harian dan ya, aku tertarik dengan beberapa kandungannya yang menyentuh hal-hal yang aku sebutkan tadi.

Utusan Melayu / Malaysia tidak popular di Sabah. Itu reaksi spontan perasaanku.

Sumber n Kredit : Wikipedia


Perkasa [I]

Aku masih belum mengkaji lanjut sejarah Perkasa atau nama penuhnya Pertubuhan Pribumi Perkasa ini. Namun syukur, melalui bantuan Prof. Google, aku berjaya ditemukan dengan fakta yang diidamkan. Walaupun sekelumit dan belum cukup mendalam, keyakinanku sedikit terbukti dengan apa yang aku temui. Perkasa merupakan antara 'benda' yang wujud selepas berlakunya pengharaman UMNO. Pengharaman UMNO membawa kesan yang mendalam kepada ahli-ahli UMNO yang terpecah semasa proses pemilihan Presiden UMNO. Kesannya, lahirlah UMNO Team A dan UMNO Team B yang mana Team B ini menggelarkan diri mereka sebagai Semangat 46 [Parti Semangat 46] yang masih tulen dan asli perjuangannya sebagaimana UMNO yang diasaskan dahulu. Babak ini berakhir dengan penyatuan Team A dan Team B yang membentuk kembali 'UMNO Baru'. Maka, bolehlah ditimbang-timbang apakah UMNO sekarang [selepas perpecahan] ini sama alaminya seperti UMNO yang mula-mula diasaskan dahulu?

Babak pengharaman UMNO ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menajamkan minda dalam permainan Catur. Episod UMNO - atau singkatannya dalam Bahasa Melayu ialah PEKEMBAR - diharamkan memperlihatkan kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat percaturan membuatkan aku memasang angan dan hajat untuk mengetahui latar belakang Bapa Pemodenan Malaysia ini. Seperti biasa, pengkaji semestinya akan mengkaji latar belakang keluarga [sebelah Bapa, sebelah Ibu..], pendidikan, pekerjaan dan lain-lain hal yang berkaitan. Apakah kebijaksanaan yang telah beliau tonjolkan? Apakah 'Perlawanan Catur' itu? Jawapannya tiada dalam buku "A Doctor In The House".

Sumber n Kredit : MSS LaWLiET

Nota: Bersambung di Bahagian II.