Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, May 14, 2011

Masyukkk dengan Grapevine!

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera!

Waa, macam rasa lama tak bertemu kan, ehe. Semua maklum, blogger yang menggunakan Blogger terjejas selama beberapa hari bermula rabu lalu. Malah hingga saat artikel ini ditulis, Blogger masih bekerja keras untuk mengembalikan semula artikel [post] dan komen pengguna yang hilang. Menurut wakil Blogger, semasa kerja Penyelenggaran Berjadual [Scheduled Maintenance] dilaksanakan, berlaku kerosakan data [data corruption]. Jadi, kerja backup itu sememangnya memakan masa yang lama sebab melibatkan pengguna Blogger di seluruh dunia. Bayangkan kalau Facebook terjejas, haha.

Aku pun sedikit terkesan secara ilmiahnya dari peristiwa ini. Seingat-ingat aku sepanjang bergelar Penulis Sepenuh Masa di Blogger, inilah kali pertama aku mengalami masalah akses yang dikira agak menjejaskan dan lama tempohnya. Okay cukup hal Blogger ini. Sekarang kita fokus tajuk utama pula, ehe.

Klik imej untuk paparan yang lebih masyukk. Lepas tu, jangan lupa tekan butang Back pula..


Apa itu Grapevine? Menurut Xinxian [pekerja Nuffnang]:-

"The Grapevine is a revolutionary new extension to the Nuffnang Skyscraper ad unit, which allows you to share great news on your social media platforms, such as Twitter, Facebook and others and get rewarded for sharing it too!"

Rasanya, semua oleh faham bah kan? Jadi, tak payahlah terjemah. Aku sudah kasi bold isi penting tu, ehe. Boleh baca lanjut di sini. Jangan lupa baca sekali komen-komen.. X>

Okay ini contoh rupa Grapevine di Skycraper:

Tengok Cursor tu aa..


Gambar tu, ada perubahan sikit sebab aku sudah buat eksperimen. Cuba-try-test bah, haha.

Bila kita melalui Step 1, Step 2 memerlukan emel di mana tujuannya ialah untuk memasukkan upah kita tadi. Upah apa? Upah tolong kongsi iklan tu dengan orang lain lah, ehe. Sekarang, tengok pula contoh emel dari Grapevine. Emm, auto-responder guna emel Churp Churp?

Yang ni barulah aku rajin Crop. Haha.


Lepas tu, aku pun klik lah pautan bawah sekali tu. Alah, yang lepas ayat, "To redeem your earnings..". Hasilnya, muncul paparan ni. Tada!

1/2

2/2

Dari dua keping gambar ni, ada dua juga mesej pentingnya;

1. Memandangkan aku sudah lama ada akaun Churp Churp, jadi aku hanya perlu daftar masuk ja menggunakan butiran sedia ada. Jadi di sini, siapa yang tiada akaun dengan Churp Churp, kena buat akaun Churp Churp dululah. Itu yang aku faham setakat ni. Senang ja buat akaun ni. Boleh daftar di sini.

2. Akaun Grapevine boleh diselaraskan [synchronize] dengan akaun Churp Churp, sama seperti yang berlaku sebelum ini iaitu penyelarasan antara akaun Nuffnang dengan Churp Churp. Kira Grapevine ni anak baru Nuffnang lah, ehe.


Okay, sampai di sini dahulu. Kalau ada input yang mahu dikongsikan, jangan lupa tinggalkan komen ya. Jangan lupa sekali klik apa-apa yang 'sunat muakkad' di blogku ni. Alaa, faham-faham lah bah apa dia yang mahu diklik tu. Klik ja sepuas-puas hati, muahua3! Jumpa lagi! =D

2 comments:

  1. Macam siuk..lalalala.
    Anduk bah, suda aku klik..keh²

    ReplyDelete
  2. @Zurina J.
    Memang siuk.. Cuma kalau naseb xberapa baik n malas promo2 lagi, tiada hasillah, hua3.. Erkk, jan bah kau kasitau kau ada klik2.. Kedapatan kita, hua3.. Sudah aku buang iklan Nuff tu. Xmemberangsangkan hasilnya, ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!