Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, May 11, 2011

Benarkah Subsidi merencat pembangunan ekonomi Malaysia?

Benda terbaru yang naik harga ialah gula. Menyusul sebelumnya, harga minyak [RON97]. Mungkin ada yang mengajukan kemusykilan, ada juga barang lain yang sudah naik-naik-naik dan naik tak pandai turun-turun, tak kenapa ya tak dihebohkan..?

Jawapannya; gula, minyak dan beberapa keperluan lain merupakan barang yang, a) komoditi atau barang / keperluan utama rakyat kebanyakan, dan b) bersubsidi.

Siang tadi, aku terdengar satu laporan berita yang mengulas kenaikan harga gula. Seperti biasa, perbandingan-perbandingan atribut tertentu akan digunakan. "Anu lebih besar nilainya dari Anuu, maka rakyat sewajibnya bertuah, bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan dengan besar hati menanggung bebanan sekian sekian sejak sekian sekian.." antara bait-bait yang sudah dihafal marhaen.

Belum masuk lagi babak raja dramanya. Akan ditemuramah seorang peniaga air berwarna ['pink'] yang memberitahu perniagaannya tetap lancar. Akan diwawancara, sang penganggur yang kehidupannya sebagai penganggur itu tidak terjejas langsung dengan isu gula. Selidik punya selidik, sang penganggur rupanya 'berpantang' dari mengambil gula kerana Ringgit Malaysia-nya sentiasa terputus. Babak lain, sang penguasa akan turun memantau itu ini dan serbuan akan dibuat. Maka, laporan seperti gula diseludup, dibeli lalu distok berkontena-kontena banyaknya akan menjadi Buletin Utama.

Sumber n Kredit : tukartiub


Kembali ke persoalan yang dikupas oleh sang pemberita, laporan itu mengatakan bahawa subsidi merencat pembangunan ekonomi negara [ini ayatku sendiri tapi maksudnya sama]. Benarkah? Sejauh mana kebenarannya?

Bagi aku, subsidi bukanlah penyebab kepada kemandulan pertumbuhan dan kesuburan ekonomi. Faktor kecekapan dan profesionalisme pengurusan dana negara adalah puncanya. Rasuah? Laporan Audit sesuai dijadikan rujukan utama. Kita cekap, kita dapat jimat. Lihat Belanjawan atau Bajet kita saban tahun. Defisit atau tidak? Bajet RM100, belanja RM1000? Di lain suasana - tapi berkaitan - banyak pengumuman untuk itu ini. Lihat saja contohnya bila tiba musim memangkah calon.

Apa pula pandangan pembaca sekalian?

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!