Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 15, 2011

Menanti Nuffnang Islamik

Amaran: Tulisan ini tidak bermaksud untuk mencetuskan provokasi atau menjatuhkan kredibiliti mana-mana pihak yang ada disebutkan. Garapan ini perlu disuluh melalui perspektif yang lebih bersifat universal supaya hasrat dan mesej penting penulis, tercapai dan sampai kepada audien khususnya kelompok target. Ayat-ayat yang digunakan juga berada di tahap tinggi. Pembaca perlu mempunyai pengetahuan yang baik mengenainya untuk memahami dengan asyiknya fakta-fakta yang dipersembahkan.



Pengguna internet mana yang tidak kenal blog. Abaikan seketika platform apa yang digunakan. Aku berkeyakinan blog dikenali lebih daripada 3 per 4 pengguna internet seluruh Malaysia. Dan, jumlah ini meningkat setiap waktu.

Masakan tidak, media massa 'konservatif' yang meliputi lapangan penerbitan, percetakan dan penyiaran dilihat menambahkan populariti blog. Contoh mudah, lihat sikap akhbar Utusan Malaysia [dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu] yang dengan pantas melaporkan isu yang bertajuk 'Kristian agama rasmi?' yang dikutip melalui dua buah blog. Blog apa? Carilah sendiri. Jaga, ada yang pandai 'menggigit' tu, muahaha!

Malah, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di Facebook dan Twitter juga diambil berat dan dipeduli oleh media massa tadi. Facebook dan Twitter siapa? Alaa, kamu tahu juga tu. Artis bergaduh, mengumpat, tayang gambar tak cukup kain, pemimpin buat penafian itu ini dan macam-macam lagilah. Malah, organisasi tertentu juga menggunakan medium ini untuk interaksi pelanggan-pentadbir. Okay cukup pasal kehebatan blog dan media baharu.


Nuffnang

Nuffnang menyediakan perkhidmatan untuk menjana pendapatan melalui penyiaran iklan dari pihak mereka. Target utama Nuffnang asalnya ialah para blogger. Terbaru, yang bukan blogger pun boleh jana pendapatan melalui Grapevine.

Cukup pasal Nuffnang. Maklumat lanjut pasal Nuffnang boleh baca di sini.


'Nuffnang Islamik'

Idea ini tidak bermaksud untuk membodek meminta Nuffnang mewujudkan satu sistem pengiklanan Nuffnang versi Islamik. Apa maksud versi Islamik? Alaa, macam perkhidmatan bank tu bah. Ada bank yang perkhidmatannya konvensional sahaja, ada yang islamik sahaja, ada yang kedua-duanya ada. Sebagai contoh, Bank Krap menyediakan perkhidmatan i-Labur. Huruf 'i' di situ mewakili maksud 'islamik'. Melaluinya, Bank Krap memberitahu semua bahawa wujud perkhidmatan versi islamik di premis mereka.

Aku memilih perkataan Nuffnang ini sebab bila sebut Nuffnang, majoriti besar blogger arif dan alim mengenainya. Maka, apa tujuan aku menggunakan istilah 'Nuffnang Islamik'?

Jawapanku mudah; Aku berhajat besar bahawa aku ingin melihat suatu sistem pengiklanan seperti Nuffnang versi Islamik. Sekali lagi, seperti Nuffnang. Ala-ala Nuffnang. Maksudnya, ia baharu dan kewujudannya tidak seperti 'alami' Grapevine.



Kekuatan Sedia Ada

Kenal web I Luv Islam [ILI]? Kaum Muslimin dan Muslimat Malaysia yang aktif di internet seharusnya malu bila tidak kenal web ini. Tidak keterlaluan aku katakan, ILI adalah antara gergasi web yang bercirikan islamik keseluruhannya secara umum. Kandungan dan pengisian ILI memang superb dan menyentuh hampir semua aspek. Ini usaha berterusan ILI sejak mula ditubuhkan. Aku berkenalan dengan ILI sejak penghujung 2006. Masa tu, zaman Friendster lagi. Di Friendster lah aku memulakan aktiviti blogging. Waktu itu Friendster dan testimoni dari myspace, ILI, zwani dan banyak lagi, ibarat belangkas.

Terbaru yang aku tahu, ILI sudah menyediakan perkhidmatan domain dan web hosting. Ada banyak lagi benda bermanfaat dan berfaedah besar untuk kita baca dan kongsikan di ILI berbanding web-web yang bagai ketagih menyiarkan kelucahan, ke-porno-an, hantu, polong, puaka, kisah bangang-tapi-lawak, paranormal, artis-artis bersosial dan lain-lain yang tujuannya dilihat mengejar dua-dalam-satu; Trafik dan Ringgit Malaysia.


Cadangan Awal

Usai berfikir mengenai kekuatan yang ada pada ILI, maka timbullah cetusan idea ini; Bagaimana jika kita melobi dan menyokong hasrat agar ILI menyediakan suatu sistem pengiklanan ala Nuffnang, Innity, Mangga Ads, Adverlets dll yang bercirikan nilai-nilai Islam atau secara bahasanya, Islamik?

Idea ini baru ditahap permulaan. Ibarat upacara perletakkan batu asas sebagai simbolik bagi perkara tertentu.


Jadi, aku menyimpan angan agar para pembaca yang membaca cetusan idea ini supaya dapat memberikan input berupa pandangan, teguran atau idea untuk memperkemaskan lagi idea ini. Jika tidak keberatan, marilah kita membentuk satu 'delegasi' untuk bertemu dengan para pentadbir ILI membawa hajat besar ini kepengetahuan mereka. Sekurangnya-kurangnya, kita para blogger Muslim telah mengusahakan sesuatu demi kebaikan saudara-saudari kita dan imej Islam khususnya.


Nota: Tahniah kerana telah berjaya menghabiskan tulisan ini! T/kasih ya! Kalau sudi, kliklah sekali butang Like dan Share tu ya.. d(^^,)

5 comments:

  1. menarik gak isu "nuff islamik " tu...

    ReplyDelete
  2. agak menarik cadangan itu... harap berjaya diujudkan.. bg jerr proposal kat nuff tuu,, tapi mau ka dia sbb tokey dia cina?? huhuhuh..

    ReplyDelete
  3. hmm now i know why you dont have Nuff on this blog..

    nice info Sir :)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!