Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 08, 2011

Hari Ibu dan Bapa bagi MSS

08 Mei 2011. Ya, itulah tanggal atau tarikh pada hari ini. Secara kasar, kita sudah memasuki minggu kedua bagi bulan Mei.

Ada apa pada tarikh ini?

Jawapannya boleh ditelaah di laman-laman sosial, dan juga media massa. Mungkin di televisyen sudah ada iklannya, di radio pun begitu juga. Promosi. Promosi ini berlangsung biasanya beberapa hari sebelum hari berkenaan tiba.

Sejak dua hari yang lalu, aku melihat di dada-dada Wall Facebook-ku penuh dengan ucapan dan penghargaan terhadap kaum Ibu, Emak, Mama, Mummy dan tidak keterlaluan juga, yang sudah 'naik pangkat' menjadi Nenek. Usia melambangkan pengalaman dan kematangan. Ada juga yang sedikit nakal mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' ini kepada teman-teman wanita mereka. Mungkin sedang berbadan dua atau lebih [kembar] agaknya.

Berfikir ibarat menaiki kereta; Kuncinya Akal, pemandunya Ilmu.. [boleh sambung lagi ayat..]

Mataku membulat bila melihat dada Wall Facebook. Penuh dengan ucapan dan kata-kata puitis. Ini sesuatu yang baik. Ucapan-ucapan ini mengasyikkanku. Malah, bila melihat sesetengah ayat dari Friends yang menggunakan Bahasa Inggeris, mataku yang rabun menjadi 'tidak rabun' kerana teruja dengan gubahan kata-kata puitis mereka yang cukup kreatif dan syahdu. Ringkas kata, ianya 'WoW!'

Aku kembali berfikir. Bilakah hari ibu ini? Hingga saat aku menulis ini, keyakinanku ialah pada tarikh hari ini - 08 Mei 2011. Kerana, ucapan-ucapan penghargaan itu semakin kerap terpampang hari ini, sejak semalam. Ada yang bervideo, ada yang bergambar. Aku suka lagu dari Mamat Exists yang tajuknya Untukmu Ibu. Aku membesar dengan lagu ini.

Aku meneruskan lagi kembara berfikir. Kenapa ya hari ini menjadi hari ibu? Apakah sejarahnya? Apakah asal-usulnya? Apakah sebab dan musabab hari ini dijadikan sebagai hari ibu? Apa rasional dan kewajaran trend ini menjadi ikutan masa kini?

Aku tiada jawapan yang konkrit. Ilmu putihku masih ciput. Namun, jangan dulu berasa hampa. Prof. Google sedia membantu kamu.

Hari Lahir

Boleh kata hampir setiap hari ada saja kenalanku yang 'berhari jadi'. Istilah ini sebenarnya agak kurang tepat dari sudut agama mahupun sains. Bila kita 'jadi' [dijadikan] itu termasuk dalam rahsia Allah s.w.t. Rahsia yang menjadi lambang Kekuasaan dan Kehebatan-Nya.

Istilah yang tepat ialah Hari Lahir. Ini jelas. Birth Day.

Namun, sudah menjadi tradisi, istilah ini hanya 'selisih' bahasa. Tiada masalah besar selagi penggunaannya betul dan bermaksud baik. Secara berlapang dada, aku simpulkan begini; Hari Lahir = Tepat. Hari Jadi = Ada betulnya. Betul tidak semestinya tepat.

Saban tahun, terlalu banyak hari-hari istimewa yang kita sambut sehingga kadang-kala membuatkan kita serabut. Di mana hari lahirnya, hari ulangtahun meninggalnya, ulangtahun kahwinnya, ulangtahun cerainya.. Oupss maaf. Aku bergurau. Masuk lagi Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, Hari Datuk, Hari Nenek, dan banyak lagilah. Jangan ketawa kalau suatu masa nanti kita di Malaysia juga merayakan Hari Datuk / Nenek. Bila Barat buat, kita pasti akan ikut. Tak gitu?

Hari Ibu dan Bapa bagi MSS

Aku sudah menyentuh pasal Hari Lahir. Inilah sebenarnya intipati utama terhadap premisku. Aku sengaja menyentuh hari lahir supaya pembaca dapat mengikuti tulisan ini dengan baik. Aku selalu risau akan tulisan-tulisanku sebab aku selalu terima komen yang tulisanku selalu berada di 'tahap tinggi' dan skema. Jadi aku susun bicara tajuk penting sebegini supaya dapat memahaminya secara kronologi.

Bagiku, Hari Ibu dan Bapa ini ialah bila kita - selaku anak-anak mereka - dilahirkan oleh mereka. Cuba ingat lagu Sudirman [arwah]. Aku lupa apa tajuknya. Sudirman kata, "Ayah dan Ibu, permulaan kami..".  Kita lahir melalui fizikal kaum Hawa, tetapi kaum Adam dan Hawa jugalah yang menjadi asbab [punca / sandaran] kita lahir ke alam fana dunia ini.

Bilakah tarikh lahirku? 27 November 1987. Ini bermakna, sudah masuk tahun yang ke-24 seorang wanita bernama Rosmah binti Olai dan seorang lelaki bernama Samad bin Ayong secara rasminya masing-masing menjadi seorang Ibu dan Bapa. 27/11/1987 lah tarikhnya di mana mereka berdua menjadi Ibu dan Bapa. Inilah Hari Ibu, inilah Hari Bapa bagiku.

Kami adik-beradik ada seramai lima orang. Maka, ada lima kalilah Hari Ibu dan Hari Bapa ini kami adik-beradik sambut. Istimewa bukan? Lagi ramai anak, lagi kerap hari istimewa ini sekeluarga meraikannya. Bukankah ini asal dan usul yang wajar untuk diterapkan ke dalam minda masyarakat kita?

Gambar = Bukan hiasan semata-mata. Contoh hari kejayaan bagi Ibu dan Bapa.

Allahummaghfirli dzunubi waliwaalidaiyya warhamhuma kama rabbayani shoghiraah


Maksudnya
:  Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Sebab apa ya individu lain sambut 08 Mei saban tahun sebagai Hari Ibu mereka? Oh mungkin 08 Mei itu Hari Lahir mereka. Aku bersangka baik.


MSS : Pernah dapat video 'raksasa' nyanyi lagu Happy Birthday dari aku masa tarikh Hari Lahir kamu di Facebook? Kalau kamu perasan ayat ucapan tu, artikel ni jawapannya kenapa ayatku macam tu, ehe3.. v(^^,)

11 comments:

  1. hari lahir atau hari jadi cuma permasalahan semantik... 'jadi' boleh berubah makna dalam konteks ucapan dan pemahaman..

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah...
    mendalam & membawaku hanyut bersama bait² ayat yg en. Samizul gunakan...

    Thumbs up!!!

    ReplyDelete
  3. @Zulkifly Omar
    Iya, betul tu. Sebab kita sedari kecil dibiasakan dengan 'Hari Jadi', ehe..

    ReplyDelete
  4. @Zurina J.
    Alhamdulillah.. Baguslah begitu. Aku gembira ianya dapat dirasa bermanfaat. Terima kasih Jue! =D

    ReplyDelete
  5. @CinoiLavigne
    Kau kena baca balik [balik2] tu taw pos tu Cinoi, ehe3..

    ReplyDelete
  6. wah..ada nama baru lagi...Sam..

    Bro Sam...aq perasan la ayat~ayat bro Sam ni mcm pendebat..Bro Sam debator kah dulu??
    nway..bro Sam memang berfikir luar kotak la..NICE INFO..SAYA SETUJU 100%...

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!