Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, May 25, 2011

KAMAL0 YANG KASIHAN?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera.

Bertemu kembali.. Setelah agak lama tidak mengakses masuk ke laman Gumuu, hari ini tempoh 'sepi tanpa login' itu ditamatkan. Aku kembali mengakses masuk ke Gumuu untuk mencopet sesuatu. Barang baikkk punya. Apa dia? Hah nanti aku pos juga sini. Sabar okay.

Bila aku masuk, aku nampak ada bahan [dokumen] yang aku muat naik di Gumuu sudah dikomen oleh seseorang. Jom layan gambar-gambar lawak panas ini:-

Gambar ini bukan hiasan semata-mata, ehe..

HAHAHA!

KAH KAH KAH!

MUAHUAHUA!


Aku rasa simpati dan terlintas di fikiran secara tidak sengaja bahawa individu yang menamakan diri sebagai 'Kamal0' di laman Gumuu ini adalah seorang yang kasihan dan mungkin naif. Lebih-lebih lagi bila dia mengatakan; "Saya dapat rasakan bahawa kebangkitan isu menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara pun datang dari awak..".


Ayat-ayat puitis n dramatik Kamal0. Bagus dia kirimkan komen dalam bentuk audio [wav, mp3, ogv dll].
Senang juga aku menghadamnya..



Ini yang buat aku terketawa dan hampir-hampir batal Wudhu' untuk Isya' nanti sebab senak di perut. Angin masuk dari mulut, menuju ke perut, lalu keluar melepasi bont*t. Muahua3!

Profil Kamal0 di Gumuu.


Duhai Kamal0, aku tidak berminat untuk mengetahui identiti kau yang sebenar. Tapi aku tahu, peluang untuk kau menyelongkar identitiku terbuka luas. Aku bukan sang pengecut dan penyamar semberono.

Duhai Kamal0, kau tahukah siapa yang mula-mula mencetuskan isu 'Kristian Agama Rasmi?' ini? Pernahkah kau mendengar nama samaran [seperti kau juga] Big Dog atau dalam terjemahan literal bahasa melayunya ialah 'Anjing Besar'? Media manakah pula yang mensensasikannya hingga membuatkan Presiden Perkasa bagai dirasuk melancarkan 'Jihad Perang Salib'*?

*Lihat video istimewa di [sini].

Kalau tak tahu, aku nasihatkan supaya bila kau masuk lagi ke alam internet ini, rajin-rajinlah jumpa Prof. Google untuk cari bahan-bahan bermaklumat yang bertaburan di alam maya ini. Baca. Timbangkan dengan fikrah yang sejahtera. Agenda Buku Jingga ni aku rasa macam belum kau khatam. Khatamkan dahulu. Jangan buka TV, asyik layan TV 3Suku atau baca akhbar Meloya. Kau tak percaya atau buat-buat tak tahu juga, itu nasib kau lah.

Duhai Kamal0, aku bukannya penentang kerajaan. Aku cuma seorang 'penentang' parti yang menjadi kerajaan [sekarang]. Aku kasihankan kerajaan Malaysia yang sudah haru-blue dek parti ini. Aku berada dalam badan kerajaan, aku boleh nampaklah sendiri. Kau tak faham juga? Apa boleh buatlah.


Klik imej untuk muat turun. Bacalah! d(^^,)



Nota : Dokumen ilmiah yang lain boleh dilihat di [sini].

4 comments:

  1. Owh inikah pualk yg ko maksudkan di nota di bahagian komenku tu?

    Punyalaaa.... Kenapa si Kamal0 tu macam stress betul? Tekena kali di hatinya....

    Sorry Sam, tapi aku terketawa terbahak² baca komen si Kamal0 tu....

    Aku juga bukan penentang kerajaan, & terus terang aku bukan penyokong parti pembangkang... Semoga semuanya baik² saja ya....

    ReplyDelete
  2. @Zurina J.

    Emm, nda juga.. Kebetulan ja tu. Aku amik jadi contoh, ehe. Mengkalilah tekena.. Biasalah tu siapa makan lada, dia lah rasa pedasnya, hua2.

    Apa yang buat kau ketawa terbahak2 Jue? Sebabnya ayatnya? 'Tuduhannya'? Ehe..

    Kalau kau bukan penentang kerajaan n bukan pula penyokong parti pembangkang, maknanya kau ialah penyokong kerajaan n penentang pembangkang, gitu? Naahhh, kantoi. Muahua3!

    Rugi Jue kalau jadi atas pagar diam2 saja. Kena bising2 n turun padang juga sekali-sekala. Lagi kerap n peka, lagi bagus, ehe.

    ReplyDelete
  3. Ok aku ndamau sudah ulas pasal si Kamal0 tu. Setiap orang punya pendapat masing² kan...

    Pasal atas pagar tu aku ada pegang satu prinsip. Payah aku mau hurai, tapi aku tetap ada sensitiviti ke atas perkara² yang menyentuh tentang hak² kita sebagai seorang rakyat...

    Mungkin untuk bincang dgn kau aku rasa nda sesuai, sebab aku melihat natijah negatifnya lebih besar daripada positif... Ngeeeee.

    ReplyDelete
  4. @Zurina J.

    Okay, ehe. Baguslah kalau kau ada sensitiviti juga.. Penting tu, ehe3.. Aik, kenapa pula nda sesuai untuk bincang? Apakah natijah negatifnya ialah kita akan terbergaduh? Muahua3! XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!